Jump to ratings and reviews
Rate this book

​Dhuha: Cahaya Pagi yang Terang

Rate this book
Pemberian makna dan mesej ayat-ayat Quran melalui pengkisahan sebuah novel kehidupan jarang ada dalam dunia penulisan, sama ada penulisan lama mahupun penulisan moden. Novel ini adalah antara novel pertama yang membawa ayat-ayat Quran dalam kehidupan manusia. Quran mampu berfungsi dalam setiap petak kehidupan manusia. Memang mampu dan lebih daripada mampu!

Kalau manusia mengharapkan Quran datang kepada mereka, ini memang takkan berlaku. Manusia yang perlu mencari makna dan mesej suara dari langit.

Didalam novel ini, Lukman memperoleh hubungan yang intim antara minda, hati dan jiwa dengan makna dan mesej ayat-ayat Quran.

Tatkala meredah kesesakan lalu lintas di awal pagi, Lukman sudah mengerti bahawa ketakwaan bukan hanya ada di masjid.

176 pages, Paperback

First published January 1, 2020

4 people are currently reading
17 people want to read

About the author

Mohd. Daud Bakar

27 books37 followers
Datuk Dr. Mohd Daud Bakar is the Founder and Executive Chairman of Amanie Group. One of its flagship companies namely Amanie Advisors, is operating in 6 cities globally. He currently serves as the Chairman of the Shariah Advisory Council at the Central Bank of Malaysia, the Securities Commission of Malaysia, the Labuan Financial Services Authority, and the First Abu Dhabi Bank. He is also a Shariah board member of various global financial institutions, including the National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (France), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain), and Dow Jones Islamic Market Index (New York) amongst many others.

In the corporate world, he sits as a Board Director at Sime Darby Berhad and a member of the PNB Investment Committee. He is also the third Chair Professor in Islamic Banking and Finance of Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar (YTI) PNB at Faculty of Economics and Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

In 2016, he received the “Award of Excellence for Outstanding Contribution for Shariah Leadership & Advisory” at London Sukuk Summit Awards and “Shariah Adviser Award” at The Asset Triple A Islamic Finance Award. In 2014, he received the “Most Outstanding Individual” award by His Majesty, the King of Malaysia, in conjunction with the national-level Prophet Muhammad’s birthday.

Under his leadership, Amanie Advisors received the “Islamic Economy Knowledge Infrastructure Award” at the Global Islamic Economy Summit, Dubai 2015, by His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Vice President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai, Oct 2015.

Prior to this, he was the Deputy Vice-Chancellor at the International Islamic University Malaysia. He received his first degree in Shariah from University of Kuwait in 1988 and obtained his PhD from University of St. Andrews, United Kingdom in 1993. In 2002, he completed his external Bachelor of Jurisprudence at University of Malaya.

His publications include articles in various academic journals and presentations of more than 150 papers in both local and international conferences. His first book entitled “Shariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of A Shariah Scholar” has won the “Islamic Finance Book of the Year 2016” by the Global Islamic Finance Award (GIFA).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (22%)
4 stars
11 (50%)
3 stars
6 (27%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
February 26, 2021
Dhuha, Cahaya pagi yang terang bagi saya adalah sebuah nukilan berirama santai yang sesuai dibaca di kala suka mahupun duka, terutama ketika keadaan kurang menyebelahi kita. Mengapa begitu?
Kisah ringkas Lukman dalam kereta menempuh kesesakan lalu lintas menuju ke pejabat. Itu saja? Iya. Kalau ikutkan, jangkamasa perjalanan tidak sampai sejam (jika saya tak silap). Lumrah la, kesesakan di jalan raya di bandar KL waktu 'rush hour' menyesakkan. Namun, cahaya pagi dhuha dan kupasan Ustaz radio mengenai Surah Dhuha telah menyelamat harinya. Dari kepala berserabut menjadi bersemangat untuk membina premis pahala melalui perniagaan.

