Jump to ratings and reviews
Rate this book

Psikologi Si Kecil: 50 Pesan Psikologi Anak-anak untuk Ibu Bapa

Rate this book
50 pesan psikologi anak-anak untuk ibu bapa.

Kenapa perlu dapatkan buku ini?

Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2019 mendapati 9.5% kanak-kanak berusia 5-15 tahun mengalami masalah berkait dengan kesihatan mental. Kajian yang sama pada 2017 pula mendapat 2 dripada 3 remaja melaporkan ibu bapa mereka tidak memahami mereka.

Mendidik anak-anak zaman ini tidak semudah seperti mengulang kitaran cara ibu bapa kita mendidik kita. Anak-anak generasi ini lebih mencabar dengan pelbagai isu yang rumit.

Oleh kerana itu, Ibu bapa hari ini perlu mempersiapkan diri dengan ilmu asas tentang psikologi anak-anak supaya pendekatan kita kepada mereka bukan lagi berdasarkan percubaan, tetapi berdasarkan ilmu dan pengalaman.

Siapa perlu dapatkan buku ini?

Semua ibu bapa, bakal ibu bapa & pendidik!

Buku ini wajib dihayati, tidak kira yang baru menapak atau sudah berusia. Mereka yang ada anak sedang membesar atau sudah mencecah remaja. Ia juga sesuai untuk mereka yang bakal berumahtangga untuk dijadikan sebahagian daripada panduan pra-perkahwinan. Juga sesuai buat guru-guru dan semua profesyen yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak.

288 pages, Paperback

Published January 1, 2020

30 people are currently reading
92 people want to read

About the author

Rozanizam Zakaria

13 books19 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
89 (58%)
4 stars
56 (36%)
3 stars
8 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
August 11, 2021
Salah sebuah buku keibubapaan umum yang saya suka baca! Penyampaian yang mudah dan bersahaja, dengan teori, penerangan dan contoh serta mesej yang jelas dan mudah difahami. Sesuai dibaca untuk ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat umur bayi hingga remaja, yang mana perkembangan mereka ada disentuh serba sedikit oleh penulis.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
July 8, 2021

"Beza melihat anak berbuat sesuatu kerana 'nakal' dan berbuat sesuatu kerana 'sifat semulajadi kanak-kanak' yang menjadi sebahagian dari perkembangan usia mereka."

Aku setuju dengan apa yang dinyatakan oleh penulis dan kalau kita cuba faham tentang sifat semulajadi kanak-kanak, setiap reaction kita juga kan turut berbeza. Tidak mudah melabel, tidak mudah untuk memarahi.

Sejujurnya, aku suka membaca Psikologi Si Kecil ini kerana topik-topiknya di tulis dengan terperinci dan sangat menjawab beberapa persoalan yang kebiasaannya yang menjadi tanda tanya para ibu bapa. Walaupun aku belum memegang status tersebut tetapi membaca Psikologi Si Kecil ini membuatkan aku meletakkan diri aku sebagai seseorang yang pernah menjadi 'kanak-kanak' dan mengimbau kembali apa yang aku dah lalui.

Ada masa-masa aku juga meletakkan diri sebagai individu yang berhadapan dengan kanak-kanak. Untuk lebih mengenali, memahami dan sekaligus membawa aku untuk memahami isu-isu berkaitan perkembangan kanak-kanak ini dengan perspektif yang baru.

Antara topik-topik yang membuatkan aku lebih berfikir:

1. 4 Prinsip Memahami Psikologi Anak-anak
2. 6 Yang Harus Dimiliki
3. 4A Sebelum dan Selainya
4. 7 Sebab anak buat perangai
5. Deposit Emosi
6. 7 Kesalahan Dalam Mendisplinkan anak
7. 7 Keperluan Psikologi Remaja
8. 20 Tip mendidik anak hiperaktif dan kurang tumpuan

Dan aku sangat setuju dengan kenyataan penulis tentang kebanyakkan masalah remaja adalah produk akhir kepada proses panjang yang telah bermula lama. Dan saham terbesar yang mempengaruhi keadaan tersebut ialah cara kita mendidik anak. Dan ini bukan konotasi untuk meletakkan kesalahan kepada ibu bapa sebaliknya aku yakin, tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk mengajak ibu bapa untuk ada rasa untuk memperbaiki cara mendidik.

