Tatkala rindu dipendam, racun mekar di taman dendam.
Adwan terpaku mendengar jeritannya. Makhluk berkain putih yang berkibaran di atas katilnya itu boleh bercakap rupa-rupanya! Adwan tak fikir panjang, dia lantas laungkan azan kuat-kuat!
“Hoi!” – Hanani Nuha
“Awak buat saya terkejut, tau? Nasib baik saya tak pengsan!” – Adwan Firdaus Pertemuan pertama yang mengerikan pada Nuha, tetapi lucu pada Adwan. Dalam gurauan lelaki itu, dia ingin menghulurkan salam perkenalan. Nuha pula malas nak layan sebab... ‘Insiden’ atas katil itu yang buat dia lebih tak keruan!
“Apa mimpi awak call saya ni?”
“Mimpi nenek kebayan awak tulah!” Nuha mahu pengsan! Macam mana mahu berkawan dengan Adwan? Asal berjumpa aje, mesti ada benda berlaku. Nuha jadi buntu. Adwan pula kaku.
Ah! Bagi Adwan pula, tak kiralah kalau muncul bayangan lelaki zaman lampau siap bertanjak dan berkeris atau budak perempuan misteri dalam mimpinya itu, Adwan akan lawan!
“Aku akan kacau keturunan engkau! Aku akan jahanamkan hidup mereka. Engkau puaka! Engkau pembunuh!”
“Kita jangan biarkan benda ni berlarutan. Kita kuat untuk selesaikan semuanya sekarang.” Itu janji Adwan kerana cinta luhurnya pada Nuha.
“Saya cakap, saya ni bakal suami awak. Jadi, baik awak kahwin dengan saya!”
“Betul ke ni awak atau... Hantu?!”
Peristiwa aneh dan pelik semakin menjadi-jadi apabila mereka berdua bertemu. Seperti ada pesanan dari alam ghaib yang cuba menyampaikan kisah lama. Siapakah Adwan sebenarnya? Apakah kaitan lelaki itu dengan adik kembar wannya yang pernah hilang berpuluh tahun lampau?
LK19 membawa kita mengenal watak Adwan dan Nuha. Dipertemukan dalam adegan yang tidak disangka, membawa kepada mereka mendepani unsur mistik yang tidak terjangka dalam hidup mereka. Siapakah nenek kebayan yang selalu muncul di antara mereka? Apakah Adwan dan Nuha akan menjadi mangsa seterusnya?
Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan tahniah kepada penulis kerana menghasilkan novel ke-35 ini. Kagum betul penulis mampu menghasilkan novel sebanyak itu. Kemudian, membaca pula biodata penulis di belakang novel lagilah membuatkan saya kagum dengan penulis NN.
Sejujurnya, dari segi penggunaan bahasa dan dialog tidak ada silapnya, memandangkan penulis sangat teliti dalam memilih perkataan yang mampu menaikkan mood pembacaan pembaca. Ada juga terselit beberapa perkataan baharu (bagi saya). Suka saya dengan bahasa yang digunakan.
Dari segi plot penceritaan, ceritanya bagi saya ditulis dengan baik. Elemen cinta, mistik, thriller dan kekeluargaan direncahkan dengan baik membuatkan novel Lelaki Ke-19 ini antara karya terbaik daripada penulis. Tahniah buat Norzailina Nordin!
First of all, saya jatuh hati dengan cover bukunya. Sangat cantik, kena dengan jiwa. And tajuk buku pun, lelaki ke-19. Huishh. Apa yg 19? Kau lelaki ke-19 dalam hidup Nuha ke? Itulah first impression sayaa. Hehe.
Baca pulak sinopsis, wahh mcm menarik, ada elemen mistik, peristiwa aneh dan pelik, ehh wahh, lain dari yang lain ni. Mesti beli dan baca ni. (Tanpa tgk review org lain).
