Jump to ratings and reviews
Rate this book

HORUS

Rate this book
Dia Puteri Zandra Sophie Isabella, puteri derhaka yang telah diarah keluar dari Istana Avaris. Kehadirannya di Maktab Tentera Mars telah menarik perhatian Yuu Tezuka Mikael, putera kerajaan Nibiru dan Razien Raees, putera kerajaan Corinthian. Kemangkatan Raja Nubia memaksa Zandra kembali ke istana. Sebagai pewaris tahkta, dia dipaksa akur menjunjung titah terakhir iaitu mengahwini Putera Zander Evan, lelaki yang paling dia benci. Kemunculan semula Viper membuatkan cinta di hati Zandra yang selama ini terkubur kembali mekar. Mampukah Zandra lari daripada takdirnya bersama Zander?

Kenapakah Viper muncul semula setelah menghilangkan diri?

Mikael dan Razien masih rebutkan kasihnya? Apakah Horus dan kaitannya dengan identiti Zandra? “The stars are the eyes of heaven... but heaven is down here.” ~ Viper

“Zandra pilih untuk tak melihat aku.” ~ Zander

“Aku akan ambil dia daripada kau.” ~ Mikael

“Bila ingatan aku pulih, perkara pertama yang aku ingat ialah Zandra.” ~ Razien

“Sungguh tak sangka... puteri kerajaan Nubia seorang player! Berapa banyak lelaki yang ada dalam hidup kau?” ~ Hessa

“Aku hanya mahu hidup sebebas sang falko.” ~ Zandra

300 pages, Paperback

Published January 27, 2021

3 people want to read

About the author

Que Sera Sera

9 books51 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
5 (100%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
May 24, 2021
the stars are the eyes of heaven

sebenarnya risau juga nak ulas serba sedikit novel fantasi sebegini. sebabnya, bila genre fantasi, pembaca takkan ada tembok sempadan. minda bebas bergerak mengikut arah yang disukai. cerita yang dicoret juga takkan mampu mengawal minda, hanya mampu memberi guide line arah mana yang harus dilakari. selebihnya, terpulang.

watak utama dalam horus - puteri zandra sophie isabella. penulis Que Sera Sera memperkenalkan pembaca sebaiknya. kisah lampau dan kisah semasa buat pembaca dapat kenal watak ini sebaiknya. suka dengan sikap lepas laku zandra dan keberaniannya yang langsung tak bertebing.

putera zander evan. kemunculannya memang sangqt annoying. menyampah. dia ni abang angkat (boleh kata gitu?) pada zandra. titah late king untuk mereka berdua berkahwin bertambah menyerlahkan sikap zander yang sangat... uurrgghh... serius menyampah.

nahhh... kisah bermula. kenapa zandra perlu naik takhta. kenapa zander bersikap menjelikkan. kenapa mereka disatukan. satu-satu terhurai. dan siapa anggota horus - adder, bommslang, becher, mamba, asper, mohave, bushmaster, canebrake, viper yang sangat misteri dan menarik dan phyton yang luar biasa keadaan dirinya. the eye yang mereka mahu lindungi.

beb... kisah ni tak habis begitu saja. ada lagi kisah utama yang belum terbongkar. begitu juga rahsia hati zander dan zandra. siapa eury dan mana muncul pula aurelia. penulis memang bagi pembaca perasaan teruja, kagum dan dalam masa yang sama berdebar.

penyampaian penulis yang sangat bersahaja, seolah semua istilah pelik-pelik yang ada biasa-biasa saja buat beliau. perang yang berlaku pun diolah sangat baik susun atur. banyak babak yang rasa, wow! contoh macam zandra petik jati dan vexacion terus terkambus dalam tanah. tengah baca babak tu rasa, whaaattt??!!

tapi satu. segala apa yang berlaku, bila luar dari rancangan dan jangkauan, usah cepat panik atau mengalah. pasti akan ada jalan penyelesaian. pasti akan ada laluan keluar dari segala musibah.

hati juga, tak perlu diseksa walau kadang kecewa. yang indah itu tak semesti susah hendak dijangkau. kadang sentiasa ada di sisi tanpa disedari.

get it?
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
August 3, 2023
My thoughts?

1. Surprisingly I love this one! Rugi pulak tak baca awal2. Aku terbalik sebab baca Hex-Kalibur dulu padahal Horus yang terbit dulu 😆 dan aku lebih suka storyline Horus.

2. Cerita ni fast paced, I read it in one sitting. I love the world building, ada vibes Star Wars. Pedang laser = light saber, speeder, jet pack = Mandalorian armour 😆

3. I freaking love the female character, Zandra. She's a badass princess disguised as an army! Suka bertindak ikut adrenaline rush dan paling best boleh keluarkan dragon ball 😆

4. Love hate relationship Zandra dengan Zander memang boleh buat kau serabut otak 😂 stress aku banyak sangat miscommunication dua orang ni. Masing2 ikut palotak sendiri je. Aku lebih suka part flashback scene Zandra dengan Viper.

Personal rating:
🌟🌟🌟🌟/5
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
January 6, 2022
Zandra oh zandra. Zandra ni macam teenager duk main lari-lari tapi yang kelakarnya, dia rasa dia dah lari daripada Zander padahal Zander tahu je dia ada kat mana.

Tak ku sangka mereka ahli horus. Horus adalah kumpulan ala-ala komando.

Yuu dah nak kahwinnnn. Akhirnya.
Pelik kenapa aura kea, rif dan ivy pudar/hilang? Ke sebab 3 orang ni duk suka merentas dimensi?

Terus terang cakap babak pertempuran kali ni kurang menyengat berbanding dengan novel yang dulu. Adrenaline laju bila baca novel athena dan dia supernatural. Novel horus ni lebih santai.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.