Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kawan Sampai Kahwin

Rate this book
Nama: Aleeq Ebrahim
Kerjaya : Atlet Badminton Negara
Pakar dalam memancing kemarahan Rian Cempaka

Nama : Rian Cempaka
Kerjaya : Pereka Kasut
Stok sabar selalu habis bila berhadapan dengan Aleeq

Siapa sangka setelah berbelas tahun berlalu, Aleeq dipertemukan semula dengan rakan sepermainannya dahulu dengan bermacam insiden yang penuh drama.

“Umi saya suka awak.” - Aleeq
“Tapi saya perempuan. Saya tak boleh kahwin dengan umi awak. Tak sah.” - Rian
“Tapi anak dia lelaki. Kalau kahwin dengan anak dia, sah kan?” - Aleeq

Tidak salah untuk jatuh cinta dalam persahabatan. Namun, kisah cinta Rian dan Aleeq ini menjadi rumit bila ada yang cuba menghalang.

“Kalau sayangkan nyawa, tinggalkan Aleeq!”

Kehadiran satu demi satu nota berdarah menjadi misteri. Bila nyawa orang tersayang menjadi mangsa, Rian memilih untuk mengalah.

“Apa lagi selepas ni? Saya tak mampu tempuhi apa-apa kehilangan lagi, Aleeq.” - Rian
“Sepanjang ketiadaan saya, tolong hidup baik-baik. Jangan seksa mata awak dengan menangis. Jangan seksa hati awak sebab…. Saya masih nak tinggal di situ.” - Aleeq

Siapakah dalang di sebalik nota berdarah itu?
Mampukah kebahagiaan mereka dipertahankan andai nyawa yang menjadi taruhannya?

Unknown Binding

First published February 1, 2021

3 people are currently reading
80 people want to read

About the author

Ezza Mysara

25 books273 followers
Menulis itu umpama meneroka kemungkinan dalam dunia yang berbeza. Yang boleh menarik orang lain ke dalam emosi. Berenang dalam dunia yang penuh kemungkinan. Dunia yang mungkin orang akan suka atau mungkin dunia yang langsung orang tak nak masuk.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (36%)
4 stars
32 (45%)
3 stars
10 (14%)
2 stars
2 (2%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
February 18, 2021
"Menyatukan visi dan misi dua orang manusia bukan satu tugas yang mudah bang. Apatah lagi bila dua manusia tu, belum cukup kenal." - Rian Cempaka

"Pernikahan itu ibadah termahal kerana nilainya setara dengan separuh agama. Modal utama untuk bernikah bukannya cinta, harta, apatah lagi paras rupa. Tetapi nilai ibadah itu adalah tanggungjawab dalam mentaati perintah Allah dan Rasulnya." - Asraf

"Kalau awak setuju untuk pilih saya, saya datang dengan pakej lengkap tau. Pakej bahagia. Bukan itu saja, saya juga datang dengan sepaket kasih sayang yang tak akan ada tarikh luput. Dua paket rindu yang akan berpanjangan. Tiga paket setia yang tiada habisnya. Empat paket kepercayaan sedalam lautan. Masih ragu-ragu? - Aleeq Ebrahim

Hailaaaa Cik penulis Ezza Mysara, memang sengaja nak bagi orang single ni jadi sendu ke bila baca KSK? Jadi berangan plak nak duduk dekat tempat Rian Cempaka tu. Pakej dapat Aleeq yang super-duper caring. 😍

Yup, masing-masing ada kekurangan. Tapi dalam kekurangan Rian dan Aleeq, mereka saling melengkapkan. Hidup ini tak semuanya indah. Dan hidup pun penuh dengan kejutan. Tak disangka. Apa yang saya teka, rupanya tak sama dengan pemikiran penulis. Rupanya ada kisah tersembunyi di sebalik nota berdarah tu. Mati-mati ingat musuh yang terang lagi nyata tapi sebaliknya.

Memang susah ya menjadi seorang 'yang dikenali' seperti Aleeq itu. Ramai peminat tapi berselang-seli juga dengan haters. Yelah, tak semua sukakan kita dalam dunia ni. Sebab kita pun ada juga tak suka orang lain kan? Tapi jangan sekali tukar rasa tak suka kita tu jadi dendam yang memakan diri. Kesian Rian. Dia tak mintak takdirnya tertulis begitu. Tapi Allah lebih tahu setiap apa yang terbaik untuk hamba-Nya, kan? 😉

Dalam suka meladeni kisah percintaan Rian dan Aleeq, ada juga terselit duka. Tapi kisah mereka memang semanis gula. I suka betul part lamaran dengan cincin + nanonano tu. Pastu bila dah kahwin banyak jugak part sweet, salah satu yang saya suka part sampul surat warna-warni tu. 😍 Tetiba rasa nak seru jodoh datang cepat sikit. Eh, boleh gitu?

