Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ummahat Al-Mu’minin: Mengenali Para Isteri Rasulullah ﷺ

Rate this book
Semoga buku ini dapat memperkenalkan tokoh-tokoh wanita ini kepada masyarakat, supaya meningkatkan kasih sayang dan hormat kita kepada mereka. Dalam masa yang sama, mengenali mereka memberikan semangat untuk kita mengikuti jejak langkah mereka.

284 pages, Paperback

Published January 1, 2021

2 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Muhamad Rozaimi Ramle

17 books24 followers
Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh dan Sekolah Menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Berangkat ke Jordan pada tahun 2001 untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Mu'tah, Jordan. Bekerja sebagai guru sandaran di Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh pada tahun 2006. Berkhidmat di Majlis Agama Islam Perak sebagai pegawai zakat pada tahun 2007. Pada tahun 2008, dilantik menjadi tutor di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI. Telah menyambung pengajian Sarjana Hadith di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) pada tahun 2008 seterusnya menyambung pengajian peringkat PhD di University of Jordan pada tahun 2011 di bawah tajaan UPS dan tamat pengajian pada 1 Disember 2014. Dilantik menjadi pensyarah kanan di UPSI pada tahun 2015 dan tahun 2019 telah dilantik menjadi Profesor Madya di universiti yang sama. Beliau sekarang ditugaskan menjadi Ketua Jabatan Pengajian Islam di Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (50%)
4 stars
11 (34%)
3 stars
5 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Khairul Hezry.
750 reviews141 followers
April 13, 2021
Biografi sebelas isteri-isteri Rasulullah (s.a.w) dari Khadijah (r.a) hingga Maymunah (r.a.) Umat Islam memang kenal isteri pertama (Khadijah r.a.) dan ketiga (Aishah r.a.) Rasulullah (s.a.w.) tetapi mungkin tidak begitu mengenali yang lainnya. Buku ini menceritakan mereka semua melalui empat kategori: Nama dan Nasab mereka, bila mereka berkahwin dgn Nabi (s.a.w.), kelebihan mereka dan tarikh wafat mereka.

Tidak hairan juga kisah Khadijah (r.a.) dan Aishah (r.a.) melebihi kisah-kisah isteri Nabi (s.a.w) yang lain kerana para pengumpul sirah memang banyak menulis perihal mereka berdua. Khadijah (r.a.) lah yang pertama sekali memeluk Islam tanpa was-was setelah mendengar apa yang diceritakan oleh suaminya dan Aishah (r.a.) pula adalah isteri di mana banyak wahyu datang kepada Nabi (s.a.w) ketika Nabi (s.a.w) bersamanya.

Walaupun sudah agak arif dengan kisah Khadijah (r.a.) sebelum ini tetapi membaca mengenainya sekali lagi di sini, walaupun secara ringkas (hanya 22 muka surat membincangkan isteri pertama Nabi s.a.w. ini), mata tetap basah seolah-olah ada makcik sedang potong bawang!
Profile Image for Ummu Sulaim.
30 reviews4 followers
May 28, 2021
Sebelum ni hanya kenal beberapa orang sahaja isteri-isteri baginda seperti Khadijah, Aisyah, dan Hafsah..Alhamdulillah buku ini mengajak kita mengenal ibu-ibu para mukmin yang lain berdasarkan hadis-hadis sahih dan juga Al Quran.
.
Buku ini juga mengupas hikmah Nabi Muhammad SAW berkahwin ramai, dan boleh jadi hujah untuk dinyatakan kepada puak-puak yang anti Nabi berkahwin ramai..
8 reviews11 followers
February 17, 2021
UMMAHAT AL-MU’MININ – PINTU AWAL MEMUTIK CINTA KEPADA PARA ISTERI RASULULLAH SAW.

Sayang dan cinta tak muncul setelah kita minum air ajaib 30 juzuk, makan kurma ajwah yang dijampi serapah cinta, ubat herba yang ditanam oleh petani yang penuh cinta jiwa raganya atau ubat Hospital hasilan pengkaji yang sedang mabuk bercinta! Ia datang kerana ilmu seiring pepatah Melayu, “Tak kenal maka Tak Cinta.” Itu ungkapan paling sesuai menjelaskan buku terbaru Prof Madya Dr Rozaimi Ramli (RORA).

