Tertangkap berdua-duaan di dalam suite hotel oleh paparazzi membuatkan kehidupan Hidayu berubah mendadak hanya dalam masa beberapa hari.
Keluarganya dihina. Maruah mereka dipijak. Kehilangan mata pencarian juga memaksa Hidayu menerima lamaran Arif Hakimi. Bukan janji lelaki itu untuk menyiraminya dengan kemewahan yang dipandang, tapi perubahan status sosialnya kelak yang Hidayu inginkan.
“You akan jadi someone yang tak akan jatuh selagi mana you masih ada I berdiri di sisi you.” – Arif Hakimi
Tapi takdir sentiasa menyimpan manis dan pahit yang tak pernah dapat ditebak sesiapa. Perjanjian yang mulanya dimeterai atas dasar ‘menang-menang’, tiba-tiba berubah menjadi ‘sayang-sayang’.
“I want to live and die with your hands in mine. Have I ever said that?” - Arif
“No words needed between us, abang.” – Hidayu
Segalanya berjalan lancar. Lebih bahagia dan lebih terasa indahnya, sehinggalah sesuatu berlaku, membuatkan Hidayu mula berfikir dua kali tentang keputusannya untuk terus setia di sisi Arif.
“Kahwin dengan Marsha.” – Hidayu
“Selagi abang hidup, cuma Ayu saja isteri abang.” – Arif
Hidup cuma sekali. Laluinya tanpa pernah menyesali apa saja keputusan yang diambil walau sepayah mana pun ujian yang datang menghalang. Mampukah prinsip yang Arif pegang ini dijadikan sandaran sehingga ke titik akhir nanti?
Antara Arif dan Hidayu, siapa yang di penghujungnya akan tunduk menyerah pada takdir? Pahit ataupun manis, semuanya berada di tangan mereka sendiri.
boleh tak kalau tak nak bercerita panjang pasal novel ini?
boleh tak kalau nak simpan rasa cinta yang menggebu dalam hati?
boleh tak kalau kenang novel ini sebagai satu novel cinta terbaik yang mengisahkan tentang cinta yang sebenar sudah dipendam sekian lama tapi atas satu sebab, cinta itu mampu disemai, dijaga dan dimiliki hingga akhirnya?
boleh tak kalau kata watak arif sebenarnya pencinta teragung yang didamba oleh semua pemburu cinta?
sebuah novel yang punya rasa dan punya jiwa dari awal hingga ke akhirnya.
tahniah penulis Laydee Amarfi kerana membuat pembaca tenggelam dan larut dalam cerita.
apa adanya
bila
cinta
mampu mengikat jiwa dua insan walau terpaksa menghadap pelbagai dugaan.
Ramainya tak suka dengan Hidayu. Saya pun sama. Mula-mula tu okey je. Jadi menyampah bila rahsia terbongkar siapa dalang yang memerangkap Hidayu dan Arif. Layankan sangat dia punya amarah.
Tak ada manusia yang boleh lari dari kesilapan. Kakak dengan Arif, masing-masing ada tersilap langkah. Jadi kenapa mesti kakak pentingkan diri, cuba selamatkan diri dan tinggalkan Arif tanpa pedoman macam tu? Kenapa tak sama-sama cuba perbaiki diri untuk jadi lebih baik?
Banyak jugak teguran mak pada Hidayu. Memang on point. Still dia keraskan hati tak nak maafkan Arif.
Konflik berpunca apabila Arif terpaksa ditunangkan dengan Marsha. Perempuan gila. Wataknya boleh berubah ikut keadaan. Obsesinya pada Arif akhirnya memakan diri sendiri. Lain yang dirancang lain pulak yang jadi. Arif terpaksa kalau dengan cara itu dia dapat lari dari masalah keluarganya.
Sekali lagi saya suka sangat dengan Arif. Dia tahu apa yang dia nak. Dia takkan duakan Hidayu. Vibe watak hero tu still sama dengan novel2 sebelum ni. Saya tahu kisahnya biasa tapi olahan penulis itu yang saya suka.
Sampai ke habis cerita pun, akhirnya apa yg aku rasa tetap tak berubah, iaitu... — aku tak suka karakter Hidayu!
Mula-mula, aku semacam dah detect yg watak Hidayu ni ada aura agak negatif, well... sebabnya niatnya setuju berkahwin dengan Arif pun dah jelas dah tak betul.
Lepas tu, tengok pada dia punya degil tak nak terima kemesraan Arif pada awal perkahwinan mereka pun, hmmm... nampak dah Hidayu ni semacam selfish sikit. Kalaulah malam tu Arif tak seolah-olah mengugut, sampai ke sudah dia buat tak layan Arif tu. Tak sedar ke diri dia tu dah berstatus isteri?
Tapi lepas dia dah boleh terima Arif tu, semuanya dah jadi macam okey.