Overall, kita petik 5 bintang di langit ah untuk Rian + Aleeq.

********
"Rian, our relationship may not always lead to a happy ending but... jangan takut untuk memberi peluang kepada diri kita sendiri. Akad yang saya lafazkan itu bukan lakonan, Rian. Itu janji saya dengan yang Maha Esa. - Aleeq Ebrahim

I love you too 😁 - Rian Cempaka

P/s: Ayat-ayat dalam novel EM ni kan tak pernah tak best. Kalau boleh nak tulis semua kat sini tapi mana boleh. Kenalah beli dan baca sendiri tau. Konpem tak rugi. Pastu nak tanya Cik penulis ni, kata dah berpisah dengan Remy Ishak... kenapa masih bercerita tentang dia lagi. Susah nak move on, eh? 🤣
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
April 24, 2021
4.0

Start baca semalam, habis hari ni. Macam mana nak jelaskan ya? KSK tak ada kurang. Tapi bila dah biasa baca novel Ezza Mysara, KSK macam ada 'sesuatu' yg hilang.

1. Kita dah maklum Ezza Mysara penulis malaysia yg hebat menulis dialog power. Memang power gila la! EM kaya dengan filosofi, ayat deep dan sebagainya.

2. Tapi, plotnya kurang menyengat. Simple sangat. Maaf saya bandingkan, antara My Last Boyfriend atau Kawan Sampai Kahwin, saya lagi suka MLB🙏 Maaf juga letak harapan sedikit tinggi.

3. Saya kurang setuju Rian maafkan Amaya macam tu je. Hello dear, kesalahan Amaya tu bukan calang². Dia bunuh ibu awak kuttt. Kalau sayalah, jangan harap aku maafkan sampai mati. Mungkin juga, memaafkan tu perlu masa yg agak lama. Bila kejadian masih lagi 'segar' aku rasa macam kurang logik boleh maafkan gitu je.

Overall, i love this story. TQ penulis, untuk sebuah kisah yang indah. Tersengih² Kak Cik sepanjang pembacaan😆😆😆 Keep it up, dear❤
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
March 10, 2021
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

N rasa novel EM kali ni biasa-biasa sahaja. Awal permulaan cerita, N rasa kisahnya agak comel but as the story progresses, N rasa tak banyak benda yang berlaku, especially in the middle. Overall, it was okay tapi memandangkan ini cerita limited edition, I expected it to be great, not just an 'okay' story.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
March 16, 2021
Mungkin terlalu mengharapkan yang lebih dari Ezza Mysara membuatkan saya rasa sedikit kecewa dgn Kawan Sampai Kahwin ini. Bukannya  KSK ini membosankan, cuma ada sedikit rasa yang kurang dari sentuhan Ezza kali ini. Walau apa pun setiap karya dari Ezza tak pernah terlepas utk memilikinya.

Rian dan Aleeq kedua2nya memiliki kekurangan walau nampak gah di mata masyarakat. Kekurangan itulah yg melengkapkan mereka berdua. Aleeq yg sweet dan juga Rian yg mempunyai sekeping hati yg sangat baik.

Untuk KSK ini kita tak boleh jangka langsung siapa penjahat yg sebenar. Selalu penjahat sebenar adalah orang yg rapat dgn diri kita. Atau pon musuh tradisi yg terang2 bencikan kita. Tapi utk penjahat kali ini ada kelainannya sendiri.

Cara Rian yg mahukan perpisahan mungkin nampak agak terburu2 dan seolah2 seperti mengangkat bendera putih. Nampak spt terlalu mengalah tetapi disebaliknya ada sebab kenapa Rian bertindak sedemikian.

Apapun hope next novel dari Ezza nanti akan lebih umphh dan mengujakan!
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
September 18, 2022
Rate: 4.5🌟

I had this book with me for the longest time and wasn't intrigued about it until I forced myself to actually give it a try and guess what? This book is so nice!

Sorry for judging the cover but lol oh well. I regret that badly, haha.


MMC - Such a golden retriever! A national athlete? Now that's a plus point for him 🤩
FMC - Independent career woman with a tough exterior. Such a badass, I love it!

The character of the MMC makes me want to experience how it feels like to get married and fall in love with the husband afterwards. But knowing me, I'd probably run my ass off before agreeing with the proposal 🤣🤣

When the MMC loves, he LOVES. With all his heart. Sobs, can we find anyone out there that has the same characteristics like him? My DMs are open lolololol. But when he gets angry, oh lawd, even a reader like me gets scared (ᗒᗣᗕ)՞

But of course, the plot wouldn't be interesting without some conflict. Both main characters have their flaws, and it's okay. All humans do. I like how they are there for each other when their other half is in distraught. Things like this doesn't really get described in novels these days, so I appreciate the storyline.