RORA menulis buku ini mengikut cara penulisan ilmiah sesuai dengan latar beliau sebagai Pensyarah di UPSI. Pun begitu, anda tak perlu risau dengan isinya kerana laras bahasa buku ini santai dan ringan. Anda juga tak perlu risau dengan sumber rujukannya kerana RORA sudah menyaring segala riwayat yang bakal kita baca sesuai dengan bidang beliau iaitu Ilmu Hadith.

Saya boleh katakan buku ini sesuai sebagai pengenalan asas terhadap para ibu kita yang kita cintai. RORA membawa perbincangan ringkas padat tentang 11 isteri Rasulullah SAW. Pada bahagian awalnya dinyatakan hikmah di sebalik poligami Baginda SAW, antara yang paling mudah difahami adalah poligami Baginda menjadi saluran penyampaian hukum dalaman rumah tangga Rasulullah SAW. Contoh menarik adalah kisah Aishah RA menegur Jabir RA yang meriwayatkan perihal hukum mandi wajib antara suami isteri. Tegas Aishah berkata – “Adakah Jabir lebih mengenali Rasulullah SAW berbandingku?”

RORA juga memperkenalkan pembaca beberapa topik kontroversi tentang para isteri Baginda seperti usia perkahwinan Khadijah ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW, iaitu antara lingkungan usia 40an atau 20an. RORA kemudiannya menyatakan pandangan pilihannya dengan ulasan logik dan fakta. Begitu juga isu tentang polemik usia Aishah ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW, antara usia kanak-kanak atau remaja. Di akhir perbincangan RORA menyatakan pilihan pandangannya dan tetap menghormati pandangan yang kedua. Bagi saya ini adalah perkembangan yang sihat dalam proses pengajian, tambahan pula isu ini bukan melibat isu pokok agama pun. Begitu juga perbincangan tentang status “agama akhir” suami Ummu Habibah yang berhijrah ke Habsyah. Pada akhir ulasan polemik ini, RORA membuat pengisytiharan menukar pandangannya tentang status agama Ubaydillah bin Jahsy itu.

Sepanjang membaca buku ini, saya temui banyak jawapan tentang beberapa persoalan yang saya cari selama ini seperti apa signifikan Khadijah dijanjikan syurga yang TIADA HIRUK PIKUK DAN KELETIHAN. Ketidak sahihan riwayat Sawdah sedia melepaskan hak gilirannya kepada Aishah kerana “tak mahu dicerai” Baginda. Kisah ini biasanya dikaitkan dengan andaian sesetengah ahli Tafsir pada ayat 128 surah al-Nisa’. Juga apa sebabnya Hafsah dicerai Rasulullah SAW.

RORA juga membawa kisah keikhlasan Aishah memuji para madunya seperti Zaynab sebagai seorang wanita yang soleh kuat bersedekah dan Juwayriyah sebagai wanita yang penuh keberkatan. Juga kisah Nabi menegur Hafsah yang mengejek Safiyyah sebagai wanita Yahudi dan Baginda menyuruh para isterinya berkumur kerana mengejek Safiyyah.

Saya anggap buku ini pintu awal untuk membuka rasa cinta kita kepada para isteri Nabi. Cuma dari segi penambahbaikan, saya kira olahan bahasa sesetengah muka surat perlu dimurnikan semula secara konteks pembaca tempatan (orang Melayu) dan “jangan terlalu terikat" dengan gaya bahasa asal teks Arab. Begitu juga dengan harganya yang saya kira agak tinggi sedikit. Penurunan harga boleh menjadi pemangkin untuk memupuk semangat membaca rakyat Malaysia yang biasanya terlalu berkira dengan wang ringgit yang mereka laburkan untuk helaian ilmu.

Ayuh semua! Jika anda cintakan Rasulullah SAW dan para isteri Baginda, bacalah buku ini!

