Buku ini merupakan saduran kepada kitab Maza Ya’ni Intima-i Lil Islam (Apa Erti Aku Menganut Islam) karangan Syeikh Fathi Yakan. Asasnya, buku ini membawa ke hadapan persoalan kesyumulan dalam beragama khususnya buat seorang Muslim.
Ia merungkaikan sudut-sudut beragama yang biasa dilakukan oleh seorang Muslim secara ritual seperti akidah dan ibadah, lalu menghubungkan sudut-sudut beragama yang kadang kala tidak dilihat sebagai suatu yang sama besar kepentingannya sepeti akidah dan ibadah iaitu akhlak, perhubungan antara manusia dalam keluarga dan masyarakat. Buku ini turut menekankan bahawa kita perlu yakin masa depan ketamadunan dunia ini adalah untuk Islam lalu perlu bekerja keras untuk membangunkannya.
Bab penutup buku ini juga terkandung nota yang sangat penting kerana memaparkan enabler atau pemboleh kepada segala cita-cita besar yang dinyatakan sebelumnya. Pemboleh tersebut adalah kita harus mampu kawal dan kendali diri.
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.
Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023), PEDAGOGI RAMADAN (2023), DARI MATA TURUN KE HATI (2024) and IQRA' (2026)
Erti Beragama yang Hilang muncul pada waktu getir yang dikenali sebagai zaman fitnah. Dengan keberadaan wabak pandemik melanda dunia, manusia diuji dengan kekuatan dan kutuhan iman terhadap nilai beragama. Saya pasti ramai yang membaca buku ini berharap dapat menemui jawapan kepada apa erti saya menganut Islam. Nilai yang mana yang dikata hilang itu. Dan saya sebagai penganut agama secara tradisi, adakah saya pernah merasai nikmat memilih hidup sebagai seorang Muslim? Persoalan demi persoalan dibangkitkan yang mencabar diri berdepan dengan jawapan yang mungkin sebelum ini kita tolak jauh ke belakang dengan harapan kita tidak perlu mengendalikannya. Beberapa siri ‘terkena batang hidup’ dan wajah merah menahan malu dialami. Namun ini semua perlu, perlu didepani agar diri menjadi Muslim yang lebih baik, agar kita bertemu dengan erti beragama yang hilang itu. Alhamdulillah untuk bacaam yang hampir sebulan ini.
Ada satu bahagian, penulis menerangkan tentang menjaga lisan. Penerangan yang ringkas dan padat. Betapa dunia sekarang sangat mencabar untuk menjaga lisan. Mulut mungkin terkatup, tapi jari-jemari kita mengumpat, fitnah dan marah-marah di media sosial. Kesedaran buat diriku juga yang kadang-kadang terbabas.
'Siapa diam, dia pasti terselamat!' (Riwayat at-Tirmidzi).
Apa yang saya dapat dari buku ini ialah sebuah clarification dalam melihat agama yang indah ini. Timbul perasan syukur kerana saya lahir sebagai seorang Muslim.
Ia juga membuatkan saya mahu melakukan sesuatu, walaupun hal sekecil melukis, dengan penuh ihsan dan bersungguh-sungguh.
"Allah SWT mewajibkan ihsan bukan sahaja dalam ibadah, bahkan dalam kerja seharian." (ms 76)
Pokoknya, bab-bab awal buku ini dapat dirumuskan dalam kisah Sultan Muhammad al-Fatih. Walaupun kita barangkali sudah hafal kisah tersebut, tapi inshaAllah kali ini, kita akan melihat kisah tersebut bukan sekadar seorang sultan yang merealisasikan hadis Nabi SAW, malah ianya lebih daripada itu.
Sebagai contoh, konsep syariatullah dan sunnatullah. Guru-guru yang mengajar Sultan Muhammad bukan sahaja pakar dalam bidang agama, tetapi pakar dalam bidang sains.
Dan jika anda baca Seni Berfikir Yang Hilang (juga karya Ustaz Hasrizal), anda akan lebih faham mengapa seorang pendakwah itu kena menguasai ilmu selain dari ilmu agama.
Secara peribadi saya sangat sarankan supaya bacalah juga buku Seni Berfikir Yang Hilang.
Akhir kata, Kota Konstantinopel sudah pun ditawan, tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menjadi "sebaik-baik pemimpin" atau paling tidak pun "sebaik-baik tentera".
