Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nabi Muhammad SAW Dalam Al-Quran

Rate this book

112 pages, Paperback

Published November 1, 2020

Loading...
Loading...

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (66%)
4 stars
1 (33%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Nurul Suhadah.
181 reviews35 followers
October 10, 2022
Bacaan sempena 12 Rabiulawwal tahun ini. Rasanya telah lama saya tidak menekuni buku berkaitan Rasulullah SAW secara khusus. Dan membaca buku ini mengimbau kembali memori membaca buku Fiqh Sirah 1,2 dan3 karangan penulis yang sama suatu ketika dulu.

Buku ini buku ringkas yang mempunyai lapan subtopik yang merupakan salah satu daripada siri kuliah pengajian Al-Quran yang disampaikan oleh Asy-Syahid Dr Muhamad Sa’id Ramadan al-Buti. Terima kasih buat pasukan penterjemah daripada Kumpulan Penterjemah Akademi Tursina yang telah mengusahakan terjemahan buku ini. Dua orang daripada pasukan ini saya kenali, editor buku ini juga saya kenali.

Buku ini memberi kepuasan yang tersendiri apabila menghurai tentang Rasullullah SAW dari perspektif dan rujukan utama daripada ayat-ayat Al-Quran sendiri. Mungkin ada yang telah biasa kita dengar, namun ada juga huraian perspektifnya pertama kali saya tahu.

Buku ini mampu membuatkan saya mengalir airmata ketika membaca kisah tentang akhlak Baginda dan ucapan Baginda ketika berdepan dengan ketidakpuasan hati kaum Ansar terhadap Rasulullah SAW atas pembahagian harta rampasan perang suku Hawazin dan Thaqif selepas perang Hunayn yang mana Rasullullah telah memberi lebih kepada 2 ribu orang daripada golongan yang baru masuk Islam (mualaf). Ucapan Rasullullah SAW ketika menerangkan kembali hal ini kepada kaum Ansar telah menyebabkan berderai tangisan orang-orang Ansar, dan yang membacanya juga tak mampu nak menahan.

Saya juga berjumpa dengan doa munajat Nabi SAW ketika menolak permintaan Jibril untuk menimpakan azab kepada kaum Taif yang mungkin dulu dah pernah baca tetapi telah lupa. Satu munajat yang sangat baik untuk diamalkan.

Saya juga jatuh cinta berkali-kali dengan akhlak penulis ini yang tidak mahu menghurai lanjut tentang perkara-perkara yang tidak perlu, luar dari batasan kemampuan dan pengetahuan akal kita. Contohnya dalam menghurai cinta Allah kepada Nabi SAW dalam bab Kedudukan Nabi Muhammad SAW di sisi Allah.

Kata penulis :

“Saya tidak suka mentakwil dengan mengatakan bahawa pengertian cinta Allah kepada RasulNya ini ialah dengan Dia melindungi Rasul tersebut daripada sebarang kesukaran, menghilangkan musibah, dan memuliakan Baginda. Hal ini ialah mentafsir makna sesuatu dengan hasil atau kesan daripada perkara tersebut. Padahal, kesan cinta itu sendiri ialah suatu perkara yang lain.

Di sana memang wujud cinta yang hakiki Allah kepada manusia. Bagaimana mungkin perkara ini terjadi? Saya tidak mampu untuk menghuraikan cinta Allah dalam bentuk kejiwaan seperti yang tertakluk dalam bidang psikologi, seperti kita memahami cinta manusia sesama manusia. Cinta Allah yang hakiki tersebut berada di luar pemahaman manusia, namun yang penting ialah cinta itu benar-benar wujud”

Alhamdulillah untuk nikmat kesempatan masa membaca, dan kemanisan kembali merasai nikmatnya menghayati kisah Baginda Nabi SAW. Terima kasih untuk penghasilan karya ini.
Displaying 1 of 1 review