Kembali semula ke daerah yang telah lama ditinggalkan, bermaksud kisah silam yang cuba dilupakan akan tersingkap kembali. Tapi demi ibu, Aina redah juga.
“Kau jangan nak buat dosa kering, scandal dengan laki orang.” - Zahran
Fiqree adalah kisah silam Aina. Lelaki kayangan anak jiran depan rumah. Dan Zahran pula, anak jiran sebelah rumah, lelaki yang tahu rahsia kisah cinta mereka.
“Abang ikut adat. Nak anak, kena minta izin dengan ibunya.” - Qalam
Mohd Qalam pula, anak penghulu kampung, jiran belakang rumah yang muncul menambah perisa. Hidup Aina terus jadi kucar-kacir. Tak cukup dengan itu, peristiwa paling buruk tiba-tiba melanda dirinya. Dan tanpa disangka, Zahran hulurkan untuk membantu.
“Mak aku yang nak aku kahwin dengan kau.” - Zahran
“Yang nak hidup dengan aku tu, kau. Bukan mak kau.” - Aina
“Hidup jer la macam biasa. Tak mati pun kalau kau kahwin dengan aku.” - Zahran
Betul, memang tak mati pun kalau kahwin dengan Zahran. Tapi Aina boleh mati berdiri dengan mulut bisa lelaki itu.
Memilih Fiqree, bermaksud Aina akan digelar perampas seumur hidup. Memilih Qalam, bermaksud Aina akan hidup dengan menelan hati sendiri. Dan memilih Zahran, Aina mungkin akan sentiasa lari balik ke rumah ibu.
“Aku ni nampak macam anak mak sangat ke sampai kau fikir aku buat semua perkara sebab mak?” - Zahran
Di akhir cerita, hanya bahagia yang Aina mahu. Tapi siapakah sebenarnya yang mampu memberi bahagia itu?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Rasanya dah lama tak buat kerja gila berkurung dalam bilik all day long untuk habiskan satu novel secepat mungkin. But I did just that with Scandal Depan Rumah sebab N tak boleh berhenti baca. Bersemangat sungguh N nak tahu kesudahan cerita ni.
Novel Hani Fazuha kali ini agak simple tapi tetap menghiburkan. Selalunya kalau baca novel Hani Fazuha, N expect cerita yang tidak putus dengan drama dan watak orang ketiga yang macam anak setan. Walaupun watak orang ketiga, keempat dan kelima ada dalam novel ini, mereka tidak lah begitu menyesakkan dan mudah saja untuk dihapuskan. Ibarat macam cabut rumput dekat taman je...
Jalan cerita yang simple ni wouldn't have worked well jika watak-watak utama ni membosankan. Mujurlah Aina dan Zahran, dua-dua tidak membosankan. N suka Aina yang independent tapi tersepit bila banyak pulak lebah dan lalat yang cuba menghinggap. Watak Zahran juga tidak kurang menyengat walaupun kadang-kadang kasar macam mintak kena kaki.
Sebuah kisah santai, maka bacaan saya pun laju dan lancar. Saya suka watak Zahran, ada baik dan ada buruknya. Aina? Saya faham dia beremosi bila konflik datang bertubi². Masalah Fiqree, masalah pak lang dia dan lamaran Qalam tapi tanggapan awal Aina terhadap Qalam, bagi saya agak annoying. Sikit saja la😂
Dia boleh menolak dan berterus terang dengan Qalam cara sopan, tak perlu kutuk dalam hati. And yes! Qalam boleh terima dengan hati terbuka.
Bagi saya watak Aina menarik (lain dari yg lain). Dia jenis pendiam. Bila masalah datang, dia tak mampu nak betulkan masalah sampai timbul salah faham yg lain pula. Tapi itulah penyebab dia disatukan dengan Zahran.
Oh ya, bacaan ni tak sesuai untuk adik² bawah umur. Ada beberapa joke yg kurang senonoh tapi kerana tak ketara banyaknya, saya sukakan naskah ini. Lepas kahwin laa babak² gitu banyak walaupun masih bertapis. I wish good luck untuk writer🌷
Saya suka naskah kali ini. Agak menghiburkan secara keseluruhannya.
Watak Aina dan Zahran bagai anjing dan kucing. Pantang bertemu pasti bercekau. Kedua2 mereka seorang yg mandiri namun adakalanya boleh timbul salah faham kerana kata2 yang mereka ujarkan.
