Jump to ratings and reviews
Rate this book

Haira Thaqif

Rate this book
Terkurung dalam kegelapan yang dipenuhi duka, Zuhaira dan Thaqif sama-sama berusaha mencari makna bahagia. Sama-sama berusaha membebaskan diri dari penjara jiwa yang menyeksa.

Benarkah sinar cahaya yang selama ini kelihatan jauh di hujung sana, sebenarnya memerlukan mereka melangkah setapak sahaja lagi ke hadapan untuk digapai?

281 pages, ebook

Published December 1, 2020

11 people want to read

About the author

Laydee Amarfi

18 books67 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (50%)
4 stars
14 (41%)
3 stars
3 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
January 5, 2026
Terima kasih kepada mereka yang bagi review dan kata buku ni best di Goodreads haha, saya pun ikut teracun.

First time baca karya penulis, dan saya suka cara penulis sampaikan plot dan jalan cerita buku ini. Dia guna teknik show don't tell dengan sangat baik sebab saya dapat rasa the characters, the plot, the angsty and the tension between hero dan heroin.

Haira ni memang definisi Damsel in Distress, awal cerita sahaja sudah diselamatkan Thaqif. Kasihan dengan nasib Haira, kenapalah adanya lelaki-lelaki yang takde iman, takde kawalan diri terhadap nafsu sampai nampak anak yang dibela daripada kecik sebagai perempuan yang boleh disentuh sesuka hati? Sakit hati kita membacanya, kalau dapat kat saya memang ditakik saja leher kedua orang ni.

Thaqif pun apalah kurangnya. Lama dah tak baca lelaki sejenis keras dan berpendirian macam Thaqif ni. Mulut boleh tahan kasar tetapi tak menyakitkan hati pun. Ada sopannya dalam sifat maskulin dia, lepastu true to his words lah.

The only thing yang buat saya terganggu is, the backstory of Thaqif. Saya macam kurang fahamlah background hidup Thaqif, lepastu masa awal-awal chapter ada mention pasal hidup Thaqif yang dia dah tinggalkan. Saya harapkan penulis akan cerita tapi tiada pula. Jadi, saya rasalah buku ni mungkin penulis nak kembangkan jadi novel panjang. Sebab ada banyak plot yang tak habis dirungkai.

Kalau penulis nak sambung lagi, saya akan beli for sure 🙂‍↕️

Since buku ini pendek dan murah je, saya boleh cakap it is worth my money and time. Really hope penulis akan sambung cerita ini jadi versi panjang sebab ada potensi untuk kembangkan plot.
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
April 2, 2023
Thaqif ikat tepi satu 🤧. Dalam kasar, garang, dingin & sejuk beku tapi hati penuh kapasssss eh? Layanan dan sikap prihatin Thaqif tu walaupun nampak kasar tetapi masih boleh buat kita tersenyum hshshs. Cara Thaqif untuk hilangkan trauma Zuhaira tu aiieeehehehe silahlah baca 🫣
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
November 21, 2025
Garang ek Thaqif ni tapi baik, protective, sayang isteri, layan orang sekeliling lembut.
Dalam hati penuh taman orang kata.
Haihhh tengok dia layan budak Mia tu, melting terus 🤣

Aaaa tak puas baca!
Nak sambungan kalau boleh, nak tengok Thaqif dengan anak2 dia pulak 🥹
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
January 1, 2022
Ini buku pertama penulis yang aku baca. Aku suka jalan ceritanya yang menyentuh isu yang sudah lama dan masih wujud dalam masyarakat. Haira dengan isunya dan Thaqif pula ada ceritanya. Mereka bertemu dalam suasana yang memang tak dijangka walaupun saat itu Haira memang perlukan seseorang. Watak2 lain pun aku suka sebab mereka mewarnai keseluruhan cerita dengan sikap baik hati, iri hati, cemburu, degil etc.

Good one cik/puan writer 👍
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
June 13, 2021
what can i say... aura thaqif sangat kuat sepanjang cerita. be like mata dia ada saja mengekori dan memerhati tanpa lepas. seorang hero yang punya pasak yang kuat. dia tak sempurna, banyak lompong sini sana tapi dia sangat banyak mengisi kekurangan yang ada pada zuhaira. sejarah hidup lampau buat dia makin dekat dengan zuhaira.

pemegang cerita utama tentulah zuhaira. hidup dia tak indah. kemuncak bila emaknya, hawa menghalau dia keluar dari rumah dan kemudian dia nyaris jadi mangsa rogol ayah tiri sendiri! harun banyak kali mencuba dan dia dapat peluang bila zuhaira dihalau.

thaqif yang batu beku menjadi penyelamat. dia tahu zuhaira perlukan bantuan dan dialah yang menghulurkan tangan tanpa menghukum atau menilai apa-apa.

penyampaian penceritaan penulis Laydee Amarfi sangat... macam mana nak cakap ya. contoh macam kita duduk atas kerusi yang sangat empuk bersama bantal-bantal gebu dan lembut dan kita langsung tak mahu berganjak. it's not a totally love story. tapi warni cinta itu ada di mana-mana.

jaranglah nak jumpa pov dari mangsa trauma itu. keadaan dirinya ketika mengalami trauma. zuhaira mangsa cabul dan apa jelas apa yang dia alami semasa trauma melanda. bagusnya thaqif ini cuba bantu atasi masalah zuhaira.