Walaupun buku ini ditulis khas untuk ibu bapa, tetapi melalui pembacaan aku, aku rasa buku ini sesuai untuk semua apatah lagi yang terlibat dengan kanak-kanak. Highly Recommended gais!
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
April 22, 2021
Almost 2 months to finish a medium book *sigh*. Kebolehan untuk speed reading semakin menjunam.

Anyway, buku yang sangat baik untuk ibu bapa. Bila kita bercakap tentang anak-anak, ada beberapa fasa yang kita perlu tahu. Bayi / toddler, small kids, teens (secara kasarnya). Jadi buku ni sebenarnya boleh dibaca untuk mana-mana peringkat umur. Di awal buku penulis ada beritahu cara-cara untuk mengenali dan menerangkan tabiat kanak-kanak. Basically, common problems yang ibu bapa hadapi, penulis berjaya mengupas dengan lembut dan teratur.

Kebanyakan isu remaja yang kita lihat ada juga dikupas, dan isu itu akan berbalik kembali kepada masalah sewaktu kecil dan bagaimana cara pendekatan ibu bapa menangani masalah tersebut. Kalau dibiar, maka merebaklah isu itu.

Honestly bagi aku bagus buku ni. Bila borak pasal buku parenting, aku suka compare dengan buku Adlil Rajiah’s 3 kertas 3 krayon 3 pensel warna. Buku Adlil Rajiah adalah lebih tertumpu pada kanak-kanak usia 2-6/7 tahun. The growing age. Sedangkan buku ni boleh digunakan untuk mana-mana peringkat usia.

So, aku boleh katakan good job untuk penulis dan good job juga untuk editor. Sebab nampak penyusunan topik dari kanak-kanak kecil ke remaja yang kemas.
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
January 6, 2022
Waima saya seorang yang masih bujang, buku ini tetap jua memberi manfaat kepada saya. Melalui informasi yang telah saya peroleh di dalamnya, memahami serta bersabar dengan semua ahli keluarga kanak-kanak yang ada di dalam hidup saya menjadi lebih mudah. Terima kasih, doktor.
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
September 10, 2021
Mengenal perasaan dan emosi anak-anak adalah antara ilmu asas memahami psikologi mereka. Seperti yang dinyatakan penulis, buku ini bukanlah manual untuk menjadi ibu bapa sempurna, sebaliknya adalah pesanan psikologi buat ibu bapa yang ingin belajar menjadi lebih baik. Buku ini bukan juga ingin mendidik ibu bapa menjadi pakar psikologi kanak-kanak tetapi ia mengupas banyak aspek asas psikologi anak-anak yang perlu ibu bapa cakna. Psikologi sendiri bermaksud ilmu memahami tingkah laku manusia.

Sangat banyak pesanan dan nasihat, teori mahupun tip praktikal yang dikongsikan.

Antaranya:
-6 keperluan asas psikologi anak-anak
-4S dalam membina kestabilan hidup anak (SAFE, SOOTHE, SEEN, SECURE)
-7 sebab anak buat perangai
-Teori Attachment oleh John Bowlby
-Keberkesanan 'story-telling'
-5R dalam mendidik anak-anak (REFLECTION, RELAXATION, RELATIONSHIP BUILDING, REGULATION OF EMOTION, RESPECT [RELIGION])

Dan banyak lagi yang menarik!

Untuk semua tip yang dikongsikan penulis menekankan bahawa kuncinya adalah kebersamaan (Bonding). Pentingnya ibu bapa terus berbonding dengan anak-anak. Tanpa keterikatan emosi, tiada apa yang akan berfungsi!

Sangat banyak input yang boleh diperoleh daripada buku ini. Bacaan yang sesuai buat ibu bapa baru mahupun ibu bapa yang sudah mempunyai anak-anak remaja. Secara keseluruhan buku yang wajar dibaca oleh ibu bapa yang ingin memahami psikologi anak-anak. Bacaan yang mudah, penerangan dan contoh yang jelas oleh penulis👍🏻
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
May 22, 2021
Ingatkan ada kisah kanak-kanak yang teruji seperti sebuah buku yang ditulis penulis yang sama iaitu, "Aku Nabi Isa!". Tapi buku ini menerangkan tips dan panduan dalam mendidik anak. Agak bosan untuk saya yang lebih suka dihidangkan tips dalam bentuk cerita. Agak sukar untuk saya menikmati buku ini sebab saya dah belajar mengenai teori, panduan dalam buku ini sewaktu belajar dalam jurusan educational psychology.