Aina jenis yg pendiam. Reaction dia amat lambat dalam menyelesaikan sesuatu masalah which at the end of the day mengeruhkan lagi keadaan. Especially with regards to Fiqree dan Qalam.
Mak Yam dan Mak Leha juga Ibu yang sporting.
Watak2 sampingan walaupun ada yang menyakitkan hati, ia diselesaikan dengan mudah. It added spices to their kampung lifestyle. 😊
Novel yg tak stress dan boleh diselesaikan dalam masa 2 jam pembacaan tanpa gangguan.
SDR bagi saya novel yg santai. Rasanya konflik yg diutarakan pon mcm ada tak ada. Mcm tak perasan yg mana satu konflik atau kemuncak cerita. Cerita yg mendatar tapi bagi saya ianya sangat menarik dan mengujakan bila dibaca.
Byk betul lelaki yg ada disekeliling Aina. Fiqree yang asalnya mmg lelaki pilihan Aina. Namun terputus hubungan kerana perbezaan darjat. Silap Fiqree kerana gagal mempertahankan cinta separuh matinya terhadap Aina. Sehingga diri sendiri terseksa merana. Ermm kesian juga dgn Fiqree tapi on the same time dia tak layak utk jd hero sbb dia gagal mempertahankan cintanya.
Qalam pula wataknya kejap muncul kejap hilang. Namun kerana lamaran yg tidak terjangka dari Qalam lah yg buat hidup Aina huru hara. Qalam bagi Aina seorang lelaki yg sangat baik sehingga Aina terasa geli bila Qalam cuba mendekati Aina.
Zahran pula mmg nampak sgt heronya. Ada je watak dia dimana2. Ada je dia interframe kat mana2. Bila ada Fiqree dgn Aina berbual, ada lah juga watak dia menyelit kat situ. Bila ada Qalam dgn Aina berbual pon, sibuk lah jugak si Zahran ni memanggil nama si Aina mcm la rumah dia tu sebatu jauhnya. Pendek kata si Zahran ni mcm superhero. Sentiasa ada di mana2 untuk melindungi Aina. Kadang sentiasa juga ada bila masa tak perlu pon😂.
Tp saya mmg suka Aina dan Zahran. Sbb hanya dgn Zahran sahaja Aina menunjukkan sisi perangai yg sebenar. Tak perlu pura2 baik. Nak cakap tu hentam keromo je. Aina ni sebenarnya tak byk ckp. Nak bergossip pon malas. Tapi dgn Zahran je dia selalu naik hantu sbb Zahran mmg pandai 'mencari gaduh'🤣
Bercinta dengan orang depan rumah tapi berjodoh dengan orang sebelah rumah. 😅
Tersenyum2 saya bila baca pertengkaran yang selalu sangat terjadi antara Aina dengan Zahran. Banyak dah hint Zahran tu bagi tapi Aina tu blur sikit. Buat2 tak tahu atau memang tak tahu ke Zahran tengah mengorat.
Dont judge a book by it tajuk…hahahhaaa Patut die tulis jodoh dgn jiran ke ape…
Cerita psl heroin terkilan tgk bf die bercinta 10 yrs..kwen dgn prempuan pilihan keluarga…ex bf die tu pulak jiran dpn umah..kaya lak tu…
Dtg la jiran sebelah yg mulut takde insurans selamba sound heroin ni jgn dok scandal ngan laki org…ye la..ex bf dah kawen kan…itu la kot sbb tajuk buku gitu…
Light reading but still menarik…alaa..aq mmg suka pon laki yg kasar2..yg mulut lepas…tp lepas dah kawen amek engko…manja tak kenal tmpat kan…ishh…geram jee….