Plot twist is unexpected, to be honest. The author has managed to achieve the suspense factor, so kudos to her!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 16, 2021
kagum dengan penulis ini sebenarnya. cik penulis cantik Ezza Mysara ini dalam pada dia menyampaikan kisah cinta tapi juga banyak kata-kata nasihat yang boleh dijadikan quotes untuk pembaca. setiap bait ayat jangan tinggal bila baca. setiap satunya berjiwa.

walaupun remy ishak tak muncul dalam novel ini tapi cukuplah perjalanan kisah watak aleeq dan rian yang mampu buat pembaca lalui pelbagai rasa dan emosi. dengan selitan nama-nama yang biasa dengan dunia novel. seronok pula bila tengok.

aleeq ebrahim, ahli sukan yang kuat menyakat. rian cempaka, gadis pereka kasut yang selamba tapi sering disakat aleeq. mereka pernah diasuh oleh pengasuh yang sama.

mereka perlu berkahwin. ada ancaman yang diterima. walaupun seperti terpaksa dan tergesa tapi suka dengan reason penerimaan terhadap diri masing-masing.

fobia dan trauma. topik yang sangat menarik. rian dengan fobia dia terhadap lipas dan aleeq dengan trauma dia terhadap keadaan gelap. lupa, ada lagi satu topik juga. kisah bayi yang ditinggalkan. dalam novel ini kisah bayi yang ditinggalkan di hadapan rumah. persepsi masyarakat.

sifat manusia. ini yang cik penulis sangat titik beratkan dalam novel ini juga. menjadi pemaaf, menjadi baik, redha, usah berdendam, simpati. haishhh... kalau nak disenaraikan memang panjang. tahniah buat penulis yang mampu mengisi jiwa pembaca sesarat-saratnya perasaan dengan menggunakan 410 mukasurat.

jujur dan setia.

syarat bahagia.

boleh?
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
August 7, 2023
Best ilerrrr! Tergelak aku dengan pangai hero heroin ni. Lawak gila. Walaupun ada je dugaan untuk diorang, tapi diorang berdua tetap utuh bersama.
Profile Image for Eisya.
189 reviews4 followers
April 19, 2023
4.5

Cerita yang sweet..suka dengan watak rian. Mula nak rate 4* je tapi tak sangka pula di akhir akhir cerita ada perkara yang tak terjangka. Tambah lagi 0.5*.
Profile Image for ilhaM.
46 reviews
February 9, 2021
plot KSK ni cerita dia light2 je tp mcm x caye termenangis jugak daku huhu.. Momentum baca steady je takde boring2.. love dialog gadoh -gadoh dorang.. terutama rian aleeq punye conversation.. comel je anak asuhan rupenye berjodoh... nak team rian la.. sebab dia comel pastu ayat jual mahal pon banyak yang ngam. sabar jelah aleeq.. Scene jiwang dan romantik nampak hidup... x rase cringe sebab x jiwang karat sangat huhu.. ade part psiko sikit yg buat ko curious sape lah si gile dok hantar surat surat berdarah ni.. cerita ni ending dia dah plot twist dah tapi akak ni pergi twist kan lg sampai ko x caye rupenye... heih malas lah nak cerita korang kene baca sendiri... mcm biasa kompem x menyesal... hahaha btw jangan berhenti menulis ya kak! :D
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
June 9, 2021
Tengok pada tajuk, dah nampak kemanisan yang bakal kita rasai pabila membaca novel ni. Ditambah pulak cover dia yang sangat2 cantik
.

Aku sebenarnya tak follow update novel KSK ni sebelum keluarannya. Tapi masa IKP umum, aku jadi nak sangat beli. Ditambah aku ada terbaca yg novel ni mix sikit dengan action. So terus aku order dengan penulisnya
.

Aleeq Ebrahim. Seorang pemain badminton perseorang Malaysia. Nama yg cukup gah dalam arena sukan. Namun namanya terpalit dek 1 fitnah yg ditabur. Pertemuan kembali dengan Rian Cempaka, teman sepermainannya sewaktu kecil membuahkan bibit persahabatan kembali walaupon pada mulanya mereka sering bertengkar
.

Rian Cempaka seorang pereka kasut yg digelar Mimpi Rian. Disebabkan satu nota, Aleeq mengambil keputusan untuk menikahi Rian. Demi keselamatan Rian. Siapa pengirim nota tersebut? Atas sebab apakah Rian menjqdi buruan? Adakah kerana perhubungannya dgn Aleeq? Atau ada sebab2 lain?
.