Buku yang saya terima melalui kiriman parcel pada pagi Jumaat ini saya habiskan dalam hari yang sama. Saya sedar buku yang dikarang ini mungkin mengambil masa yang panjang untuk menulis dan mengumpulnya. Saya kira penulis berjaya menaik taraf penulisan beliau dan diabadikan dalam buku ini. Setiap tajuk disudahi dengan kenyataan atau soalan yang membuat pembaca terpaksa mencari kesimpulan mengikut acuan pengalaman diri sendiri. Penulis menggunakan bahasa yang mudah sehingga seorang pembaca dalam bidang teknologi pun mudah faham dengan logik dan "flow" buku ini. Ia mengingatkan saya kembali ketika keterujaan saya sendiri semasa membaca buku "Apa erti saya menganut Islam" lebih 20 tahun yang lalu. Perkongsian penulis mengajak saya mengimbau kembali kejayaan dan kegagalan saya dalam misi menganut agama ini. Jujur saya katakan, apabila saya sampai ke muka terakhir, saya dengan sendiri menekan butang "reset" dalam realiti beragama diri sendiri. Tajuk belajar akidah dari kambing seakan menampar saya tersedar dari lamunan. Petikan dan penerangan dari Ayat Al Ahzab 70-71 tentang berkata benar dan taufik sangat "relatable" bagi kerjaya teknologi yang kadang2 kabur hubungan sunnatullah dan syariatullah dalam ibadah bekerjaya. Tahniah kepada penulis dan ribuan terima kasih kerana mengetengahkan topik ini dikala agama ini dilanda musibah semasa. Sekarang giliran saya sebagai pembaca memaknakan erti hidup beragama.
This entire review has been hidden because of spoilers.
It’s a good book. A good reminder that reminds us as Muslim and as a human on how we should behave or supposed to behave. There is 2 points that took my attention which i need to do some research on it. Otherwise the book is light and easy. Main point highlighted is us as Muslim to keep Sunnatullah and Syariahtullah to go along together in our daily routine life. Looking forward for authors next book. Good job!
Agak lama untuk menghabiskan bacaan buku ini. Semestinya banyak berfikir sejenak di antara halaman untuk menghadam isinya. Erti beragama yang kian hilang dalam masyarakat dibawakan persoalannya di dalam buku ini. Cara yang sepatutnya kita mengaplikasikan konsep syariatullah dan sunnatullah di dalam kehidupan bagi menjadikan kita individu yang berfikir untuk pembangunan tamadun dan umat dikupas panjang lebar di dalam naskhah hebat ini. Usai membacanya, terasa masih panjang tugas kita dalam membangun umat dan tamadun dalam dunia yang penuh rencam ini. Saranan saya bacalah dengan hati dan akal yang berfikir, agar mampu mengetuk sehingga ke lubuk hati kita yang dalam.
Sedap dibaca sebab penulis banyak memasukkan kisah-kisah dan pengalaman peribadi. Jadi ia tidak membosankan. Secara ringkasnya, buku ini merungkaikan permasalahan pengertian Islam yang difahami awam ialah sekadar ibadah. Sesetengah orang Islam terlalai bahawa akhlak juga ibadah. Masalah majoriti umat Islam ialah mereka Islam secara tidak menyeluruh. Ibadah ok tetapi akhlak tidak. Maka terjadilah fitnah terhadap agama.
Buku ini menjawab banyak persoalan sukar tentang agama yang rumit untuk kita utarakan dan berbincang tentangnya. Namun, penulis menunjukkan bahawa masalah-masalah moden dalam agama itu memang benar wujud, dan sepatutnya dibicarakan pada umum.
Buku ini menjentik pemikiran, menjernih pemahaman, dan memurnikan perlakuan dalam kita melaksanakan kehidupan secara Islam.
Di bahagian awalnya saya mendapat kesedaran, di tengahnya memupuk kedamaian, dan hujungnya menimbulkan harapan.
Saya sangat suka dengan cara penyampaian dalam buku ini.
Walaupun mesej yang ingin disampaikan agak berat (olahan semula buku Maza Ya'ni karangan Fathi Yakan), tapi penulis dapat mengulasnya dalam bahasa yang mudah dan sejahtera untuk kita hadam.
Bagaimana? Dengan memaparkan contoh kisah dari pengalaman beliau sendiri, kisah yang diambil dari masyarakat umum, hinggalah kisah nabi dan para sahabat yang kita mungkin terlepas pandang dari segi memahami konteks ceritanya.
Melalui penceritaan, membekaslah sebuah pengajaran.
