Fujiko F. Fujio (藤子・F・不二雄) was a penname of Japanese significant cartoonist Hiroshi Fujimoto. After leaving his native home for Tokyo, he started his drawing career collaborating with his partner and long-time friend, Abiko Motoo who later held the penname Fujiko Fujio A. Their co-penname was Fujiko Fujio, which became well-known in Japan and in many countries. Fujimoto and his companion became briefly students of the greatest Japanese cartoonist Osamu Tetsuka.
Fujiomoto saparated from his buddy in 1987 due to a cancer, and took the penname 'Fujiko F. Fujio'. He still released his many volumes of 'classic' manga which inspired numerous children and becoming adults all around the world.
Hujung tahun yang mendesak dengan pelbagai kerja, dihadiahkan dengan buku Doraemon ini. Tentunya menggamit kenangan. Terjemahan yang sedap dibaca, dan kemas terbitannya. Koleksi Papa & Mama ini menyediakan beberapa episod berkaitan mama dan papa Nobita yang tentunya kelakar di samping mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan apabila hal-hal berkaitan persefahaman, bertanggungjawab dan hormat ditekankan dalam setiap babak.
Antara manga dan anime yang paling saya suka pada waktu kecil. Dan apabila Gempak Starz kembali mengeluarkan semula manga Doraemon ni, saya terus menyambarnya. Nostalgia sungguh. Dalam siri ni diceritakan mengenai papa dan mama Nobita. Dan nak tahu nama papa dan mama Nobita? Manga ni ada jawapannya. Ceritanya ada yang mencuit hati, ada yang sedih, suspens dan bermacam lagi 'jentikan' perasaan.
Koleksi ini agak menarik sebab ada kena-mengena dengan watak-watak yang selalunya di latar belakang cerita Doraemon dan Nobita. Ada juga cerita yang boleh membuat rasa terharu sebab Nobita berusaha untuk membuat papa dan mamanya gembira. Yang paling saya suka adalah cerita pendek di akhir buku ini mengenai Nobisuke dan Tamako dari usia muda, ke hari lamaran, hingga hari mereka dapat Nobita.