Sampailah...
Dia dah tahu hakikat sebenarnya apa yg Arif dah buat.
Aku tak nafilah... Memanglah apa yg Arif buat tu salah dan sangat-sangatlah menganiayai Hidayu.
Aku try laa cuba faham perasaan Hidayu yg kecewa, terkilan, marah, rasa tertipu dan dikhianati tu...
"Sebelum kakak suluh salah Arif, periksa diri sendiri dulu. Kakak sendiri pun, niat dah tak betul masa nak berkahwin dulu, kan?"
Masa mak dia tegur macam tu, memang aku nak tepuk tangan dah memandangkan setepek kena atas muka Hidayu tu. Memang betul sangat apa yg mak dia kata tu. Dah kalau niat dia sendiri pun tak betul, tapi ada hati nak letakkan salah tu 100% kat Arif. Macamlah Arif paksa dia kahwin. Dia sendiri yg rela terima sebab dalam hatinya ada niat lain.
Ingatkan Ayu dah rasa sentap sikit tu, hati dia dah lembut laa nak maafkan Arif. Rupanya tak!
But it's okay. Aku boleh terima lagi Ayu punya keras hati, memikirkan mungkin dia jadi emo macam tu sebab dia tengah mengandung.
Kemuncak aku menyampah dan benci watak Ayu ni bila Arif dah sampai tahap melutut depan kaki pun, boleh akhirnya dia cakap...
"Ayu tak dapat maafkan abang."
Oh maiiiii... Aku takleh laa weh terima watak heroin yg terlalu rasa dia betul dan orang lain terus salah di mata dia.
Cukuplah sampai situ.
Apa yg aku boleh rumuskan, kekuatan AA ni ialah watak Arif tu sendiri. Aku yakin, ramai yg sukakan AA ni pun sebab perwatakan Arif itu sendiri yg 'manis' dan mencairkan. Arif yg tak kedekut belikan aset untuk isteri, Arif yg tak berkira menghiaskan isteri, Arif yg protective, tegas, dan tetap dengan pendiriannya. Bila dia cakap dia cuma nak Ayu sorang sebagai isterinya, maka itulah yg dia betul-betul kotakan. Persetankan Marsha yg gila itu. Euww.
"Mungkin I bukan lelaki terbaik, tapi sekurang-kurangnya I tahu I perlu jaga hak milik I." — Arif, m/s62
"I'm not a good man, Hidayu." — Arif, m/s120
"Sebab itu ke awak selalu cakap awak bukan lelaki yang baik?" — Hidayu, m/s330
Ikutkan untuk AA ni 4*, tapi extra 0.5* sebab Arif. Arif yg selalu cuba jadi suami yg baik untuk Ayu, selalu mewahkan Ayu dengan kasih sayang dan hartanya. Tapi sayang... yg bahagian jahatnya Arif itu jugalah yg dikenang Ayu. Hahaha.🙄
Agaknya kalau Arif tak korbankan diri dia kat hujung-hujung tu, entah-entah Ayu tak maaf pun.🙄
Best tapi F rasa ralat kenapa Hidayu nak mempertikai kalau dari awal tiada paksaan dari Arif.
And Arif dari awal kahwin sampailah sekarang tak pernah abaikan Hidayu. Sentiasa menjadi tiang di depan Hidayu.
Ayu ni emotional-lah. Ego sangat. Sayang tapi tu la susah sangat nak maafkan suami.
Dari awal sampai ending, ayah Arif ni memang pandang rendah orang tak berharta. Patut ayah Arif merasa malu apa yang dia lakukan sampai Arif dijadikan taruhan.
Jatuh cinta dgn watak Arif. Nampak mcm tak kisah. Nampak mcm dingin pada permulaan. Tetapi sebenarnya kerana sayang dan cintalah yg membuatkan dia tegar utk membuat apa shj semata2 utk memiliki Hidayu. Arif yg bijak mengambil kesempatan dan memanipulasi keadaan. Namun bila segala hakikat jelas terbentang, dia tetap dgn pendiriannya utk mempertahankan Ayu.
Hidayu pula wataknya agak simple. Duit dan kekayaan bukan subjek utama dlm hidupnya. Namun perkahwinan yg terjadi atas motif peribadi, langsung tidak membuatkan Ayu berubah. Tapi Arif berkeras utk memandikan Ayu dgn kemewahan dan harta yg ada. Ayu hanya mengikut shj arah hidup yg diatur oleh Arif atas dasar kepercayaan. Namun bila kebenaran terbongkar, Ayu merasakan dirinya dikhianati. Masa ni geram juga dgn sikap Ayu yg baru menunjukkan sisi degil. Menidakkan segala rasa hati.
