Safa terima Ilhan sebagai suami, bukan sebab dia cinta tetapi sebab abah yang mahu. Demi sayangnya pada abah, Safa turutkan walau hakikat sebenar, dia memang tak sukakan lelaki itu.
“Saya. Benci. Awak.” – Safa. “I hate you more.” – Ilhan.
Sejuta kata benci pun, Safa tetap akur untuk menjadi isteri pada Ahmad Ilhan Bin Muhamad Hambali. Tapi, Safa ada misi sendiri.
Ya! Misi kahwin paksa Safa, lain dari yang lain. Dia mahu menukar rasa benci menjadi sayang dan cinta. Sudah bergelar suami isteri, hanya jalan itu yang dia nampak.
“Setiap hujung minggu ialah masa suami isteri dan keluarga, bukannya kerja. Kalau pergi juga kerja, Ahmad Ilhan wajib cium bibir Safa sebanyak 10 kali sebagai upah.” – Safa.
Bukan mudah buat Safa mahu mendapatkan kerjasama dari Ilhan. Si suami sebenarnya bencikan semua wanita terutama sekali emak kandung sendiri.
Bila misi nak berjaya dan bahagia mula menjelma, tiba-tiba badai melanda. Maruah diri Safa menjadi pertaruhan dan kasih sayang abah disalah erti.
“Lepas ni, tolong jangan dekat dengan abah. Belajar lupakan abah. Sebab abah bahaya untuk awak, Safa.” – Ilhan.
“Tolong ceraikan saya, Ilhan. Ceraikan saya kalau ternyata saya ni masih suci. Anggap kesucian saya tu sebagai pampasan untuk perceraian kita.” – Safa.
Yang memisahkan hubungan suami isteri ialah perceraian. Adakah akan terjadi perceraian yang bakal memisahkan hati dua insan yang sedang belajar bercinta?
Atau… Safa akan kekal sebagai yang halal di sisi Ilhan?
tak dapat nak bayangkan betapa safa perlu menyabarkan hatinya bila berhadapan dengan ilhan. safa panggil ihan peti ais bergerak. muka beku kejung.
untung abah safa bila anaknya yang sorang ini sanggup buat apa saja untuk bahagiakan hati abah. termasuklah perlu berkahwin dengan ilhan. demi abah dan kerana abah, safa sabarkan hati. tapi abah pun memang sangat pandai pujuk buah hatinya yang sorang tu. tau bagaimana nak lembutkan hati safa yang sentiasa terbakar bila jumpa ilhan.
ilhan ni sangat benci pada kaum hawa. hubungannya dengan mama sendiri pun sangat buruk. macam nak jumpa musuh. mama ilhan pun tak ada tapis-tapis, terus bagitau yang dia tak setuju terima safa sebagai menantu.
safa terima ilhan. dia tau ilhan bermasalah. beku yang tak boleh nak dibawa berbincang langsung! tapi, dek sebab tindakan, perbuatan dan kata-kata safa, hati ilhan sentiasa terpujuk.
sesuatu berlaku. safa difitnah oleh mak long sendiri. kemudian, abah pula meninggal dilanggar motosikal.
mereka saling memerlukan. walaupun safa tinggal sebatang kara. walaupun ilhan punya ibu bapa lagi tapi seperti dia yang menjaring sepi dalam dunia sendiri.
sangat menarik kisah yang penulis Cik Amal Amina bawakan. pelbagai gelodak emosi yang perlu dua-dua watak utama hadapi. mereka memang punya kekurangan masing-masing. percubaan untuk menerima antara satu sama lain itu yang sangat berharga.
usah usaha untuk menjadi orang lain. usaha untuk perbaiki diri sendiri. itu lagi bermakna.
fitnah dan dendam sememangnya mampu merosakkan jiwa manusia. bak kata abah, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. payah, tapi tetap perlu usaha untuk terus jadi baik.
Cerita yang unik. Ada banyak kejutan. Safa walaupun lembut tapi berjiwa kental. Ilhan walau kasar tapi jiwanya rapuh. Mereka saling memerlukan dan melengkapkan. Ilhan pilihan abah Safa. Abah Safa sayang Ilhan. Tapi Ilhan sangat membenci ibu sendiri. Apa yang telah terjadi sehingga Ilhan berdendam dengan ibunya? Bolehkah rumahtangga mereka bertahan? Boleh mereka mengubati hati yang telah lama terluka?
4 stars and only because I love their relationship dev and progress.
To this day, I still question the mother. 🤷🏻♀️ She’s been through it once and you’d think she’d learn her lesson of believing your child over others. Same thing happened a second time over again. The ego of her to not take the 1st step and seek out an apology from Ilhan.
Itu, then Safa yang a bit spoiled with love growing up a bit forceful ya paksa Ilhan utk turun ego dulu dgn ‘mak’ tu. The abuse, physical & TW SA ya is not something yg even after a decade boleh move on as easily. Yg si ‘mak’ duk junjung ego pun buat apa 🤦🏻♀️ Dah tahu salah tu, lagi nak tuding jari anak tak hormatlah apa lah. Sedar dia buat salah, tapi langsung tak buat apa. Mcm mana jadi mak tak sure. Tgok dia layan anak lain pun nak tak nak je. 💆🏻♀️
To me, Ilhan sgtlah matang even with all yg he’s been through. And between Ilhan & Safa, Ilhan my fav for this novel. Realistik & kuat. Safa nice, tapi minus sbb suka gaduh dgn Ilhan isu ‘mak’ even selepas dah tahu cerita. Annoying sikit ya. Papa Ilhan lagi lah, keluar terus dari gambar 🤦🏻♀️
Meleret dan berulang on certain situations. Ilhan ni beku sangat, rasanya takde la kot orang sebeku ni kat realiti. Mungkin buku ni tak ngam dengan diri saya kot. Plot kahwin paksa nak buat jatuh cinta tu dah seronok dah tapi conflict dia for me macam tak kena.
Ni bukan pertama kali aku baca buku karya penulis ni..mostly aku mmg suka bbrp buku dia yg sblm ni..tp kali ni buku ni x boleh masuk dgn aku..cerita berkaitan masalah Ilhan & Safa yg nk kawin pun aku rasa penat nk baca...meleret..permulaan yg sgt lmbt bg aku..dh pertengahan cerita baru aku rasa sedikit ok..Ilhan yg terlalu beku..Safa yg selalu mengalah..ntah..mgkn aku x suka cerita yg mcm ni kot..hahaha..overall aku rasa karya kali ini kurang ngam dgn jiwa aku..tapi aku tetap berjaya hbs kan iuga pembacaan aku utk buku ni...last but not least tahniah utk penulis..