Hidup adalah sebuah misteri. Kutip semua kunci dan cuba buka tanpa ada kesilapan. Jika tidak... GAME OVER – AQRAM
Tanpa sedar, permainan nyawa itu telah meragut hampir seluruh ahli keluarga Imroatul Ain. Dia bagaikan lumpuh untuk meneruskan hidup. Siapa sebenarnya Aqram?
Namun, kehadiran Dzul seolah-olah memberi harapan baru buat Imroatul Ain. Lelaki itulah yang menjadi sumber kekuatan untuk dia meneruskan semua ini dalam menjejaki motif Aqram!
"Dia dikatakan ketua bagi kes ini, tapi masing-masing seakan sengaja berdiam diri. Dah banyak berlaku, tapi orang atasan pun macam sengaja diam." – DZUL
Satu per satu insiden menimpa diri Imroatul Ain tanpa pengetahuan sesiapa hatta Dzul. Dia takut untuk merasai kehilangan buat sekian kali. Kali ini, biarlah dia terkorban demi insan yang dia sayang.
Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih. Percayalah, setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Bila orang buat kau. fight it back with love - IMROATUL AIN
Apa sebenarnya yang manusia durja itu mahu? Persoalan demi persoalan hadir membuat emosi Imroatul Ain terganggu. Sukmanya menjerit inginkan keadilan.
Tampaknya. segalanya terlalu misteri. Segalanya kelam dan mengerikan. Mungkin dengan kematiannya membuatkan mereka bersorak kepuasan, tetapi dia. Imroatul Ain tidak akan membiarkan sorakan itu terjadi. Permainan jahat itu harus dilumpuhkan.
Setelah hampir 10 hari aku dating bersama buku ini dan alhamdulillah telah kutemui perkataan "tamat". Semuanya gara-gara makin busy dengan kehidupan seharian seorang student katanya. Anyway, this is my review.🤧
Buli. Kes yang seringkali dipandang remeh oleh sekeliling sedangkan ia juga tergolong dalam salah satu jenayah. Kali ini, bukan sahaja menyeksa dari segi fizikal dan mental malahan melibatkan nyawa.
Golongan introvert menjadi sasaran. Benarkah? Mengapa mereka yang jarang melibatkan diri dalam aktiviti sosial diganggu? Manusia sebegini memang tidak boleh lihat orang bahagia agaknya. Tidak menggangu pun turut dijadikan mangsa. 𝑨𝒒𝒓𝒂𝒎, sebaris nama yang digeruni dalam kegiatan pembulian.
Dikenali sebagai Cik Mata Bulat dan gemar menulis blog. Seorang yang suka bersendirian namun sejujurnya dia terasa keseorangan. Tiba satu masa, serangan demi serangan tepat mengena diri. Rasa sangsi bercambah terhadap mereka. Bolehkah dia mempercayai setiap orang? 𝑰𝒎𝒓𝒐𝒂𝒕𝒖𝒍 𝑨𝒊𝒏
Pada awalnya ingatkan dia berkepit dengan lembu bernama Alex dua puluh empat jam tanpa henti rupanya seorang pensyarah muda. Barangkali emosi tidak menentu juga mengalahkan perempuan tetapi yang pasti sangat sayangkan mereka yang digelar keluarga. Jujur, ada sesuatu rahsia yang disimpan di lubuk hati. 𝑫𝒛𝒖𝒍
Kesimpulannya, pada aku kisah ini membuatkan aku berteka-teki siapakah penjahat sebenar? Aku hampir syak wasangka kepada semua watak. Walaupun begitu, aku tidak sangka dia merupakan watak disebalik nama Aqram itu. Tekaan aku meleset ataupun aku sahaja yang begitu? 𝑬𝒗𝒆𝒓𝒚𝒐𝒏𝒆 𝒌𝒊𝒏𝒅𝒂 𝒔𝒖𝒔𝒑𝒊𝒄𝒊𝒐𝒖𝒔.