Tak sah kalau cerita cinta tanpa adanya watak langau bukan? Marsha yg terlalu obses dgn Arif sehingga sanggup menggunakan apa sahaja cara yg ada utk mendapatkan Arif. Org lain mungkin mudah tertipu dgn sifat lakonan Marsha. Tetapi tidak Arif yg mmg arif dlm menangkap segala bentuk penipuan yg dibuat oleh Marsha🤣
Ermm nyesal pulak sbb ketepikan naskah ni utk pembacaan. Sebab selalu naskah Laydee Amarfee yg sblm2 ni ceritanya agak berat dan seloww pada permulaan cerita. Walau seloww pada permulaan tp sebenarnya hebat pada keseluruhan cerita. Tetapi berlainan dgn Apa Adanya ini. Kerana ceritanya bergerak sgt smooth dan pembacaan juga laju dan laju.
Hidayu Perwatakan yg tak seindah namanya. Selfish dan egois. Kalau dlm bahasa Indonesia, dia sok suci gitu. Kalau ikut cara Netizens, dia terpaling dianiaya, terpaling suci dan terpaling menderita.
Watak yg amat sukar untuk diterima dari mula hingga ke akhir cerita. Hati yg sangat keras dan dangkal.
Arif Stock hero2 dan idaman setiap wanita.
Jujur walaupun melakukan kesilapan yg besar. It was overshadowed by pengorbanan yg besar dan berjiwa yg amat besar serta penyayang, very just dan firm bila buat keputusan.
■Cinta Hidayu bukannya buta. Cinta Hidayu punya mata. Punya jiwa. Punya rasa. Kerana itu sekali terluka kesannya tertinggal lama. Tidak dapat dipadam hanya dengan layanan baik dan pengorbanan yang setinggi langit.■
Well, she is not all what she is thinking above. Dia seorang yang sangat emosional and tak level headed. Adakah kerana kehamilannya? Jika baca dari awal, dia sebenarnya lebih kepada membuat keputusan atas dasar emosi dari weighing the pros and cons.
Dia lupa niat asal mengapa dia menikahi Arif. Dia malapkan ingatannya betapa nikmatnya kehidupan dia setelah bergelar isteri dan bila kebenaran terbentang dihalwa telinga.
Sesuai dengan tajuk novel Apa Adanya. It took her hingga akhir novel to accept Arif seadanya. Jgn pandang masa lalu seseorang tapi siapa dia hari ini, apa yang dia inginkan di masa hadapan dan usaha bagi memperbetulkan dan mendapatkan apa yang di inginkan.
Maaf, perkataan yang mudah untuk mengungkapkannya, sukar untuk mengecapinya.
Laydee Amarfee tak pernah gagal menerbitkan different kind of emotions in her characters. Unfortunately, same genre and plot over and over again. Saya harap saya dapat membaca sesuatu yg membawa kelainan dari penulisannya di masa hadapan. A good read though.
Aku memang tak boleh la baca buku penulis ni. Kalau baca buku dia je, confirm jatuh cinta dengan hero. .
Ni antara buku Limited Edition Idea Kreatif yang bagi aku berbaloi la, walaupun aku tak berapa suka idea terbitkan buku LE ni. .
Arif dan Hidayu. Mereka berjumpa dalam keadaan yang tidak manis. Diperangkap dan ditangkap berdua-duaan dalam suite hotel tempat Hidayu bekerja. Lepas tu, ada paparazi pulak berjaya tangkap gambar Arif yang dalam bathrobe tengah menarik tangan Hidayu. Lepas tu, gambar tu disebarkan. .
Walaupun keluarga Arif tak suka keluarga Hidayu yang parents nya bekerja sebagai orang gaji di rumah Arif, mereka berkahwin. .
"Marry me, Hidayu. Beri I peluang untuk tebus kesalahan I pada family you. Because marrying me means, you're also entitled to everything I have. You can get your pride back. You akan jadi someone yang tak dapat Dato Shuaib sentuh. Someone yang lebih tinggi kedudukannya daripada Marsha. Someone yang tak dapat dipersalahkan oleh Tan Sri Maslan. Someone yang tak akan jatuh selagi mana you ada I berdiri di sisi you." .
Aku suka watak Arif, and in fact, all writer's heroes. Arif seorang yang tegas, dominan. Eh tak tahu la nak describe macam mana, tapi husband material la. hahhaa .
Hidayu pun ada auranya. Dalam pada segan, takut, tapi dia hormatkan Arif sebagai suami. Dan bila dia berdendam, dia menakutkan. .
oh ya, daripada awal lagi, sebenarnya dah boleh agak, siapa the culprit kan. hahah .
Dan paling penting, dalam kesemua novel LA, chemistry hero dan heroin yang paling win. Jujur aku cakap, jalan ceritanya biasa je. Tapi aku suka wataknya. Dan aku tak tahu la, aku biased ke apa. Tapi kalau baca buku lain, aku malas nak baca naratif berjela, pasal pegang mug, bawa mug ke mulut, hirup kopi. Too detailed yang dragging. Tapi aku suka gaya penulisan LA ni, aku baca dan suka every single words. hahaha .
