Jump to ratings and reviews

Srikandi-Srikandi Yang Benar

Srikandi-Srikandi Yang Benar

Sinopsis
Isi Kandungan
Buku Berkaitan
Inilah tiga kisah indah berkenaan seindah-indah hiasan dunia, perempuan yang solehah. Kisah yang menerbitkan air mata, yang melahirkan syukur dan menyuntik tenang.

Merekalah srikandi pada zaman mereka. Kisah mereka melahirkan inspirasi, kisah mereka memberi makna pengorbanan, dan daripada kisah mereka, mengajar kita erti cinta.

Aminah : Ibu kepada junjungan agung, Nabi Muhammad s.a.w. Kisahnya mencoretkan erti-erti seorang isteri kepada suami, dan kasih seorang ibu kepada anak.

Fatimah: Puteri kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. Ayu wajahnya dan elok akhlaknya, sangat mengharum. Kasih sayangnya kepada sang ayah dan cintanya kepada sang suami, tiada tandingan.

Rabiatul Adawiyah: Wanita yang tidak punya suami, tidak juga punya anak. Wanita yang cukuplah Allah sahaja untuknya. Hidupnya hanya untuk Ilahi dan kisahnya pulak adalah untuk renungan semua.

Inilah kisah Srikandi-Srikandi yang Benar.

512 pages, Hardcover

First published January 1, 2012

Loading...
Loading...

About the author

Zahiruddin Zabidi

28 books46 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (68%)
4 stars
7 (17%)
3 stars
5 (12%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Hidayah A.
2 reviews
January 22, 2013
bismillah....
selawat dan salam ke atas Baginda junjungan kita sebagai umat islam...

buku yang membawa penuh makna dan erti bagi setiap insan yg bergelar wanita..
alhamdulillah...dapat juga ku kenali dgn terperinci srikandi2 islam ini....

penyusunan cerita yang bagus dan membuatkan ana sendiri seperti melalui segala musibah dan aktiviti yang mereka jalankan pada zaman mereka..
sungguh mulia wanita-wanita yg disebutkan didlm buku ini...
kenali dan contohilah mereka semua....
insyaALLAH...bergembira seluruh penghuni langit dan bumi kelak...

alhamdulillah...jalan cerita yg senang di fahami dan seronok membuatkan ana semakin bersungguh-sungguh untuk menghabiskan buku ni dengan cepat....kerana terdapat setiap cerita baru selepas sahaja ayat sebelumnya tamat...
ya benar...mungkin srikandi tu pangkat yg berat untuk kita sebagai wanita galas...tetapi, yakinlah..sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil dan Maha Pemurah....

yakin dgn SYURGA ALLAH, insyaALLAH, segala yang ditempuh pasti manis...begitulah yang diluahkan oleh Rabiah..anak keempat dari 4 adik beradik miskin berketurunan Ismail....atau lebih dikenali sebagai Rabiatul Adawiyah... :)

sekian.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books108 followers
December 8, 2014
Bismillahirrahmanirrahim.

Srikandi-srikandi Yang Benar. Buku berkulit keras setebal 464 muka surat.
Himpunan kisah 3 tokoh wanita dalam lipatan sejarah Islam ; Aminah ibu Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam, Fatimah anakanda kesayangan Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam dan Rabiah Aladawiyah.
Sesuai sebagai bacaan tetapi untuk rujukan bukanlah satu pilihan kerana ianya adalah fiksyen.
Ini pertama kali membaca buku Tuan Zahiruddin. Mendamaikan. Seolah saya dapat mengalami peristiwa yang berlaku ke atas tokoh-tokoh wanita ini. Masya Allah. * Buku terakhir yang dapat diselesaikan sebelum pulangkan semula ke Perpustam
Profile Image for Fya Books.
58 reviews3 followers
January 19, 2022
Kisah 3 orang wanita hebat iaitu Sayyidah Aminah, Sayidatina Fatimah dan Rabiah yang wajar dijadikan inspirasi oleh setiap Muslim. Pada mulanya fiza sangat teruja untuk baca buku ini kerana menyangka ia sebuah biodata lengkap mereka bertiga. Nasib baiklah penulis memberi penegasan pada awal muka suratnya😂 rupanya ia sebuah novel, bermaksud ada perkara yang ditokok tambah dan juga pengurangan fakta. Bila membaca, kita berasa seolah penulis faham akan perasaan watak pada ketika itu.
Dalam kisah Sayyidah Aminah, ia lebih cenderung ke arah cintanya dengan Abdullah. Penulis turut menceritakan kisah Halimatun Saadiah yang menjadi ibu susuan Nabi Muhammad SAW dan membesarkannya selama 5 tahun.
Manakala dalam kisah Saidatina Fatimah, tidak banyak yang diceritakan tentang beliau tetapi keadaan masyarakat Arab pada ketika itu. Penulis juga banyak menggunakan teknik penceritaan melalui watak lain iaitu dialog antara orang Arab mengenai beliau.
Kisah Rabiatul Adawiyah kisah yang paling menarik perhatian. Seorang wanita yang sangat mencintai Allah melebihi segala-galanya.
Salah satu sebabnya mungkin fiza belum mengenali beliau berbanding tokoh lain. Jadi ada rasa debar, tak sabar nak tahu apa yang berlaku seterusnya. Walaupun sudah maklum bahawa beliau ialah tokoh sufi wanita terhebat, fiza baru mengetahui kisah hidup perjalanannya melalui buku ini. The best part is penulis menggunakan kata-kata nasihat daripada Rabiah sendiri ❤ Menurut Rasulullah SAW melalui mimpi ayah Rabiah, Rabiah akan memberi syafaat kepada 70000 umat di akhirat kelak😮
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,622 reviews39 followers
May 8, 2016
Alhamdulillah....usai pembacaan buku yang sarat dengan pengajaran, suntikan ketenangan, keindahan akhlak tiga srikandi pada zaman mereka; Aminah ibu kepada junjungan agung Nabi Muhammad SAW, Fatimah puteri kesayangan Nabi Muhammad SAW, Rabiatul Adawiyah wanita berilmu Sufi & makrifat yang hidup dan matinya hanya terdorong mengejar cinta agung kekasihnya.
Five stars ⭐⭐⭐⭐⭐

* This read managed to soothe my extreme anger and hate towards the character and ending of the novel I just finished reading
Profile Image for Mla.
35 reviews2 followers
June 27, 2022
Pada awal membaca, saya agak khuatir pada kenyataan 'novel yang tidak terlepas daripada unsur tokok tambah dan pengurangan fakta'. Namun, setelah habis bacaan, unsur-unsur tersebut tidaklah mengganggu malah memberi pemahaman yang lebih tentang 3 srikandi ini. Terkesan saya dengan Rabiatul Adawiyah, tinggi sungguh cintamu kepada Yang Satu 😭
Profile Image for Cafiena.
11 reviews
June 1, 2013
dibaca untuk inspirasi. bukan rujukan fakta.
Profile Image for Syikin .
138 reviews
January 6, 2024
Buku yang bermanfaat. Cuma ianya ditulis dalam bentuk penceritaan. Pertama kali baca corak buku begini.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews