Novel ini merungkai kisah hidup seorang gadis bernama Khadija dan seorang pemuda bernama Azim. Kedua-duanya seperti insan yang lain, menjalani usia dewasa mencari kebahagiaan. Tetapi nasib Khadija dan Azim tidak seindah insan yang lain. Ikatan kasih yang dibina terlerai. Berhenti dicintai pasangan masing-masing tanpa merelakan, Azim dan Khadija bergelut untuk meneruskan hidup di dalam sengsara rindu. Rindu yang telah menemukan mereka tentang pelbagai perkara, termasuk sisi diri yang tidak pernah mereka tahu.
Khadija, seorang anak yatim dibesarkan di panti asuhan. Dia kematian ibu ketika usia menginjak remaja dan telah terpisah dengan ayah kandung sejak berusia 3 tahun. Saat menjalani usia dewasa sebagai gadis sunti, Khadija berusaha untuk hidup berdikari sambil mencari tempat berpaut bernama sang suami. Percintaan pertama yang berlangsung selama hampir setahun malangnya berakhir dengan perpisahan yang menyakitkan. Untuk merawat luka patah hati, Khadija berusaha mengubah fizikalnya demi menawan semula hati mantan kekasih yang masih dicintai. Tetapi, dia gagal meraih kembali cinta itu. Untuk mengubati luka dan mengisi kekosongan hati, Khadija menyandarkan harapan pada satu-satunya kasih yang tersisa, mencari bapa kandung yang terpisah sejak kecil yang tinggal di Sri Lanka. Lalu dia memutuskan untuk berpetualang ke Sri Lanka demi mencari satu jiwa yang dia percaya pernah menyayanginya suatu masa dahulu. Beberapa episod kehilangan dan patah hati yang dia telah lalui tidak menjadikan Khadija patah semangat untuk terus memperjuangkan kebahagiaan yang dia impikan.
Azim pula seorang suami berusia lewat 20-an. Seorang yang bercita-cita besar dalam membina empayar perusahaannya. Sentiasa sibuk menguruskan perusahaannya, dia mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak tunggal laki-laki berusia 3 tahun. Dia lalai dan hanyut dengan gemerlap dunia yang dia sedang kejar, sehingga terjadi satu peristiwa duka tragis yang meragut nyawa anak tunggalnya. Semua gara-gara sikap Azim yang mengabaikan anak dan isteri. Setelah peristiwa pahit itu, Azim tidak hanya hilang anak kesayangan, tetapi dia hilang segala-galanya termasuk akal warasnya. Separuh mati merindui dan merayu isterinya agar jangan pergi, tetapi isterinya tetap dengan pendirian untuk bercerai kerana sudah tidak dapat bertahan berumahtangga dengan sang suami yang telah banyak melukakan hati. Musnah dalam penyesalan dan depresi, Azim hilang arah tujuan hidup dan hilang pengharapan lalu menyerah kalah total terhadap dunia. Dia ingin mati. Dia pergi ke Sri Lanka tanpa dirancang, semata-mata untuk menghabiskan hari-hari akhirnya di sebuah bumi asing yang tiada sesiapa mengenalinya.
Di Sri Lanka, terjadi pertemuan tanpa terduga antara Azim dan Khadija di atas sebuah keretapi malam. Pertemuan yang membawa kepada sebuah tragedi garis pemisah antara hidup dan mati Azim. Pertemuan itu telah mengetuk pintu hati Azim yang telah mati untuk mengubah haluan kembali ke jalan pulang, jalan menuju rahmat Tuhan. Tuhan yang dia telah tinggalkan.
“Dunia ini hanya tempat tumpangan. Kita semua adalah tamu di dunia ini. Tamu, bukan penghuni. Tamu resamnya bakal pergi selepas menyinggah. Di sini bukan tempat tinggal kekal kita. Sabarlah, Tuhan beri ganjaran yang hebat buat orang-orang yang sabar. Dalam hidup ini, ingat satu perkataan. Sabar. Itu kata kuncinya. Kembalilah kepada Allah. Jangan biarkan cinta sesama manusia memusnahkan hidup kau. Tersungkurlah di hadapanNya, kerana dia Allah, Tuhanmu dan Tuhanku.”
Setiap kalimat yang terungkap dari bibir Khadija tertusuk jauh ke lubuk hati Azim. Menebarkan sebuah maksud yang begitu bermakna. Khadija menyambung lagi.
“Mati itu dekat dengan kita. Mati itu tidak perlu dicari. Aku selalu mengingati diri aku, jangan pernah tidur di waktu malam dengan keyakinan keesokan pagi aku akan membuka mata lagi. Dan andainya esok aku masih membuka mata, aku akan ingatkan diri aku yang malam nanti belum tentu aku akan kembali ke katil itu lagi. Selamat malam.”
Apakah yang akan terjadi kepada Azim dan Khadija selepas tragedi di atas keretapi pada malam itu? Apakah Azim tidak lagi mahu kembali ke Malaysia? Dapatkah Khadija bertemu bapa kandungnya? Dan apakah yang bakal terjadi antara mereka berdua setelah bibit-bibit cinta hadir tanpa disedari.
Novel debut karya Hany Hisham Musa berjudul Antara Langit, Bumi dan Dua Hati yang diterbitkan pada Disember 2015. Dan novel kedua beliau yang berjudul Menebus Rindu diterbitkan pada Mac 2021.
Menebus Rindu ini antara novel yang aku nanti-nantikan kelahirannya. Walaupun pada awalnya, jangkaan aku,ia sebuah novel yang bergenrekan trip-fiction sepenuhnya, tetapi selepas membacanya, aku rasa realistic fiction lebih tepat untuk menggambarkan keseluruhan cerita.
Novel yang ditulis oleh M Hany Hisham ini mengangkat beberapa tema utama antaranya ialah hubungan rumahtangga, kehilangan dan kesihatan mental. Bab yang mentengahkan kisah Azim dan Khadija ni antara bab yang aku benar-benar fokus, kerana ditulis dengan terperinci, kemas dan ia realistik.Ia merupakan isu yang selalu berlaku dalam rumahtangga dan memberikan mesej yang sangat baik buat pembaca untuk muhasabah.
"Kejahilan dan ceteknya ilmu berumahtangga, dia telah berani mempertaruhkan rumahtangganya demi wang ringgit yang tidak bernyawa. Hidup berkiblatkan wang ringgit. Fikirnya wang ringgit itunatu asas untuk membina bahagia. Tapi dia silap. Yang kejar tak dapat yang dikendong akhirnya berciciran."
Bab yang membuatkan aku ketawa ialah bab Khadija dan misi diet. Rasa kena tampar je muka aku dengan monolog Khadija. "Pengahalang sebenar perjuangan ini fupanya adalah dirinya sendiri."
"Kerana menunda untuk melepaskan hanya akan membuatkan ia semakin sukar dan terus memerangkap memusnahkan. Menimbunkan amarah dan kekecewaan hanya terus mengumpan diri sendiri dengan derita terbelenggu dalam sebuah seksa patah hati.
