“Apa yang berada di puncak rantai makanan?” tanya Cikgu Nida dengan lantang. “Ziana Zain!” sahut seorang pelajar di meja belakang. “Lawak kamu dah basi, Ian! Ziana Zain tu Puncak Kasih. Saya harap kamu dapat lakukan lebih baik pada minggu hadapan. Itu pun kalau kamu tidak tersingkir pada minggu ini, Ian,” jawab Cikgu Nida dengan gaya juri rancangan pertandingan hiburan di TV. Seluruh kelas berdekah. Ian pula sengih tersipu-sipu. Rancangannya untuk membuat punchline telah gagal. “Aku!” Dalam keriuhan gelak tawa di dalam makmal itu, Cikgu Nida terdengar suara dari belakangnya. Disangkanya ada pelajar mahu menjawab. “Ya, siapa nak jawab?” Cikgu Nida menoleh, dan ketika itulah jantungnya terasa seperti mahu gugur. Seorang lelaki berwajah pucat memakai kot putih dengan stetoskop tergantung di leher sedang berdiri di belakang Cikgu Nida, memandangnya dengan mata yang merah menyala. “Aku,” kata lelaki itu sekali lagi. “Aku yang paling atas dalam rantai makanan,” sambungnya sambil tersenyum, menampakkan dua taring panjang di penjuru bibirnya. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Puaka makmal sekolah mengandungi tiga buah cerita seram bertajuk Mimpi Arina, ditulis oleh Hasif Rayyan, Doktor Iblis, ditulis Lavender Biru, dan Makmal A, ditulis Siti Solehah yang kesemuanya berlaku di dalam makmal sains sekolah yang berbeza.
👉🏻Mimpi Arina: Watak utamanya, iaitu Arina, sering diganggu mimpi seram yang berulang-ulang menyebabkan dia meracau-racau seolah-olah kerasukan. "Sudah jumpa!" kata gadis hantu itu apabila menemui Arina di dalam mimpinya. Jun, rakan baik Arina memutuskan mereka perlu menyelesaikan misteri dan masalah gangguan mimpi ini. Plot twist cerita ini langsung tak disangka-sangka. Cara penulis menggambarkan hantu tersebut agak menyeramkan 😱
👉🏻Doktor Iblis: Beberapa pelajar perempuan sekolah ini gemar berkumpul di dalam makmal sains untuk berkongsi cerita hantu. Sehinggalah pada satu hari, ada sebuah pasu tiba-tiba bergoleh ke arah mereka secara misteri. Rupa-rupanya ada misteri di sebalik makmal sains ini. Bahagian di mana mereka terkunci dimakmal dan diserang hantu, menaikkan bulu roma saya!
👉🏻Makmal A: "Prank bom" dirancang dengan baik sekali oleh Fendi dan Tajul sebagai "hadiah" kepada kawan mereka yang bakal bertambah umur. Gigih mereka berulang alik mencuri-curi masuk ke makmal untuk menjalankan eksperimen membuat bom asap bising. Dengan bantuan pembantu makmal yang tiba-tiba bersikap aneh pada malam itu, suatu kejadian menyeramkan dan mencederakan beberapa orang murid asrama setelah bom itu dibaling telah berlaku. Dalam cerita ni tak berapa saspen dan menakutkan, tapi saya sukakan plot twist dihujungnya.
Terima Kasih @cazaazmy @bukupts @penerbit_x untuk naskah ulasan ini! Dapatkan buku ini di website atau kedai buku berhampiran anda!
125 muka surat yang memuaskan pembacaan. Dalam buku Puaka Makmal Sains sekolah ini memuatkan 3 buah kisah hantu berkenaan makmal sains sekolah. Setiap cerita membuatkan aku sangat terhibur dan enak dinikmati semasa waktu santai. Latar belakang sekolah juga memberikan saya sedikit nostalgia tentang memori yang ditinggalkan. Cuma aku jenis penakut tapi peminat cerita paranormal, memang buku ni dibaca pada waktu pagi sahaja, sejujurnya kalau aku membaca buku ini pada waktu malam, pasti akan meremang juga dek kerana imaginasi yang digambarkan.
Buku ini dibahagikan kepada tiga kisah ringkas iaitu:
Mimpi Arina - Hasif Rayyan Doktor Iblis - Lavender Biru Makmal A - Siti Solehah
Mimpi Arina mempunyai cerita yang dengan adegan paranormal yang mendebarkan, plot twist juga disusun rapi. Doktor Iblis kalau dibaca tengah malam boleh meremang juga bulu, itulah aku berusaha untuk sentiasa membaca di waktu pagi. Makmal A pula, watak utamanya mempunyai kualiti yang hebat dan boleh dijadikan teladan, pakar saintis begitu, pasti memberi inspirasi terutamanya kepada anak muda. Oh ya babak seram dalam Makmal A juga boleh tahan, biar dibaca pagi, meremang juga tiba-tiba.