Secara peribadi, buku ini sangat memberikan kepuasan bukan hanya dari sudut kerohanian, malah pemikiran dan perasaan.
Terima kasih Ustaz Hasrizal dan Iman Publication atas buku yang sungguh menyegarkan!
Suka baca buku ni yang banyak analogi, banyak cerita pengalaman, dan banyak knowledge yang dikongsi ustaz hasrizal. Dan semestinya this book twist everything yang we know about Islam. Kita sangka Islam cuma agama? Tapi ustaz mengajar Islam itu kehidupan. Worth reading untuk betulkan salah faham salah faham kita terhadap Islam. Point paling suka, syariatullah dan sunnahtullah. Kita selalu tak balance dua ni, di satu kelompok kita nmpk ada org mengikut syariat Allah tapi malas bekerja, tidak berusaha, dan buat kerja cincai. Di satu kelompok lagi, kita nampak org yg tulus bekerja, berusaha bersungguh-sungguh tapi tak follow syariat. Hakikatnya bukan kedua-duanya yang diajar Allah melainkan Allah kehendaki kita melaksanakan kedua-duanya.
Title: Erti Beragama Yang Hilang Author: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil My Ratings: 4🌟
Buku ini sedikit sebanyak membuka mata dan fikiran pembaca. Lebih kurang macam tersedar dari segala perbuatan yang kita rasa ‘tak ada masalah’ atau berkait dengan agama Islam. Ada juga beberapa bab yang boleh dikatakan sebagai peluru yang menusuk hati sendiri. Agak sentap dan sakit juga tapi saya faham, niat ustaz sekadar mahu menyedarkan manusia yang lalai. Mungkin juga, ada sesetengah pembaca yang akan menganggap ustaz ni kuno dan masih berada di zaman dahulu kala kerana isu yang dianggap ‘kecil’ malah dibesar-besarkan. Saya ulaskan sikit beberapa bab ringan yang ada dalam buku ini.
🍃 Ibadah sebagai tujuan hidup; sikap manusia yang mengejar ‘life goals’ untuk kepuasan diri sendiri sehingga lalai dengan kedudukan kita iaitu hamba Allah yang sepatutnya memperbanyakkan amalan di dunia agar mendapat hidup yang lebih baik di dunia yang lain. Ianya terjadi pada setiap umat manusia tak kira yang beriman atau tidak. Ustaz ada memberi contoh, seorang bekas imam masjid yang merajuk untuk datang ke masjid dan berjemaah bersama hanya kerana jawatannya telah diganti dengan imam yang lebih muda. Di sini, jelas bahawa imam tersebut hanya mahukan jawatan serta pangkat dan bukannya mahu beribadah dan membawa rakan-rakan lain ‘berhubung’ dengan Allah.
🍃 Memelihara tangan & lidah; lidah manusia tidak bertulang oleh itu, sering terlepas cakap tapi masyarakat sentiasa normalize perkara ini sehingga lidah itu bertukar menjadi lidah bercabang. Tambah² lagi apabila muncul telefon pintar dan tangan yang mengambil alih kerja lidah tadi. Zaman kini, ramai yang mengemukakan pendapat tapi caranya salah. Contohnya, disertakan dengan bentuk cacian, makian atau menyampaikan berita yang tidak sahih (dalam bentuk fitnah) Dikira alat canggih sekarang adalah salahsatu alat yang membantu kerja syaitan. Cepat aje dosa mengalir.
🍃 Tabiat loyar buruk, sarkasme, troll, prank; ini isu yang sudah normal di kalangan masyarakat. Malah, dibawa berlebih-lebihan dalam keadaan atau situasi yang tidak sepatutnya. Contohnya, sewaktu belajar agama. Menurut ustaz, ia adalah kesalahan dalam premis agama dan ‘sunnah’ Firaun serta Namrud. Begitu juga dengan budaya prank, iaitu budaya yang menjatuhkan maruah diri sendiri dan mengaibkan (salah satu punca kegelinciran akhlak)
🍃 Cinta sebagai asas berkeluarga; satu lagi perkara yang di normalize oleh masyarakat. Saya bersetuju dengan isu yang satu ini. Kebanyakan orang berkahwin atas perasaan cinta dan sekadar mahu mengelakkan perbuatan zina. Benar, tidak salah niat mereka namun lepas berkahwin, mahu bercerai pula atas alasan tak secocok. Selepas mengetahui kadar penceraian semakin meningkat, saya bersetuju apabila ustaz mengatakan bahawa sesetengah daripada pasangan salah faham dengan perasaan (keinginan seksual) Sedangkan, Nabi Muhammad sendiri berkahwin atas tujuan-tujuan utama contohnya, untuk beribadah, untuk mendapatkan keturunan yang beriman, untuk mengeratkan silaturrahim dan sebagainya.