Keseluruhannya, aku senang dapat membaca Menebus Rindu. Aku boleh katakan ia sebuah novel Ia di hasilkan dengan terperinci yang penuh dengan falsafah hidup. Tema, konflik dan mesej yang digarap oleh penulis antara elemen yang aku rasa perlu dirai. Tambahan lagi dengan pemilihan perkataan dan ayat yang puitis. Ia membuatkan novel ini kaya dengan unsur keindahan bahasa. Cuma yang membuatkan aku sedikit terganggu sepanjang membaca Menebus Rindu ialah ia agak mendatar, sedikit lewah dan rentetan peristiwa kurang lancar.
Aku cadangkan, kalau korang nak baca sesuatu yang buat korang muhasabah tentang kehidupan teurtama, dengan mesej tersirat, bagaimana cara mengurus matlamat kehidupan, korang patut dapatkan Menebus Rindu dari penulisnya. Apa- apa pun, tahniah M. Hani Hisyam!. Semoga terus berkarya dengan penuh berjiwa.
Saya suka cerita Khadija-Adly dan Azim-Azura. Rasa nak tampar je Azim. Tapi cerita selain dua pasangan ini tidaklah saya suka sebab jalan cerita dia sangat-sangat perlahan sehingga saya hilang sabar. Saya hampir berputus asa untuk baca pada 80 muka surat pertama. Tetapi teruskan juga sebab dah 1/4 perjalanan dah.
Bahasa dia indah tetapi huraian tentang sesuatu perkara (yang tiada kena mengena dengan plot utama) terlampau terperinci sampai saya ambil keputusan untuk langkau. Banyak juga langkau sebab tak berminat untuk tahu seperti detail tentang lokasi. Terlalu panjang huraian tentang inner state watak sampai saya jadi bosan. Sikit-sikit tak apa tapi kalau panjang sangat jadi hmmm...
Rasanya penulis kena baca banyak lagi novel drama bestseller seperti novel tulisan Hlovate, Ramlee Awang Murshid, A Samad Said untuk belajar macam mana nak hurai kawasan sekeliling, monolog dan keadaan dalaman watak. Hlovate bagi detail terperinci juga tapi takat 3 - 4 baris sahaja. Kemudian dia akan balik semula ke watak dan plot utama.
Kalau diikutkan nak bagi 2 bintang. Tapi tambah lagi 1 bintang atas sebab-sebab tertentu contohnya cerita dia realistik betul. Khadija nak lawa sebab Adly. Benda yang selalu saya lihat di alam realiti yang mana perempuan bergantung pada lelaki untuk rasa gembira, disayangi dan dihargai. Azim pula, huh, merata suami jenis macam ni jumpa di Kisah Rumah Tangga.
- Tanggapan pertama: Habis baca bab pertama novel ni, saya jatuh suka dengan bahasa berbunga dan puitis yang digunakan oleh penulis. Selain tu, saya berpendapat yang penulis sangat mahir dalam memberi gambaran rinci sehingga ia begitu jelas dalam imaginasi saya semasa membaca.
Amaran! Ada bocoran awal dalam ulasan ni.
- Ringkasan jalan cerita: Kisah ini bermula dengan Azim yang mencari pemilik sekeping gambar yang pernah ditemuinya dulu. Empat bab pertama berjumlah 67 halaman didedikasikan khusus untuk pencarian Azim dari saat ia bermula hinggalah ke saat dia bertemu semula dengan Khadija, pemilik asal gambar yang disimpan oleh Azim selama ini.
Habis sahaja membaca bab ini, saya menjangkakan plot akan bergerak ke masa depan. Tapi, apa yang berlaku ialah penulis mengetengahkan kisah silam Khadija pada lima tahun lepas - arah cerita yang langsung tak saya jangka. Kemudian, kisah silam Azim pula yang diceritakan dan menghampiri penghujung kisah silam Azim, di situlah titik pertemuan pertama kali Khadija dan Azim.
- Pendapat jujur: Jujurnya, pada hemah saya, jalan cerita novel ni menarik dan memang sarat dengan emosi yang pasti dapat menggamit hati pembaca. Azim dan Khadija sebagai watak utama juga sangat saya suka kerana perwatakan mereka yang terasa nyata dan hidup. Perjalanan mereka mencapai arka watak masing-masing sangat memuaskan hati.
Pun begitu, emosi saya tak dapat nak menghayati jalan cerita novel ni sebab tenaga mental saya banyak dihabiskan membaca ayat-ayat naratif yang lewah. Sebahagian besar ayat naratif dalam novel ni banyak dihabiskan dengan gambaran emosi dan latar yang rinci berbanding menggerakkan plot. Selain tu, ada juga ayat-ayat yang mempunyai inti pati sama tapi kerap diulang dalam satu perenggan.
Ditambah pula halaman bab yang sangat panjang dan peralihan babak yang jauh jaraknya antara setiap satu, kebanyakan masa nafas saya rasa macam tak cukup dan saya jadi penat nak habiskan baca satu-satu bab tu. Hanya sampai separuh atas halaman 286, saya ada daya nak baca dan hadam satu demi satu patah perkataan yang tercetak.
Bermula pada separuh bawah halaman yang sama, saya dah mula baca secara melangkau sebab saya dah tak tahan nak menghadam ayat yang lewah. Rasa sayang sangat sebab banyak babak-babak yang kaya dengan emosi pada bab-bab selepas itu. Tapi, saya dah penat sangat. Saya dah tak sabar nak habiskan baca buku ni. Kalau saya gagahkan diri juga nak hadam setiap satu patah perkataan, saya rasa tenaga mental saya akan habis sebab rasa macam jauh sungguh garisan penamat.
Walaupun saya hargai kepentingan kisah silam Khadija dan Azim diceritakan secara rinci, saya rasa sayang sangat sebab hampir 200 halaman lebih berlalu tanpa interaksi langsung antara kedua-dua watak utama. Interaksi antara Azim dan Khadija hanya berlaku dalam 100 lebih halaman. Itu tak cukup untuk saya menikmati dan menghayati perkenalan mereka berdua.
- Kesimpulan: Penulis memang mahir menggunakan ayat-ayat berbunga dan puitis dalam cerita ini, menulis watak yang hidup dan menggarap ayat yang sarat dengan emosi. Namun, keindahan bahasa dan kelebihan tu semua tenggelam dan hilang dek kepenatan saya membaca ayat-ayat yang lewah.
''Saya takut akan hadirnya sebuah kehilangan meski kehilangan itu untuk orang lain. Ia melukakan hati melihat sebuah kehilangan. Kehilangan itu menyakitkan.''
Garis waktu melompat-lompat di antara masa kini dan masa lalu. Cerita bermula dengan babak Azim berbicara di dalam hati mengimbau semula tentang suatu peristiwa pahit yang tidak disebutkan dengan jelas dan tentang seseorang insan berhati mulia yang telah menyelamatkan nyawa dan pegangannya. Azim mengambil keputusan untuk ke Sri Lanka, tempat di mana suatu tragedi tragis menimpa dirinya. Kemudian, cerita masuk ke garis masa di mana Azim ke sebuah tempat bagi mencari insan yang menyelamatkannya itu berbekalkan sekeping foto.