Masalah menjadi makin besar pabila teman rapat dan orang kepercayaan Rian, Hanis berpaling tadah. Amaya, salah seorang pemilik syarikat fesyen ingin berkolaborasi dgn kasut milik Rian, namun disebabkan Hanis, rekaan kasut Rian jatuh ketangan orang lain. Siapa musuh utama Rian? Kenapa Hanis sanggup mengkhianati Rian?
.

Mampukah daripada kawan menjadi cinta? Mampukah Aleeq membuatkan Rian jatih cinta kepadanya? Mampukah Aleeq menyelamatkan Rian daripada musuhnya?
.

Tahniah penulis. Btw aku sangat2 sukakan beberapa ayat dalam novel ni. Ada ku kongsikan sekali dgn post ini
.

Dalam kemanisan ada terselit kepahitan
.
75 reviews4 followers
February 14, 2021
So sweet!
Cerita yang sangat memaknakan istilah kita jaga kita. 💕
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
March 24, 2021
Best. Konflik tak berat sangat. Bacaan santai. Watak Aleeq dengan Rian tu memang secocok lar. Sis baca sambil senyum-senyum kambing dah. Sweet sangat si Aleeq tu. Rian plak suka jual mahal, tapi Aleeq masih "mampu beli".
Profile Image for lyaa.
45 reviews2 followers
March 14, 2025
saya sukaaa buku ni. very light-read with some twist here and there.

aleeq. saya nak suami macam dia. tapi sampai part dia marah saya taknak. dia tak boleh kawal emosi dia waktu dia marah and i dislike that. kalau tak, dah boleh jadi suami idaman dah aleeq ni. but dia trauma jadinya saya tutup jelah sebelah mata. plus dengan dia punya ayat manis ii nak pancing rian tu eee comel je semua ayatnya.

rian. saya suka watak dia. dia wanita yang pandai berkata ii. setiap perlakuan dan kata ii dia adalah dengan berhati ii. dia punya ego nak cakap sayang kat aleeq tu comel je HAHAHAHA. rian pun ada kisah silamnya sama seperti aleeq.

first half buku ni comel ii je. second half macam roller coaster sikit i might say. plot twist gempak i never expect. and plot twist dia agak lepas satu, satu ye 🤣. ada je benda jadi.

overall saya suka buku ni. character-nya pun semua secukup rasa. looks alive la character dia dengan watak ii mereka. plot line pun best cuma lepas masa ibu rian meninggal tu saya tak faham sikit kenapa rian marah betul dengan aleeq. tapi erm okay je. mungkin saya yang terlepas detail. okay tu je bye!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
June 24, 2025
[BOOK 29_2025]

Kawan Sampai Kahwin by Ezza Mysara.
.

Kebetulan pulak, aku baca buku ni pada hari penulis ini menamatkan zaman bujangnya. Alhamdulillah.
.

Dalam banyak-banyak buku EM yang aku baca, buku ni antara yang 'biasa-biasa' sahaja. Mungkin sebab yang aku perasan, kalau buku beliau bersama IKP, memang genrenya lebih santai la.
.

Kisahnya Rian ni, takde la follow selebriti sukan yang bernama Aleeq ni. Tapi, takdir asyik la duk temukan mereka berdua, sehingga mereka terikat.
.

Tambahan lagi, mereka berdua rupanya pernah kenal di rumah pengasuh dulu. So, memang dipermudahkan je la jodoh mereka.
.

Mereka bahagia.
.

Tapi ada je dugaan yang muncul yang hampir saja memisahkan mereka.
.

Buku ni penuh dengan kata-kata hikmah. Sampaikan aku rasa, kata-kata tu lebih banyak daripada dialog. Hurm, bagi aku, agak berlebihan la jugak.
.

Dan watak Hanis yang kononnya best friend Rian pun, cepat je berpaling tadah. Tak faham jugak aku.
.

Apa-apa pun, buat penggemar karya Ezza Mysara, kenalah baca buku ni.
Profile Image for Mslvoe.
2,064 reviews200 followers
January 10, 2024
"Kalau awak tak nak hati², awak bagi hati awak kat saya. Biar saya perhatikan dan jaga dengan sepenuh hati".

"Bila jatuh cinta, yang hilang bukannya otak tapi... hati."

Cheesy betul ayat² dalam ni. Berbunga² sha

Tak sangka yang sewel tu orang yang kita takkan sangka. Cam takda related tiba² muncul.
Profile Image for Cixorcism.
12 reviews
June 28, 2022
This is my first ever reading Ezza Mysara book and i love it! Comel sangat ye buku ini secomel tajuknya. And ayat-ayat yang ditulis oleh penulis memang peh cair. Will reading more of author book after this ❤️
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.