Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-3 banyak mengupas isu semasa yang banyak terjadi dalam kalangan masyarakat hari ini. Antara isu yang dibincangkan ialah:
Tentang sedekah dan infak: perlu ditunjuk atau disembunyikan? Tentang tawaran buat mereka yang berinfak Tentang kaedah berhutang cara Allah SWT Tentang pemimpin yang melakukan kerosakan Tentang riba yang diperangi Allah SWT dan Rasul Tentang peringatan kepada kaum yang kufur Tentang doa: hanya Allah SWT Yang Maha Mengabulkan
Nota ini juga merangkumi:
Satu buku, satu juzuk Nota pilihan daripada penonton Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca
Tadabbur quran yang bagus! Isi quran disampaikan dengan menarik. Kisah di sebalik dan pengajaran setiap ayat juga ditulis dengan baik dan mudah difahami. Penggunaan grafik pula menggalakkan fokus pembacaan. Tahniah buat team yayasan warisan ummah ikhlas! Apa isi penting dalam juzuk 3? - Infaq sebagai jalan untuk menjaga kebaikan masyarakat, bukan riba. - Hutang mesti dicatat dengan adil. - Al-quran mesti difahami dengan betul. Jangan tukar/manipulasi isi quran untuk kepentingan tersendiri.
Alhamdulillah saya belajar sesuatu, kalau sebelum ini tajwid tak banyak sangat boleh dapat hasil tapi kali ini start gear 3 everyone...😉rujuk qr code untuk pelafazan yang betul..
Fokus juzuk 3 - Banyak sebut INFAQ! untuk benteras apa, benteras RIBA & HAPUSKAN HUTANG & HUTANG WAJIB DIBAYAR,Kebenaran isi Taurat dan Injil, kehebatan Allah SWT, siapa pengikut sebenar(hawariyun), siapa orang yang melakukan kerosakan?, apa itu Murhabalah.Ciptaan Allah SWT siapa? Persamaan Adam dan Isa vs persamaan Isa dan Yahya.siapa golongan yang cuba memperdayakan? Hadir nabi Isa untuk apa?
Kunci pemasalahan ini adalah TAQWA, orang yang menzalimi diri sendiri adalah orang yang mengingkari perintah Allah SWT. Banyak belajar pekara hukum dalam surah al Baqarah dan Ali-Imran.
Sangat bermanfaat untuk belajar perbetul cara bacaan dan pada masa yang sama kita dapat ilmu🥰🥰🥰