Watak dan cerita Khadija muncul selepas itu. Ianya cerita sebuah pertemuaan, patah hati, dan bangun semula. Cerita Khadija membuat saya geram. Ada babak pelamin anganku musnah dan babak ala-ala korea apabila seorang lelaki keluar membawa payung, sedang Khadija kuyup disimbah hujan. Teknik penceritaan penulis yang hebat membuatkan saya mampu berimaginasi membayangkannya dalam kepala.
''Berhenti dicintai oleh orang yang masih dicintai sepenuh hati. Lalu ditinggalkan bersama kekosongan, kesepian dan kerinduan. Ia badai gelora kehidupan yang melemaskan''.
Novel ini bertemakan kekeluargaan, cinta, religi, motivasi hidup, kehilangan dan pertemuan. Banyak yang boleh dipelajari daripada buku ini, memandangkan ianya juga, ada mengandungi elemen religi. Ia mengingatkan kita bahawa dunia ini hanyalah sebuah pentas lakonan, dan terpulanglah pada kita melakonkan cerita dengan membawa watak dan pembawaan yang bagaimana. Saya suka dengan susunan plot cerita dan cara penulis mengaitkan takdir antara dua watak utama. Gaya penulisan yang lirikal kurang saya gemari. Novel ini boleh saja dibuat lebih pendek. Tapi itu pilihan peribadi dan saya lebih gemar cerita yang tidak mengandungi banyak babak selingan yang dirasakan agak meleret.
Walaubagaiapun, secara kesimpulannya, saya suka keseluruhan ceritanya dan hanya mengambil beberapa hari saja untuk menghabiskan novel berketebalan 415 mukasurat ini. Penamatnya jugak meninggalkan saya sejuta bahagia dan lelehan air mata.
Indah binaan kata dan plot penceritaan dalam novel ini. Mudah sahaja untuk berlayar mengenali siapa Azim dan Khadija. Penulis bijak mengikat saya dengan sekeping foto yang mengundang 1001 persoalan dan dari situ saya turut belajar...
Memaafkan insan seperti Azim. Menyayangi insan seperti Khadija.
Tiada prejudis. _____________________ Skrip hidup antara Azim dan Khadija sungguh berbeza namun menyimpan satu persamaan. Ingin mengecap kebahagiaan dari kegagalan dan penyesalan lampau. Mudah untuk saya terbawa emosi kerana setiap dari kita tersimpan kerendahan yang sama.
Kemas, tersusun dan dihiasi fakta menarik mencapai kepuasan membaca. Saya dapat merasai kesungguhan penulis untuk mengheret pembaca mengembara ke Sri Lanka yang menjadi tanah pertemuan dua watak utama.
Tanah yang membuka rahsia kekuatan diri, pengharapan pada tuhan dan memujuk jiwa yang luka. _____________________ Jika awak seperti saya suka melayan irama aksara yang syahdu, novel Menebus Rindu syarat wajib untuk dibaca. Setiap halaman tiada yang sia-sia.
Terima kasih penulis Hany Hisham Musa mengarap karya yang berkualiti dan matang.
Menarik juga membaca novel sekali-sekala. Datang dari kelompok peminat buku bergenre bukan fiksyen, ini umpama berhenti rehat sebentar, mengambil angin segar seketika.
Berpandukan pada itu, harap dimaafkanlah ya jika ulasan ini tidak seperti ulasan yang datang dari kebiasaan pembaca novel tegar yang lain yang lebih tepat rasanya. Lebih-lebih datang dari saya, seorang lelaki.
Apa yang pasti, novel ini memang menarik. Jika saya boleh habiskan 400 mukasurat kisah rekaan ini dalam masa 3-4 hari, bermakna ianya memang digarap dengan baik.
Apa yang saya perasan usai selesai membacanya, faktor penarik utamanya adalah kerana buku ini bukanlah buku novel percintaan tipikal awal remaja seperti yang banyak terdapat diluar sana. Gaya penceritaannya lebih dewasa, tema yang diangkat & perbincangannya lebih dewasa, serta perbualan ayat-ayat cintanya tidak meleweh. Bermakna novel ini memang sesuai untuk semua peringkat umur. Golongan berusia juga boleh menikmati buku ini dengan rasa yang saksama. Apatah lagi golongan remaja & dewasa.
Tema utama yang diketengahkan penulis adalah mengenai kekeluargaan dan adat berkasih. Tema kecil lain pula antaranya adalah pengembaraan, gangguan mental dan keagamaan. Jalan penceritaan di dalam buku ini berkisarkan kepada tema-tema ini kebanyakannya.
Tiga pengajaran penting dapat saya teladani sebagai seorang lelaki dari buku ini. Jangan memberikan kasih sayang & hati kepada seseorang wanita, semata-mata untuk mengisi kekosongan di hati. Sangatlah tidak adil buat mereka. Bila sudah bekeluarga, janganlah jadikan pekerjaan yang utama, keluarga yang kedua. Anda telah menafikan hak emosi & jasmani isteri dan anak anda, yang bermakna anda telah menjauhkan lagi diri anda dari restu Ilahi. Dan yang terakhirnya, wanita ini sememangnya insan yang sukar dibaca. Banyak ketika lebih mudah untuk mereka berterus-terang, namun apa yang mereka lakukan adalah yang sebaliknya. Lelaki perlu pelajari & kuasai ilmu wanita yang ini haha.
Tema kekeluargaan juga antara yang menarik perhatian saya. Bagaimana besarnya pengaruh sebuah institusi kekeluargaan itu, ibu bapa khususnya, terhadap karekter anak-anak dimasa depan. Lebih-lebih lagi buat keluarga yang berpisah ketika anaknya masih di usia muda, usia tidak mengerti apa-apa. Bagaimana ianya boleh menjadi sebuah harapan, mahupun bencana buat anak-anak tersebut bila mengharungi alam dewasa, kerana ketidaksempurnaan disepanjang kisah awal penghidupan mereka. Banyak pengajaran dari sisi ini yang saya perolehi dari buku ini.
Menariknya, info tambahan mengenai negara luar juga menjadi nilai tambah dari buku ini. Jika anda ingin ke Sri Lanka satu hari nanti, tidak keterlaluan untuk saya mencadangkan buku ini untuk dijadikan rujukan juga. Selain itu, segala tips kesihatan untuk kurus secara sihat juga agak membantu. Bagus juga untuk dipraktikkan nanti.
Sebagai penutupnya, apa yang saya boleh katakan mengenai buku ini, anda boleh cuba nikmati jika anda inginkan novel percintaan yang lebih dewasa, lebih matang, lebih realistik kena dengan kehidupan normal kita.
Saya mungkin salah, kerana ini bukanlah lapangan genre kebiasaan saya. Namun saya pasti banyak wanita kaki buku diluar sana mungkin telah bosan dengan tema & teknik penceritaan yang lebih kurang sama saja untuk novel-novel percintaan lain diluar sana.
