Phi Phi Island menjadi saksi pertemuan antara Niq Nashriq dan Nuraisha Iman. Kerana satu insiden, termeterai satu perjanjian.
“One week husband, you have nothing to lose.”- Niq
Bagi Aisha, itu hanyalah perjanjian. Namun bagi Niq, dia mengharapkan lebih daripada itu.
“Cinta pun macam mee segera?”- Aisha
“Nikah dulu baru pupuk cinta dan sayang.”- Niq
Pada malam terakhir di pulau, mereka saling mengikat dengan harapan akan saling mencari bila pulang ke Malaysia nanti. Namun, apa yang Aisha saksikan di airport, melukakan hatinya. Dia nekad melupakan semua memori antara dia dan Niq.
“Jangan lupa, saya masih suami awak.”- Niq
“Fake husband.”- Aisha
“Saya cuma suami yang tak tunaikan tanggungjawab seorang suami.”- Niq
Cabaran Niq untuk memenangi semula hati Aisha makin mencabar bila dia tahu Nazrin, adiknya sendiri adalah ‘crush’ isterinya. Dia bertindak pantas. Pernikahan mereka harus dihebahkan.
“I hope for the best and you should prepare for the worst.”-Nazrin
Munculnya Naira dan Fatim, makin menambah kekusutan. Yang seorang, mengejar cinta Niq sejak sekian lama dan seorang lagi, menjadi memori yang sukar dilupakan Niq.
“Bagi I satu alasan kukuh, Niq. Then, I will walk away.”- Naira
“Stop being dramatic, N.”- Niq
Dan, sedikit demi sedikit semuanya makin jelas. Ada rahsia besar yang Niq simpan dan ia turut terkait dengan Aisha.
Apakah rahsia itu? Adakah Niq masih mencintai cinta pertamanya? Benarkah Niq mencintai Aisha seperti lafaz cinta yang diucap tatkala berada di pulau. Atau, ada agenda yang tersembunyi?
tak nak merepek panjang dengan naskhah karya penulis Ella Affandy ni. sebuah novel cinta yang sangat sedap dibaca. bila ada sikap tak percaya, jadilah macam aisha ni. ada saja yang dia syak suami yang dikahwini secara rahsia. tapi nasib baik jugalah dia ni jenis cepat sedar.
niq. sayangnya pada aisha tak bertebing. dan dia selalu rasional walaupun kadang aisha sangat mencabar dirinya.
perkahwinan seloknya diwarwarkan. selain mengelak undang fitnah, manusia lain akan hormat status yang dipegang.
kecualilah kalau yang sengal macam nazrin. tak hormat aisha sebagai kakak ipar. juga aisyah pun sama. walaupun dia kelihatan sangat baik dengan kakak iparnya, aisha, tapi tingkah lakunya kadang melampaui batas juga.
masa silam manusia usah diungkit. yang penting yang akan datang.
cinta dalam hati juga bukan boleh nak dipaksa.
bila hati bersuara cinta, kadang mampu buat akal lumpuh bicara.
Cerita yg ringkas & santai saja. Tak terlalu berat, kurang konflik. Dan x ada watak langau yang over. Hanya tentang hubungan suami isteri, Niq dan aisha. Cuma ada kala watak hero terlalu berahsia smpai mengundang curiga isteri.
Buku yang tak memeningkan dengan plot berat & stress free. Baca sambil santai.
Plot twist. Orang yang disangka baik, rupanya jahat, tikam belakang. Orang yang di sangka jahat, rupanya membantu juga. Cerita yang menarik dan byak persoalan...
Its about a fling yg end up they got married at thailand… balik msia..laki tu jadi boss dia rupenye… so bermula la episod curi2 jumpa…sronok belakang kawan2… agak klise but i still enjoy the story…
Byk sgt watak yg cuba nak pisahkan diorg..not from parent but from adik beradik.. kawan2 mcm tu.. et the end of the story..bila tau hero purposely approach heroin tu tujuan asal sbb some1.. and all because of the heart..aq agak kecewa sbnrnye.. sbb klu aq jadi heroin.. aq still pk he love me because of his past inside of me…tp heroin take it positively la… klu aq, mungkin lebih kiciwa bila dah tau..
Anywhere still a good story… ella already become 1 of mu favorite writer so mmg collection of her book must habe la…
I love this novel. Boleh jatuh cinta berkali-kali dengan Niq Nashriq yang sabar dan tenang menangani apa jua masalah. Niq yang setia apabila bercinta dan tersangatlah romantik tahap manis berkilo. Ramainya peminat Niq. Ada Naira yang mengejar cinta Niq selepas Kak Fatim meninggal dunia. Ada Zaira, sepupu Niq yang cintakan Niq dari dulu lagi. Kemudian ada Aisyah, adik angkat Niq yang dah mula jatuh cinta dengan Niq. Namun begitu, Niq hanya sukakan Aisha yang agak pendiam tapi cepat gelabah. Pada Niq, dalam diri Aisha ada apa yang perempuan lain tak ada. Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita agak menarik. Cuma ada sesetengah bahagian meleret-leret dan kisahnya ada yang berulang-ulang agak membosankan. Begitu juga masa Niq ke kampung Aisha untuk berdepan dengan keluarga Aisha kurang paparannya. Setakat diceritakan oleh Aina pada Aisha yang rasanya macam sambil lewa saja. Walau bagaimanapun, saya paling suka jalinan persahabatan Aisha dengan Laila dan Jue.