Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hasad

Rate this book
Hasad mengandungi 15 cerita seram yang berkaitan dengan hasad dengki yang menular dalam kalangan masyarakat kita.

"Aku nak dia jatuh miskin!
Aku nak dia jatuh sakit!
Aku nak semua orang benci dia!
Aku nak dia tunduk pada aku!
Aku nak anak dia mati!"

Apabila manusia mula hilang kepercayaan kepada tuhan, apabila hati mulai hitam, apabila kewarasan mula hilang dan apabila ego menguasai diri. Mereka mula menjadikan "aku" sebagai sahabat.

217 pages, Paperback

First published April 1, 2020

Loading...
Loading...

About the author

Siti Solehah

12 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (37%)
4 stars
3 (37%)
3 stars
2 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Sue Oshin.
Author 12 books57 followers
May 4, 2021


HASAD. Apa yg kalian faham mengenai hasad ? Adakah ianya semata-mata hasad dengki sahaja atau adakah ianya mempunyai cabang ?

Bismillahirrahmanirrahim..

SIHIR. Ia adalah ilmu ghaib yg dapat menyakiti atau mempesona orang lain. Apabila manusia mula menduakan Tuhan, maka jalan hitam yang dipilih.

Di dalam buku ini terdapat pelbagai kisah kehidupan yang dihimpunkan oleh empat orang penulis. Kisah-kisah di dalam buku ini mungkin sahaja sebuah cerita rekaan tetapi hakikatnya di dunia nyata masih ada juga pengamal-pengamal syirik utk menghancurkan hidup manusia lain bahkan sebagai penarik, pemanis dan pelaris utk kepentingan diri sendiri. Jangankan orang jauh, rakan yang rapat dengan diri kita juga boleh menyimpan hasad dengki malahan ahli keluarga juga. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Kebiasaannya jika kita mula merasakan diri sendiri seolah-olah sedang dikawal oleh sesuatu, ia akan memberikan petunjuk melalui mimpi. Apa yg sy perhatikan, kebanyakkan cerita yg dikisahkan pasti akan melalui mimpi dahulu seperti mimpinya ular yg dikatakan oleh orang tua akan pinangan tetapi ianya merupakan permainan syaitan dan juga petunjuk seseorang itu sedang "sakit".

Banyak kisah menarik yg sy pelajari dalam novel ini dan ianya memang wujud dlm norma masyarakat kita. Terutama sekali berkaitan cahaya mata. Di dalam buku ini, ada dua kisah yang melibatkan rezeki anak. Pertama sekali, ada kisah pasangan yg berkahwin bertahun lamanya tetapi tidak dikurniakan anak, mereka masih bahagia. Dlm kebahagiaan mereka, keluarga mertua pula memperlekehkan menantu dan ipar tersebut dengan perkataan yg sangat menyakitkan hati iaitu MANDUL sehinggakan mereka sanggup menggunakan ilmu pemisah utk kehancuran rumahtangga mereka supaya si suami berkahwin dgn perempuan lain. Sementara kisah yg lg satu pula, melibatkan penyakit ain iaitu sihir dari mata. Jiran ini mempunyai depresi tahap kemurungan selepas keguguran dan berhasad dengki dgn jiran sendiri dgn menggunakan sihir supaya wajah jirannya itu kelihatan buruk setiap kali anaknya melihat dirinya. Salah satu taktik utk memisahkan ibu dari anaknya kerana dia sendiri tidak merasai ada anak. (Takut pula saya, moga kita semua dilindungi Allah)

Ada juga kisah si isteri yang sanggup menggunakan sihir penunduk kpd suami kerana cemburu dengan mertua dan ipar yang mendapat layanan yg sama taraf sepertinya. Ini juga boleh dikategorikan sebagai penyakit hasad.

Ringkasnya dari keseluruhan buku, berpada-pada dan lebih berhati-hati dalam berkawan, berkongsi cerita mahupun kejayaan. Mungkin ada yg suka, ada juga yg berkecil hati tanpa kita duga. Masakan mahu berjaya dalam hidup jika masih ada dengki khianat di dalam hati.

Tahniah Komrad Buku dan Must Read kerana telah menerbitkan karya yang maha hebat ini , tahniah juga kpd penulis kerana telah membuka mata pembaca mengenai realiti kehidupan dalam masyarakat kita. Buku wajib baca tahun 2020 😄
Profile Image for Sha Mohamed.
2,555 reviews1 follower
March 3, 2022
Ada 15 cerpen pendek mengenai hasad yang disampaikan oleh 4 penulis.. Kesemua cerita menarik namun ada beberapa yang tergantung tapi boleh kita simpulkan sendiri penamatnya.. Semua cerita menyampaikan pesanan yang tersendiri supaya kita teguh beriman kepada Allah dan jangan tersesat kerana buruk padahnya..
Profile Image for Mohd Ashmunir.
186 reviews3 followers
March 11, 2024
So far oklah… cuma ada yg gantung… ada yg mcm ehhhh… habis… ada yg x seram pun… tp tuelah… mesej yg nk disampaikan tue yg lebih utama sbnrnya… berkenaan hasad dgki… sesama keluarga pn bleh dengki… dlm berkwn pn bleh dengki… byk pengajaran actually dlm naskah nipis nie… overall ok…
Displaying 1 - 5 of 5 reviews