Namun sedikit sahaja yang kurang memuaskan. Cerita ini agak slow pada awalnya dan pada pertengahan baru rancak semula. Sebagai tambahan, saya suka watak opah yang menjadi penasihat terbaik kepada Ain. Apapun, tahniah juga pada penulis kerana menggarap sebuah penceritaan yang mempunyai unsur misteri sedikit malah mengangkat tema buli yang jarangkali ada dalam sesebuah karya.
🦋
Part 2
Setelah hampir dua bulan aku menarik buku bergenre melodrama, aku memutuskan untuk membaca "Innocent" kerana berunsurkan misteri. Kalau dari cover pun kita dapat teka kan.
Pada awalnya, aku disajikan tentang fakta introvert dan kisah kali ini dari sudut perspektif heroin iaitu "aku". Maknanya POV 1 dan aku agak kurang meminati tapi selagi boleh telan aku akan cuba. Lagipun, don't judge the book before you reading it kan.
Imroatul Ain. I will just call her "Ain" instead. Dia seorang introvert yang macam kalau kita kenal di dunia nyata agak pendiam dan kurang bersosial. Hakikatnya otak mereka berkerja 24 jam tanpa henti. Aku faham tentang heroin kerana aku juga tergolong dalam golongan introvert juga. Gemar menulis blog dan ada Instagram hanya dikenali Cik Mata Bulat dengan content quote yang menarik.
Well, next aku cerita pasal plot kot. Aku sebenarnya sejak masuk nama Aqram yang katanya pembuli terkenal ni terus aku semangat nak tahu siapa dia. But maybe cik penulis agak lewat ataupun sengaja membuatkan kita tertanya-tanya siapa sebenarnya Aqram ni. Aku teka semua meleset. Mungkin aku je ke tak dapat ketahui tapi aku rasa semua pun nampak agak menjengkelkan. Sangsi.
Untuk hero iaitu Dzul. Aku suka dia pada awal penceritaan. Ceria, suka menyakat tapi masuk pertengahan agak geram watak dia ni. Entah always ambil endah tak endah. Perkahwinan antara Dzul dan Ain ni aku dah happy cuma tu lah entah suka melulu orang tua ni haa geram aku dengan pensyarah muda ni.
Anyway, aku suka part Alor Setar. Pasal balik kampung rumah opah. Aku suka cerita yang ada vibe kampung sebenarnya. Dan dari situ poof terbongkar segalanya. Apa yang aku expect? Dari situ aku teka okay dah habis part Aqram tapi kali ni nak cerita apa pula kan. Rupanya masih ada misteri belum selesai. Aku ikutkan Joanna tu entahlah minah ni dari awal aku tak puas hati dengan dia. Padahal takde reason kukuh pun sebenarnya kalau awal kemunculan dia je pun aku dah annoying atau aku sahaja begitu?
Kesimpulannya, aku suka kisah ni tapi disebabkan macam agak lama nak reveal then slow sedikit. Lagi satu maybe part kena serangan kalau lagi ekstrem mesti lagi best kan. Di pertengahan dia dah laju dan aku rasa macam terlalu pantas. Lagipun ni pasal pembulian kan. Apapun tahniah cik penulis untuk karya ini dan mengena citarasa saya.
Ok, ni first time aku baca karya penulis. Aku aim novel ni masa pihak fp update teaser sbb bergenre psycho-thriller camtu. Kalau tengok tajuk pon dah boleh agak kan? .
Jarang2 penulis angkat isu 'buli' dalam karya mereka. Innocent merupakan salah satu karya yg memaparkan isu buli bukanla sesuatu yg boleh dianggap remeh. Sebab dari buli, boleh menjadi satu isu yg sgt2 besar .
Imroatul Ain, seorang introvert. Hidupnya seringkali diburu Aqram. Sebab dia introvert. Tapi sebenarnya ada sebab lain kenapa dia dijadikan sasaran Aqram. Hinggakan keluarganya menjadi mangsa. Selain Ain, juga terdapat beberapa pelajar kolejnya yg turut menjadi sasaran Aqram. Persamaan mereka adalah sbb mereka Introvert. Tp adakah benar disebabkan sikap introvert ni, mereka dijadikan sasaran? Siapa Aqram? Apa motif Aqram melakukan hal sedemikian? .