Actually memang simple buku ini. Saya rate tinggi sebagai pernyataan sokongan untuk lebih banyak buku-buku sebegini di terbitkan.
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
January 21, 2022
Sebuah novel yang menceritakan tentang rukun-rukun kehidupan yang mengambil inspirasi daripada Surah Dhuha.

Pada pandangan saya, walaupun jalan ceritanya ringkas , tidak ada banyak plot seperti novel-novel lain, mudah difahami, tetapi ia nya sesuatu permulaan yang bagus untuk memperbanyakkan lagi novel bertemakan surah-surah dari Al-Quran.

Saya suka cara olahan penulis yang mengaitkan intipati surah ini dengan situasi kehidupan masa kini. Benarlah Al-Quran itu mukjizat sepanjang zaman.

Tahniah penulis!
Kalau ada terbitan novel yang terbaru inspirasi dari surah-surah lain, in sha Allah saya akan beli😍

Profile Image for Muhamad Syaari Ab Rahman.
5 reviews66 followers
July 17, 2022
RESENSI NOVEL “DHUHA ; CAHAYA PAGI YANG TERANG” YANG DIINSPIRASI DARI SURAH AL-DHUHA

Alhamdulillah, dapat tamatkan bacaan karya kreatif ini dalam 3 hari sahaja sepanjang bercuti Iduladha baru-baru ini.

Ya, kalau dah novel namanya, kenapa perlu ambil masa lama-lama untuk tamatkan sahaja debaran babak seterusnya 😂

Seumpama membaca tafsir al-Azhar yang tafsiran ayat-ayat al-Quran disulamkan Buya Hamka dengan pelbagai cerita benar dari pengalaman kehidupannya sendiri, Dr Mohd Daud Bakar ternyata mempunyai sentuhan ajaib yang tersendiri.

Sangat teliti percaturan kisah-kisah fiksyen dari beliau untuk memperjelas “maqasid” setiap ayat al-Dhuha.

Hadirnya pula tepat pada masanya sebagai terapi jiwa ketika banyak anak muda yang diuji Allah dengan dengan kemurungan dan “mental illness” di fasa pandemik sebelum ini (ketika karya ini diterbitkan) dan kini endemik Covid-19.

Novel yang diinspirasikan dari kejadian kesesakan lalu lintas yang sememangnya tidak dapat dielakkan di Lembah Klang oleh seorang insan bernama “Lukman”, suara seorang ustaz di corong radio mensyarahkan surah al-Dhuha amat menakjubkan sehingga terasa ia seumpama baru diturunkan.

Ayat dua mengenai ketenangan malam (وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى), novel ini membawa kisah bagaimana Lukman bersama keluarganya di rumah di malam hari selepas pulang dari bekerja.

Ayat tiga mengenai Tuhan tidak pernah membenci dan meninggalkan Nabi (مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى), dipaparkan cerita ayah kawan Lukman, Pakcik Karim yang kesakitan terlantar atas tilam namun penuh fikiran sangka baik kepada Tuhannya.

Ayat lima mengenai kegembiraan di masa hadapan yang bakal Nabi terima (وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى), dipaparkan cerita anak kawan Lukman bernama Sabrina yang gembira kerana mendapat tajaan sambung belajar.

Ayat enam mengenai Nabi yang pernah hidup berpisah dari ibubapa sejak kecil (أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى), dipaparkan cerita anak ketiga Luqman yang kerap terpisah dari ibubapa dan adik beradiknya kerana rawatan sakit jantung berlubang sejak lahir.

Kisah kuliah sejam “ustaz Taufiq” di radio yang amat memberi kesan pada Lukman meskipun sedang berjuang melepasi kesesakan jalan, bukanlah cerita khayalan bagi saya.

Saya sendiri pernah menemui beberapa orang yang saya tidak pun kenali, namun datang menyapa saya kerana mereka kata mereka pernah dengar suara ini di radio IKIM pada setiap hari Isnin jam 5 petang.

Kata mereka ada satu segmen banyak “mengisi” fikiran dan hati mereka sepanjang kesesakan lalu lintas ketika pulang ke rumah dari tempat kerja. Kata merekalah 😂

Ustaz Taufiq ditampilkan sebagai figura penyampai tadabbur yang kemas penghuraiannya sepanjang membumikan surah al-Dhuha.