Abdullah Bukhari
17 Februari 2021.
Profile Image for Nurulnaziefa_.
70 reviews5 followers
February 23, 2021
Kisah 11 orang isteri-isteri Nabi Muhammad SAW yang membuatkan diri ini terasa kerdil sebagai seorang isteri. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri menjadikan diri mereka layak untuk mejadi Ummahat Al-Mu’minin tanpa mampu kita pertikaikan sedikit pun.

Kisah yang paling menyentuh hati Saya adalah kisah Khadijah binti Khuwaylid R.A dan A’ishah binti Abu Bakr Al Siddiq R.A.

Nabi Muhammad SAW:

“Sesungguhnya Saya telah dikurniakan perasaan cinta terhadap Khadijah”

Sahih Muslim, 2435.

Amr bin al-As:

“Nabi pernah menghantarku ke peperangan Dhat al-Salasil, maka aku bertanya kepada baginda: “Siapakah insan yang paling tuan sayangi?” Baginda pun menjawab: “A’ishah”. Maka aku bertanya lagi: “Kalau daripada kalangan lelaki?” Baginda menjawab: “Ayahnya (Abu Bakr)”. Aku tanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda jawab: “Umar bin al-Khattab,”

Sahih Bukhari, 3662.

A’ishah R.A disayangi oleh Nabi melebihi isteri-isteri baginda yang lain selepas Khadijah R.A.

Kesemua hadis 260 hadis yang ada di dalam buku ini disertakan sekali sumber dan kesahihannya, jadi tidak perlu untuk kita meragui sumber yang diambil oleh penulis buku ini (Dr. RORA).

Buku ini sesuai dibaca untuk dijadikan teladan oleh sesiapa sahaja, selain menceritakan kelebihan isteri-isteri baginda, Dr. RORA juga ada menerangkan cara baginda mengurus rumah tangga. Eloklah jika kita menjadikan para Ummahat Al-Mu’minin sebagai contoh untuk kita. ✨
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
May 24, 2021
Ummahat Al-Mu'minīn

Kehadapan wanita hari ini,
saat kalian merasakan kewibawaan kita disiat-siat– pujuklah dan didiklah jiwa kita dengan kisah-kisah hebat Ummahat Al-Mu'minīn ini.

Belajar tentang percaya dan setia di sisi suami saat senang serta susah, saat getir serta bahagia dari Khadijah binti Khuwaylid; cinta pertama Rasulullah SAW yang mendewasakan jiwanya.

Belajar untuk berjiwa gagah dan pemurah; berkorban jiwanya demi menikmati sebuah kematian yang mendambakan syurga Allah sebagai balasan pengorbanan syahwatnya di dunia dari Sawdah binti Zam'ah.

Belajar menjadi bijaksana, cintakan ilmu, bertoleransi, rendah diri serta berjiwa besar seperti Umm 'Abd Allah 'A'ishah binti Abi Bakr; si Humaira' yang paling dikasihi Nabi SAW selepas Khadijah RA.

Belajar dari sifat rajin solat dan berpuasa,pandai menjaga 'aib setelah diceraikan suaminya (Rasulullah SAW) melalui Hafsah binti 'Umar al-Khattab.

Belajar untuk rajin bersedekah dan mengasihi orang-orang miskin dari Zaynab binti Khuzaymah.

Belajar tentang hebatnya kasih sayang, sifat saling mempercayai dan menghargai hingga doanya diterima untuk mendapat gantian yang lebih baik setelah musibah; dialah Hind binti Abi Umayyah atau lebih dikenali sebagai Ummu Salamah.

Belajar dari kisah Zaynab binti Jahsh yang dinikahi oleh Rasulullah SAW berdasarkan wahyu dari Allah; berkongsi hikmah penceraian tentang membatalkan hukum berkaitan anak angkat bersama ibu bapa angkatnya.

Belajar dari kisah Juwayriyah binti al-Harith yang kuat beribadah dan berzikir dan juga antara wanita dari kalangan hamba tawanan perang yang menjadi asbab lebih ramai dari kaumnya yang memeluk Islam.

Belajar dari ketegasan dan keberanian Ummu Habibah yang tidak ampuh untuk berpaling akidah seperti suaminya yang memilih untuk murtad akibat tidak memahami mengapa dia memeluk Islam pada asalnya.