Sweet sgt2. La…suka sgt…for me agak dewasa gak cerita die lagi2 lepas kawen tu sbb merenyam si hero tu xblh bawak bincang… recommended…
Kalau buku HF ni semedang je laju baca. Santai dan konflik ringan. Suka kombo pasangan ni, macam anjing dengan kucing kalau bertemu. Sebelum kahwin asyik gaduh dan perang mulut je. Lepas dah kahwin auto heronya mulut manis.
sungguh puan penulis cantik Hani Fazuha, memang senyum je baca novel ni. tolaklah kemelut yang aina hadap, zahran sememangnya memecah segala kebuntuan.
dari awal, mereka berdua ni taklah baik mana tapi bukanlah bergaduh pun. zahran ni boleh tahan tahap mulut peluru berpandunya.
aina. cintanya pada fiqree lebur bila jiran depan rumahnya itu berkahwin. punah semua. tapi fiqree bagai menagih kembali kasih aina. cumanya aina, jadi mangsa sebab orang nampak dia jahat. mulut mak cik ruby tu, memang haruslah satu kampung tahu kisah mereka.
zahran ni penyelamat. pembaca boleh nampak hati zahran. aina tu je kadang lurus tiang kayu. choi... mana kan tidak, selain tak dapat menangkap perasaan cinta zahran yang membara laju je dia percaya yang zahran bercinta dengan fatimah. sekeh kang!
walaupun puan penulis kata santai tapi tetap menerapkan betapa kuatnya ikatan kekeluargaan dalam cerita. itu salah satu sebab kenapa novel puan penulis sentiasa menjadi pilihan. kisah manis... kasih sayang kan memang perlu antara sesama manusia? bukan yang asyik masyuk bercinta je.
kita memang kadang tak dapat apa yang kita mahu tapi Allah akan beri apa yang kita perlu. musibah yang perlu dilalui itu semua hanyalah untuk menguji dan membuktikan bahawa kita manusia akan sentiasa perlukan kasih dari Yang Maha Esa.
Seperti biasa, naskah LE yang menjadi rebutan ramai... tentulah karya KAK HANI. kenapa ML suka karya HF walaupun berstatus LE? kalau korang perasan.. kalau perasanlah... hahhahah,, ML sebenarnya kot yg perasan... hahhaha.. perasan ada yg follow ML ...kalau korang perasanlah.. ML x pernah review novel penulis-penulis tertentu.. penulis under ground...
1. sbb ML takut kecewa.. hahhaha.. susah tau nak bg ML ni percaya kat karya seseorang... kalau dah suka jadi BIAS jugak... hahhaha.. nantilah ML cari sorang penulis under ground yg boleh gegarkan perasaan ML yer... x pun koranglah bg cadangan... penulis mana..
2.Rasa rugi sesangat kalau beli novel mahal.. tapi cerita hampeh.... kalo komen lebih2... penulis sentap pula... bila pulak ku nak mintak maaf sbb sakitkan hati penulis... hanya mampu "maaf.. andai kau terluka, maafku tak segaja ".. gitu sajer Eh... balik pada asal pokok dulu.. dah jauh melalut ni... ni Sebab apa ML suka karya HF.. sebab santai.. ringan...pastu korang akan senyum jer.. sampai kena tegurlah.. naper senyum-senyummm... hahhaha.. dan jawapan dia.. senyumlah sebab terbayang... hahahhaha... melalut!!Naskah kali ni, ML tak berapa teruja nak baca. duk usung ke hulu ke hilir beberapa hari baru habis. Kalau naskah HF yang lain.. satu hari sahaja.
Bacaan ringan dan santaiii… sweet je kisah Aina and Zahran nie… lucu je part perang mulut mereka berdua nie… dr jiran kpd psgn suami isteri… nk taip pjg2 pn x guna… silalahhhh cari naskah nie yaaa… sgt menghiburkan wpun geram je ngan watak fiqree yg dh beristeri tp still gatal nk kacau Aina…
I just love this novel! Tak boleh put down sbb cerita dia best, santai and tak serabut. Bacaan tenang je. Isi cerita dia pun tersusun. Konflik banyak tapi teratur. I love all the watak dlm novel ni. Aina yg hot stuff jadi rebutan dlm kampung but she’s bukan yg jenis ayu2 tapi sejenis yg savage. Ex-bf, anak penghulu, sepupu and si mulut longkang, semua nak kat dia. Mak2 dalam ceritani pun sangat sassy. Dialog between character pun sangat sempoi and relatable. Manis sgt hujung2 cerita. Light reading.
Best!! Storyline dia santai2,buku pun nipis je, tapi cukup rasa. Kak Hani jaranglah hero dia tak manis dan hot. Sy suka dgn watak Zahran. Sangat gentleman tapi mulut dia berpuaka sikit.😂Ok, mak si Aina ni banyak betul calon nak dijodohkan dkt Aina ni.