Baru berapa bab pembacaan, buku dikatup penuh geram. Haihh, takpe, kita bagi peluang lagi. Sambung baca dan terkeluar pulak jeritan kecil melepas geram. Adegan itu diulang² sampailah buku ini selesai dibaca ahahaha. Kenapa geram? Kenapa? Hmm. Sesungguhnya saya agak kecewa dengan buku ini.
Antara sebabnya, 1. Penulisannya yg agak lompong dan kosong. 2. Plot yang agak tidak kemas dan tidak mengasyikkan. 3. Dialog yg pendek dan tidak menyentuh jiwa. (Tiada dialog yg bermakna antara nuha dan adwan, sorry) 4. Dialog mengenai side story yang terlalu detail sampai awak rasa awak tengah baca buku tentang hal tanah ke apa sebenarnya. 5. Penulis cuba sedaya upaya mengungkit tentang nenek kebayan dalam setiap babak, sampaikan saya rasa annoying pulak. Asyik2 nenek kebayan ni haa. 6. Takde penerangan yang mengasyikkan tentang kenapa adwan jadi lelaki ke-19. Hanya penerangan yang biasa².
Banyak lagi, tapi cukuplah sampai di situ. Kenapa saya teruskan baca? Sebab saya nak bagi peluang, manatahu, hujung² cerita nanti akan baik plotnya. Dan saya pun curious dalam banyak benda. Alhamdulillah, penulis merungkaikan segala persoalan satu persatu.
Apa pengajaran yang saya dapat? Hmm, bagi saya isu hal tanah dan rasuah begitu ketara dan jelas dibentangkan. Oleh itu, hmm, jangan makan rasuah ye anak², lagi² bila melibatkan isu yang besar mcm soal tanah ni, sekali kantoi, kena tangkap masuk penjara, kena ngap oleh sang buaya sungai. Haa, padan muka.
Hoho. Jadi, kesimpulannya, saya nak minta maaf sekiranya review saya tidak menyebelahi mana² pihak. Tapi itu sejujurnya apa yg saya rasa. Saya tak halang kepada sesiapa yang nak baca, mungkin anda ada pendapat yang lebih baik daripada saya.
Kisah Nuha dan Adwan yang diganggu perkara-perkara mistik sejak mereka bertemu. Adwan yang sangat suka mengusik, dan Nuha yang kadang kala macam berani, kadangkala macam penakut.
Penulis ada idea yang menarik. Persoalan-persoalan tentang misteri kehilangan kembar Wan Jami dan adik Adwan menjadikan aku terpaksa melekat dengan buku ni untuk tahu jawapannya.
Kisah Zayyad-Nuha, Eliya-Adwan menurut aku tak perlu ada sebab tak memberi apa-apa kesan terhadap jalan cerita. Alangkah baiknya kalau terus ditumpukan jalan cerita terhadap bagaimana Adwan Nuha selesaikan kisah mistik mereka, apa yang berlaku di zaman 1882, apa yang terjadi dengan kembar Wan Jami dan apa yang terjadi dengan adik Adwan.
Sesungguhnya idea cerita ni sangat menarik. Aku menantikan flashback kisah-kisah Pawang Noh dengan moyang Nuha, malangnya tak ada.
70% cerita ni dipenuhi dengan Nuha pergi kerja-balik kerja-Adwan jemput dia-bercakap dengan nenek kebayan.
30% lagi untuk penyelesaian, yang mana bagi aku agak mampat untuk dimasukkan ke dalam 30% peratus buku ni. Menjadikannya agak terburu-buru. Bayangkan kisah adik Adwan yang hilang, yang disebut-sebut dari awal cerita diselesaikan hanya dalam satu bab. Aku rasa macam hampa sedikit sebab tak ada kaitan kehilangannya dengan jalan cerita. Dan kembar Wan Jami masih lagi menjadi misteri. Macam mana dia boleh jadi macam tu?
Pertama sekali aku suka jalan cerita novel ni sebab ia berlatarbelakangkan tempat2 dia Kuantan. Jadi bila penulis mention tempat2 tertentu, aku boleh bayangkan .
