Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ustazah Basikal (Malaysia - Makkah) #2

Ustazah Basikal: Yakin Kerana Dia

Rate this book
Fasabbih Bihamdi Rabbika Was Taghfirhu lnnahu Kaana Tawwaba.

Dalam keadaan diri serba kekurangan, pengembaraan perlu diteruskan. Rancangan yang ada sekadar dorongan agar kaki masih dapat terus melangkah. Selebihnya, hati sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Musim berubah, budaya manusia dan corak hidup masyarakat yang beragam,bahasa yang asing, negara yang bergolak, fahaman agama yang berbeza,semuanya perlu dihadapi dengan tenang. Setiap hari adalah dunia baru bagi sang pengembara.

Kembara ini benar-benar mengubah daripada manusia yang merasa diri paling betul dan paling baik menjadi manusia yang akur. Akur dengan KekuasaanNya yang mentadbir alam ini dengan penuh teliti serta penuh kesempurnaan.

"Kita tak boleh samakan mereka dengan kita."

"Betul tu, latar kehidupan mereka jauh berbeza dengan kita."

"Apa yang boleh kita buat, kita hormati semua orang, dengan cara, cari persamaan dan raikan perbezaan."

"Ya, tak ada manusia yang tak sukakan persaudaraan."

Kita merancang, namun Dia juga merancang. Malah perancangan Nya adalah sangat sempurna.

Kemanisan yang tak terungkap, akhirnya Dia mengkabulkan hajat hamba- hambaNya untuk menyembah syukur di hadapan Baitullah setelah melalui sebuah pengembaraan asing di dalam hidup mereka.

Segala puji hanya untuk Allah Tuhan yang mentadbir alam.


5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELI BUKU NI
1. 1st Novelog (Novel+Travelog) di Malaysia.
2. Anda akan mula percaya, tiada perkara yang mustahil.
3. Anda bakal menyelami kisah kesulitan dan cabaran di setiap negara yang anda tak pernah tahu.
4. Terasa Allah sangat dekat dengan anda, selepas anda baca buku ini.
5. Sebab Ustazah naik basikal sampai Mekah pakai baju kurung.
Anda sebagai anak Malaysia pasti bangga! hihi

1016 pages, Paperback

First published January 1, 2019

6 people are currently reading
41 people want to read

About the author

Ahmad Isa

7 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (76%)
4 stars
7 (18%)
3 stars
1 (2%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
June 3, 2021
Bersambung dari buku jilid 1 Ustazah Basikal Nekad ke Makkah

Buku kedua ini bermula sejurus mereka masuk ke negara CHINA. Lebih tepatnya di Kashgar, dimana majoriti penduduknya adalah beragama Islam dari etnik Uighur. Kesempatan penulis untuk solat Jumaat di Masjid Idghah, masjid terbesar di China sebelum kes penindasan berdarah kerajaan China ke atas bangsa ini pada 2019, membuatkan kisah mereka disana lebih menyedihkan. Dari negara Pakistan yang aman kepada negara China yang ditindas penganut Islamnya, pasangan ini dapat merasai sendiri bagaimana perbezaan ketaranya. Menarik juga untuk ditelusuri gerakan sufi di negara ini di Afaq Khoja.

KYRZYSTAN. Di negara ini mereka tidak kayuh lama kerana salji telah mula menebal. Namun rezeki mereka yang lainnya, dapat keluarga hos yang baik serta dapat pula melawat banyak tempat menarik disana. Sulaiman-too, air terjun Kegeti, Taman Ala Archa, tasik Issyk-Kul dengan 99 masjid di kelilingnya antaranya.

KAZAKHSTAN. -20°c di Almaty, -40°c di Astana ya? Memang gila haha. Disana bermazhab Hanafi juga, namun masjid mereka tetap ada ruang solat untuk perempuan tidak seperti di Myanmar & India. Bermakna aturan ini mengikut tempat, bukannya mazhab. Satu ilmu penting yang mereka belajar disana adalah bagaimana untuk mengambil wuduk jika memakai khuf (sarung kaki kulit). Dan, jangan selepas buang air kecil cuba beristinjak menggunakan salji (untuk yang lelaki) kalau tidak mahu menyesal.

