Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tuhan Lebih Saintifik #2

Tuhan Lebih Saintifik 2: Intelligent War

Rate this book
Persoalan besar pada zaman ini, sehingga manusia berpecah-pecah fahaman. Ada yang ekstrem menerima. Ada yang ekstrem menolak. Ada yang di pertengahan. Jutaan spesis di bumi ini, adakah ia ciptaan Tuhan atau daripada satu leluhur sel yang wujud dengan sendiri dan berkembang biak kepada segala organisma?

Teori evolusi menjadi satu ‘killer point’ bagi pihak yang menolak kewujudan Tuhan. Apakah benar semakin berkembang teknologi sains, semakin banyak penemuan yang mendokong bahawa alam dan makhluk boleh wujud sendiri tanpa Pencipta? Atau ia sebenarnya makin memperlihatkan bukti-bukti kehebatan Pencipta yang Maha Agung?

Novel ini mengajak anda untuk merenung persoalan yang besar ini, seterusnya mengangkat tahap pemikiran anda untuk lebih yakin kepada kuasa Sang Pencipta. Ikuti perbincangan menarik dan hujah-hujah logik dan saintifik bagi merungkai persoalan “Existence of God.”

305 pages, Paperback

First published January 1, 2020

4 people want to read

About the author

Farhan Hadi Mohd Taib

24 books88 followers
merupakan seorang pegawai perubatan di sebuah Hospital, Penulis dan editor bagi Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. dan juga seorang suami kepada seorang penulis iaitu Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (28%)
4 stars
2 (28%)
3 stars
3 (42%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
September 21, 2022
Tak rasa vibe seperti buku pertama.
All I can say, agak superficial isu2 menerangkan adanya Tuhan. Author should be bolder to go much deeper tetapi mungkin memang penulis mahukan isinya begini.
Ada beberapa fakta sains didalam buku ini yg maybe perlu penulis semak semula. Pada saya, penggunaan beberapa fakta sains dalam buku ini agak lemah/longgar. Namun, its okay jika penulis memang mahukan penggunaannya seperti itu.

Percaya kepada Tuhan juga adalah memoercayai yang Tuhan tidak beranak dan tidak diberanakkan. Ini yang susah para saintis nak hadam sebab sudah menjadi piawaian setiap saintis bahawa setiap teori mesti berserta bukti. Mereka akan selamanya mencari. Cuma titik silang antara fakta sains dan penemuan Tuhan itu mungkin berbeza bagi setiap mereka. They believe in the existence of dark matter and dark energy but they can’t believe in the existence of God. Adakah hanya sebab ianya quantifiable? That 96%?

Disaat penemuan2 baru oleh JWST waktu ini, mungkinkah para2 saintis akan menemukan Tuhan akhirnya? Atau adakah mereka akan semakin jauh dari konsep adanya Tuhan?
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.