Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Sentiasa Ada

Rate this book
Tya Lotus - Gadis seksi yang sentiasa menjadi tumpuan.

Berk Ali - Lelaki sempurna dan cukup segalanya di mata kasar setiap wanita.

Pertemuan pertama mereka sudah membuahkan rasa suka di hati masing-masing. Namun untuk menakluki Lotus, bukanlah perkara mudah buat seorang Berk Ali. Berdepan dengan Lotus, dia sentiasa berperang dengan cinta dan nafsu.

“You’re a handsome man with perverted will.” - Tya Lotus

“You don’t have to wear sexy clothes to look attractive, Lotus. Please, saya tak nak apa-apa berlaku antara kita sebelum tiba waktu.” - Berk Ali

Masing-masing saling menggoda dan bila Lotus mula membuka pintu hati untuk menerima Berk, muncul Dilla menggugat segalanya.

Dan hati Lotus hancur berkecai saat dia tahu siapa sebenarnya Dilla di dalam hidup Berk. Tanpa kata, dia pergi membawa diri dengan hati yang luka. Harapannya cuma satu, ingin melupakan Berk sepenuhnya. Namun sejauh mana pun dia cuba untuk pergi, Berk tetap datang padanya dan sentiasa ada untuk dia.

“Don't you think it's our fate bila kita dah berjumpa banyak kali di tempat yang sibuk dan besar macam Barcelona ni?” - Berk Ali

“Fate your head, Berk. Awak yang ikut saya ke mana saya pergi.” - Tya Lotus

“I did follow you but looking for you in this big city is like looking for a tiny needle in the sand.” - Berk Ali

Mampukah Lotus menolak kesungguhan Berk terhadapnya?

Siapa sebenarnya Dilla dalam hidup Berk sehingga Lotus terpaksa berfikir sejuta kali untuk memaafkan dan menerima lelaki itu?

“In order to love, we must learn how to forgive.” - Berk Ali

290 pages, Paperback

Published February 1, 2021

1 person is currently reading
19 people want to read

About the author

Emy Roberto

27 books194 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (27%)
4 stars
11 (37%)
3 stars
8 (27%)
2 stars
2 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
February 25, 2021
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

I love Lotus. N suka karakter dia yang kerek tapi sangat classy. For some reason, N terbayangkan pelakon Sara Ali bila baca part Lotus, walaupun dari segi physical Sara Ali dan Lotus sangat berbeza!

Watak Berk, biasa-biasa, saja. Suka memaksa which annoys the heck out of me. Maybe pada sesetengah pembaca, Berk ni romantik. But not me. Dia macam borderline menyemak jer sebenarnya.

Storyline kali ini, pada N, ia biasa-biasa sahaja. Nothing really stands out and far from Emy Roberto's best.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
March 18, 2021
Seperti kebanyakan watak heroin lain dlm karya ER, Lotus tidak terkecuali didefinasikan sbg seorang wanita yg tidak mudah melatah dan berada dlm kelasnya yg tersendiri.

Memang mudah untuk mendekati Lotus tetapi utk berada dekat di hati Lotus tersangatlah sukar. Seperti jinak2 merpati. Kerana seksinya dia, ada yg menghurung. Namun hanya Berk shj yg mudah mendekati Lotus. Mungkin sbb Berk ni sejenis lelaki yg suka memaksa dan mendesak tanpa sedar. Kadang geram juga dgn Berk ni. Dia nak Lotus tu ikut je kemahuan dia. Dominan yg kdg kala boleh jatuh menyeramkan!

Satu kesilapan Berk bg saya ialah biarkan Dilla digantung tidak bertali. Ohh please la. Lelaki! Kalau dah tak suka tu, takyah la acah2 mahu berpegang pada title suami lagi. Kenapa tak dilepaskan shj dgn cara yg baik. Ini sangggup biarkan sang isteri berbuat dosa dgn lelaki lain. Ermm

Karya ASA ni sesuai dibaca oleh pembaca yg open minded. Sebab walau dilakarkan watak Lotus dan Berk yg beragama islam, tetapi cara hidup mereka lebih bebas dan terbuka!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
February 13, 2021
sekuat mana pun hati manusia tetap akan rasa pedih bila terluka.

berk ali. dia lelaki yang punya rupa, punya gaya, punya hati yang setia pada cinta. tapi cinta yang meninggalkannya merana.

tya lotus. bijak dan cantik rupawan. senang didekat tapi sangat sukar digapai. tapi sentiasa kalah bila bercinta.

pada mereka, ada satu rasa yang sukar dikata bila membabitkan perasaan hati. mungkin tak percaya, mungkin kecewa, mungkin tak menginginkannya...

tarikan kuat antara berk dan lotus. bila hati mula terikat, dilla muncul. dilla memusnahkan segala.

takkan semudah itu ranapnya kepercayaan? mana peranan cinta?

puan penulis Dr. Emy Roberto seperti biasa, mengolah cerita yang punya jiwa. membuai rasa pembaca pada aras yang sepatutnya.

"in order to love, we must learn how to forgive." - berk ali.

memaafkan tak mudah.
melupakan sangat payah.

tapi, yakinlah.

ada hikmah di sebalik semua masalah.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
March 11, 2021
Oh my Berk! Buat sis cair lar. Tapi, tetiba dapat tau Berk dan Dilla...... rasa macam tersentap jap pembacaan. Haha. Kecewa rasanya macam Lotus rasa tu.
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
June 23, 2021
Cerita yg simple, tp best 👍👍
Kisah Berk & Lotus yg saling menyukai ttp ada dugaan bila Dilla, wife Berk yg ditangkap curang dtg menagih kasih Berk semula dlm keadaan berbadan dua. Silap Berk kerana menggantung isterinya tak bertali yg membuatkan Berk masih terikat dgn Dilla.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.