Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dear First Love

Rate this book
Kata orang cinta monyet sekadar angan-angan budak sekolah! Tapi, cinta dia pada Alex Kim bukan sekadar angan-angan. Ia satu realiti yang suatu hari nanti akan dibuktikan melalui perbuatan.

Itulah yang terjadi pada Myria Ayunina. Dia gemar membaca buku di perpustakaan sehingga mendapat jolokan ‘kutu buku’. Namun, pertemuan yang tidak dijangka telah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama pada Alex Kim.

Aku tak perasan nama samaran yang kau gunakan selama ni. Bagi aku tak penting mana pun. Bodohkan aku? - ALEX KIM

"Selamat tinggal. Semoga suatu hari nanti kita dapat bertemu semula dalam keadaan yang berbeza." - MYRIA AYUNINA

Kematian ayah Myria telah mengungkap sebuah rahsia yang tersimpan rapi daripada pengetahuan gadis itu. Ternyata dia dan Alex Kim dari dua dunia yang berbeza. Dunia hitam yang sentiasa dikotori dengan darah manusia. Dunia kelam yang menyebabkan permusuhan sehingga nyawa jadi mainan.

“Kau bunuh perempuan aku! Then kau nak bunuh kawan aku pula?! Aku tak akan benarkan!” ALEX KIM

“Perempuan kau? Perempuan tu nama dia Myria, kan? Macam mana kalau aku beritahu kau yang perempuan tu masih hidup?”- CHIEF

Kerana rahsia itu juga, nyawa Myria diancam bahaya. Kerana rahsia itu juga, Alex Kim dan Myria terpisah.

Apakah rahsia yang dimaksudkan?

Sehingga identiti diri ditukar, kehidupan harian berubah rentak. Yang baik jadi api dalam sekam, yang jahat kekal berdendam.

Bagaimanakah kesudahannya jika salah seorang memilih untuk mengalah?

Masih mampukah genggaman tangan menyatu andai rapuh terikat erat?

Sebaik sahaja kita mula memikirkan tentang permulaan, ia sudah sampai ke penamat kerana cinta bukan sahaja untuk dimiliki, tapi juga untuk dikorbankan.

Paperback

First published March 1, 2021

7 people want to read

About the author

Suhailah Selamat

5 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (25%)
4 stars
1 (12%)
3 stars
4 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (12%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
April 15, 2022
Dah lama aku perhatikan novel ni sebenarnya. Dari awal terbitannya lagi. Tapi dok hold2, akhirnya tahun ni aku baru beli
.

Kisah yang bermula dari sebuah dendam yang mendalam yg akhirnya mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah
.

Myria Ayunina. Hidupnya dikelilingi orang2 yang beraura hitam. Teman rapatnya adalah Nas merangkap jiran depan rumahnya. Crushnya, Alex Kim aka Iffat Haidar
.

Pada awalnya novel ni agak berat dan aku ade sedikit confuse. Sebab aku nak kenalpasti siapa sebenarnya yg berwatak jahat. Tapi rupa-rupanya terlalu ramai yg jahat
.

Aku sukakah jalan ceritanya. Watak si psiko. Memang menggerunkan. Aku terbayangkan watak si psiko ni saat dia menjalankan kerjanya. Cumanya, terlalu ramai watak yang dimasukkan oleh penulis. Less is better. Sebab senang pembaca nk catch up jalan cerita
.

Kesian pada Myria. Sebab hidupnya tak tenteram. Ramai nak dia mati. Hidupnya menjadi buruan. Hinggakan terpaksa memalsukan kematian dia demi keselamatannya. Aku tak suka pada pengakhirannya. Aku lagi sukakan watak Nas berbanding Alex Kim. Second lead syndrome🤣. Sebab aku rasakan Nas ni more protective than Alex
.

Tahniah penulis. Idea menarik. Cuma jalan cerita tu mungkin boleh diperbaiki lagi supaya tidak terlalu berat dan watak2 kalau boleh, dikurangkan♥️
5 reviews
February 12, 2025
I'm considering to not finish the book cause I just don't get the book, the type of writing give me comic style vibe not a novel type and from the first page I'm already lost, there is too many characters without introduction and I just don't know where everyone is mentally and physically, let's just say I don't get the setting and the problem with the main lead, know know he's like that, know know this is her. It frustrates me when reading the book because I just don't understand the situation that I'm reading and I feel dreadful everytime I thought of picking up the book to continue reading. But there is always room for improvement. Good luck to the author for future projects ✌🏻
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.