Hanani Nuha, kesilapan dirinya yg terlena dalam bas menyebabkan dia terlepas untuk berhenti di Lentang utk ke rumah sahabatnya, Eliya. Lalu dia tiba di Bentong. Mujurla bersamanya ada seorang wanita tua, Mak Teh. Kerana Nuha tiada arah tuju, Mak Teh menawarkan Nuha utk bermalam dirumahnya .
Adwan, seorang kakitangan di Pejabat Tanah dan Daerah di Kuantan. Merupakan anak kpd Mak teh. Disebabkan dia ingin memberi kejutan pd ibunya, tanpa sedar dia sendiri diberi kejutan apabila Nuha tidur dibiliknya. Berlaku kekecohan antara mereka. Dan disitula permulaan perhubungan antara mereka .
Nuha mengambil keputusan utk menetap di rumah neneknya, Wan Jami di Balok. Sambil menjaga neneknya, sambil dia boleh bekerja. Pd mulanya dia bekerja di bahagian bouquet resort. Dan berkenalan dgn Zayyad yg berketurunan kerabat diraja .
Mirzan, senior Nuha & Eliya ketika belajar. Dia meminta Nuha utk mencarikan tanah utk disewa. Kerana dia serta rakan kongsinya, Joe ingin menternak rusa. Tanpa Nuha sedar, Joe punya perancangan lain. Mirzan hanya mengikut demi wang .
Aku sukakan jalan cerita ini. Suka perhubungan antara Nuha dan Adwan. Walaupon seringkali mereka bertelagah, namun ade sesuatu yg mengikat mereka. Tanpa sedar, mereka berdua ada perkaitan. Bermula pd zaman silam. Sebab itu, mereka sering diganggu oleh makhluk2 halus, terutamanya nenek kebayan .
Rupanya ada rahsia lama yg terpendam. Ada dendam lama yg mengikat keturunan mereka. Lelaki ke 19, adalah Adwan. Tp kenapa digelar begitu? Ada ceritanya. Kehilangan kembar Wan Jami menjadi tanda tanya. Juga kehilangan adik perempuan Adwan terus dipersoal. Apa perkaitan semua ini. Dimana mereka? .
Siapa nenek kebayan? Apa perkaitan antara kisah silam dengan Nuha dan Adwan? Dapatkan mereka meleraikan 'puzzle' ini? .
Hanani Nuha berkelulusan di bidang farmasi dan hidup berdikari setelah abah dan mamanya bercerai 8 thn lalu. Nuha, Eliya dan Mirzan berkawan baik sejak di universiti. Kini dia hanya menumpang kasih Nek Jamilah dan tinggal bersama di Kampung Balok. Nek Jami mempunyai kembar iaitu Jaridah yg hilang ketika berusia 7 tahun. -- Adwan Firdaus bekerja di sebuah Pejabat Tanah dan bantu Bob jual burger di setiap hujung minggu. Dia dan Marzuki sama² melabur dlm perniagaan burger yg diuruskan Bob. Adwan tinggal sendiri dan berkawan baik dgn Marzuki. Dia kehilangan adik perempuan 10 thn lalu ketika berkelah di Air Terjun Chamang. Selepas itu, ayahnya meninggal dunia dan dia hanya ada emaknya, Mak Teh. -- Kisah Nuha dan Adwan bermula bila Nuha tertidur atas bas ketika dlm perjalanan ke rumah Eliya di Lentang. Hentian terakhir adalah di Kampung Benus. Mujurlah ada Mak Teh yg sama² naik bas, ajak Nuha bermalam di rumahnya. Berlaku adegan tak dijangka bila Adwan nak buat surprise dan balik ke rumah Mak Teh. Pertemuan pertama yg lawak bila Nuha tendang Adwan sampai jatuh katil dan Adwan yg menjerit ketakutan melihat makhluk putih atas katilnya. Sejak insiden tu, mereka bagaikan ditakdirkan utk terus berjumpa. -- Nuha bekerja sementara di sebuah resort berdekatan rumah Nek Jami