Kerap benar “renjatan elektrik” menerpa Lukman yang sedang memandu ditemani kuliah ustaz berkenaan. Luar dugaan saya rupanya kuliah beliau dari jam 7 hingga 8 pagi itulah yang mencorak perjalanan novel 176 halaman ini.

“Quran itu, tak kira di mana dan masa ia diturunkan, saling lengkap melengkapi. Quran adalah kitab yang sentiasa koheren. Tiada ayat yang sia-sia. Tiada ayat yang berdiri sendiri. Mesti ada keterkaitan dengan ayat lain. Semuanya berperanan dan berfungsi dalam kapasiti makna dan konteks ayat tertentu.” (halaman 27)

“Ramai orang yang baca Quran sekadar membaca makna dan tafsir ayatnya semata-mata. Namun, amat sedikit yang cuba melihat dan memahami laras bahasa wahyu, sedangkan ia teras Quran. Ia tulang belakang Quran.” (halaman 73)

“Inilah kehebatan Quran. Ringkas dan pendek tapi cukup bermakna. Yang mencabar adalah memberi intipati makna kepada ayat ini supaya tak terjatuh dan gugur apa sahaja makna penting terkandung dalam beberapa ayat yang pendek tersebut sama ada tersurat atau tersirat” (halaman 126)

“Ada banyak mutiara dalam setiap ungkapan Quran. Quran memang tak pernah gagal mempesonakan kita” (halaman 128)

“Setiap perkara yang disebut dalam Quran secara kerap dan bertubi-tubi adalah satu tanda yang jelas bahawa isu itu bukan lagi isu orang perseorangan atau masyarakat, tapi isu negara dan pemerintah” (halaman 151)

“Quran sentiasa melihat kepada orang yang senang dipinggirkan dalam masyarakat atas apa saja alasan.” (halaman 155)

“Apabila seseorang membaca Quran, seseorang itu berasa seolah-olah dia sedang bercakap dengan Quran ataupun Quran sedang bercakap dengannya. Inilah kemuncak perasaan apabila seseorang membaca mana-mana ayat Quran dengan minda yang terbuka dan hati yang basah.” (halaman 164)

“Bawalah makna dan mesej surah al-Dhuha ini di rumah, kilang, pejabat, sekolah, ladang, jalan raya dan juga di semua tempat. Ia releven di mana mana sahaja.” (halaman 172)

Semoga Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah terus menulis buah-buah tadabbur al-Quran dengan pendekatan novel fiksyen sebegini, khusus surah-surah pendek dan lazim sebegini.

Dan semoga lebih ramai asatizah tadabbur dapat menyantuni masyarakat dan anak muda dengan pendekatan novel sebegini. Inshaallah!

Tahniah MDB !

“Insyirah”, you’ll be the next inshaallah !

Syaari Ab Rahman
Tadabbur Centre
18 Zulhijjah 1443 H
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
February 1, 2021
BUKU: Dhuha (Cahaya Pagi Yang Terang) oleh Mohd Daud Bakar Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah

Naratifnya kisah seorang lelaki bernama Lukman dalam perjalanan ke tempat kerja. Seperti biasa yang dilalui oleh manusia yang bekerja di kotaraya. Dia mengharungi trafik jalanraya yang bergerak perlahan di pagi hari kerana kesesakan. Mengisi perjalanan itu dengan mendengar kuliah tafsir di siaran radio. Khusus berkaitan surah Ad-dhuha. Setiap syarahan tafsir oleh Ustaz Taufiq menghayutkan Lukman. Menyentuh dan menjentik hati Lukman yang sedang berada dalam kesesakan trafik. Sesekali Lukman juga memberi respon dan reaksi serta debat kecil di dalam hati berkaitan kupasan tafsir. Kisah juga diselang-seli Lukman menghayati iklan, kehidupan sekelilingnya dan juga mengimbau kisah hidupnya bersama keluarga.