Profile Image for Wan Fadhil.
3 reviews1 follower
March 13, 2021
Tamat bacaan buku ke-5 untuk tahun 2021 ini.

Buku kecil Psikologi Si Kecil oleh Dr Rozanizam Zakaria ini sememangnya mempunyai konten-konten yang besar nilainya.

Mana taknya, ia ditulis oleh seorang doktor psikatari yang sudah banyak berurusan dengan isu kesihatan mental sejak tahun 2009 lagi.

Dengan kelayakan dan pengalaman yang beliau ada, sudah pasti beliau cukup tahu bahkan pakar dalam apa yang beliau kongsikan berkaitan isu psikologi.

Buku ni bagi saya WAJIB dimiliki dan dibaca oleh ibubapa yang concern dengan anak-anak, ingin improve cara parenting dan mungkin mempunyai masalah dalam pendidikan anak-anak.

50 tip yang dikongsikan dalam buku ini sememangnya tip yang sangat berharga dan bermanfaat bagi ibubapa yang membacanya. Dan kalau nak baca 2-3 kali pun lagi baik.

Buku ni untuk orang awam macam saya, bagus untuk dijadikan rujukan untuk memahami anak-anak dari sudut psikologi. Korang akan nampak sisi pandang anak-anak yang tersirat lepas baca buku ni. Serius.

Jujurnya aku dah lipat banyak page dalam buku ni sebab mudah nak cari balik apa yang aku perlu recall bila perlu nanti. Sangat banyak tip yang dikongsikan yang perlu diketahui oleh parents untuk faham jiwa anak-anak dan deal dengan masalah mereka.

Kita sebagai orang dewasa mungkin dah lama jadi budak kecil dan terlupa pengalaman hidup kita sebagai kanak-kanak dahulu.

Cuma zaman sekarang dah berubah. Semakin ramai anak-anak yang berpotensi mengalami masalah depresi, masalah mental dsb yang kita sendiri sebenarnya tak perasan.

Take a step back.

Baca buku ni perlahan-lahan. Jangan kejar-kejar nak habis walaupun ia sebuah buku yang kecil. Take note. Highlight. Lipat bucu kalau perlu.

Selalu ingatkan diri kita. Anak-anak kita adalah aset kita paling mahal.
Profile Image for books.bintulu.
259 reviews7 followers
June 27, 2021
Jun 2021: Psikologi Si Kecil

Saya selalu ikuti perkongsian Dr Rozanizam @drrozanizam di FB. Bila terima hadiah buku ini daripada @ec_mke saya bersyukur dan gembira sangat. Terima kasih sahabat!

Mukadimah yang baik daripada penulis apabila berkongsi kisah Adik Fatimah, tersentuh hati saya dan peringatan untuk mendidik anak-anak dengan kesyukuran dan kesabaran.

Saya kongsikan poin penting yang saya dapat daripada buku ini:

- Ada perkara pada kita nampak kecil tapi bagi anak-anak sangat besar – peringatan untuk saya terutama musim PdpR ini
- Bonding dengan anak-anak sangat penting bagi mengelakkan pelbagai masalah di kemudian hari terutama bila meningkat usia remaja. Bonding ini boleh dilakukan melalui quality time dan 1 to 1 session yang bukan saja berkesan antara ibu bapa dan anak, juga antara guru dan pelajar.
- Bertanya khabar anak-anak pada hari ini, menukar bentuk soalan “Hari ni belajar apa?”.
- kepentingan bermain sebagai play therapy dan memerhatikan perkembangan anak-anak. Jangan lupa minta Allah kurniakan kebaikan daripada pengalaman mereka bermain (walaupun hanya dengan bubble wrap)
- kuasa bercerita (termasuk membacakan mereka buku) kepada anak-anak
- kaedah meleraikan perbalahan antara anak-anak dan mendisiplinkan mereka – yang ini paling praktikal buat masa ini 😅

Saya cuba melihat PdPR dan lockdown ini sebagai PELUANG untuk lebih banyak masa bersama (kuantiti) dan juga meningkatkan kualiti bersama mereka.