Bertema drama hidup tentang kisah patah hati dan pertemuan dua insan yang tak tersangka kerana satu tragedi di bumi Sri Lanka. Agak menarik sebab terasa turut pergi mengembara dalam beberapa bab naik kereta api, tuk-tuk dan melayan sesak jalanan Sri Lanka dari perspektif Azim dan Khadija.
Novel yang ringan dan santai namun penceritaannya sangat terperinci. Dua perspektif cerita-- Azim dan Khadija, dua jiwa yang hilang tuju; satu kerana cinta dan satu lagi kerana perangai dan silap sendiri. Suka dengan idea penulis yang tekankan masalah depresi dan patah semangat dengan kesan dan nilai moral yang bagus. Ada naratif imbas semula bagi kedua-dua watak-- Azim dengan hubungan perkahwinan yang retak dan Khadija yang kecewa kerana putus cinta.
Konflik naratifnya biasa saja namun aku kurang gemar dengan tempo plotnya yang sangat perlahan. Karakter utamanya juga seakan 'terbeban' dengan personaliti lewah sehingga jalan ceritanya kadang terlalu meleret. Namun aku agak terhibur dengan kerenah Khadija yang ambil keputusan untuk mulakan misi diet selepas ditinggalkan Adly. Juga kisah Azim dan Azura yang agak sedih dan kasihan tapi kadang nak marah juga bila baca tentang perangai Azim.
Gaya penulisannya sangat kemas cuma kesalahan ejaan agak banyak jadi sedikit mengganggu pembacaan aku. Mungkin penulis boleh perbaiki lagi dari sudut suntingan kalau ada cetakan lain nanti. Terima kasih kepada penulis yang kirimkan naskhah ini untuk imbalan sebuah ulasan!
Sebuah kisah tentang dua manusia yang sangat menarik.. Kisah cinta seorang gadis bernama Khadija yang tidak kesampaian.. Namun perpisahan yang diberikan tidak disertakan dengan sebuah kejujuran dan membuat Khadija masih berharap.. Namun kedatangan sekeping kad undangan telah membangkitkan rasa marah pada Khadija hingga akhirnya Khadija membenci dan memutuskan untuk melakukan sesuatu yang tak dijangka.. Azim pula terlalu ego sebagai suami hingga menyebabkan kematian anaknya (takdir) namun boleh diusahakan andai sepenuh tumpuan diberikan buat anak dan isteri.. Bila isteri terlalu memendam akhirnya rumahtangga mereka hancur.. Dua manusia ini kemudiannya dipertemukan takdir di Sri Lanka.. Pertemuan yang berjaya membantu Azim untuk kembali kepada Islam dan juga Khadija dengan ayahnya.. Sebuah kisah yang memberikan banyak teguran buat pembaca dari sudut percintaan dan juga hubungan suami isteri.. Sangat berbaloi dimiliki dan dibaca..
Buku ni tentang cinta orang dewasa, jauh dari cringe teen romance, so pembaca umur lewat 20 and dan 30 an sangat sesuai baca buku ni, sebab jalan ceritanya selari dengan garis masa usia kita. Tentang perkahwinan yang menginjak ke fasa dua, iaitu tahun ke enam penyatuan, di mana mungkin cinta itu bukan lagi keutamaan, dan keculasan tanggunjawab itu seperti benda biasa dalam perkahwinan, mungkin rasa terlalu selesa yang buatkan Azim culas masa dan tanggunjawab pada Azura dan anak mereka, Adib. Tapi Azura pendam rasa, sampai lah satu tragedi berlaku dan menrenggut semua yang Azim ada satu persatu.
Untuk Khadija pula, gadis yang sanggup buat apa saja untuk dapatkan semula Adly, realitinya mungkin ramai yang macamni, sebab rasa patah hati putus cinta tu buatkan Khadija seakan taknak melepaskan Adly pergi. Dan aku banyak belajar ilmu diet dalam journey Khadija nak kurus ni sebab aku pun tengah diet jugak ahaks.
Buku ni mula menarik perhatian semasa Azim dan Khadija berkelana di Sri Lanka. Aku bajet mereka bertemu di Little Adam's Peak, mungkin banyak sangat layan movie kot, tapi rupanya bertemu di satu tempat lain di waktu hampir ke hujung kembara di Sri Lanka. Then ada satu moment yang jadi, yang buatkan aku paham kenapa Azim nak sangat cari Khadija pada awal penceritaan ini sebab awal tu memang clueless apa kaitan dorang ni sebab macam kenal satu sama lain tapi taktau nama masing masing. Agak lambat nak sampai pada momen tu, kena sabar baca walaupun aku tak berapa biasa dengan bahasa baku yang digunakan penulis dalam buku ni, sebab aku dah biasa baca buku indie, jadi bacaan kali ini menuntut lebih masa untuk aku hadam penulisannya.
Yang menariknya buku ni sebab penulis tulis dengan details apa yang ada di Sri Lanka, dari setiap tempat rumah inap atau hotel, setiap tempat yang dilawati, setiap journey kereta api dan bas, keindahan ladang teh dan binatang peliharaan yang bebas di sekitar ladang, tasik Parakrama Samudra dan Little Adams peak. Best jugak baca kembara Azim dan Khadija di kala PKP ni, sambil baca sambil google nama tempat tu nak tengok keindahan citranya.
So far, ending dia aku puas hati. Aku agak touching dekat babak akhir cerita ni,dan itu yang terbaik untuk mereka dalam cerita ni. Takde watak yang keterlaluan jahat, cuma lebih pada ego atau rasa tinggi diri, yang akhirnya berubah. Tak ada juga watak yang terlalu baik, sebab realiti pun macamtu, sebab kita kan manusia, kita tak boleh ada semua.
Novel ini merupakan gabungan dua kisah insan yang pernah patah hati dan kecewa. Mereka hilang arah tuju kerana peristiwa silam yang dilalui.
Khadija ditinggalkan Adly tanpa sebab yang kukuh. Dia kecewa dan merana kerana Adly tidak berterus terang tentang punca sebenar perpisahan itu.
Azim akhirnya berpisah dengan isterinya Azura setelah enam tahun melayari bahtera rumah tangga. Kematian anaknya Adib memburukkan lagi hubungan mereka. Lalu perpisahan terjadi.
Keseluruhan kisah yang dipaparkan sememangnya realiti yang terjadi dalam kehidupan manusia. Kecewa, patah hati dan salah faham dalam berkomunikasi sering jadi ujian dalam kehidupan kita.
Konflik yang dipaparkan dalam novel ini mempunyai tarikan yang tersendiri. Cuma pada pandangan saya naratif yang ditulis sedikit mendatar pada bahagian pertama cerita. Perlukan lebih permainan emosi untuk menjadikan jalan cerita lebih kukuh.
Bila cerita mula masuk ke dunia Azim, emosi lebih memuncak dengan permainan emosi antara Azim dan Azura. Juga keadaan Azim setelah kehilangan Azura dan Adib. Kehilangan sebuah keluarga akhirnya menyebabkan Azim mula mengalami gangguan mental. Dia mula merindui kehadiran isterinya, tetapi takdir mereka sudah ditentukan.