Belajar dari Safiyyah binti Huyayy yang amat jujur dan empati sifatnya ketika beliau berharap dapat menanggung rasa sakit yang dialami Rasulullah SAW saat sebelum kewafatan baginda SAW.

Belajar dari Maymunah binti al-Harith yang dikenali sebagai wanita yang beriman dan dipuji oleh 'A'ishah RA sebagai seorang yang paling kuat menghubungkan silaturrahim.

#safaread
#ummahatulmukminin
#dudukrumahbacabuku
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
September 10, 2021
Ummahat Al-Mu'minin
Prof Madya Dr Mohamad Rozaimi Ramle

Buku ini ringkas dan padat. Penulis seperti semua sedia maklum, memang seorang yang sangat berhati-hati dalam mengambil satu-satu hadis. Apatah lagi bila dikaitkan dengan sirah, ada banyak pandangan. Bagi mereka yang ada asas yang kuat sudah pasti tahu yang manakah yang boleh dijadikan sandaran. Atas faktor itu, saya dapatkan buku ini.

Terkesan dengan kisah hidup sebelas orang isteri Baginda Nabi saw. Walau ringkas, ia sudah cukup memberi gambaran besar tentang latar belakang setiap isteri baginda, kelebihan mereka yang direkodkan dalam hadis serta akhir kehidupan mereka.
.
Sesungguhnya, mereka semua adalah ibu segala orang mukmin. Dengan mengenali mereka akan membuat kan kita menyintai mereka dan ingin mengikuti jejak langkah mereka. Mereka adalah orang yang telah bersama dengan nabi saw dalam susah dan senang hingga akhir kehidupan nabi.
.
Semoga Allah redha keatas mereka dan terima segala amal kita yang sedikit ini.
.
#Letsاقرأ #syawalbookreview
10 reviews
March 8, 2021
Buku berkenaan dengan kisah para isteri Rasulullah ﷺ ,digelar ibu segala orang mukminin, Dr Rozaimie telah menyusun dan menulis buku ini dengan menukilkan pelbagai pandangan ulama tentang latarbelakang setiap isteri baginda ﷺ,bahasa yang mudah untuk difahami dan baik untuk mengenali para isteri baginda ﷺ ... kita dapat tahu faktor kenapa Nabi ﷺ menikahi mereka dan hikmah di sebalik perkahwinan mereka .Kita juga dapat mencontohi baginda bersikap adil bersama isteri-isterinya dalam melayani mereka sepanjang hayat baginda ﷺ . Selamat Membaca
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
November 3, 2021
Buku ni merangkumi keringkasan setiap kisah isteri-isteri Rasulullah. Jadi tak banyak input dalam buku ni, lebih kepada pengenalan kepada isteri-isteri Nabi saw.

Kisah Ummu Salamah, daripada pembacaan aku sebelum ni, Abu Salamah yang minta Ummu Salamah kahwin lagi lepas dia meninggal (masa dia tengah sakit) , Ummu Salamah tolak tapi Abu Salamah berdoa kepada Allah agar Ummu Salamah dikurniakan insan terbaik sebagai pasangannya. Wallahu a'lam.
Profile Image for Nurul Hazirah.
5 reviews
March 23, 2025
Pengenalan kepada isteri-isteri Rasulullah. Namun jika mahukan cerita mendalam, perlu cari sumber yang lain. Apapun jazakallah kepada penulis.
Profile Image for 0732sta.
19 reviews2 followers
June 5, 2022
Penjelasan bersama hadith sohih dan penegasan hadith2 yg khilaf. Antara isteri nabi muhammad yg mudah untuk diambil contoh.
Maimunah-suka mengeratkan silaturahim
Ummu habibah-teguh agama
Juwairiyah-banyak berzikr
Zainab-suka bersedekah
Hafsah-rajin solat&puasa
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aminah Hassan.
4 reviews
March 15, 2021
Buku yang patut dibaca oleh semua wanita muslim di Malaysia untuk menambah pengetahuan dan kecintaan kepada para isteri nabi. Tak kenal maka tak cinta. Semua cerita disandarkan dengan dalil yang kuat berserta hujah sesuai dengan bidang penulis dalam bidangnya.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews