“May God have mercy on my enemies, cause I won't...”
Selepas 10 tahun menjalani hukuman, akhirnya Lean keluar dari penjara. Kesalahannya adalah cubaan membunuh bapa tirinya tanpa seorang pun yang tahu asbab kenapa dia melakukan itu.
‘Aku cuma nak dia mati. Macam mana pun caranya, aku nak dia mati di tangan aku.’
Tapi dendamnya tidak habis di situ. Dia keluar dari penjara dengan hasrat untuk meneruskan misi pembunuhannya. Dengan bantuan Andra, dia bertemu dengan Greg. Lelaki yang akan mengajarnya segala skill untuk dia mempertahankan diri.
“Aku takkan ajar kau selagi kau tak berterus-terang dengan aku. Aku bukanlah baik, tapi aku juga tak jahat. Segala yang aku buat, aku faham hujung pangkal. Aku percaya setiap perbuatan jahat, perlukan hukuman. Kalau bukan melalui undang-undang, ianya boleh jadi dengan cara lain. Betul?”
“Well then, I don’t need your help.” Senang jawapan Lean.
Masing-masing mempunyai masa gelap sendiri. Punyai dendam sendiri.
“Kau tak tidur lagi?” tanya Greg.
“Macam mana aku nak tidur? You’ve been sweating all night, dan badan kau panas menggelegak.” Lean tekap tapak tangannya ke dahi Greg.
Dan mereka juga tak pasti, adakah jatuh cinta relevan saat mereka menjalankan misi dendam mereka.
Ini buku ketiga zu baca dari penulis Kak Ain, and ini pun akan termasuk dalam list recommendation dari zu untuk you guys baca!! WEH BUKU NI 😳🤯
Zu nak rant je ni! Sila & harus baca! HAHAHA
Lean dengan dendamnya, Greg juga dengan dendamnya. Tapi macam mana kalau punca dendam itu sebenarnya ada kaitan antara mereka berdua? See, itu pun dah buat you guys tertanya kan?
Are we talking about chemistry between Lean and Greg? Nope, dorang berdua ni asyik gaduh je nyah 🫠 enemies to lovers? Yes. Anyway, this book talking about revenge. Apa yang sebenarnya dah terjadi pada Lean dengan Greg?
☾ ⋆*・゚:⋆*・゚
Bayangkan Lean yang dari umur 13, diperlaku macam macam oleh bapa tirinya. Ughhhh memang macam 🤬 tau jantan tua tu. Mak Lean memang zu rasa elok buang je lah gelaran mak tu 😒 And bayangkan macam mana Greg boleh teruskan hidupnya lepas apa yang terjadi dekat family and kakaknya.
BUT INDEED! Zu puas hati. Zu puas hati sangat sangat ending of the villain dalam dfr ni 😤 memang patut pun. Kalau novel lain ada yang watak jahat akan mati ditembak/dipenjara hukum gantung kan but this? Fuhhh 🤧 zu somehow terfikir, eh aku baca buku fixi ke ni 🤣
☾ ⋆*・゚:⋆*・゚
Tapikan kalau the main plot dalam buku ni pasal revenge, how Lean dengan Greg boleh falling in love? Haaaa 😌😌 kalau you guys nak tahu, buku ni ada special edition which i assume those chapter is the moment of how Lean & Greg start to get that blushing-crush-butterfly moment 😳😳
finished in one seating padu kan TW dia i was like wow such a very heavy topic seram wehhh😭😭 tak digalakkan baca untuk yang mudah trigger sebab aku sendiri kena letak buku untuk buang rasa tak selesa tu. tak boleh bayang jadi Lean atau Andra might be haunted and traumatized for the rest of my life, mak kandung pon tak gune percayakan jantan dari anak sendiri🙂 mcm ni la kalau nak baca isu isu begini bukannya pergi romanticised semua benda criminal
to Lean and Andra out there, you are strong and may justice be with you💪🏻🤍
Dressed for Revenge mengisahkan tentang Lean yang mempunyai keinginan yang kuat untuk melunaskan dendam kepada ayah tirinya. Ayah tiri Lean, seorang datuk bandar dan pasti agak sukar untuk menghapuskan ayah tirinya namun itu tidak mematahkan semangat Lean. Bukan setakat Lean, Greg juga menyimpan dendam kesumat kepada pelaku yang telah bertindak kejam ke atas kakaknya. Undang-undang adil tetapi tidak semua manusia. Hukuman yang dikenakan tidak memuaskan hati, maka, Greg tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan hukuman yang selayaknya mereka dapat. Greg dan Lean berlatih bersama untuk berdepan dengan musuh mereka.
Jalan cerita sangat lancar dan sungguh padat dengan aksi. Kadar penceritaan laju dan pastinya aku juga laju membaca ebook ini. Dalam masa sehari saja. Walaupun ebook ini mengandungi 477 halaman, penulis lebih banyak menggunakan dialog dan naratif juga tidak berjela. Dua faktor ini menyumbang kepada pembacaan menjadi lebih mudah dan pantas berdesup masuk gear lima.