Selain itu, perjalanan Azim dan Khadija ke Sri Lanka juga satu lagi tarikan dalam novel ini. Penulis membawa kita mengembara ke Sri Lanka menelusuri keadaan dan rutin masyarakat di sana. Azim dan Khadija ke Sri Lanka dengan tujuan untuk mencari kembali jiwa mereka yang hilang.
Takdir akhirnya menemukan mereka dalam situasi yang tidak dijangka. Apakah akhirnya mereka berjaya menebus rindu?
Sesungguhnya kehidupan ini satu perjalanan yang panjang dan penuh liku.
Terima kasih kepada penulis yang memberikan novel ini sebagai pertukaran untuk sebuah ulasan.
Saya suka membaca naratif alam. Itu kelebihan gaya penulis yang dapat menceritakan suasana persekitaran dengan baik. Penggunaan lokasi Sri Lanka juga menarik dan nada penceritaan juga agak laju di Sri Lanka.
Azim dan Khadija, watak utama dalam novel ini ada naik turunnya. Cukup baik untuk saya membaca sehingga tamat untuk mengetahui penghujung cerita. Setiap orang ada inspirasi tersendiri dalam kehidupan. İnspirasi sama ada daripada kejayaan atau kegagalan boleh membawa kepada banyak pilihan.
Plot cerita adakala ditenggelami naratif alam yang panjang. Jenuh menunggu sampai plot berkembang. Ada ruang-ruang yang diisi dengan perkongsian ilmu contohnya melalui Khadija, penjagaan fizikal dan melalui Azim, penjagaan mental dan tanggungjawab.
Kulit buku cantik. Sebenarnya saya membeli buku ini sebab tertarik dengan kulit bukunya. Semoga penulis terus menulis dan semoga karyanya yang seterusnya dihantar untuk semakan editor dan pembaca pruf yang berasingan. Menyunting karya sendiri - mata kadangkala tepu lalu tidak dapat mengesan kesilapan.
Terima kasih kepada penulis kerana sudi memilih saya di antara yang paling awal yang menerima karya ini, nak jadi puitis seperti penulis memang tak mampu, jadi saya tulis berdasarkan apa yang saya rasa. Special thanks to my buddy read Athirah Bookstagram yang saya banyak pelajari dari sisi pandangnya tentang buku ini.
Triggered Warning (as per recommend by Thirah): Suicidal, Depression, Anxiety
Buku ini tebal dan terbahagi kepada empat bahagian seperti yang dinyatakan di carta bab. Buku ini menceritakan tentang Khadijah dan Azim. Berbekalkan sekeping foto, takdir telah menemukan mereka dalam cara yang tak pernah mereka sangka. Karya ini bersifat kontemporari dan lebih kepada pandangan dan penerimaan kita tentang kehidupan, meski agak tebal kerana mempunyai 400 lebih muka surat, namun penulis telah melengkapkan perasa dengan penggunaan perkataan yang begitu cermat dan puitis untuk menemani setiap helaian. Kekuatan karya ini bukan hanya sekadar plot tapi juga pada penggunaan ayatnya.
Karya ini bersifat telus kepada penceritaannya, maksudnya apa yang tertulis ya itulah yang terjadi, tiada plot twist yang membuat kita meneka-neka apa akan terjadi seterusnya, its just kinda live in the moment. Bagi saya untuk membaca karya seperti ini, pembaca harus meletakkan diri sebagai pembaca yang live in the moment bersama penulis dalam melayari kehidupan Khadijah dan Azim, protagonis utama dalam buku ini.
Sementara bab telah diasing kan mengikut bahagian dan mempunyai dua protagonis, buku ini secara amnya menceritakan secara terperinci bagaimana kita perlu bangkit dan berjuang untuk hidup. Dunia masih belum berakhir, peluang kemaafan masih terbuka luas. Antara klimaks cerita ini adalah kisah Azim yang menyayat hati, kerana saya telah menempatkan diri saya di tempat Azura. Ia satu keputusan yang rumit, dan yang paling memberi kesan, penulis telah memperincikan setiap detik masa dan perasaan yang berlaku dan ini membuatkan saya sangat emosi dan tak boleh dibendung lagi. Ia adalah satu kisah yang sangat, dan sangat tragik.
Salah satu kualiti yang ada dalam buku ini juga adalah dimana babak melancong ke Sri Langka telah dimasukkan, ia membangkitkan rasa rindu kita kepada kebebasan untuk pergi melancong terutamanya di zaman pandemik ini. Kemanisan kuih-kuih yang dimakan Khadijah macam terasa di tekak semasa membacanya. Adakalanya membuat kita lapar dan gembira mengikuti pengembaraan yang serba terperinci ini.
Dari sisi yang lain, pengakhiran cerita ini agak tarik-tali bagi saya, its like, we all know apa yang Azim perlu lakukan, but its just dragged along sedangkan benda tu boleh dicapai lagi awal. Tapi tulah, saya bukan penulis, hahahahahahaha. Tapi tak apa, habis juga dibaca hingga ke akhirnya.
Buku ini saya rekomen kepada mereka yang sukakan buku kontemporari, yang tak perlu pun rasa nak cepat habiskannya, just enjoy the moment in the book. Saya sempat berbincang dengan my buddy read, dia mengatakan bahawa buku ini juga bersifat monotonous, which masa habis bacaan kinda agree with her. Walaupun ada babak buat dada berombak namun sifat monotonous itu menjadi tempat 'berehat dan bertenang' kepada pembaca, even me myself harus meletak buku ini dan bertenang sebelum kembali membacanya. So much emotion, no wonder kenapa tebal.
4 bintang untuk penulisan yang telah membuat mata saya sembap. Syabas kepada penulis dan penerbit!
✨Sinopsis✨ “Ujian itu, segetir apa pun, tiada lain hanya untuk kebaikan insan yang diuji. Ujian yang didatangkan bukan untuk membinasakan.”
Sri Lanka menjadi saksi pertemuan dua manusia yang terluka, yang hilang arah, yang sedang mencari-cari sesuatu untuk menyembuhkan diri. Khadija mencari ayahnya yang tidak pernah dia tahu akan keberadaannya dan Azim pula hanya mengikut rentak langkah kakinya setelah kehilangan isteri yang tercinta. Foto milik Khadija yang sempat diterbangkan di stesen kereta api pada pertemuan terakhir mereka menjadi punca kepada pertemuan dua insan itu. Rupanya kedua-dua mereka menyimpan satu perasaan yang mereka sendiri tidak pernah menyedari.
✨Ulasan✨ Tema yang dibawakan oleh penulis untuk buku ini tema kekeluargaan, cinta kepada manusia, cinta kepada tuhan dan pengembaraan.
Bagi aku, penulis membawa tema kekeluarga yang menjadi latar belakang kehidupan Azim sebelum menemui Khadija dengan baik. Perasaan dan emosi yang penulis terapkan pada bahagian itu sampai kepada aku. Bagaimana Azim merana setelah ditinggal isteri? Rasa terseksa Azura kerana tidak mendapat perhatian sang Suami, bagi aku ia sempurna.