Rezeki mereka untuk berjumpa dengan penduduk tempatan di stesen minyak disana, yang berkesudahan mereka dapat duduk di homestay mewah serta makan BBQ pada malamnya. Pengalaman unik juga buat mereka apabila mendapat jemputan untuk ke majlis tahlil disana. Daging kuda perlu dicuba disini, dan hati-hati dengan bawang putihnya.

UZBEKISTAN, pengalaman tidur di rumah banglo duta besar Malaysia ke Uzbekistan antara yang menarik. Muzium yang menyimpan mushaf terawal Al-Quran zaman khalifah Uthman, kisah Soekarno dan kubur Imam Bukhari, serta makam Imam Tarmizi antara yang menarik untuk dilawati. Kemahsyuran senibina Islam di masjid mereka, serta sejarah Amir Timur & cucunya, seorang pakar astronomi di Ulugh Beg antara tarikan lainnya. Tashkent & Samarkand, negeri wajib pergi jika kita ingin belajar & mengambil iktibar mengenai perkembangan Islam di bekas laluan sutera yang terkenal dahulukala ini.

AFGHANISTAN. Antara Taliban, Jalaluddin Rumi dan barangan bundlenya. Hari pertama sudah ditahan askar ketika berbasikal. Tidur di markas taliban menjadi pengalaman yang menakutkan, dalam masa yang sama menarik buat mereka. Sunni & Syiah boleh bekerja bersama disana, dengan Syiah tidak segan-silu mengaku pegangan mereka. Ada kalendar mereka yang tersendiri, bukannya Masihi bukan juga Hijrah. Rumah Jalaluddin Rumi, dinding Balkh (milik Iskandar Zulkarnain), serta ladang pohon Tin antara yang menarik untuk dilawati.

Di negara ini juga mereka menjadi selebriti media. Jika di Pakistan mereka membuat amal dengan korban Aidiladha, di negara ini dengan menjual poskad. Tips penting jika kesana, jangan terlampau lama jika berada di tempat-tempat awam dan masjid. Takut dituduh sebagai pengintip pula. Kalau hendak melanjutkan visa, hati-hati dengan pelbagai bayaran yang dikenakan, dan sudah tentu karenah birokrasinya.

IRAN. Susah hendak lepas masuk melalui jalan darat. Perkahwinan antara Sunni & Syiah itu biasa, hingga anak mereka pun bebas untuk memilih aliran apa yang mereka ingin ikuti. Kalau ke masjid mereka, sila maklum waktu solat syiah mereka 3 kali sahaja sehari. Rezeki mereka juga datang ketika sambutan Nouruz, iaitu tahun baru di Iran, dimana banyak keluarga yang menyambutnya dengan berkelah serta berkhemah di serata Iran.

Pengalaman menarik solat di makam Imam Khomeini yang mereka ingatkan masjid, barangan dicuri ketika di lebuhraya, dan penulis kemalangan ketika basikal ditunda kereta. Antara tips penting dari negara ini adalah bagaimana anda ingin berhadapan dengan soalan dari penduduk tempatan jika mereka bertanyakan adakah anda seorang syiah ataupun Sunni 😊

UAE. Mereka tidak dapat mengayuh lama. Cuma ke Jabal Jais sahaja. Namun banyak pengalaman berguna untuk mereka juga disana. Sama seperti di Afghanistan, mereka lebih banyak tinggal di rumah hos sahaja, seterusnya dapat melawat banyak tarikan utama di sekitar Dubai & Abu Dhabi. Ilmu utama yang mereka pelajari disana adalah bagaimana untuk menjadi penyampai, pencerita yang efektif, memandangkan mereka bakal banyak dijemput memberikan ceramah motivasi selepas ini. Ternyata satu kemahiran yang amat berguna juga.