“Lebih baik kita menjadi sebahagian dari solusi kepada masalah generasi hari ini, daripada kita menjadi sebahagian dari punca masalah mereka”

Semoga Allah membimbing kita.

#psikologisikecil
Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
December 13, 2021
Membaca buku ini menjadi suatu persediaan kepada saya untuk mendalami psikologi anak-anak. Penyampaiannya bersahaja dan tidak berat malah boleh diikuti ibu bapa. Bagi saya penulisan sebegini dengan latar belakang penulis sebagai ahli psikologi memberikan gambaran realiti dalam pendidikan psikologi anak-anak. Selain itu, pembacaan buku ini membuatkan saya kembali menyelami teori Piaget yang pernah dipelajari dahulu. Sekaligus buku ini turut menyediakan panduan kepada pembaca untuk mengaplikasikan pendekatan bagi mendalami psikologi anak-anak.
Profile Image for Faridahyunos.
144 reviews6 followers
March 1, 2021
Sangat sangat suka buku ini. Banyak topik yang bagi saya sngat membantu saya untuk Cuba jadi lebih baik untuk anak-anak. Penulis mengajar saya mengenalpasti masalah anak, dan cara untuk saya hadapi anak saya dalam beberapa situasi. Topik yang paling kena dengan saya adalah overprotective parents dan adik-beradik yang berbalah.

Terima kasih penulis untuk buku ini.. smoge ia dapat membantu ramai lagi ibu bapa dalam menangani isu melibatkan psikologi anak-anak.
Profile Image for Suhana Yusof.
2 reviews23 followers
March 31, 2021
Buku ini sangat berguna untuk rujukan ibu bapa. Tambahan pula di tulis oleh pakar psikiatri. Saya rasa sangat ketinggalan bila mana saya baru baru tahu kanak-kanak juga akan mengalami sakit mental. Rasa terkilan, pada usia yang sangat kecil, mereka terpaksa hadapi pergelutan emosi. Saya sangat recommend di luar sana untuk membaca, memahami dan mengamalkan apa yang telah di kongsi dalam buku tersebut.
Profile Image for Siti Sumaiyyah.
124 reviews14 followers
January 6, 2022
An easy to read book that shares parenting tips that all parents should know and consider. I like that the writer is shown to really care about his job (as a child psychologist, I think?) and how he shares his experience of dealing with teens and children.

I did speed read quite a bit since some of the points were things I already knew and just helped reinforce the knowledge. I did learn a lot of new things though. This was a good read.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
July 2, 2021
🎈 Buku  dikarang oleh pakar psikiatri berpengalaman ini  isinya tebal dengan tip. Buku parenting kupas Isu psikologi kanak-kanak hingga remaja. Isu yang biasa ibu bapa hadapi mengenai anak. Bukan  dewasa saja yang ada masalah mental tapi anak kecil pun jika terlepas pandang boleh jadi barah.

🎈 Semua hal ada puncanya. Sama juga dengan psikologi anak. Kenal pasti jiwa anak baru solusi dapat di cari. Penulis terang katakan "psikologi adalah ilmu fahami tingkah laku manusia". Pintu kepada faham jiwa anak. Fasa mereka kecil,fasa emas untuk bentuk psikologinya. Hasilnya,  dilihat pada mereka bila remaja dan dewasa.