Kisah tentang masa lalu Khadija pula, bagi aku penulis perlu ringkaskan bahagian perjalanan diet. Tidak perlu untuk terangkan dengan panjang tentang perjalanan dietnya kerana ia melewah. Melambatkan cerita. Plot cerita terasa lambat dan jujur, aku langkau bahagian itu. Perjalanan dietnya disebabkan tidak memenuhi ciri-ciri yang diinginkan oleh pasangannya. Bagi aku sangat menyakitkan apabila orang yang kita cinta tidak menerima seadanya.
Latar belakang cerita ini di Malaysi dan Sri Lanka. Perjalanan mereka di Sri Lanka sangatlah menyeronokan bagi aku. Seolah-olah aku juga turut berada di situ mengembara bersama mereka mencari kehidupan.
Cerita berkesinambungan dengan baik walaupun selepas mengimbas kembali kisah silam kedua-dua watak utama. Perbinaan watak itu bagi aku agak serasi. Khadija seorang yang periang dan berfikiran positif manakala Azim pula seorang yang rajin berusaha dan punyai matlamat.
Aku sukakan penggunaan bahasa yang digunakan oleh penulis. Ia indah dan puitis.
Kesimpulannya, mesej buku ini besar dan hakikatnya itulah yang berlaku di sekitar kita ataupun mungkin kita sendiri yang tanpa sedar melakukannya.
Pertama kali saya membaca tulisan dari penulis ini, ada beberapa perkara yang membuatkan saya gembira.
Pertama, penggunaan tatabahasa dan ayat yang jarang saya dengar..Ada beberapa perkataan yang membuat saya teruja kerana pertama kali mengetahui wujudnya perkataan yang jarang digunapakai dalam penulisan novel. Syabas untuk penulis.
Tentang naskhah ini pula,tema yang dibawakan oleh penulis sangat dekat dengan kehidupan kita. Kehilangan dan peluang kedua.
Ternyata Khadija dam Azim hidup dalam diri kita.Khadija, gadis yang mengharapkan cintanya berakhir dengan sebuah jawapan yang diimpikan tetapi takdir Tuhan mengatasi kemahuaanya. Azim lelaki menyangka dia akan tetap memiliki segala apa yang dia pernah ada selamanya akhirnya sedar bahawa tiada apa yg kekal dalam genggamannya kerana ego dan kesilapannya.
Maka kedua watak ini mengalami fasa kehilangan. Keduanya masih mencuba merayu untuk peluang kedua dari orang lain, tetapi ternyata bukan peluang kedua itu yang Tuhan ingin berikan kepada mereka.
Melalui novel ini, mesej yang saya rasa sangat dekat dengan hati saya ialah peluang kedua. Selama ini, kita sentiasa mengharapkan peluang kedua diberikan oleh orang lain kepada kita, tetapi sebenarnya peluang kedua yang sebenar ialah apabila kita mampu memaafkan diri sendiri dan bangun setelah dunia ini tidak berpihak kepada kita. Beri peluang kepada diri sendiri maka Tuhan akan membukakan pintu kebahagiaan yang seluasnya tanpa kita jangka .Kisah Azim sangat memberi kesan emosi kepada saya.
Plot penceritaan bagi novel ini disusun rapi namun ada beberapa babak yang saya rasakan tidak perlu dihuraikan terlalu panjang bagi mengelakkan dari meleret. Tidak banyak tetapi ada beberapa babak yg saya rasakan begitu. Cerita ini akan jadi lebih menarik jika penulis menambahkan konflik atau 'plot twist' .
Saya suka novel ini sebab situasi dalam novel ni mcm real tau. Bila kita suka kt someone kn mesti kta usaha cari alasan utk nk jumpa atau nk tunjuk perasaan tu (mcm sy pnh alami je) . Itulah yg Khadijah buat. Bila kita sibuk kerja, kita fikir anak isteri dah faham maka tak perlu perhatian. Itulah kesilapan Azim. Kedua-dua watak ni berasa kehilangan dan menanggung sakitnya rindu. Dalam perjalanan ke luar negara, takdir menemukan mereka dan mula menebus rindu.
'First impression/ first thought' saya sebelum baca buku ni:
"Buku ni agak tebal, tapi kertas dia best. Oh tulisan dia agak kecil, berbanding kebanyakan novel. Tapi kemas. Jarang baca novel genre begini. Boleh habis baca dengan baik kah?"
Sebab saya ni jenis suka baca buku nipis saja tau. Tapi bila baca, ini antara buku yang meriah dengan sticky flags. Rasa macam nak pass kat orang lain, suruh baca juga. 😂
5 stars for the paper and spine! Itu antara faktor utama saya ada mood untuk baca chapter pertama, hingga ke muka surat terakhir.
Best!
- - -
🍒 Mengisahkan tentang dua watak utama, seorang lelaki dan seorang perempuan yang terhimpit dengan masa lalu. Tak ada la terhimpit. Tapi mereka punya masa lalu yang sangat memberi kesan. Keduanya terkurung dengan rasa rindu. Kedunya terkurung dengan rasa sepi. Ayat mudah, mereka patah hati. Lalu membawa diri, mencari diri, membina jati diri untuk terus hidup.
🍒 Penulis membahagikan buku ini kepada empat bahagian dan mewujudkan empat persoalan kepada pembaca:
1. Kenapa Azim ni bersungguh sangat nak cari tuan foto tu? 2. Siapa Khadija? Dah la tiba-tiba je muncul. 3. Kenapa dengan kisah Azim? Kenapa Azim pernah kata yang dulu dia tak baik? Gaya intro, rasa Azim ni orang baik. 4. Macam mana mereka bangkit? Dan apa jadi dengan foto tadi?
Nasib baik penulis cerita tentang kisah Khadija terlebih dahulu, kemudian baru cerita tentang kisah Azim. Geram ye part Azim tu. Rasa macam nak je kata, "Berubah la zim. Bini kau tu baik sangat. Ni bukan nak sesi awak terlalu baik untuk saya tau Zim. Tapi, berubahlah. Lepaskanlah Azura, berilah dia rehat." 🥲
🍒 Plot best, kesimbungan plot best, tak hanging, ending okey, dan yang paling best - bahasa yang penulis guna sangat menarik jiwa. Indah.
Tidaklah begitu puitis. Tidaklah begitu begitu baku. Tidaklah begitu urban. Tidaklah begitu tersirat. Tapi, pilihan perkataan, bahasa dan kaedah penyampaian membuatkan cerita itu penuh dengan rasa dan deskripsi. Itu yang sampai penuh dengan sticky flags tu. 😂
Pink, untuk quote. Biru, untuk plot. Putih, untuk karakter. Hijau, untuk perkataan baru/ Baiduri jarang guna. Nampak sangat kurang membaca. Haha.
🍒 Lagi satuuu. Orang kata buku ni buat nangis, tapi jadi lain kat Baiduri. Baiduri jadi makin fokus belajar. Lepas baca, terus boleh kekal fokus buat kerja untuk 2-4 jam depan laptop. 😂
🍒 Penghujung novel, sama ada mereka berjaya menebus rindu masing-masing atau tidak, itu kena baca sendiri. Baca la. Tak rugi.