Novel ini ditulis berpandu tafsir surah Ad-Dhuha disulami kisah fiksyen yang mencantik cerita. Tafsirnya pula disampaikan bentuk mudah difahami dan santai. Tafsir yang merangkumi sebab turun ayat, iktibar tersurat dan tersirat serta menyesuaikan dalam konteks semasa. Saya kagum (cemburu lebih tepatnya) kebolehan penulis mengimbangi isi dan kisah fiksyen.

Surah Ad-Dhuha menceritakan tentang rukun kehidupan. Dimulai firman Allah bersumpah dengan waktu Dhuha dan Malam yang tenang. Waktu Dhuha adalah lambang waktu pagi di mana manusia mula bekerja mencari rezeki. Di waktu itulah terbukanya pintu rezeki. Mendidik umat islam supaya tidak bermalasan di waktu pagi. Waktu pagi adalah cerminan kisah keseluruhan hidup kita pada hari itu. Malam pula adalah waktu rehat. Rehatkan diri kita dengan melegakan emosi bekerja di siang hari. Dengan cara fokus beribadah dan meluangkan masa dengan orang yang tersayang. Malam adalah pakaian kerehatan, keluarga dan ketenangan.

Rukun seterusnya Allah tidak pernah mengabaikan kita, sebaliknya kitalah yang terkadang terlupa. Mintalah selalu kepada Allah, Allah akan mendengar dan menjawab dengan kurniakan yang terbaik di sisinya. Jangan berputus asa dari berdoa. Seperti Rasulullah tidak berputus asa dan sabar menunggu wahyu yang terhenti beberapa ketika.

Kita semua akan dinilai berdasar pengakhiran. Kebaikan dan kejayaan dalam islam adalah pada masa depan di alam akhirat. Dalam kehidupan pun diukur baiknya pada pengakhiran dunia. Jadi, umat jangan selesa dengan permulaan yang baik, jangan leka dan lalai sebelum di tali penamat. Mati atau di akhirat.

Rukun kehidupan seterusnya kehidupan bermasyarakat. Khusus dalam perihal melindungi anak yatim. Perhatian terhadap anak yatim termasuklah membantu dari segi keperluan material dan spiritual. Jiwa anak yatim sangat rapuh. Betul, keperluan mereka seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan buku. Namun, paling utama adalah membantu anak yatim adalah dari segi motivasi, keyakinan diri, sikap mandiri, daya juang dan kasih sayang.

Layanlah anak yatim dengan lembut dan jangan berkasar. Ini juga merangkumi makna tersirat supaya kita tidak memilih bulu untuk bersikap sopan. Kebanyakan kita hanya bersopan dengan orang tinggi dari segi darjat. Jika darjat orang yang dirasakan rendah, kita pun mula melonggarkan kesopanan dan kelembutan. Iktibar, umat islam perlu bersopan kepada manusia tanpa mengira darjat.

Hidayah merupakan rukun kehidupan yang paling besar. Umat islam perlu sentiasa berusaha mencari hidayah Allah. Paling penting mencari insan lain yang memerlukan hidayah serta membantunya.

Dua tafsiran mengenai 'sail', pertama orang yang meminta panduan hidayah. Kedua orang meminta bantuan material. Kedua-dua perlu diambil berat untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Dan rukun terakhir syukur. 3 cara bersyukur dalam surah Ad-Dhuha:

1. Santunilah anak yatim. Jangan berkasar dengan mereka.

2. Jangan memalingkan muka dan jangan pula tengking herdik orang yang meminta tolong. Sama ada bantuan ilmu, sosial atau material. Jika tak mampu bantu, bersopanlah.

3. Selalu sebutkan dan zahirkan segala nikmat dan anugerah Allah. Berterima kasih kepada manusia juga tanda kesyukuran.

Kesimpulannya, novel ini member pengajaran kepada kita bahawa senantiasa mengambil iktibar dari Al-Quran di mana jua kita berada. Ketaqwaan itu tidak hanya berada di masjid. Ia berada di segenap pelusuk hidup kita.