dan berkenalan dgn Zayyad yg menyimpan perasaan padanya. Mirzan pula berhasrat utk menyewa tanah Nek Jami utk jalankan perniagaannya tanpa Nuha tahu ada agenda tersembunyi. Walaupun Nuha dah berhenti dan bekerja di sebuah farmasi, Zayyad terus mendekati Nuha dan luahkan perasaannya. Adwan pula sentiasa ada bila Nuha memerlukan. Nuha jadi keliru dgn perasaannya. Siapa pilihan Nuha? Apa agenda Mirzan? -- Nuha - Adwan, antara mereka bagaikan ada perkaitan. Setiap kali berjumpa, pasti berlaku peristiwa aneh dan pelik. Mereka sering bertemu figura nenek kebayan dan berada di alam mimpi yg sama dgn satu tragedi. Ada pesanan dari alam ghaib utk mereka. Ada rahsia silam yg cuba disampaikan. Apa perkaitan mereka sebenarnya? Siapa nenek kebayan yg selalu muncul di antara mereka? Adakah Adwan dan Nuha akan menjadi mangsa? -- Dlm masa yg sama, Pak Long Mael serahkan satu amanah kpd Adwan kerana dia adalah Lelaki ke-19 dari keturunan mereka. Demi merungkai perkara² aneh ketika bersama Nuha, Adwan bercuti panjang dan laksanakan misi pengajian ilmu ghaib. Berjayakah Adwan? Apa rahsia disebalik semua kejadian? -- Sebuah kisah yg menarik berlatar belakang suasana kampung yg damai di Pahang. Kisah cinta berunsur mistik yang mendebarkan dan tidak terjangka dalam hidup mereka. Plot cerita disusun kemas dan digarap sempurna dgn elemen cinta, mistik, seram, lawak dan kekeluargaan. Penulis juga kongsikan banyak info ttg urusan hartanah yg tak pernah aku tau selama ni. Highly recommended. Best and full marks ⭐⭐⭐⭐⭐
Wow!!!! Agak sukar untuk mencari karya yang berunsur mistik yang kena dijiwaku tetapi karya ini mampu membuatku sangat teruja untuk mengetahui kesudahannya. Watak Nuha & Adwan sangat kuat auranya . Jalan cerita yang sangat menarik bagiku dan berlatar belakang suasana kampung sangat menggamit memori . Banyak pembelajaran yang diselitkan terutamnya bagi urusan hartanah yang aku sendiri baru tahu setelah membaca novel ini. Jujur aku akui inilah kali pertama aku membaca naskhah karangan penulis walaupun sudah hampir 34 novel penulis telah hasilkan. Ternyata sebagai penulis otai, beliau mempu mengolah naskhah ini dengan begitu baik sekali.. Tahniah penulis 👍👍💪💪
This entire review has been hidden because of spoilers.
aku tertarik dengan tajuk buku ni, kenapa lelaki ke 19, rupanya2 ada kaitan dengan keturunan . tak sangka pulak dalam mengurat di gadis, dia terpalit dengan kisah2 seram sepanjang bersama di gadis.. jom baca...
4.7 Saya suka dengan jalan cerita novel ini.. menarik.. hanya dalam masa lebih kurg sehari shj sy mengambil masa untuk membaca.. Mula² sy susah nk hadam apa yg diceritakan sebb first time sy membaca novel yg ditulis oleh Norzailina Nordin..
Saya baca novel ini seram sejuk..HAHAHAHA lawak pon ad.. terlibat dengn isu persahabatan.. Cinta tu memg la kan.. HAHAHA!!
3.5 ⭐ Pertama sekali, cover dia cantik. Bila tengok tajuk "Lelaki Ke-19". Mak ai? Berapa kali jumpa orang baru ni 😂 Keseluruhan cerita dia okey. Jarang-jarang baca novel genre romantik-seram. Saya baca waktu siang je novel ni, malam tak baca