Sentiasa luar biasa! Seorang yang bernama Hasrizal Abdul Jamil ini bijak mengajak kita bertumbuh dari perkongsian buah-buah fikirannya.
Benarlah juga seperti apa yang dicoretkan oleh tuan penulis di awal-awal bab dan di dalam sesi LIVE bersama iMAN bulan lalu, buku ini bukan untuk memberi jawapan atau kepuasan kepada mana-mana individu hatta kepada diri penulis buku ini sekalipun. Erti beragama yang hilang ini diolah dengan rasa yang cukup menghamba; tidak culas entiti, seimbang dan secukup rasa kandungannya.
Bagi saya, tuan penulis membentangkan hasil dari pemahamannya terhadap karya asal Fathi Yakan yang bertajuk Maza Ya'ni Intima'i lil Islam ini dengan begitu kritis dan kritikal sekali tanpa ada sekelumit rumit pun bagi pembaca memahami setiap huraian yang diberikan.
Penyampaian dan pengolahannya amat santai dan ringkas, susunan cerita/olahannya kemas– hikmah dan rahmah berputar sama ada di awalan atau pengakhiran perenggan.
Sepertimana pengalaman membaca Seni Berfikir Yang Hilang pada awal Februari tahun lalu, saya rasa puas ditikam dan dihenyak dengan keilmiahan penulis. Tersedak-sedak dan terkebil-kebil saya mengekpresikan segala emosi yang hadir sepanjang proses pembacaan dan penghadaman isi kandungan buku.
Jujurnya tidak tahu apa yang harus diketengahkan dalam resensi ini kerana saya rasa semua yang dibicarakan adalah penting.
Jadi, dengan rendah dirinya saya doakan agar lebih ramai orang bisa beroleh manfaat dan bertumbuh lebih baik lagi sebagai seorang Muslim setelah membaca buku ini. Semoga sukses @iamhasrizal @imanpublication 🙂
[This review will be written in Bahasa Melayu + a bit of English]
I read this book when I most needed it. But I think we humans are always in a constant need to be reminded of our true purpose in life.
Buku ini merupakan olahan inspirasi daripada kitab Maza Ya'ni Intima'i Lil Islam. Namun, seperti saudaranya "Seni Berfikir Yang Hilang" buku ini bukanlah terjemahan kitab tersebut. Ustaz Hasrizal memetik beberapa topik yang dapat dikaitkan dengan keadaan semasa.
🌹 Antara topik yang ada di dalam buku ini adalah tentang Islam warisan vs Islam pilihan, isu semasa dan cara melihat isu tersebut dengan Islam, media sosial dan sebagainya. Mungkin kita sudah beberapa kali terbaca perbincangan tentang topik-topik ini tapi saya mendapati banyak "fresh perspective" dari penulisan Ustaz Hasrizal.
🌹 Setiap topik disentuh secara holistik tetapi tidak terlalu berat sehingga membebankan pembaca. Sesiapa sahaja tak kira tahap "kesolehan" dan "kepandaian dalam ilmu agama" boleh baca buku ini dan mengambil pengajaran.
🌹 Terdapat beberapa analogi dan anekdot yang diselitkan dalam buku untuk menjelaskan konsep dan hujah yang dibawa dalam buku dan saya teruja untuk membacanya. It makes the book super reader-friendly.
🌹 I really recommend this book to everyone who needs a quick but refreshing read. You could also pick up the other book: Seni Berfikir Yang Hilang because I still think about the things written in this book up till this day.
Terima kasih Ustaz Hasrizal kerana menulis dan share this masterpiece dengan kami.
Buku ini ditulis berdasarkan rangka buku Apa Erti Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan. Intipatinya adalah mengenai bagaimana kita perlu mencari semula "ruh" dalam beragama. Tatkala ibadah hanya menjadi rutin atau dilakukan dibawah minda separa sedar (subconscious), automatik/robotik, penulis mengajak kita berhenti sejenak dan berfikir ibadah itu ialah suatu proses untuk mencapai output tertentu.