Dan alhamdulillah akhirnya, tujuan utama mereka sejak berkayuh dari Malaysia, masuk ke ARAB SAUDI untuk mengerjakan umrah. Tidak dapat berbasikal kerana larangan wanita berkenderaan disana menjadikan pengalaman mereka lebih kurang sama seperti travelog umrah yang lain. Namun ada juga tips yang berguna; perkhidmatan bas pelancongan keliling Madinah, bas ulang-alik dari Madinah ke Mekah, bas ke masjidilharam, lawatan ke Taif dan sebagainya. Buku yang bagus untuk anda jadikan rujukan selain buku Travelog Umrah DIY - Merungkai Rindu jika anda ingin mengerjakan umrah secara kendiri.

Makanan perut unta di Jeddah ya? Menarik. Dan yang paling mengharukan selepas setahun lebih mereka berkelana, ada kejutan besar dari tanah air buat mereka disana 😊

Sebagai penutup apa yang pastinya, amat berpuashati dengan travelog kembara berbasikal pasangan ini. Cukup terperinci, dengan pelbagai mainan emosi manis pahitnya. Penuh dengan ilmu dan tips jika anda berminat untuk mengembara sebegini satu hari nanti. Tips mengembara & berkhemah sendiri, tips untuk menumpang di masjid ataupun rumah warga tempatan, ilmu berkaitan visa & undang-undang bagi kemasukan ke setiap negara, dan yang pastinya, ilmu berbasikal itu sendiri. Hingga pertama kali sepanjang hidup saya dalam membaca, memerlukan nota pelekat untuk mencatatkan mana ilmu yang perlu buat rujukan kembara di masa depan 🤭

Semoga pasangan Ahmad & Adilah ini tidak serik untuk mengembara lagi ya. Mereka pandai bercerita, jadi buku seterusnya dari mereka pasti tidak kurang menariknya. Akan menantikan terbitan seterusnya.

Apa yang pasti, keluarlah mengembara. Kerana hanya dengan mengembara baru kita dapat mengenal diri kita sendiri. Kerana dengan mengembara baru kita tahu betapa bertuahnya kita dilahirkan di bumi Malaysia ini. Kerana dengan mengembara, baru kita tahu betapa agungnya agama Islam anutan kita ini diserata pelusuk dunia.

Semoga ulasan amatur ini membantu.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
December 4, 2022
Tamat bacaan buku Siri 2 ini dengan penutupnya mereka berdua sampai di tanah suci dan bertemu dengan ahli keluarga.

Kisah kembara mereka mengajarkan erti keberanian, ketabahan dan kebergantungan tinggi kepada Ilahi. Di samping kesingguhan salam memastikan misi mereka berjaya.

Idea menjual poskad di lokasi-lokasi kembara mereka sebagai antara sumber utama kewangan mereka sangat bernas dan boleh dicontohi. Tiada apa yang mustahil untuk dicapai bila tekad sudah bulat untuk mencapai sesuatu hasrat. Hanya...fikirkan BOLEH!
Profile Image for Shahidra.
33 reviews4 followers
August 8, 2021
Kisah Kembara Memburu Hikmah (KMH) dalam jilid ini bermula di China, melalui Kyrgystan, Khazakhstan, Uzbekistan, Afghanistan, Iran, UAE sebelum sampai ke Mekah dan Madinah di Arab Saudi.

Bermula dengan musim sejuk - meredah salji - dan berakhir panas. Melalui negara kaya budaya dan sejarah.Juga negara yang digeruni dan tidak ingin dilawati.

Cabaran bersilih ganti. Cuaca, peraturan negara, kemalangan, kerosakan peralatan basikal serba serbi akibat kayuhan yang menjangkau tahun, masuk ke sarang taliban, disiasat oleh penduduk beraliran syiah, pencuri dan visa untuk masuk ke Arab Saudi melalui jalan darat yang menemui jalan buntu setelah setahun dipohon semuanya dirakam dalam jilid ini.

Usaha, pergantungan penuh kepadaNya dan izinNya akhirnya merealisasikan impian lebih dari yang dicita. Hajat asal untuk berkayuh menunaikan haji dimakbulkan melalui pahala umrah di bulan Ramadhan bersama ahli keluarga tercinta.