Dzul, seroang pensyarah di kolej Ain. Disebabkan kematian ahli keluarga Ain, Dzul diminta utk menikahi Ain demi menjaga keselamatan Ain. Mampukah Dzul menjadi pelindung Ain? Dapatkah rasa tanggungjawab menjadi cinta? .
Siapa Aqram? Tiada siapa yg ketahui siapa Aqram. Dia berselindung disebalik nama Aqram. Adakah Aqram ini wujud? Atau sekadar permainan? .
Bagi aku, penulis ada idea yg menarik. Ditambah mengangkat isu buli sebagai topik utama. Namun masih ada part2 yg sedikit lompong. Namun masih boleh diperbaiki. Tahniah buat penulis. Keep writing😘
Judul buku: Innocent Penulis: Aeyfa Nasri Penerbit: Fajar Pakeer Tahun terbit / Cetakan: 2021 / Cetakan Pertama Jumlah muka surat: 435 Harga: RM24.00 Tarikh baca: 23 Feb 2021 ~ 26 Feb 2021 Pengulas: Norsamila Samsudin
Resensi: Kisah Imrotul Ain, seorang introvert yang berhadapan dengan kes buli di universiti; tanpa dia mengetahui sebab utama pembulian itu.
Ulasan buku: Cerita ini pada saya, adalah sebuah cerita bergenre romance-thriller. Penulis memilih sudut pandang pertama (POV 1). Pemilihan yang cukup baik bagi saya kerana ia menambah ‘thriller’ dalam pembawakan cerita ini. Melalui sudut pandang watak utama, Imrotul Ain, ia mewujudkan lebih rasa misteri kepada pembaca bila kita tidak tahu apa yang ada di dalam watak lain – sama ada fikiran mahupun perasaan. Jauh lagi perancangan.
Dengan mewujudkan watak pembuli yang misteri, penulis terus mengikat pembacaan saya untuk terus menyelak satu demi satu muka surat untuk mencari ‘klu’ siapakah si pembuli tersebut. Takut untuk melangkau muka surat kerana ingin turut sama menyiasat.
Nama Aqram yang seringkali dimunculkan oleh penulis dalam banyak tanda, menjadikan cerita ini terus kekal misteri. Aqram memiliki nombor telefon Imrotul Ain. Seringkali mengganggu Ain bukan hanya dengan mesej, tetapi juga dengan surat-surat berwarna merah jambu.
Surat yang bukan hanya mengandungi ugutan, tetapi juga seakan misteri perasaan yang tersimpan. Bertambah misteri, bila mangsa buli bukan hanya Imrotul Ain seorang. Tetapi juga rakan-rakan seuniversiti Ain (lelaki dan juga perempuan), yang rata-rata memiliki peribadi introvert.
Pelbagai hipotesis yang dimunculkan penulis melalui dialog dan monolog Ain. Tetapi, semakin panjang cerita, semakin terseret banyak lagi nama yang boleh dijadikan sebagai suspek. Yang boleh dituduh sebagai Aqram. Sementelah, Aqram itu seolah-olah berada di mana-mana.
Aqram yang tidak diketahui jantinanya. Malah, jumlahnya. Beberapa watak yang dimunculkan oleh penulis bila cerita mulai menjejak ke puncak cerita juga, menjadi suspek walaupun watak yang baru muncul itu adalah mangsa buli. Juga, tidak terkecuali watak pensyarah muda bernama Dzul.
Watak ini yang dimunculkan seawal cerita dengan memegang peranan awal hanya kenalan media sosial Ain, yang tidak pernah ditemui secara bersemuka. Dimunculkan oleh penulis sebagai pensyarah di universiti Ain. Malah, kemunculan Dzul ini boleh dianggap suspek kerana dia juga adalah pemandu grab yang seringkali muncul bila Ain memerlukan kenderaan.