Saya pernah melakukan beberapa kali percubaan untuk membaca buku Maza Ya’ni Intimaie Lil Islam karya Fathi Yakan tetapi tersungkur di tengah jalan. Mungkin kerana laras bahasa yang digunakan agak tinggi untuk saya. Walau bagaimanapun, selepas membaca buku EBYH ini, saya terasa mahu membuat percubaan membaca Maza Ya’ni sekali lagi.
Secara keseluruhannya, penulis berjaya menjadikan buku ini sangat mudah untuk difahami dengan penggunaan analogi serta kisah-kisah yang diselitkan.
Saya juga tertarik dengan setiap terjemahan ayat al-Quran dan hadis yang sangat teliti berbanding terjemahan yang saya biasa baca.
Benar seperti tajuk buku ini, erti beragama seolah-olah telah hilang apabila pelaksanaan ibadah harian kita hanyalah sekadar ritual tanpa ada penghayatan.
Penekanan yang berulang-ulang tentang pentingnya keseimbangan antara sunnatullah dan syari’atullah bagi saya sangat penting kerana pada zaman sekarang, kita dapat lihat dua unsur ini seringkali cuba dipisahkan.
Sebagai seorang yang membesar dengan tulisan Ustaz Hasrizal di blog saifulislam.com semenjak lebih sepuluh tahun lalu, apa yang terkandung di dalam buku ini bukan sesuatu yang baru.
Konsep manusia 'saintifik' dan 'syariatik' yang menjadi tema buku ini adalah sesuatu yang telah dipelopori oleh penulis semenjak sekian lama.
Kita memahami bahawa menjadi muslim bermaksud menyerahkan diri untuk tunduk patuh pada perintah Allah SWT.
Namun, kepatuhan itu perlu menyeluruh iaitu mematuhi 'syariatullah' dan juga 'sunnatullah'.
Kedua-duanya adalah dari Allah.
Syariatullah ialah peraturan yang Allah sampaikan kepada kita melalui wahyu; yakni yang berkaitan 'dos and don'ts' sebagai hamba-Nya.
Contoh: wajib solat, haram makan riba', bagaimana untuk menunaikan haji, dsb.
Sunnatullah pula peraturan yang Allah tidak sebut secara langsung melalui wahyu tetapi berstatus peraturan yang turut diciptakan-Nya.
Contoh: hukum alam seperti graviti yang menyebabkan kita jatuh ke bawah,
ataupun kandungan air yang mengandungi dua atom hidrogen dan satu oksigen,
dan segala fenomena sebab-akibat (cause & effect) yang dijelaskan dalam pelbagai cabang ilmu di dunia ini; semuanya peraturan yang diciptakan Allah.
Contoh mudah, untuk mendapatkan pokok durian, kita perlu cari biji durian, tanam, dan jaga dengan elok.
Kita tidak mendapat durian dengan hanya sekadar berdoa.
Jadi, di dalam buku ini, penulis mengajak kita untuk mematuhi kedua-dua syariatullah dan sunnatullah untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam sebagai rahmat buat sekalian alam.
Penulis juga menggalakkan kita untuk menjadi muslim yang berfikir. Menjadi muslim kerana pilihan dan bukan sekadar warisan.
Kesimpulan: 👍🏻Sebuah buku yang wajar dibaca dan dihadam oleh umat Islam di Malaysia khususnya, kerana saya fikir dengan membetulkan cara kita beragama, maka banyak masalah-masalah yang membantutkan ummah dapat diselesaikan.
👎🏻Saya berasa tidak selesa dengan kisah-kisah sirah yang tidak disertakan sumbernya di dalam buku ini, sesuatu yang boleh diperbaiki oleh penerbit di masa akan datang.
Sangat suka dengan penulisan Ustaz Hasrizal. Cuma, adalah lebih baik kalau Ustaz tambah bab-bab sensitif untuk dikupas. Sebab apa? Sebab Ustaz memang pandai bermain dengan kata-kata yang santun. Itu pendapat saya.
Walaupun ada kalanya Ustaz sentuh bab yang sensitif, tapi beliau berjaya olahkan dengan sangat baik oleh sebab mahirnya beliau menggunakan perkataan-perkataan yang tepat lagi sopan. Lagi-lagi banbsyariatullah dan sunnatullah.
Kalau ikutkan, hal itu sensitif. Sebab, ada orang yang pro-akhirat sampai burn dunia habis. Mestilah orang begini akan terasa.
Tapi Ustaz power menjelaskan juga dengan baik.
Jadi, dicadangkan Ustaz perjelaskan lagi isu-isu sensitif. Ia sangat menarik dan santun.
