Jump to ratings and reviews
Rate this book

Grab Blues: CEO Jadi Pemandu

Rate this book
Manusia yang berusaha, jika dia bertawakal, dengan izin Tuhan dia akan berjaya. Paling utama ialah bersabar dan belajar menerima semua perkara seadanya. Sesungguhnya, rezeki datang dalam banyak cara, banyak bentuk dan banyak keadaan. Ada kala terlebih dan sesekali mungkin terkurang. Demikian juga saya, dan buku ini berkongsi sebahagian memoir turun naik kehidupan saya - ketika pernah selesa duduk di belakang sambil kenderaan dipandu orang lain, juga ketika orang lain selesa duduk di belakang sambil saya yang memandu kenderaan, CEO vs pemandu GRAB. Indahnya, walaupun ia berbeza kedudukan, saya kekal sebagai manusia yang sama, walau mungkin berbeza pada cara orang menilai saya. Semoga perkongsian menerusi buku ini menjadi penguat semangat, bukti bahawa kita tidak boleh cepat rasa putus asa. Sedangkan jalan ke syurga pun ada macam-macam, ini pula hidup kita yang hanya sementara usianya. Ayuh bangkit!

178 pages, Paperback

Published January 1, 2021

7 people want to read

About the author

Mohd. Khair Ngadiron

7 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (31%)
4 stars
9 (47%)
3 stars
3 (15%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
March 14, 2021
Tulisan berdasarkan kisah-kisah benar pengalaman yang dilalui oleh penulisnya sebagai seorang CEO dan pemandu Grab.

Sebagai mantan CEO, banyak unsur kepimpinan diketengahkan dan sebagai pemandu GRAB dibawakan isu kemanusiaan.

Buku ini ditulis dengan santai, namun bahasanya terjaga walaupun ada dialog-dialog yang bercampur, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, malah bahasa Jawa juga.

Ada yang lucu, ada yang mengharukan. Ia sesuai dibaca oleh anak-anak muda, juga pembaca dewasa.
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
February 5, 2022
Buku ini luar biasa. Catatan pengalaman pemandu Grab oleh mantan CEO yang bukan biasa-biasa. Beliau saya temui buat kali pertama sewaktu promo buku di PBAKL.

Anda takkan temui perbahasan tentang tip menjadi pemandu GRAB yang baik atau menjadi pengusaha syarikat 'ride-hailing' dan 'e-hailing' berjaya.

Sebaliknya buku ini sarat dengan telatah penumpang Grab dan pengalaman sebagai CEO ITBM yang tentunya seputar dunia buku dan penulisan, tokoh penulis, soal bahasa Melayu dan jati diri.

Beberapa perkongsian sketsa bagai membuktikan yang kita kurang menghargai apa yang kita miliki termasuk karya dan negarawan, sekali gus bagai bukti kurangnya jati diri.

Ini termasuklah kesungguhan warga Barat yang sanggup beratur panjang untuk dapatkan autograf Datuk Lat sebaliknya kita lebih sanggup beratur panjang untuk nasi kandar dan segelas kopi.

Begitu juga dengan kurangnya apresiasi terhadap Wak atau Khalid Salleh selaku warga Malaysia kedua penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Asia Pasifik selepas Tan Sri P Ramlee.

Dan begitu juga dengan khazanah pantun yang dihargai oleh dunia luar khususnya Perancis, yang sudahpun saya maklumi sejak di alam universiti lantaran akrab dengan geng sastera.

Tak kenal maka tak cinta. Kurang mengerti, kuranglah mengapresiasi.

Gaya penulisan dialog menambahkan daya tarikan untuk membaca buku warna warni ini. Siapa sangka majlis puisi UTM menjodohkan saya dengan buku dan penulisnya.

Bagaimanapun saya kurang pasti mengapa pelancaran mega buku-buku ITBM di Seri Perdana tidak dirakam di sini. Saya juga kurang pasti apakah penulis akan bertanding untuk gelaran 'wai bee'.

Profile Image for Zalila Isa.
Author 13 books53 followers
September 30, 2021
Sebuah buku yang santai dan dalam masa yang sama berat. Catatan perjalanan Khair Ngadiron sebagai pemandu Grab selepas kontraknya sebagai CEO di ITBM ditamatkan.

Buku ini dekat dengan saya sebagai staf ITBM. Melihat beliau berinteraksi dengan masyarakat (pengalaman memandu Grab) dan selitan kisah-kisah semasa beliau berkhidmat di ITBM dahulu.

Kebanyakan kisah tidak saya ketahui malah ia menjadikan pembacaan sedikit resah, "oh, begini ceritanya." Dan tentulah ia sangat berharga bagi saya kerana posisi CEO dilihat lain pada kaca mata saya sebagai pekerja biasa berbanding dengan cerita-cerita yang dipaparkan dalam buku ini - bahawa jawatan itu menanggung banyak beban.

Ada 20 kisah Grab dan 20 kisah CEO. Bacalah!
Profile Image for Wan Norjihan Abdullah.
Author 2 books10 followers
March 17, 2021
I intend to read this book in my car while waiting for the red lights turn green. After reading two pages, I didn't realised that I brought the book inside my house and continue reading till late.

The stories were well written without any emotional parts. Bro. Khair's (or should I call him K as suggested in the book ;) experience in the book world was vast and something that my small self could only dream of.
Profile Image for Maya.
59 reviews
September 14, 2022
Easy 5 stars because i enjoy this so much. Its not just his experience as a Grab driver, his whole experience in the book industry is what intrigued me the most. I'm maybe quite bias about this book since I know this person.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.