Tahniah dan terima kasih kepada penulis dan penerbit. Antara buku yang berjaya banti saya untuk kembali fokus!
Novel yang memfokuskan kepada kehidupan Azim dan Khadija yang saling tidak mengenali tetapi bertemu di Sri Lanka ketika mereka sedang patah hati. Kebahagiaan mereka lenyap setelah ditinggalkan oleh orang yang dicintai. Namun, kebahagiaan dan ketenangan kembali apabila mereka belajar untuk menerima takdir yang sudah tertulis.
Banyak isu yang diketengahkan oleh penulis. Antaranya ialah kesihatan mental, cara didikan ibu bapa, body shaming dan kasih sayang seorang ayah.
Paling best adalah perjalanan Azim dan Khadija di Sri Lanka. Butiran yang diberikan agak terperinci.
Menebus Rindu membongkar kisah lampau dua watak utama kita, Azim dan Khadija. Masing-masing dengan kisah tersendiri. Persamaan meraka adalah dibawa bersama sekeping hati yang terluka; terluka akibat perbuatan sendiri yang tersilap langkah dalam membuat pilihan kerana lebih mengutamakan kekayaan dan kerja sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada yang sepatutnya, manakala yang seorang lagi dikecewakan oleh manusia yang hanya tahu memberikan harapan palsu. Kalau sudi, tunaikan lah janji, ini tidak. Tak habis-habis mempermainkan perasaan orang.
Yang pasti, mereka dua jiwa yang mahu berubah. Adakah masih ada peluang kedua bagi mereka yang ingin kembali semula ke pangkal jalan, atau apakah segala harapan sudah tidak dapat diwujudkan lagi kerana hati yang telah punah ditelan derita tidak akan mampu lagi menadah rasa cinta? Di antara titik-titik itu lah yang mempertemukan Azim dan Khadija. Dalam perjalanan merawat luka di hati, mencari kemaafan, menyambung kembali apa yang dirindukan serta mencari erti hidup ini di saat semua yang dikasihi menghilang.
Buku yang membuatkan emosi saya naik turun. Apatah lagi kira-kira 160 muka surat terakhir macam tu, Atul baca dekat hospital. Memang sebak yang amat. Mengalir dengan deras lah air mata masa itu. 4 jam waktu menunggu di bangku hospital itu memang cukup lama tapi ia mampu membuatkan Atul terpaku terus di atas kerusi melayan kisah ini. Biar lah air mata nak keluar ke apa, janji mask ada. Asyik berulang kali baca baris ayat yang sama sebab ia begitu mendalam dan paling utama, menghubungkan dan mengingatkan seorang hamba kepada pencipta-Nya.
Sebuah buku yang begitu sayu dengan baris-baris ayat yang mendayu. Banyak tips yang diperoleh. Cuma terganggu sedikit dengan kesalahan ejaan. Apa pun, terima kasih kepada penulis yang menghantar karyanya untuk diulas. Teruskan berkarya!
Menebus Rindu Hany Hisham Musa Infiniti Publishing
(Hadiah penulis kepada saya melalui Goodreads pada 21/7/2021)
Tempoh baca: 1/3/2024 - 6/3/2024
Maaf kepada penulis kerana mengambil masa yang begitu lama untuk membaca novel yang diberi secara percuma ini. 😭
Pada awal cerita, saya merasakan agak draggy dan terasa cerita bergerak dengan perlahan. Babak kisah Azim dan Khadija bertemu secara ringkas dengan sekeping foto menjadi motif utama dalam kisah mereka.
Seterusnya, penulis menceritakan kisah mereka di dalam babak yang berbeza. Penulis menceritakan perkembangan kedua-dua watak utama dengan sungguh teliti dan terperinci.
Khadija dibesarkan di rumah anak yatim, putus cinta ketika berusia pertengahan 20-an, lalu nekad mengurangkan berat badan demi menakluk kembali cinta sang lelaki. Saya suka dengan cara-cara yang dilakukan oleh Khadija untuk kurus. Ia ditulis dengan cermat dan benar. Saya yakin ia dapat dipraktikkan oleh para pembaca yang mempunyai niat seperti Khadija.
Dalam bab-bab yang berselang, penulis turut mengisahkan tentang Azim. Seorang lelaki yang punya segalanya - kerjaya yang baik, seorang isteri dan anak sebagai penyeri hidup. Namun, takdir duka terlakar buat Azim. Garapan penulis tentang Azim benar-benar meranapkan emosi saya dengan apa yang dia hadapi. Rasa pilu menyelubungi jiwa tatkala saya membacanya. Saya tidaklah menangis, namun tetap sampai adunan rasa dan emosi sehingga ke jiwa saya yang paling dalam.
Dari awal cerita, saya begitu tertanya-tanya tentang sekeping foto yang dibawa Khadija, bagaimana ia boleh sampai ke tangan Azim. Rasa ingin tahu ini membuatkan saya menyelak halaman demi halaman, sehinggalah saya sampai ke babak yang meleraikan persoalan saya. Oh, Tuhan! Ia sungguh mengejutkan saya! Saya tidak menyangka begitu penulis akan mengaitkan kisah mereka melalui sekeping foto. Sungguh dramatik dan syahdu. Saya sangat menyukai babak itu.
Walaupun agak baku, namun keseluruhan cerita digarap dengan indah. Kebahagiaan, kesakitan dan proses bangkit semula diletakkan dengan wajar pada tempatnya. Bagi saya, pembaca dapat belajar banyak hal dalam cerita ini.
Latar tempat Sri Lanka ditulis dengan jelas dan terperinci. Dari debu-debu di jalanan yang menyesakkan, sehinggalah ke puncak Adam's Peak yang hijau, mendamaikan dan mempunyai pemandangan matahari terbit yang indah, serta pemerhatian tentang masyarakat, dinukilkan dengan sangat berkesan. Tidak dapat tidak, saya terasa dibawa sama menaiki kereta api dengan pemandangan Sri Lanka. Tidak semua indah, namun itu menjadi pengajaran berharga buat pembaca seperti saya yang ingin menjejakkan kaki ke Sri Lanka.
Jika anda mencari percintaan yang sweet-mweet, anda tidak akan jumpa di dalam novel ini. Namun, cinta yang terlimpah dapat dirasa daripada perlakuan kedua-dua watak utama. Cinta mereka yang terlahir daripada pengalaman pahit, jelas nampak matang. Watak utama lelaki juga tidaklah greenflag untuk didambakan oleh wanita seluruh dunia, namun cukup rencah untuk menggambarkan seorang lelaki yang turut melalui fasa gagal dalam kehidupan, sebelum bangkit kembali.
Pertama sekali, terima kasih penulis kerana memberi buku tulisan beliau in exchange for an honest review. I think we had a long conversation before he decided to proceed with sending me this book and for that, I highly appreciate your trust in my reviews.