Sejak awal sebelum pre order buku ini, telah difahami bahawa buku ini berkait dengan sebuah buku yang pernah saya baca semasa awal-awal ingin memahami dakwah Islamiyah. Hampir 9 tahun lepas.
Sudah tentu perkara pertama ialah mengenai buku tersebut, hasil karangan Fathi Yakan, ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ dan dalam perbezaan antara menjadi Muslim dan menjadi Islam, yakni proses ‘lahir semula’ sebagai individu yang ingin menjadi seorang yang beragama Islam dan beramal dengan Islamnya, bukan sekadar menjadi Muslim atas nama dan keluarga. Teringat satu ketika apabila naqibah usrah mula memberi persoalan, “agak - agaknya, kalau kita tidak dilahirkan dalam keluarga Muslim, kita akan pilih Islam tak?” Kita dah ada satu kelebihan, tetapi adakah kita akan gunakan upaya kita untuk ‘level up’ keperibadian kita.
Antara bahagian kegemaran saya ialah pada memaknai ibadah. Ibadah asas, sunat, dan umum. Membuat saya terfikir, kita solat lima waktu sehari semalam, kita buat tahajud, atau baca Quran, atau puasa sunat, then pergi kerja or tuntut ilmu, dan jika semuanya dilaksanakan dengan niat lillahi ta’ala, tak rasa awesome ke? Tapi dengan syarat, niat bukan sekadar niat. Akhlak perlu serupa niat. Kalau berniaga sebab ikut sunnah Rasul, tetapi tidak jujur dalam perniagaan, amalkan riba, tak ke dah jadi sebaliknya.
Dan bila berbicara tentang akhlak, yang sebenarnya ialah output dari proses ibadah kita seharian, teringat pernah terjumpa satu tweet berkata it takes about 40 days to build a habit, so kita kena buat hari-hari sampai jadi habit. Jadi how to make something a habit in Ramadhan. Saya suka tweet tersebut. Tapi bila baca buku ni balik, terfikir. Tu macam dah total opposite.
Pertama, sebelas bulan yang lain ialah output daripada ibadah Ramadhan kita sepatutnya. Ramadhan agak mudah kerana persekitaran kita semua beribadah. Jadi bila berada dalam persekitaran yang baik, kita mudah untuk ikut. Bi’ah solehah. Tapi once Ramadhan is over, kita nak tak jadi kan ibadah yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan sebagai habit?
Kedua, tak perlu tunggu Ramadhan. Saya yakin pintu untuk kembali mendekati Allah sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi dengan manusia yang imannya turun naik. Aren’t we lucky? Kerana Allah sentiasa ada.
Masuk ke dalam isu Islam dalam pembinaan keluarga, meninggalkan isu yang mendalam kerana saya sendiri dalam proses perancangan membina keluarga saya sendiri. Menggunakan syariatullah dan sunnatullah yang saya terlalu harapkan dapat membimbing saya dapat menyiapkan diri.
Bila tiba ke bahagian akhir, membuat saya teringat akan satu perkara yang saya kerap fikir kan. Kalaulah zaman khalifah islamiyah tidak tumbang, kalaulah mereka berpegang kuat dengan prinsiop Islam, kalaulah tiada Mustafa Kamal at-Tartuk, sudah tentu Islam tidak begini, terombang ambing kini. Tapi buku ini menyedarkan saya bahawa Allah sendiri yang telah menetapkan perkara ini. Sedangkan Rasulullah sendiri menyebut akan pertukaran zaman dan generasi.
Buku yang sangat menarik dalam memberi contoh panduan untuk kita melalui jalan hidup yang berpandukan Islam dan diserikan dengan sunnatullah. Dua asas, satu permulaan kehidupan.
Buku ini benar-benar membuka minda saya untuk melihat sesuatu dari sudut berbeza. Antara bab pendahuluan ialah persoalan Islam warisan atau Islam pilihan. Persoalan ini sangat menarik kerana sebagai seorang yang Islam sejak lahir dan dari keluarga Islam sejak turun-temurun, kebanyakan kita hanya mengikut flow yang ditetapkan sejak kecil. Dan persoalan tersebut tidak pernah terlintas dalam hati. Erti Beragama Yang Hilang ini sangat relatable dengan situasi masa kini iaitu zaman fitnah. Highly recommended!
