salah ke jihan jadi anak orang miskin? tapi dia pandai belajar. cuma tak seronok dia dituduh atas perkara yang tak dilakukan. dan disebab itulah dia terpaksa berkahwin dengan ghibran.
tapi boleh tahan tahap degil jihan ni. sangat-sangat. dia berkeras tak nak kahwin dengan ghibran. sampai kena paksalah. dah sudah berkahwin pun dia buat hal sendiri je. mujur juga ghibran ni pun tahap beku kayu.
jihan dapat jalani praktikal di tempat kerja ghibran. here and there, izzat, teman lelaki jihan pun dapat tempat yang sama. juga irin, sepupunya yang mulut ada mercun tu. suka sangat hina jihan sebab miskin. nak mengurat ghibran konon. huh!
penulis Aulia Iman menyelitkan kisah manusia yang terlupa dengan takdir Allah bukan untuk disesali. dan manusia pun mudah lupa hukum. lebih pada pentingkan kepuasan diri.
contih macam jihan. dia dah bersuami tapi sibuk juga melayan izzat yang konon cintakan dia sangat-sangat tu. padan muka jugalah bila izzat tu rupanya penipu. irin, konon sebab jihan miskin jadinya dia boleh hina-hina tanpa fikirkan perasaan orang. ada juga kisah lain, tentang teman serumah jihan yang dapat balasan sebab menganiaya.
cinta lepas berkahwin tu memang lebih indah. sengketa boleb diselesaikan dengan lebih baik bila ada komunikasi dan tolak ansur.
TAJUL GHIBRAN, JIHAN VIYONA, IZZUL MAHAT, RISYA AMANI, ADELE, IRIN, PN ROSMIDAH, PAK JUNAIDI, PROF SALWANI, ANA, FATIN, NAJWA, TAN SRI ABRAHAM GAYAM, MALEK
Jihan diperangkap oleh teman serumahnya. Dia ditangkap khalwat. Tan Sri, datuk Ghibran mengarahkannya bernikah dengan Jihan walaupun Jihan telah membayar denda. Mereka bernikah di sepadan. Maka tinggal mereka di rumah milik Ghibran. Namun bukan seperti suami isteri yang lain, tapi lebih kepada teman serumah. Masing-masing buat hal sendiri.
Jihan masih lagi bersama dengan teman lelakinya, Izzul. Ghibran membiarkan sahaja. Sehingga terjadi sesuatu ketika dia menghadiri majlis tahlil & kesyukuran di rumah lecturernya, Prof Salwani. Jihan sedar yang dia bersalah, lagi-lagi setelah dileteri oleh Mak Edah & Pak Junaidi. Namun, Ghibran yang asalnya telah menyayangi Jihan, menahan rasa kerana tidak mahu Jihan jatuh cinta kepadanya kerana dia 'sakit'.
Pages cuma 345 sahaja. Tak sampai sehari dah habis baca 😅 Jalan cerita yang bersahaja. Cerita santai & relax 🙂 Kisah Jihan yang keliru dengan perasaan sendiri.