Watak yang seolah-olah penyelamat, tetap pada saya adalah suspek. Curiga membesar bila watak ini seolah-olah berat sebelah dalam melindungi hanya orang tertentu. Lebih menguatkan syak bila ada sejarah hitam yang membuatkan watak Dzul ini dibentuk personalitinya oleh penulis, dengan personaliti yang goyah. Sekejap baik, sekejap penuh amarah.
Saya tidak dapat merasai kemanisan hubungan di antara watak utama, iaitu Imrotul Ain dengan Dzul (si pensyarah aka pemandu grab) ini, kerana terlalu fokus kepada watak Aqram si pembuli misteri. Dan, pergerakan plot yang bersilih ganti di antara tenang dengan kocakan, membuatkan perasaan jadi tidak tenteram.
Pembuli, atau lebih tepat saya katakan pembunuh yang psiko ini ada di mana-mana. Tidak ada istilah tenang sebenarnya jika kita benar-benar mengikuti kehidupan Imrotul Ain. Sudut pandang pertama yang didukung oleh Ain, membuatkan kita sebagai pembaca berada di dalam dirinya.
Mana bisa tenang jika suspek, si pembuli itu masih tidak diketahui siapa. Pembuliannya pula bukan calang-calang buli. Pembulian yang menyeret kepada penyerahan nyawa! Debaran terus hidup dan membesar bila Aqram ini seolah-olah ramai. Malah, seakan dekat sangat dengan watak Ain. Tetapi, tidak tahu siapa.
Klimaks cerita ini adalah bila berlaku pembunuhan yang mengejutkan. Impak maksima, penulis berikan kepada watak utama, Imrotul Ain. Sesiapa sahaja mustahil akan menerima perbuatan tidak berperikemanusiaan ini.
Cerita menjadi lebih thrill bila kita sangka ia sudah berakhir dengan bukti dan penangkapan ‘Aqram’. Tetapi, ia sebenarnya satu permulaan. Ada lagi ‘Aqram’. Penulis masih belum ingin menamatkan permainan. Malah, telah memetik suis mula bagi kita pembaca masuk dan berada di dalam permainan baru.
Misteri ‘Aqram 1’ terlerai, tetapi ada lagi ‘Aqram’ lain yang masih ‘bermain’. Penulis seakan memberi kunci untuk pembaca melepasi satu pintu, tetapi ia bukan sebagai pintu keluar. Sebaliknya pintu kepada penerokaan permainan misteri yang baru.
Imroatul Ain, gadis intovert yg baik, cantik tp pendiam. Pemegang tali pinggang hitam taekwondo. Pemilik akaun instagram dgn nama Cik Mata Bulat. Anak kedua dr 4 beradik dan belajar di sebuah kolej. Rapat dgn Najwa, roomate yg memahami. -- Dzul Arsyad, pemilik instagram dgn gambar lembu, Alex. Sering berbalas mesej sejak Ain menjadi pengikutnya. Ada kisah silam berkaitan buli melibatkan adiknya. -- Kisah bermula bila Ain berdepan dgn kes buli di kolej oleh seseorang yg digelar 'Aqram', seorang pembuli yg misteri dan tak dikenali identiti. Sasaran utama adalah pelajar² terutama yg introvert, suka sendirian dan yg tak ramai kawan. Ain juga kerap terima kad merah jambu tanpa nama dgn ugutan dan ungkapan luahan perasan. -- Kemunculan Dzul dlm hidup Ain menjadi penguat semangat. Dia menjadi tutor di kolej Ain. Tutor yg digilai ramai pelajar kolej dan Dzul mula rapat dgn Ain. Dzul menjadi pelindung tp Ain sengaja rahsiakan segala yg terjadi ke atas dirinya. Dia cuba siasat diam² motif Aqram dan merasakan jenayah buli yg berlaku merupakan satu pakatan oleh beberapa orang. Siapa Aqram? -- Natasha, Joanna, Farhan juga menjadi sasaran Aqram. Natasha yg bijak dan pendiam jd mangsa Aqram hingga kritikal. Aqram ada di mana² dan