Buku pertama Ustaz Hasrizal yang aku jamah. Sebelum ini sekadar baca penulisan beliau di blog dan Twitter. Buku yang sangat baik dan perlu dibaca oleh setiap Muslim. Idea-idea yang dibentangkan dalam buku pada hemat aku sekadar perkara asas, tapi berperanan besar dalam membuka laluan untuk meneroka lagi permasalahan-permasalahan utama dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.
Aku gemar dengan sususan buku, teratur. Dimulakan dengan menimbulkan persoalan, kemudian jawapan diberikan secara berperingkat. Memahami asas akidah, konsep syariatullah dan sunnatullah, penghayatan dalam ibadat dan akhirnya, bagaimana peranan keluarga dalam menjadi tunjang penyelesaian permasalahan.
Satu konsep yang buat aku tertarik ialah apabila tuan penulis membuat perumpaan tiga manusia buta yang memegang bahagian badan gajah yang berlainan. Satu perkara, tapi melahirkan kefahaman yang berbeza.
Tamsilan ini lahir daripada konsep "reduksionisme" (pertama kali aku temukan perkataan ini saat mulai menyelak kitab ringkas falsafah). Takrifnya reduksionisme ini ialah memecahkan satu perkara yang kompleks kepada juzuk atau bahagian yang lebih kecil.
Konsep ini juga memberi pengertian (dalam buku ini) kepada keadaan umat Islam zaman sekarang. Kita gagal untuk melihat sesuatu perkara in a "bigger frame". Lihat sajalah pengertian kita kepada ibadat, terhad kepada ibadat asas sahaja seperti solat, puasa, zakat dan al-Quran sedangkan ia mencakupi setiap perbuatan dan amalan harian kita. Kegagalan melihat sesuatu perkara dalam skala besar inilah yang pada akhirnya ada muslim yang taat melaksanakan solat fardu lima waktu, tapi di atas jalan raya, langgar lampu isyarat. Ketaatan dalam ibadat itu tidak disulam bersama dalam menjalani kehidupan seharian.
Panjang lagi sebenarnya huraian mengenai buku ini, tapi aku kira lebih baik andai kalian sendiri yang baca dan berinteraksi sendiri dengan idea yang dibentangkan oleh tuan penulis.
Jika agama itu benar-benar difahami maka akan benarlah kehidupan, sikap dan tingkah laku seseorang.
Melalui naskah ini Ust Hasrizal yang dikenali sebagai seorang pendidik dan agamawan mengupas dan cuba menyampaikan isi kandungan buku Apa Erti Saya Menganut Islam (Maza Ya'ni Intima'i Lil Islam)yg berusia lbh 30 thn dan dikarang oleh Almarhum Syeikh Fathi Yakan. Bukan satu perkara yg mudah bg penulis cuba mengolah dalam nafas baru, dengan gaya tersendiri dan menggunakan bahasa layman agar mudah difahami dan tidak menjadikannya terlalu berat.
Penulis memaksudkan frasa 'hilang' itu bg menggambarkan bahawasanya suatu masa dahulu agama itu benar2 difahami oleh generasi awal Islam, namun peredaran zaman telah sedikit sebanyak menghilangkan kefahaman itu dan kita semakin jauh daripada zaman kegemilangan Islam. Lebih gawat kita sendiri tidak menyedari kehilangannya kerana telah menjadikan sesuatu itu sebagai habit dan keselesaan dengan apa yang sedia ada. Banyak cth dalam keadaan semasa yang diketengahkan oleh penulis bg memberikan kefahaman kpd pembaca.
Apabila membaca buku ini ada kalanya setiap bait yg ditulis itu menampar dengan sangat deras. Pukulan yg sangat kuat utk kita yg lahir-lahir sudah menjadi Islam berbanding dengan mereka yg mencari tuhan yg satu.
Erti beragama yg hilang. Dulu cahaya ini pernah ada dlm hati. Apabila masa semakin menginjak ke hadapan, fokus perjalanan utk menjadi seorang Muslim sejati sedikit kabur. Apa erti saya menganut Islam ini sangat memberi tamparan utk kita reboot dan restart semula utk amalkan gaya hidup Muslim.
Kurg kan sarcasm yg kini menjadi side dish kita semasa berbicara sama ada secara depan atau di alam maya. Tingkatkan kualiti dlm akidah, akhlak. Sunnatullah & syariatullah perlu berjalan seiring yg kadangkala kita sering kali abaikan. Lebihkan sunnatullah dari syariatullah. Dan sebaliknya. Pena yg menggantikan lisan itu sgt tajam tusukan nya kerana kita sedang melalui saat ini
Bagi saya, ia merupakan sekuel kepada buku Seni Berfikir Yang Hilang.