#MalaysiaMembaca2021
#pkp2
#COVID19
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
August 27, 2022
"𝗣𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸 𝗸𝗮𝘁𝗮, 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗶𝗻𝗶, 𝗵𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮-𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻𝘆𝗮. 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮, 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗱𝗶 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗱𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗵𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵. 𝗔𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗿𝘂𝗴𝗶𝗻𝘆𝗮. 𝗕𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻, 𝗶𝘁𝘂𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿."

Surah Dhuha yang menjadi kekuatan tunjang tema novel ini. Dimulakan dengan kisah ringkas Lukman yang menempuhi kesesakan jalanraya. Di dalam sela-sela kesibukan jalanraya tersebut, Lukman menyingkap satu perasaannya yang kosong melalui ceramah intipati daripada Surah Dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Taufiq di Radio Ceria.

Bagi aku ini permulaan yang baik untuk kita menyampaikan sesuatu hubungkait setiap input-input surah dan apa singkapan maksud melalui tafsir bagi surah/ ayat tersebut. Kekuatan naratif di dalam novel ini boleh dianggap kuat dengan mengetengahkan naratif rukun kehidupan di dalam surah Dhuha yang sering kita rasa agak janggal apabila didengari.

Malah, kisah Lukman yang menghadapi kesesakan jalanraya dan ceramah daripada Ustaz Taufiq telah menghasilkan satu novel yang agak menarik. Dilampirkan cerita-cerita yang berkisarkan imbauan semula (throwback) untuk mengukuhkan cerita-cerita yang dimuatkan untuk menyerlahkan maksud dan nilai setiap ayat-ayat di dalam Surah Dhuha.

Perkara yang menarik bagi buku ini ialah setiap ayat diperincikan berasingan. Hal ini kerana, untuk memudahkan penulis menyampaikan maksud dan isi sebenar bagi setiap ayat tersebut.

Secara keseluruhannya, ia merupakan permulaan yang baik dalam membawa gagasan baharu dalam menyampaikan makna tafsir setiap surah kepada masyarakat. Usaha ini sewajarnya didokong untuk memandaikan masyarakat serta melahirkan masyarakat yang celik kepada Al-Quran dan maksudnya
230 reviews4 followers
January 23, 2024
Saya cukup teruja apabila menemui buku ini. Penulis menjanjikan sebuah novel berdasarkan tafsir surah Dhuha dari Al-Quran. Saya memang suka novel-novel yang menyelitkan ayat-ayat Al-Quran di dalamnya. Inikan pula sebuah surah!

Novel ini berdakwah tentang tafsir surah Adh-Dhuha menerusi ceramah seorang ustaz di corong radio ketika watak utama, Luqman, sedang mengharungi kesesesakan lalu lintas di waktu pagi sedang dia memandu ke tempat kerja. Kupasan surah Dhuha diselang-selikan dengan apa yang terlintas dalam otak Luqman atau digumam oleh Luqman. Kadang-kala ada selingan iklan. Banyak pengajaran yang diketengahkan.

Novel ini satu percubaan baik. Namun, bagi saya, dalam niat hendak menggabungkan tafsir dan novel dalam satu karya, hasilnya kurang berkesan. Hendak kata buku tafsir, kupasan setiap ayat terlalu sedikit dan tidak memuaskan, lebih-lebih lagi kerana terlalu banyak selingan yang membuat saya keliru apabila asyik ‘diganggu’ daripada kupasan tafsir surah itu sendiri. Hendak kata novel, tiada plot atau pembangunan watak. Saya lebih suka novel yang menyelitkan ayat-ayat Al-Quran sebagai sebahagian daripada plot, menggunakan kaedah show, not tell, dengan jalan cerita yang tersusun dan menarik. Seperti karya Hilal Asyraf. Bukan dibentangkan dalam bentuk ceramah oleh seorang watak dalam cerita.

