Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hari Kita Jatuh Cinta

Rate this book
“Sudah-sudahlah betulkan tudung awak, Cik Mariam Sophia. Saya nak bagi pep talk ni.”
-YUSOF FARHAN

Pertemuan tidak dirancang menemukan Mariam Sophia dan Yusof Farhan di kota Istanbul yang penuh dengan 1001 kisah.

Apabila mereka kembali bertemu di Lubnan, baru dia tahu Farhan seorang askar berpangkat kolonel! Sikap Farhan yang tegas dan suka memandangnya tanpa sebab membuatkan dia bertambah janggal. Dalam diam, sebenarnya Farhan sedang cuba mencuri perhatiannya!

Itu rupanya cara si kolonel mengurat si peguam muda. Aduh, kenapalah lambat sangat signal otak ni berfungsi!

“Macam inilah ya, tuan. Saya tak berminat dan saya tak bersedia nak ada hubungan dengan sesiapa. Jadi, tuan tak payahlah nak mencuba.” -MARIAM SOPHIA

Farhan memilih untuk menculik hati si Dara. Mariam mula bergetar melihat wajah si kolonel. Akhirnya mereka memilih untuk jatuh cinta.

Datangnya Firhad mengeruhkan lagi keadaan. Begitu juga Julia, bekas kekasih Farhan.

Masing-masing sudah come back untuk meruntuhkan tembok cinta Maryam dan Farhan. Memang keluarga 69 betul!

Angan-angan Mariam untuk bahagia musnah apabila nahas helikopter melibatkan Farhan telah memisahkan mereka.

Saat semua sudah reda dengan pemergian Farhan, lelaki itu kembali ke pangkuannya tanpa sebarang ingatan.

Hatinya masih sayang pada Farhan, namun lelaki itu bukan lagi seperti dahulu. Mampukah Mariam mempertahankan cintanya bersama Farhan? Atau, patutkah dia relakan Farhan bahagia bersama Julia?

Walaupun duka, menerjah perasaan… menghapus kenangan. Izinkan aku kembali ke hari di mana kita jatuh cinta kerana saat itu aku hanya kenal makna bahagia.

Paperback

First published January 1, 2020

4 people are currently reading
36 people want to read

About the author

Shera Zulghafar

6 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (40%)
4 stars
12 (37%)
3 stars
6 (18%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
February 15, 2021
Ini novel pertama penulis yg aku baca. Tertarik dengan covernya. Novel ini telah diadaptasi ke drama. Sedang ditayangkan
.

Kisah Mariam yg membawa diri ke Istanbul untuk melanjutkan pelajaran dlm bidang undang2 setelah kecewa kekasihnya berlaku curang. Disana ketika dia di tahun akhir, tanpa sengaja dia telah bertemu dgn Kolonel Yusof Farhan. Farhan telah menyelamatkan dia sebanyak 2 kali. Mariam kerap mengikuti aktivis kemanusiaan. Dan tanpa sengaja dia bertemu dgn Farhan di kem Lubnan
.

Farhan mula jatuh hati pd Mariam. Namun setelah Mariam tahu siapa sebenarnya Farhan, dia menarik diri. Dan Mariam kembali ke Malaysia. Begitu juga dgn Farhan
.

Di Malaysia, Farhan cuba memikat kembali Mariam. Dan Mariam setuju. Namun, kekasih lama Mariam, Firhad cuba menagih kembali kasihnya. Gangguan demi gangguan drpd Firhad menjadikan Mariam serabut. Dia mula menerima Farhan kembali
.

Mereka berkahwin. Ujian mereka bukan sekadar disitu. Farhah terlibat dlm kemalangan helikopter ketika menyelamatkan mangsa tsunami di Palu. Farhan hilang. Dan mereka andaikan Farhan telah terkorban. Mariam keguguran ketika kandungannya 5 bulan. Setelah 2 bulan Farhan kembali, tp dia lupa siapa Mariam. Seingatnya dia masih berkasih dgn Julia. Tanpa dia sedar bahawa Julia bekas iparnya
.

Bagaimana cara memulihkan kembali ingatan Farhan? Adakah Mariam mampu menepis kehadiran Firhad? Dapatkan Julia merampas kembali cinta Farhan? Bagaimana kesudahan cerita Farhan-Mariam-Firhad-Julia?
.

Boleh kukatakan cerita ini bertemakan cinta dan kekeluargaan. Jalan cerita yg menarik. Tahniah penulis sbb novel ini telah diadaptasikan. Cuma ku tak pasti ia mengikut novel sepenuhnya atau tidak. Kalau ikut betul2. Memang gempak habis
.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
April 15, 2023
Saw this book on TikTok once, and I immediately had to get myself a copy.

Both Farhan and Mariam were individuals betrayed by their loved ones. These two then, coincidently met in Istanbul, the rest is history.

The first half of the book is filled with cheesiness, toe-curling, swoon-worthy scenes and I must say I enjoyed it. The drama starts at the second half. There were parts that I don't agree with, so I won't comment much.