Persoalan yang melibatkan kegamaan dan apa erti dan makna serta kepentingan dalam beragama yang kian dipandang enteng dalam kehidupan sebagai masyarakat Malaysia.
Teringat saya berkenaan satu hadis apabila penulis membawa ayat mengenai Islam yang dijumpai di Eropah yakni :
بدأ الإسلام غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء
Maksudnya
"Islam itu muncul dalam keadaan asing. Dan, akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing."
Buku ini penulis cuba mengetengahkan beberapa perkara yang harus kembali dilihat oleh pembaca untuk dipenuhi oleh setiap orang yang mengakui beragama Islam agar ia menjadi Muslim yang hakiki, bukan sekadar pengakuan dari kulit luarnya sahaja atau bukan sebab warisan keturunan. Buku ini juga merupakan pembahasan asas kewajiban setiap muslim ketika berseorangan mahupun dalam aspek kolektif.
Alhamdulillah sepanjang membaca tulisan-tulisan Ustaz Hasrizal, belum pernah lagi saya kecewa. Ianya berkembang mengikut peredaran masa dan jelas serta penuh dengan ilmu.
Memasuki fasa kekeliruan ini memerlukan fikiran yang tenang, akal yang kuat, akidah yang mantap, dan kembali kepada fitrah yakni hidup beragama dan mengenal diri sendiri.
Apa erti aku menganut Islam adalah sebuah buku yang ditulis oleh Syeikh Fathi Yakan. Dan seingat saya buku tu tak setebal mana tetapi malangnya saya belum habis membacanya lagi. Saya berkenalan dengan buku tu ketika saya masih lagi di tahun kedua di Universiti dan berada dalam satu gerakan Islam.
Buku yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal ini memberi saya sedikit bayangan tentang buku tersebut. Sekiranya panjang umur dan punya masa, InsyaAllah akan ditelaah semula.
Berbalik pada Erti Beragama Yang Hilang, diawal buku sudah memasuki fasa yang membuka mata saya sendiri iaitu 'bertanya'. Proses bertanya dan bersoal jawab ini ada adab tersendiri. Iaitu apabila kita ingin bertanya, kita diwajibkan berfikir dulu 'Apa sebab aku bertanya'. Persoalan ini dijawab oleh Ustaz Hasrizal dengan penuh hemah. Sungguh.
'Kamu belum betul-betul beriman, sehinggalah kamu mempersoalkan keimanan kamu'
Cara penulisan yang santai tapi dekat di hati. Ini merupakan buku pertama karya Ustaz Hasrizal yang saya baca and I would say this sets a high bar for the rest of his books.
Buku ini menekankan pentingnya syariatullah dan juga sunnatullah dalam menjalani kehidupan seharian sebagai orang Islam. Hilang salah satunya boleh menjurus kepada skeptikal seperti "nampak 'alim tapi perangai tak semenggah pun" di kalangan masyarakat. Konsep syariatullah dan sunnatullah ini ditekankan hinggalah ke hujung buku dan ini sedikit sebanyak dapat membantu pembaca dengan short term memory loss untuk grasp kembali intipati buku secara keseluruhan.
Untuk mereka yang nak kenal apa itu Islam, this is one of the books that you can refer to.
Jarang review buku, melainkan jika betul-betul suka (dan rajin menulis).
Erti Beragama Yang Hilang, boleh dikatakan review panjang kepada kitab kecil Maza Yakni Intima'i Lil Islam, yang seringkali menjadi buah tangan para kader dakwah dan penggiat jemaah dalam usrah-usrah mereka.
Ust Hasrizal membawa buah fikir Sheikh Fathi Yakan melalui aduan yang lebih segar, dan membumi. Lebih kena dengan realiti, lebih mudah dihadam dan difahami. Terasa bagai disentap berkali-kali.
Jika anda pernah membaca Maza Yakni, bacalah juga buku ini.
Selesai membaca buku ini, perkara pertama yang aku nak buat adalah membuka kembali buku Maza Yakni, membacanya melalui diskusi yang dibincangkan dalam buku erti beragama yang hilang ini.
Perfect religion but flawed believers- bukan orang lain tapi aku sendiri. Teguran demi teguran dibawakan dalam buku ini yang kadang cukup pahit untuk ditelan tapi perlu juga dihadam sampai lumat.