Aku suka akan watak Lean dan Greg dan dapat diagak bahawa mereka bakal bersama. Kedua mereka adalah manusia yang terluka dan mereka faham makna dendam dan lebih juga memahami each other. Setiap perbuatan jahat, perlukan hukuman. Kalau bukan melalui undang-undang, ianya boleh jadi dengan cara lain. Aku tidak boleh mengatakan yang tindakan mereka tepat untuk membalas dendam cuma apabila itu terjadi, puas jugalah hati aku. Haha. Sangat kejam perbuatan penjenayah. Terpejam-pejam mata aku baca apa yang terjadi 😣
Bagiku, ebook bergenre aksi thriller ini sangat menarik dan ianya merupakan judul pertama yang aku baca daripada penulis dan aku kagum dengan jalan cerita yang dihidangkan. Cerita lancar, ada kelainan plot, perkembangan watak yang meninggalkan kesan juga ada beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini.
Pengajaran paling utama adalah mengenai kepercayaan ibu bapa kepada kata-kata anak mereka. Selidik dahulu kata-kata anak dan jangan menghukum mereka dengan sekelip mata. Sedih rasanya bila ibu sendiri tidak mempercayai kata-kata Lean 😢
Terima kasih penulis kerana sudi memberi ebook ini sebagai pertukaran untuk ulasan buku.
Rating: 4.5/5 ⭐️
Quote: "Orang akan sayang kau kalau kau lebih terbuka untuk terima orang lain dalam hidup kau. People will love you for who you are."
Kisah Lean dan Greg yang sama-sama punya dendam yang belum terlunas. Jalan cerita yang menarik dan sedih sebenarnya bila tahu tentang kisah silam mereka yang menyayat hati. Lila berdebar sepanjang pembacaan sebab cerita ni cerita aksi dan ada banyak juga scene yang kejam ngeri oooo 😱. Suka bila penulis menyelitkan elemen perasaan antara Lean & Greg, cuma pembacaan sedikit terganggu dengan penggunaan ayat dan dialog bahasa inggeris yang kurang tepat.
Trigger warning : sex abuse, child grooming, violence, torture
1. Dah namanya my favourite author. Of course la best buku ni. Mana pernah tak best! 😂
2. Cerita ni fast paced, ringkas, straight forward dan no unnecessary scenes. Jadi kau boleh baca sekali hadap buku ni tanpa rasa bosan.
3. I love both male and female characters. Lean and Greg. Dua-dua background broken beyond repair. Dan bagi aku they both are morally grey characters.
4. Apa yang berlaku kat kakak Greg buat aku teringat kat kes murder of Junko Furuta. Sangat-sangat brutal dan sadis. So memang patut pelaku semua dibalas benda yang sama. Sebab kalau dibawa ke undang-undang memang hukuman tak setimpal langsung.
5. Puas hati gils Lean dapat bunuh bapak tiri dia last-last tu in a brutal way. FUHH
6. Comel gila Greg paksa Lean kahwin dengan dia. Last-last buat silent treatment 🤣
7. Aku kesian gils kat Andra. She doesn't deserved that. Aku rasa tak perlu dia sambung hubungan dia dengan budak tu. Dia dah bagi orang patut bagi je dia move on dengan life dia. Bina hidup baru tanpa ada memori pasal that traumatic event in her life.
I like the whole storyline. Awal-awal baca memang rasa annoying dengan FL aka Lean tapi I paksakan diri untuk baca sebab most of buku from this author memang FL akan berperangai begitu tapi keep on baca je sebab nanti auto tak boleh stop.
The plot is actually agak kejam. Ada sebab kenapa penulis label untuk pembaca matang. Kejam, traumatized, Curse. If you can't stand these, this book isn't for you. Romance ada la 25% kat belakang ii. Overall best sebab ada banyak additional chapter (terbitan 2024).
Recommended if you like gore and English movie vibe.
Tentang Greg dan Lean yang berdendam dengan orang yang sama which is seorang politician, pedophile dan ayah kepada Lean. So, dekat sini penulis banyak main dengan flashback, babak² aksi, babak² berdarah and just a pinch of romantic.
This is for the first time Nurul Ain Syuhada keluarkan version E-book. Sehari je masa dah boleh habis. Scroll punyalah scroll tup tup dah The End! Memang tak cukup kalau baca huwaaa.
Memang daebak!! Smooth je baca even ada babak aksi. Saya sejenis manusia yang agak susah nak imagine kalau ada bab aksi ni. Tapi penulis berjaya buat pembaca membayangkan dalam dunia sendiri. Alahai.... sebab tu lah memang support betul dengan Nurul Ain Syuhada ni.
Memang worth it sangat kalau beli. Boleh repeat baca and you'll never get bored! Genre aksi thriller and ada sikit Romance for Lean & Greg but mostly memang focus kisah balas dendam dekat si penjahat je. Geram betul lah kita! Cerita ni memang dah banyak jadi dekat luar. I mean, parents nowadays kurang percaya dengan kata anak mereka.
Puas hati sangatttt ❤️
Rating : Mestilah bagi bintang penuh. Itu pun tak cukup hehehe