🎈 Antara kandungan aku suka :
1.Bank Emosi - cara yang bagus untuk siasat emosi si kecil,boleh dilakukan anak usia 5 atau 6 tahun ke atas.
2.10 tip menghadapi 1000 persoalan anak- buku ada beri tip kenapa itu terjadi, apa perlu kita buat, si kecil kadang terlalu jujur ajukan soalan pada tempat yang tak sepatutnya jadi apa kena buat?  Kalau anak jenis pendam/ tak suka bertanya apa tip kena buat?
3. Kenapa anak suka halang Televisyen- ilmu baharu pada aku sebenarnya. Menarik!
4. Cara deposit emosi anak
5. Kesalahan disiplinkan anak
6. Tip tangani anak suka berbohong
7. Tip tangani anak-anak bergaduh
8. Keperluan psikologi /emosi remaja
9. Tip tembus tembok dibina remaja- cara nak Tackle mereka berkongsi perasaan

🎈Dari segi perkembangan sel otak pula aku belajar Fakta yang perlu dalami,  pemakanan DHA dan Omega 3 seangkatannya memang mampu stabilkan emosi serta bagi kuat ingatan. Tapi akan kalah dengan kasih sayang serta cara ibu bapa menyantuni anak sedari usia mentah mereka.Perkembangan mereka merangkumi sosial dan emosi.

🎈Suka part bonding 1 to 1 bersama anak akan bagi  kesan mendalam  buat mereka. Agak sukar nak bagi kasih sayang  secara individual. Mahu atau tidak perlu ada masa untuk bonding secara individu.Walau aktiviti itu cuma kecil. Jadi, aku percaya 'bonding' itu penting.

🎈Recommend pada ibu bapa,ibu bapa 'baru', pendidik dan yang nak belajar ilmu psikologi kanak-kanak. Syarat baca bukan hanya bergelar ibu bapa ye😁  Bersepah ilmu boleh dicedok📝
Profile Image for Shahirah.
15 reviews3 followers
July 9, 2023
Saya bermula dengan kata-kata yang masih segar di ingatan saya, yang menyebabkan saya membeli buku ini pada tahun 2021.

“Parenting starts before marriage and the first child you will raise is yourself. How you are now as a person is reflective of the kind of parent you will be in the future”

Tapi siapa sangka, saya memulakan bacaan ini pada tahun 2023. Pemilihan bacaan saya kali ini dipengaruhi oleh salah seorang anak murid saya yang telah diagnosis mempunyai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Ternyata menjadi guru itu merupakan tanggungjawab yang berat, bahkan bertambah berat jika tiada ilmu dalam menanganinya. Ya, memilih menjadi guru adalah pilihan yang membuka helaian ilmu dan menjadikan kita sebagai pelajar kehidupan yang terus belajar dan belajar sesuatu yang baru.

Mengenal emosi dan perasaan kanak-kanak adalah antara ilmu asas memahami psikologi mereka. Seperti yang dinyatakan oleh penulis, jika kita tidak tahu dari mana hendak bermula, memahami ‘Psikologi Si Kecil’ boleh dijadikan langkah pertama. Buku ini bukanlah untuk ibu bapa yang hendak menjadi sempurna, tetapi untuk mereka yang mahu belajar menjadi ibu bapa yang lebih baik pada setiap hari dan masa yang bersisa.

Sebagai seorang pendidik, saya mempunyai ‘expectation’ yang tertentu terhadap anak murid. Apabila, mereka tidak mendengar kata saya kira saya bukanlah guru yang terbaik tetapi karya ini telah mengubah perspektif saya bahawa mereka itu masih kanak-kanak yang sememangnya perlu diingatkan perkara yang sama berkali-kali. Setelah itu, saya telah mengubah ‘expectation’ saya, saya tidak mengharapkan mereka lebih mendengar kata tetapi saya mengharapkan bahawa saya lebih sabar dalam mendidik.

Pesanan, nasihat, pengalaman, teori dan tip praktikal yang dikupaskan oleh penulis di dalam buku ini kesemuanya amat menarik dan perlu dipraktikkan dalam memahami psikologi kanak-kanak. Idea-idea penulisan yang ditulis amatlah tersusun, daripada satu bab ke bab yang seterusnya. Karya ‘parenting’ yang begitu mudah untuk difahami beserta penerangan dan contoh yang jelas. Buku ‘parenting’ ini juga amatlah realistik untuk diamalkan dalam kehidupan seharian dan amat membantu untuk mengenal dan memahami dunia kanak-kanak dengan lebih baik.
1 review
February 26, 2021
Buku yang menceritakan pengalaman seorang pakar psikiatri yang juga seorang bapa dalam menyantuni anak-anak kecil. Ada cerita di klinik, di rumah dan juga pesanan praktikal dari sudut psikologi dan agama.