kisah manusia bertunjangkan nafsu tak kira yang ada kaitan hubungan keluarga atau tak. juga tentang ego lelaki yang meletak tahap mereka lebih tinggi dari wanita walhal sebenar dia lebih seauai jadi alas kaki saja.

duka itu akan berlalu. halangan akan terus ada untuk menggapai bahagia.

tak salah menaruh harapan.

cuma, jadilah lebih kuat dan bijak.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
June 21, 2021
Penulis tidak pernah mengecewakan setiap kali berkarya. Haira Thaqif permulaan hidup yg gelap. Namun kehidupan mereka kian terisi setelah Thaqif menyelamatkan Haira dari dirogol.

Thaqif walau nampak dingin, beku dan garang, namun punya rasa tanggungjawab. Kerana mahu melindungi, Thaqif menawarkan perkahwinan kepada Haira. Dan bermula dari situlah Thaqif cuba untuk mengubat ketakutan Haira dgn cara Thaqif sendiri.

Thaqif bukan seorang hero yg bersemut. Tetapi perlakuan dan tindakannya yg membuatkan pembaca rasa terbuai dgn layanan yg mungkin agak kasar namun sebenarnya sgt melindungi dan prihatin.

Recommended ebook! Berbaloi rasanya sbb kebanyakan ebook yg ada di pasaran selalunya cerita lebih simple dan terlalu ringkas sehingga tiada feel. Tetapi utk Haira Thaqif ini segala perasaan ada di dalamnya. Semuanya seakan hidup dan tidak lompong di sana sini.
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
December 1, 2021
Kali ini mengenai Haira yang dihalau dari rumah oleh ibu kandung sendiri. Diselamatkan oleh Thaqif ketika Haira dalam percubaan dirogol oleh seseorang. Ada sesuatu pada Haira yang membuatkan Thaqif terus memberi pertolongan. Di bawa menumpang di rumahnya sambil ditemani Mak Wan.

Akhirnya, Thaqif sendiri yang offer supaya mereka berkahwin. Aduhhh... Saya suka sungguh dengah keletah Mia yang banyak tanya dan bijak. 😆

Dengan status Thaqif sebagai suami, sedikit sebanyak Haira mendapat kembali keyakinan diri untuk teruskan hidup. Thaqif secara tak langsung cuba hilangkan trauma Haira. Saya suka macam mana si Harun tu kena dengan Haira. Nafsu binatang. Haha.. Rasain lu... Betul Abang Ji dengan Harun sama ja. Biarkan nafsu menguasai. Mereka sepatutnya melindungi bukan merosakkan wanita.
Profile Image for Jeona Lee.
18 reviews1 follower
June 1, 2023
OH MY GOD !!

Ebook HT ni BESTTTTTT sangat-sangat. Suka betul dengan ML & FL. Secocok betul. First time baca karya dia. Gaya penulisan LA pun bagus dan mantap bagi sy as reader. Sy suka cara LA ketengahkan trauma Haira tu, buat sy as reader totally dapat rasa n so into it sekali trauma yang dihadapi oleh Haira. Kalau sy d tempat Haira mmg sy pun akan jadi sama gila dan takut macam dia. Rasa macam terancam dan xselamat sepnjg hidup mujur la ada Thaqif datang menghulurkan tangan. Thaqif punya cara nak hilangkan trauma Haira tu awwwww rasa berbunga-bunga hati i tau. Unik sangat heheh i like it. Weii cakap pasal Thaqif ni emmmmmmmmmm rasa nak melting pula even dia jenis yang beku, dingin, cakap pun tak banyak just sepatah-patah, kasar, senyum pun nak tak nak then kuat suruh-suruh lagi hishh tapiiiiiiii kan dia still boleh buat sy as reader penuh rama-rama dalam perut n feeling terbuai-buai gitu. Thaqif ni ada cara sweet yg tersendiri. Suka cara Thaqif protect Haira and ajar Haira defend diri sendiri, suka ayat Thaqif yang tegas dan pedas memberi nasihat or semangat tuk Haira.

Sentuh pasal Harun and Abg Ji, kenapa la masih ada manusia lahanat macam ni d dunia ? tidak mustahil dalam dunia realiti pun masih lagi ada golongan macam ni wujud. Rasa kesian n sedih pada yang menghadapi situasi teruk macam Haira, semoga ada insan lain seperti Thaqif hadir dalam hidup mereka. Tapi sy paling puas hati dan bersorak gembira la kat Harun padan muka, big applause to Haira sebab ditiup api keberanian for that. i is so proud of u Haira !! lagi-lagi bila dia bagi 2 das kat Abang Ji tu hahahaa sy pun akan rasa bangga macam mana Thadif pandang Haira masa tu.

Ebook ni so good for me. Rasa nak ulang baca lagi pasni hahaha sy simping abis kat Thaqif maaflah Haira hahahaa and to writer Laydee Amarfi awak dah masuk salah satu my fabret author tau hehe btw kan i is rasa tak puas baca ebook ni tau 281 pages hahaha hrp2 la djadikan novel wkwkk i want more for Thaqif- Haira , i ship both of them so teroks hehe
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.