I'd start with I don't hate this book nor I like it. The premise sounds really good and I'm kinda intrigue with the execution of the idea hence I accepted the offer to review this book. However, I do feel this book is a bit draggy and some parts can be a bit too dramatic to my liking. For example, Khadija's love story with her ex was too long winded.
I also don't like that some things mentioned in this book could be problematic to some (even though they are true, it's reality we have to live with). For example, Khadija's body image issue, the struggles that she faces is a lot but it's so disappointing to see that her will to transform her lifestyle and dieting and to live healthily is all to get back with her ex. The author did justify how she feels better about herself and it's all self love, but I can't help it but to see that her initial motive is for her ex to accept her when she becomes thinner and better looking.
I also finds this book is kinda Islamic for me (so I did learn about few Islamic verses through this book 😂) and the narrative could be a bit too patriachal. However, I'm so glad for characters like Azura (Azim's ex wife) who realize her rights as a wife and eventually changes for better.
Another thing I actually like about this book is the writing style and the messages (tho some can be written shortly and the impact would still be the same 😅). I think Muslims can relate to this book even better.
Overall, it's not a bad read and there's definitely space for improvement. I look forward to the author's future works. You can find this book on Shopee and a few local bookstores, including Bibliobuku!
Sri Lanka, negara yang mungkin bukan dalam senarai kita untuk mengembara mahupun melancong. Namun di negara inilah Azim dan Khadija dipertemukan oleh takdir dengan hanya sekeping foto. Ya, bagaimana sekeping foto membawa Khadija mencari ayah kandungnya, begitu juga Azim mengheret diri ke sana buat mencari makna hidup setelah berdepan dengan tekanan jiwa.
Sangat menarik apabila pembaca dibawa bersama, berkelana mendaki Puncak Adam (Sri Pada), ke bandar Colombo, Nuwara Eliya, dan banyak lagi, sambil menaiki tuk-tuk, kereta api mahupun berjalan kaki. Babak-babak di dalam kereta api juga menarik, romantik dan mencemaskan!
Naratif disampaikan dari sudut Azim dan Khadija, ada juga imbas kembali kisah lampau Khadija, kita bakal ikuti misinya menguruskan badan setelah patah hati ditinggalkan kekasih! Juga kisah silam Azim yang berdepan konflik rumah tangga, ah cukup sedih!! Saya cukup gemar babak akhir novel ini, kerana seakan-akan pernah mengalami situasi sama😂
Plotnya sedikit perlahan, dan ada beberapa bahagian yang agak lewah dan meleret. Mungkin boleh disingkatkan beberapa babak yang tidak bersangkutan dengan cerita utama. Juga mungkin boleh diperincikan babak-babak romantis mereka dari segi deskripsi suasana dan dialog agar lebih hidup elemen romantis itu. Secara keseluruhan konsepnya menarik, tentang pencarian, pengharapan berpandukan sekeping foto usang, bertemankan hati yang lara mengembara ke tempat orang.
Bacaan yang sesuai untuk mereka yang gemarkan genre romantik, banyak juga monolog-monolog watak dan kata-kata yang mungkin kena dengan jiwa mereka yang sedang patah hati. Boleh DM penulis sendiri untuk miliki naskhah ini. Terima kasih penulis sudi mengirim novel ini untuk ulasan saya. Semoga maju jaya!
Kisah Azim dan Khadija yang pada mulanya sekadar dua watak asing, lama-kelamaan rasa makin mendekat di hati. Terutamanya Azim. Entah kenapa, kisah penderitaannya terasa sangat 'raw' dan jujur jika hendak dibandingkan dengan Khadija yang pada hemat saya, mungkin lebih sesuai dan berkesan jika kisahnya berkisar sejarah bagaimana dia boleh terpisah dengan ayahnya. Kisah percintaan tragis Khadija dengan Adly jika dilihat secara keseluruhannya, seakan 'filler' untuk memperkenalkan kita dengan watak Khadija. Tidak perlu diselitkan pun tidak mengapa pada pendapat saya kerana babak dia dan Adly membuatkan saya mengambil sedikit masa untuk 'warm up' dengan karakter heroin kita. Jika dikembangkan bahagian Khadija, ayahnya dan bagaimana sampai dia boleh diletakkan di rumah anak yatim (ibunya kemalangan kah?), saya rasa pasti saya akan lebih bersimpati terhadap kembara fotonya. Saya mengambil masa yang agak lama untuk 'warm up' dengan watak Khadija yang diperkenalkan sebagai gadis yang Cuma tidak dinafikan, saya semakin mendapat rentak kedua-dua watak bila novel dah menghampiri lebih separuh muka surat. Saya cukup suka dengan mesej yang disampaikan penulis tentang realiti kehidupan dunia di hujung novel. "Sebab itu perlu ada akhirat, sebab di sana nanti akan ada keadilan. Dunia ini pentas ujian." Walaupun ringkas, tetapi kemas dan meyakinkan. Serta-merta saya teringat kata-kata Sheikh Yasser Qureshy, "Happiness is not out end game in this world. It's not what we're here for." Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan hasil pembacaan kali ini cuma ada beberapa kesilapan ejaan yang mungkin perlu diperbaiki.
Buku yang TIDAK SESUAI dibaca oleh mereka yang tidak memiliki sifat sabar dalam membaca 😅
Plot awal buku ini bergerak perlahan (mungkin penulis boleh kurangkan sedikit bahagian-bahagian tidak penting, agar plot boleh bergerak sedikit laju). Namun ada sesuatu yang berjaya membuatkan aku untuk terus dan terus membaca. Mungkin aku terlalu ingin tahu apa kaitan sekeping foto dengan dua watak utama dalam cerita ini.
Penulisan penuh dengan bahasa puitis. Sebagai seorang guru, sudah tentu aku akan mengesyorkan murid-murid untuk membaca buku ini; boleh tambah kosa kata puitis dalam penulisan karangan 😆
Buku yang tidak menumpukan tema cinta, tetapi lebih kepada pembangunan diri. Caharacter development. Aku suka watak Khadija yang betul betul bersemangat untuk mengubah diri dan Azim yang telah menyesali perbuatan lepas dan kedua-duanya berusaha membuka buku baru dalam kehidupan; peluang kedua. Setiap manusia berhak mencari dan memilikinya.
Selepas setahun novel ni terperam, I decided to give it a go today. The reason novel ni lama terperam, sebab bila saya baca the first 2 chapters — it doesnt hook me right through it.
Secara jujur, I think the writer did a really good job untuk penulisan cerita di tengah-tengah novel. Saya faham permulaan beberapa bab di awal sepatutnya membuatkan pembaca curious nak tahu what actually happened waktu Azim dan Khadija mula-mula berjumpa — which is a good premise.
Tapi disebabkan penceritaannya meleret-leret, largely owing to the author’s over-explaining the setting and situations — pembaca jadi penat 🙂
I like it honestly. Mungkin kalau disunting dengan lebih baik, the delivery would be better sebab plot-nya sangat promising 🤌🏽🤌🏽 Not to forget, masih ada typo dan additional spacing yang boleh menganggu flow pembacaan pembaca seperti saya 😅
Terima kasih penulis, looking forward to your growth.