Buku 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia Dunia dan Akhirat adalah sebuah buku yang merangkumi tip-tip yang boleh dijadikan pilihan tindakan yang boleh dilakukan oleh muslimah dalam kehidupan sehariannya. 1000 tip yang disediakan adalah tip praktikal yang diambil daripada 200 hadith pilihan Rasulullah s.a.w. Hadith yang dipilih, mewakili beberapa kategori, seperti, hadith berkaitan keluarga bahagia, kesihatan, keusahawanan, komunikasi, kepimpinan, hiburan dan juga ibadah solat. Kesemua bab ini dipecahkan pula kepada beberapa kategori kecil yang lain. Setiap bab, akan disediakan satu hadith beserta takhrijnya, kemudian diberikan beberapa penjelasan dalam pelbagai bentuk, seperti fakta, kajian, kata ulama, doa dan amalan, dan lain-lain lagi. Kemudian, daripada hadith tersebut, dikeluarkan 5 tip yang praktikal, mudah dan relevan untuk diamalkan oleh semua muslimah.
Objektif tip ini disediakan adalah untuk membantu muslimah mempraktikkan pengajaran daripada hadith Rasulullah s.a.w. secara terus dan mudah dan sekaligus menjadi muslimah yang bahagia kerana tema-tema yang dimuatkan dalam buku ini adalah tema yang utama dalam menentukan kebahagiaan setiap muslimah.
buku ni, sesuai untuk dibaca seluruh lapisan masyarakat, tak kira lelaki atau wanita. Setiap bab disusun cantik, dimulakan dengan hadis kemudian disusuli dengan penerangan dan tip-tip yang berkaitan dengan hadis.
Bukan sahaja dapat tambah ilmu, dapat tambah juga rasa cinta terhadap Rasulullah, sebab setiap hadis yang ditulis, berkenaan dengan akhlak peribadi Rasulullah yang sangat hebat dan buat kita rasa nak sangat jumpa dengan baginda, nak contohi akhlak baginda sendiri.
اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
terlalu banyak input dan isi, susunan visual yang menarik tak jadikan kita jemu untuk membaca. Dalam 2 jam boleh habis baca!
banyak tips yang dihurai termasuklah tip sihat, tip komunikasi, tip menjadi pemimpin, ibadah, bisnes, akhlak dll.
Berjaya khatam dalam masa setahun, alhamdulillah..sebab lambat tu, banyak lagi buku lain yang nak kena baca. Isi kandungan buku ni bersifat santai dan mudah faham. Saya berpendapat buku ini sesuai untuk semua golongan tua atau muda.