Sebuah buku yang wajib dibaca oleh setiap orang yang bercita-cita menjadi ibu bapa yang lebih memahami anak-anaknya.

Sesuai juga dibaca untuk golongan pendidik.
Selamat membaca!
Profile Image for Mior Zainul Arif.
22 reviews
June 7, 2021
Terbaik. Ulasan yang padat dengan bahasa yang sangat mudah difahami. Cukup dua hari di habiskan. Akan ulangi semula baca kerana terlalu banyak tips yang bermanfaat. Sememangnya buku ini menjadi 'turning point' untuk membina karakter seorang ayah yang hebat dalam membimbing anak-anak. Paling best, tips 4S dan 5R. Sangat berguna untuk buat yang ada anak kecil sehingga remaja.
This entire review has been hidden because of spoilers.
3 reviews2 followers
June 7, 2023
Isi kandungan buku tidak cliche mcm sesetengah buku parenting. Banyak notes² yg boleh kita refleksi dan aplikasi. Ada beberapa tips yg penulis beri untuk kita ambil perhatian. Ada juga aktiviti yg boleh kita buat untuk detect emosi anak. Penulis menekankan betapa 'bonding' dan perasaan keterikatan pd anak adalah asas untuk semuanya.
Profile Image for Wildan Azhar.
2 reviews
December 30, 2025
Penulis memberikan gambaran perkembangan kanak kanak secara keseluruhan dengan pembahagian berfokus. Setiap bab diceritakan dengan contoh realiti dan dicadangkan solusi dalam permasalahan itu. Buku ini memberikan sangkaan atau persediaan awal bagi mereka yang bakal menjadi ibubapa dalam memahami tingkah laku anak-anak.
Profile Image for liyanalovesbooks.
21 reviews1 follower
April 17, 2021
Must say it is a good book. So many things that author share related to parenting through his experiences. Takes time to finish it 😂 the author mention how problematic kids became, how to tackle them and ... should read it especially new parents.
Profile Image for Lisa Aziz.
26 reviews
June 23, 2021
Buku ini mengajar macam mana nak paham anak-anak dari kecil sehingga dewasa. Kata kunci adalah banyak bersabar dan bersandarkan apa agama kita ajar selama ini. Banyak menyedarkan kita yang dewasa ini. Masih tidak terlambat..
3 reviews
October 17, 2021
My first speed reading for a non-fiction, but can definitely tell this book worth to read for everyone whether one has kid(s) or not because in the end, we have no choice but to interact with the kids that will lead the future.
Profile Image for Fadhil Supian.
44 reviews
November 18, 2021
Since my daughter is 3 y.old, i cant really comprehend this book. But definitely bookmark some of the important lessons in the book. Will re read for sure. To us being the best parents in the world. Cheers
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
March 18, 2025
Good key points dan sangat praktikal.
Rasa macam nak minta semua ibubapa baca.
Sangat worth it untuk baca dan possible nak habiskan bacaan dalam 1 hari sebab sangat simple dan rasa tak nak berhenti baca.
1 review2 followers
April 11, 2021
sebagai ayah kepada 4 org anak yang sedang nak membesar , buku ini sangat membantu untuk memahami psikologi si anak2 . bagi saya , buku ini memang perlu ada dalam setiap rumah dan dibaca.
12 reviews
May 30, 2021
Banyak tips dan panduan untuk kita dalam mendidik anak-anak. Ambil masa 2 bulan nak habis. Ulang dan faham.
Profile Image for Azzan Aznan.
36 reviews
August 1, 2021
Buku yang bagus untuk bagi panduan kepada ibu bapa muda untuk kenal psikologi dan behaviour anak
2 reviews
November 1, 2021
Pesanan utk kehidupan bersama anak anak. Ringkas dan padat penuh dengan nasihat, pengalaman dan sebagai rujukan utk memahami psikologi anak kecik dgn lebih mudah.
Profile Image for Aisyah Shafiee.
5 reviews1 follower
December 6, 2021
Buku yang bagus untuk dibaca oleh semua ibu bapa. Bahasa yang santai & mudah untuk difahami & selepas baca baru kita faham akan kepentingan memahami psikologi anak ². Akan dipraktikkan
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.