Kalau untuk aku la, Buku LA is a must-read la. Cuma untuk aku ni, baca nanti-nanti pun takpe. Asal baca. hahah
Wow! Ni pertama kali baca buku LA ni. Beli pun sebab jual sekali kombo LE 🤭. Tak sangka best rupanya tulisan LA.
Suka dengan Arif tu, tapi keji lar cara Arif nak dapatkan Hidayu. 😅 Tapi, Ayu pun boleh tahan gak nak balas dendam, sanggup terima Arif macam tu je. Senang sungguh kahwin. Mujur lepas kahwin tu drama tarik tali diaorang tak lama. Nampak lar Arif memang sayang sungguh kat Ayu. Marsha jugak yang putih mata.
Apa Adanya mengisahkan Hidayu yang tertangkap berdua-duaan dengan Arif sehingga menyebabkan keluarga Ayu dicemuh dan dihina oleh ayah Arif.
Atas sebab tu, Hidayu bersetuju untuk menikahi Arif, dengan niat bila dia dah berubah status menjadi isteri lelaki itu, pasti terngadahlah si bapa dan si tunang tu. Yang pasti, puas hati betul bila dia mengaku dia isteri Arif depan muka Marsha tu, hahahha baru tahu rasa!
Dalam novel ini, karakter kegemaran aku jatuh kepada Arif Hakimi. Mungkin kerana dia seorang yang berpendirian tetap, kalau dia taknak, maknanya dia taknak. Tak adanya nak kahwin dengan orang yang dia tak nak. Hang jangan dok paksalah. Dan sikapnya yang satu ini, buat aku yakin untuk meneruskan pembacaan tanpa rasa sakit hati.
Plot juga tak terlalu menyerabutkan, cuma ada beberapa dialog yang terpaksa dibaca beberapa kali sebab tak faham. Overall, semuanya okay, cuma kena bagi perhatian yang lebih sikit dekat certain scene dan dialog untuk faham.
Akhir sekali, aku suka dengan penulisan Laydee Amarfi. Semua bukunya mempunyai cerita sederhana sahaja, tapi cukup untuk membuat aku rasa 'penuh' dan puas hati.
Kalau anda baca review ini untuk menentukan sama ada berbaloi atau tidak untuk memiliki naskah ini, percayalah, sangat-sangat berbaloi. Mat Arip ni suweeetttt meleting!
Bukan mudah jadi Arif.. cinta hati dan keluarga.. Bukan mudah jadi Marsha sentiasa kena belakon baik.. sentiasa nampak cam angle sgat.. tp hari penuh dengan titik hitam.. Bukan mudah jadi Ayu.. nak jadi anak yang taat.. isteri dambaan suami...
Aku Selalu Melihatmu Secara Terang-Terangan Tapi Belum Tentukan Kamu Tahu Jika Aku Melihat Mu ( Arif )
Kamu telah membuatku Tersenyum dan memandangmu Kau hadir menemani disampingku Kamu yang mewarnakan Cinta yang menghidupkan Rasa bersamamu kubahagia Tiada yang mampu memisahkan kita berdua Tiada yang mampu melenyapkan perasaan ini Biar diuji takkan ku berhenti Akan ku pertahankan hingga nafas yang terakhir Huu... Kamu telah membuatku Tersenyum dan memandangmu Kau hadir menemani disampingku Tiada yang mampu memisahkan kita berdua Tiada yang mampu melenyapkan perasaan ini Biar diuji takkan ku berhenti Akan ku pertahankan hingga nafas yang terakhir Benar engkau adalah pengakhirannya Yang ditakdirkan bersama diriku Jika masih ada rasa yang tertinggal Aku kan mengambilnya kembali Kerna terasa ada Tiada yang mampu memisahkan kita berdua Tiada yang mampu melenyapkan perasaan ini Kerna terasa ada
Lagu :- Terasa Ada By :- Suffian Suhaimi ......................................................................................
Cerita dari penulis ni semua best termasuk lah cerita Arif dan Hidayu ni
Arif yang ada agenda sendiri dan tak putus asa dan melindugi
Hidayu yang tak mudah putus asa tapi kadang hati dia rapuh juga Bila melibatkan penipuan.
Lagu Suffian ni macam menggambarkan kisah dalam buku ni pada Saya .
Sukanya dengan Arif Hakimi dalam novel ni. Husband material. Kacak, kaya, setia, penyayang, penyabar, berpendirian & pencinta seorang Hidayu. Hati dia memang hanya milik Hidayu seorang, Love it. Tahniah penulis, rasa macam tak puas bila dah ending tu.