It was still an enjoyable read for me.
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
April 15, 2023
⚠️Review ini mungkin mengandungi bocoran⚠️

Then, I'm just like everybody else and I don't want to be like everybody else.
.
Separuh pertama kisah Tuan Farhan dan Mariam Sophia, saya suka. Sweet. Matang. Farhan yang angau dengan Mariam, saya pun terikut sama. Sengih-sengih macam kerang busuk. Memang terus nak serah 5 bintang.

Permulaan cerita dia menarik. Watak Farhan yang agak bold untuk berterus terang dengan Mariam tu yang saya suka. Hihu. Macho!

Tapi, second half pula yang tak ngam. Konflik Farhan hilang ingatan tu, nice je. Yang kureng tu bila penulis cakap yang Mariam usaha untuk pulihkan ingatan Farhan, tapi saya rasa banyak kepada dia redha je Farhan tak ingat dia and berdiam diri. Lepastu, rasanya tak perlu pun babak-babak intim antara Farhan dan Mariam, tak beri apa-apa kesan dalam penceritaan pun.

Penulisan penulis pula bagus, tapi saya rasa macam banyak benda yang jadi dalam satu babak, sampaikan saya skip dua perenggan je, terus lost dan confuse. Kena baca balik, memang tak boleh skip. Kemudian, masa Farhan (dah hilang ingatan) dah tahu yang Mariam dan Firhad pernah ada hubungan dahulu, boleh pula lepastu dia kata "dia yakin pasti ada sesuatu antara Firhad dan Mariam.." sebab mereka nampak rapat.. Saya macam "eh?" kan dia dah tahu yang dierang ex, so.. Mmg la tahu semua benda? Kemudian, konflik Mariam-Farhan-Julia di hujung-hujung cerita tu agak cliche.. Tapi, okay lah.

Pembacaan yang baik. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Tahniah, penulis. Karya yang menarik.
Profile Image for Nurfaeqah .
373 reviews
September 10, 2021
3.5 ⭐ Got this book from my aunt! I loved how the storyline went in the beginning but when it involved Firhan's stubbornness,i can't help but frown. And then came in poor sweet Julia,i loved her until i didn't.

I loved Farhan and Mariam's passion towards each other so much. And i LOVE age-gap couples so a win-win. With Farhan losing his memory,it was predictable and i've read atleast 3 books with that trope and yes,i dislike that trope. It did bring heartache and my heart sank for Mariam. Not only that,the tangkap basah moment was so abrupted 😭 I dislike that trope too :^(

A star for Farhan and Mariam's love. A star for the beauty of Istanbul and Lubnan. Another star for the value of friendships and family. A half star for Firhad's development!

I would say i enjoyed it and teared abit but i can't see myself rereading it in a year or so! Either way,the author did an amazing job on delivering every character's emotions :^)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nad.
375 reviews1 follower
October 22, 2022
Haih bersemut banyak buku ni mula mula. This book makes me want to start tabbing book. Kolonel Yusof Farhan ini baru betul abang askar yang berkaliber (minus point dia merokok). Bukan macam abang *ad*r. Apa la korang ni. He sets the bar too high (before amnesia). Lepas dia hilang ingatan tu macam annoying sikit.

Overall very a good story. I guess a typical amnesia trope.
Profile Image for AS Thoughts.
17 reviews
August 6, 2022
Best tapi geram rasa cam nak baling periuk belanga kat ml. Fl kuat and tabah. Langau tak relaxm🙃
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
February 9, 2023
Baca novel lepas tengok drama.versi novel more more more best dari drama!
Profile Image for chelsannereads.
178 reviews3 followers
September 22, 2023
Kolonel Yusof Farhan ❤️ Mariam Sophia forever walaupun emo sikit masuk part konflik tu
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
March 29, 2021
Rating sebenar: 4.7

Mengisahkan Farhan dan Mariam yang bertemu di Istanbul, kemudian ditakdirkan bertemu lagi di Lubnan. Lepas selepas Mariam pulang, barulah bunga-bunga cinta mula tumbuh. Saya suka part diorang kirim surat dan poskad. Sangat antik dan bermakna!

Bila dah berkahwin, ditimpa pula musibah. Farhan terlibat nahas helikopter dan Mariam keguguran. Bila dapat tahu Farhan masih hidup, Farhan pula hilang ingatan. Tak ingat si isteri yang sangat baik dan setia. Julia si bekas kekasih mula cucuk jarum.

Apa yang saya suka dalam buku ni ialah sikap Farhan yang sangat gentleman dan latar tempat yang pelbagai. Ada Istanbul, ada Lubnan, ada Malaysia, ada New York. Entah kenapa saya suka bila cerita ada banyak-banyak tempat macam ni. Rasa macam melancong!

Apa yang saya tak suka ialah Mariam yang sangat terburu-buru buat andaian. Awal sehingga ke tengah okay, tapi makin menuju ending, annoying ya perangai dia ni.

Apa-apapun sangat suka dengan naskah ni. Karya pertama dari Shera Zulghafar yang saya baca. Lepas ni nak baca Satu Hari Nanti pula. Tengok review ramai kata bagus.

Tahniah penulis.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.