Semua negara dalam jilid ini belum berkesempatan saya lawati...satu atau dua negara ingin dijejaki jika diizinkanNya. Jika tidak, catatan KMH bersama seribu hikmah yang diperolehi, cukup menggantikannya.

Yang menjentik hati dan menggamit rindu untuk kembali, tentunya dua tanah suci..Mekah dan Madinah, semoga ada rezeki bertamu lagi. Amin ya rabbal 'alamin.
Profile Image for Amirah Solehah.
7 reviews90 followers
March 10, 2022
Hikmah yang terlalu banyak boleh diambil sepanjang permusafiran. Alhamdulillah akhirnya Allah permudahkan urusan mereka sampai juga ke Mekah walaupun setahun lebih memohon visa untuk masuk. Walaupun 1000 lebih m/s tapi sebab buku travelog, boleh habiskan dalam tempoh yang singkat.
Profile Image for Ujie Othman.
15 reviews
February 18, 2021
Buku SIRI-2, sambungan kisah kembara berbasikal Ahmad & Adilah di 7 buah negara sehingga tiba ke destinasi (Arab Saudi).

Sama seperti buku Siri-1, kembara mereka penuh dengan pelbagai kisah suka duka, debaran. Membaca sambil mengambil pengajaran/hikmah daripada setiap kisah.

Buku dengan kualiti yang bagus - kertas glossy, tulisan besar. Gaya penceritaan santai dan membuat kita seolah-olah ikut bersama dalam kembara mereka.

Bacaan sesuai untuk seisi keluarga. Kisah kembara yang membangun jiwa.
Profile Image for Fara.
14 reviews1 follower
December 25, 2023
Alhamdulilah, berjaya juga menghabiskan buku ini walaupun agak tebal. Semoga saya juga dimurahkan rezeki, dijemput ke bumi Allah, Mekah suatu hari nanti.

Buku kedua ini rasanya penulisan sedikit berbeza berbanding buku pertama mungkin kerana ia ditulis oleh 2 orang penulis.

Saya lebih sukakan style penulisan buku pertama. Mungkin juga sedikit betul pada komen pembaca lain sebelum ini, jika diedit lebih baik, buku ini boleh jadi lebih menarik. Boleh disunting dan dipendekkan sedikit.

Namun keseluruhan, masih menarik untuk saya. Banyak pengajaran yang dapat dikutip.
Profile Image for Ruzain Syukur.
29 reviews3 followers
January 23, 2021
Tidak terungkap dengan kata apabila doa Ustazah Adilah dan suaminya Ahmad menuju ke Mekah dimakbulkan ALlah. INi misi yang setiap pagi dimulakan dengan niat, di tengah jalan bertemua masyarakat belajar sesuatu sambil dimuliakan. Lelah mereka mencari redha Allah akhirnya berbaloi setelah sampai ke Mekah melewati banyak negara banyaknya dengan basikal.
Profile Image for Raja Sharifah.
10 reviews
February 2, 2021
Rasa macam sama-sama pergi mengembara! Perkongsian yang menarik mengenai gaya hidup dan adat resam penduduk tempatan. Banyak hikmah yang dipelajari dari pengembaraan ini untuk dijadikan pedoman merapatkan diri kepada Yang Esa.
Profile Image for Ainuddin Saifude.
17 reviews
March 24, 2021
Sangat baik seperti siri 1. Mengajar kita semua erti bertawakkal & berdoa. Juga erti rezeki.
9 reviews1 follower
March 28, 2021
Saya suka buku ni. Relatable the adventures esp kat Mekah. Santai and bersahaja penyampaian dia. Gambar beri bayangan yg baik tentang situasi dan pengembaraan mereka
Profile Image for Nazri Awang.
77 reviews8 followers
February 17, 2022
Rasanya isi buku ini pasti lebih menarik sekiranya penulis mengambil khidmat editor dan copy-editor.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.