Gaya penulisan buku ini juga agak janggal bagi saya kerana ada beberapa perkataan seperti tidak kena (contoh: ‘meluncur perlahan’ - oxymoron apakah ini?) dan ada beberapa bahagian yang meleret-leret. Adakah saya akan cuba novel-novel lain dari siri ini? Entah. Mungkin? Tetapi hanya jika bahasa dan aturan jalan ceritanya diperkemaskan lagi.
Profile Image for Fya Books.
58 reviews3 followers
December 15, 2023
Penulis buku ini merangkumkan refleksi keseluruhan surah Dhuha dalam sebuah novel. Jarang sekali kita jumpa novel sebegini.
Para pembaca diperkenalkan dengan watak utama, Lukman sebagai Ketua Eksekutif Syarikat Unicus Excell Sdn Bhd. Pada hari yang dijadualkan mesyuarat pada 8 pagi, beliau telah terperangkap dalam kesesakan trafik. Situasi yang menyebabkan orang lain mungkin merengus atau mengeluh, Lukman sebaliknya memperoleh sesuatu yang menyinari hati dan mindanya. Sambil menghadap kesesakan jalan raya, telinganya fokus menangkap sesi ceramah di radio. Ustaz Taufiq menyampaikan ceramah tentang surah Dhuha yang menurutnya terkait dengan rukun kehidupan. Sambil mendengar ceramah tersebut, Lukman turut memberi respon seolah-olah berdiskusi dengan Ustaz Taufiq. Beliau juga turut mengimbau kenangan dan pengalaman hidupnya yang terkait seperti pertemuan pertama dengan isterinya, perbualan antara AJK masjid dan lain-lain.
Kesimpulan daripada ceramah tersebut, surah Dhuha merakamkan pelbagai nikmat yang Allah anugerahkan kepada hambaNya iaitu hidayah, penjagaan, perlindungan serta kekayaan. Sebagai hamba, kita perlu membalas pemberian Allah dengan berbuat baik sesama manusia terutamanya anak yatim dan orang miskin. Selain itu kita perlu selalu bersyukur dengan melakukan apa-apa cara untuk menzahirkan rasa syukur itu.
"Bawalah makna dan mesej surah ini di mana-mana saja. Ketakwaan bukan hanya berada di masjid"
Profile Image for Abdul Aziz.
31 reviews2 followers
February 26, 2021
"Jangan pula disebabkan kefahaman kita yang cetek, kita hitamkan pula sesuatu yang putih; atau hanya sekadar kecenderungan peribadi kita sendiri mengatasi suara wahyu."

Petikan ayat dari buku ini. Sebuah novel diinspirasi Surah al-Dhuha.

Mesej ini bagi saya kena pada masa kini.

Berapa ramai yang suka mengulas tentang sesuatu yang jauh daripada pengetahuannya. Ada yang menentukan hukum berdasarkan pendapat diri dan merendah-rendahkan ulama yang tidak sehaluan dengan mereka.

Buku pertama yang saya mula, dan habis baca tahun ini.

Penulis buku, Datuk Dr. Mohd Bakar diiktiraf sebagai salah seorang dari 5 penasihat Syariah Kewangan Islam terkemuka di dunia.

Beliau juga merupakan penasihat Syariah untuk Public Gold Malaysia, syarikat perdagangan emas fizikal patuh Syariah PERTAMA di dunia..

Sesuai bagi pembaca yang rasa berat untuk menelaah buku ilmiah yang mungkin mendatar bagi mereka. Mungkin boleh jadi ‘kickstart’ sebelum baca buku-buku yang lebih serius.

Buku ini ditulis untuk memberi makna dan mesej ayat-ayat Quran melalui pengkisahan sebuah novel kehidupan yang dapat dikaitkan dengan kehidupan orang-orang biasa.
Profile Image for MAJ.
9 reviews
January 13, 2022
A wonderful piece of tadabbur work, crafted beautifully into a novel.

In this book, Dr. MDB incorporates gems from the Surah in his storytelling of the main character, Lukman, who was thrown into deep thoughts as he reflects on the values and teachings of Ad-Dhuha. I, too, never stopped reflecting the whole time I was reading the novel.

A creative and InsyaAllah an effective way to convey the messages of the Quran.

May Allah guide and bless Dr. MDB always.

الكمال لله وحده

13th January 2022

MAJ
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.