Bagi aku semua cerita di atas disusun dengan kemas dan mempunyai teladan cerita yang tersendiri. Nilai murni juga ditunjukkan bahawa isu paranormal ni bukan isu yang boleh dibawa main, kena selalu hati-hati dalam segala perbuatan kita. Nilai kedua yang aku lihat adalah tentang nilai persahabatan, kesemua cerita memaparkan nilai tersebut bahawa sahabat sebenar tidak akan meninggalkan kita diwaktu susah, mereka sentiasa ada untuk 'backup' dikala kita memerlukan.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan, khusus kepada para pelajar kerana buku ini menggunakan perkataan yang mudah, bermakna dan tidak lupa sangatlah ringkas. Juga sesuai dibaca oleh golongan dewasa sebagai buku santai yang memuaskan.
Akhir kalam, terima kasih kepada PTS kerana memberikan buku ini dengan pertukaran resensi jujur. Saya sangat berpuas hati dengan cerita ringkas yang diketengahkan.
Tajuk: Siri Puaka Makmal Sains Sekolah Penulis: Siti Solehah, Lavender Biru & Hasif Rayyan Penerbit: @penerbit_x . 🧪🔬 Makmal Sains sekolah kalian macam mana?. Makmal Sains mengingatkan ika dengan suasana yang gelap, bau hapak, meja panjang dan kerusi bulat, dipenuhi dengan balang-balang kaca & tengkorak besar. Jadi, vibes melihat makmal waktu tak digunakan tu ada rasa macam meremang sikit kan?. Nasib baik sekolah siang hari, kalau malam hari rasanya kepala fikir nak balik cepat je kot haha. . Mimpi Arina / @hasifrayyan
Mengisahkan tentang seorang gadis misteri yang wajahnya berurat merah, mata terjojol, serta rambut mengurai yang membuatkan Arina meracau. Dalam mimpi tersebut, Arina yakin dia berada di sebuah makmal. Arina binggung. Apa kaitan antara dia dan gadis tersebut sehinggakan gadis tersebut berkata yang "dia sudah menjumpai orangnya". Musykil bukan?
Maka, Jun sebagai rakan Arina bertindak pantas dengan turun pandang bersama-sama Arina dalam menyelesaikan mimpi misteri tersebut. Jun dengan sehabis baik mengorek segala benda di perpustakaan sekolah mereka dan Jun telah menjumpai majalah sekolah & keratan akhbar dimana ianya penting dan sangat membantu Arina dalam menyelesaikan puzzle mimpi Arina itu. Mereka sama sama menyiasat kisah disebalik salah sebuah makmal sains sekolah mereka yang menjadi tempat larangan bagi para pelajar.
Good job penulis. Plot twist yang tidak dijangkakan sama sekali. Kalian akan disajikan dengan cerita yang ada keasliannya tersendiri. . Doktor Iblis / Lavender Biru
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang suka bercerita kisah-kisah seram berlokasikan makmal sekolah mereka. Akan tetapi, pada suatu hari ketika mereka membuka cerita mengenai sebuah hospital lama yang dikatakan terjadinya kejadian misteri di mana pesakit yang tidak akan sembuh akan hilang. Kemana agaknya pesakit ini semua hilang dan bagaimana pelajar ini menerima gangguan?.
Budak sekolah memang selalunya topik cerita seram ni jadi favourite la. Yang bercerita pun jadi semangat kalau yang mendengar beria-ia nak dengar. Tapi, cerita sikit-sikit tu boleh la macam sekali sekali kalau dah selalu sangat nampak macam addicted pulak kan?. .
Makmal A/ Siti Solehah Asalnya, Fendi & Tajul berpakat untuk mengenakan salah satu kawan mereka di asrama yang bakal menyambut harijadi tidak lama lagi. Jadi, mereka merancang untuk membuat satu eksperiman "bom" yang memerlukan bahan dari makmal. Kak Nisa sebagai pembantu makmal sudi membantu mereka dalam melaksanakan misi tersebut.
Yang menjadi masalahnya apabila mereka mula mendapat gangguan dari makmal tersebut ketika ingin menjalankan misi prank itu. Banyak kejadian yang bakal kalian baca dalam cerita Makmal A ini. Nice.
Overall, ika berpuas hati dengan ketiga-tiga cerita dalam Makmal Sains Sekolah ini. Ringkas namun masih ada elemen misteri. Penulis juga mampu menulis cerita dengan baik. Walaupun cerita pendek dan mungkin ada para pembaca yang baca akan katakan ianya klise. Tapi bagi ika, masih ada orginalitynya tersendiri.
3 cerita dari 3 penulis.. Tema makmal sains yang dibawa memnag mengimbau kenangan zaman belajar.. Walaupun tak bersekolah asrama namun mampu merasai zaman persekolahan itu.. Kenakalan zaman remaja dan gangguan memang ngam diadun bersama.. Ketiga-tiga cerita ada cara penyampaian yang menarik, memang bacaan hujung minggu yang ohsem..
ada tiga cerita dalam buku ni they save the best for last cerita makmal A tu best. cuma hantu dekat asrama tu cepat sangat hilang. hilang gitu je. pembantu makmal ganti kak Nisa tu betul ke orang? kebetulan sangat kalau nama sama dengan Mak Mona
aku ni bukan berani sangat...saja test baca cerita hantu. baca waktu siang je lah, masa ada ramai orang