boleh jadi siapa² saja. Dia bukan seorang. Tiada klu utk aku fikirkan siapa Aqram. Ini bukan buli semata-mata bila kemuncaknya hampir seluruh ahli keluarga Ain meninggal dlm kemalangan terancang dan Ain seperti hilang ingatan tentang hari kejadian. Buli bertukar pembunuhan. Angkara siapa? -- Pembunuh yg psiko ini ada di mana². Tiada istilah tenang sebenarnya dlm kehidupan Ain. Mula² aku ingatkan Farhan adalah Aqram. Kemudian aku rasa mungkin Dzul sendiri. Tp tekaan aku semua meleset. Orang yg tak disangka-sangka adalah Aqram dan dia tak sendirian. Buli bersulam dendam akhirnya nyawa insan tak berdosa jadi taruhan. -- Aku ingatkan kisah ni berakhir bila Aqram berjaya ditangkap tp rupanya belum. Permainan masih diteruskan malah semakin teruk Ain dikerjakan hingga hujung nyawa. Kenapa Ain jadi sasaran? Apa motif mereka? Apa kesudahan kisah Ain? -- Sebuah kisah romantik-thriller yg ketengahkan jenayah buli yg acapkali berlaku terutama di institusi² pengajian. Ramai memandang remeh kes buli dan tak laporkan kpd pihak berkuasa hingga menyebabkan kematian. Aku suggest uolls baca buku ni sbb banyak yg penulis sampaikan. Olahan cerita dan bahasa yg simple dan tersusun kemas. Cuma agak geram dgn Dzul yg kadang² lepas laku dgn Ain. Over all, best and full marks ⭐⭐⭐⭐⭐
I actually didnt finish this book, mostly because i hate the hero.
Initially, the idea is interesting. About a mysterious bully yang dah bertahun plague the uni. Cuma yang buat i macam sakit hati is watak si hero.
Mula-mula okey je, pastu tetiba macam bertukar watak 360 darjah. Amende tetiba beraku-kau dengan Ain tu tanpa sebab yang kukuh. Pastu dah lah bersayang sayang berabang bagai dengan si Ain pastu tiber couple ngan orang lain. That whole lecturer-student thing for me was - for lack of better word, i truly apologise for this - STUPID. Serius ah mana boleh gitu punya rapat siap berabang bagai luar kelas. I’m sorry but THAT’S JUST WRONG. And Ain please, you MARRIED this guy?
This isnt a character development, but a character change. Macam the writer confused dengan watak ciptaan sendiri, boleh bertukar macam gitu je.
I really wanna know about Aqram but i cant continue reading. Terus stop after page 218. I know i sound a bit harsh here but at least it’s honest. To the writer, please jangan ambik hati. Look on the bright side, for your next karya, please dont do something like this ever again.
Again, i’m sorry 🙏🏼
But anyway, for the writer, keep writing. You can write well, but theres always room for improvement.
6/10 Jalan cerita yang menarik. Awal bacaan, okey lagi. Chill dulu. Tapi bila dah sampai pertengahan, berdebar bukan main. Lagi-lagi bila part Aqram kacau Ain tu. Ada part nak nangis terok! Masa Ain keluar hospital lepas kejadian Farhan tu, nangis tak habis. Tapi nangis tu kemudian bertukar jadi senyum And happy ending. Best sangat cerita ni. Plot yang tak disangka. Memang betul, penyakit hati ni sangat bahaya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Okaylah jalan cerita dia cuma bukan kesukaan Sha.. Ada misteri dan thrillnya, kisah Ain yang dibuli sosok bernama Aqram namun tak ada siapa pernah jumpa Aqram ini.. Selain Ain, ada 3 orang lagi yang dibuli namun Ainlah yang paling teruk..