cerita coretan puan Luna Azila sangat santai. sesuai dengan kembalinya beliau semula dengan karya terbaru ini. tapi boleh jatuh cinta berkali-kali membaca olahan susun lenggok ayat puan penulis.
dhia lofa. cantik. sangat ringkas orangnya. kadang lucu juga perangainya.
adam matin. tegas. tak banyak cakap. tapi auranya sangat 'hidup'.
matin dikejar oleh aisha. puan ruhil pun sangat berkenan mahu jodohkan matin dengan anak jirannya itu. tapi seorang matin, jangan suka-suka nak atur hidupnya.
dia bertemu dengan lofa sekali lagi sewaktu bercuti. lofa lemas dan dia yang selamatkan. lucu lofa bila murung sebab 'dinoda'. walhal matin buat cpr tu sebab nak selamatkan dia.
perjalanan kisah taklah puan penulis gambarkan meleret bila jatuh cinta, jatuh hati itu semua. cukup dengan sedikit naratif yang menceritakan semua perkara.
dalam mahu meneruskan hubungan ke peringkat lebih jauh, inilah masalah yang perlu dihadap oleh lofa dan matin. puan ruhil yang berkenan dengan aisha. dan aisha ni pun sangatlah fake. haishh...
kasih ibu, seburuk dan seteruk mana, nalurinya tetap mahu yang terbaik untuk anak. tapi kadang dia lupa anak ada perancangan kehidupan yang mungkin lebih baik dari apa yang dia mahu.
anak pula, taklah harus cepat melompat. akan ada cara untuk lembutkan hati seorang ibu. itulah yang matin buat. dia anak yang sangat baik.