Adam Mikail, dia lelaki yang aku cintai selama dua tahun curangi aku dengan perempuan lain. Dia kantoi depan mata aku sendiri. Takut kalau-kalau papa dia marah dan tarik balik pangkatnya akibat curang dengan aku, Adam buat keputusan untuk melamar aku. Nasib aku baik, semua rancangan lamaran Adam tidak berhasil disebabkan dia.
Naqiuddin Iman, dia stranger yang menyelamatkan aku daripada Adam. Tiga kali dia selamatkan aku dan disebabkan itu... Aku berjanji akan makan malam dengan Naqiu.
“Dinner?” “Ya... Boleh?” “Why not? Yalah, awak pun dah banyak tolong saya. Ini tanda saya ucap terima kasih kat awak...” “Manalah tau kan, ending untuk cerita Adam boleh jadi beginning untuk cerita kita... Silap, cerita saya. Assalamualaikum.”
Dan... Malam itu bukan saja ending bagi Adam tetapi ending bagi Naqiu juga.
“Dia tu duda anak sorang.”
Aku… Azalea Zahra, perempuan yang dicurangi Adam dan diselamatkan oleh Naqiu. Aku ada segalanya kecuali jodoh. Aku bukanlah seorang yang cerewet tentang jodoh. Tetapi, aku tak pernah terfikir yang aku boleh jadi seorang mak. Jaga diri sendiri pun belum mampu, nak jaga anak orang.
Masalahnya, semakin aku nak elak... Semakin aku terjebak!
“Masin mulut aku kan... Tak sangka betui-betui duda yang ayah nak kenaikan dengan hang tu, rupanya Q. Agaknya pasai dia tau yang anak ayah tu hang, pasai tu ka dia tolong hang?”
Di saat aku menerima jodoh yang dikirim Tuhan...
Illiyana Ilham, dia perempuan yang telah meninggalkan Naqiu dan Ash pada enam tahun yang lalu muncul dengan agenda.
“I akan buat apa saja untuk dapatkan Q. Kalau I terpaksa ambil Ash, I akan ambil Ash. I tak pernah tak dapat apa yang I nak, Lea. Macam yang I cakap... Hard way atau pun... You boleh fikir sendiri.”
Perlukah aku mengorbankan kebahagiaan aku demi kebahagiaan orang lain?
Ah... Pertemuan adakalanya kebetulan yang tidak boleh dijelaskan.
azalea zahra. tersepit dengan kata hati dan pemikiran. kenapa? haa... lepas dia putus dengan adam sebab adam curang, hati dia tergolek dengan stranger yang selalu jadi penyelamat dia. puan penulis taklah lama sorok siapa stranger tu.
mami dengan ayah lea ni sedih juga sebenarnya bila lea berpisah dengan adam. tapi yang best duda yang ayahnya asyik dok kenenkan rupanya q! lea ni dia berbolak balik. asalnya dia tak mahu q sebab ada komitmen anak. tapi kemudian, hati dia dah tak boleh kompromi. tambah asyik terserempak aje dengan q. jodoh ke? hehe...
dan paling menarik bila ada ash. lea kata, dia hanya akan terima q kalau ash terima. ash ni bujak bijak. tak padan dengan usia nak masuk sembilan tahun. dia jenis memerhati. apa saja yang mampu membahagiakan papanya, dia akan buat.
here and there. bak kata lea kat nari lah, dia takut adegan drama melayu masuk. adam kacau daun. mama kandung ash tiba-tiba muncul. kan... sebut lagi. dah macam memintak pulaklah lea nih. kan dah dua-dua muncul tiba-tiba.
sorang gila nakkan lea. sorang lagi sibuk rebutkan ash.
puan penulis ni pun sama. agenda dia dalam perjalanan cerita memang payah nak dibaca. itu keistimewaan puan syamnuriezmil. walaupun tau novel beliau biasanya akan happy ending, tapi sebelum nak happy tu, pembaca akan sama rasa cuak. cuak weiihh... kut lea ni lembut hati sangat sanggup serahkan q kat illi yang desperate sangat nak rebut ash tu.
hidup ni, jangan ada niat buruk. mula-mula konon macam berjaya dapat kan sesuatu, tapi rasa bahagia dapat dengan cara tak betul takkan ada sebenarnya. sama ada rasa bersalah menghantui hidup atau akan ada saja halangan untuk rasa happy tu lama ada dalam diri.
last-last nanti kecewanya akan lebih teruk.
so, redha. Allah aturkan sesuatu tu akan ada dengan hikmah. berdoalah agar sentiasa mampu bersyukur dan ikhlas dalam apa jua .
Mini novel acik syam yang ke 3 aku baca, hadiah pemberian daripada kak @official_waniscollection. Hadiah dah lama dapat. Baru baca🤣.Seperti karya acik2 sebelum ni, ianya sebuah kisah cinta romantik komedi. Ayat2 yang walaupon sempoi, tapi jalan ceritanya sangat menarik .
My sweet stranger ni mengisahkan pasal seorang doktor gigi, Azalea Zahra yang bercinta dengan seorang lelaki kasanova,Adam Mikail. Walaupon sering diingatkan oleh sahabatnya, Yunari yang Adam ni kaki perempuan tapi Azalea memekakkan telinganya. Dah nampak dengan mata sendiri, barula Azalea sedar. 2 tahun hubungan mereka, hanya sia2 .
Muncul Naqiuddin Iman aka Q sebagai penyelamat ketika Azalea memerlukan. Seorang stranger yang 3 kali telah menolongnya. Apakah itu sebagai satu petanda jodoh baru? .
Tup tup setelah mereka mulai berkawan, Q meluahkan hati. Azalea tolak. Sebab baginya dia baru je patah hati, takkan nak terima lelaki lain dalam hidup. Yunari pulak bising bila Azalea tolak lamaran Q. Dia cakap kalau Azalea bertemu balik dengan Q, dorang sebenarnya jodoh. Nak jadi cerita, Q ni rapat dengan mak ayah Azalea. Tambah pulak anak Q, Ash dijaga oleh mama Azalea. Oh ya Q ni duda tau. Dia dan Ash ditinggalkan isterinya sbb tak boleh hidup susah .
Nak jadi cerita, Azalea terima Q. Tapi dengan syarat, Ash mesti terima dirinya. Mcam2 berlaku. Datang pulak bekas isteri Q. Menjadi ianya sedikit konflik. Overall cerita ni jenis light2 je. Takde langau2 yg buat pembaca stress, sakit hati sangat2. Light conflict gitu. Apepon karya acik memang tak boleh disangkal tahap ke'best'annye .
So agak2 macam mana Azalea ambik hati Ash.? Adakah kehadiran bekas isteri Q mengubah semuanya?
Azalea Zahra, seorang Doktor gigi yg degil tp lembut hati. Dia tinggal bersama sahabatnya, Yunari yg membesar bersama sejak kecil. Sahabat yg menjadi peneman dan pendengar yg setia. Azalea anak bongsu Dr. Zulkefli dan Dr. Anggerik. -- Adam Mikail seorang yg kacak tp playboy. Kerana sikapnya, papanya hilang kepercayaan terhadapnya utk menguruskan syarikat hinggalah dia bercinta dgn Lea. Dia dilantik sebagai CEO oleh papanya hanya kerana Azalea dipilih menjadi calon isteri. -- Naqiuddin Iman pernah kecewa dlm percintaan dan perkahwinan. Hidupnya hanya utk Nash Ilman, satu-satunya anak yg ditinggalkan bekas isterinya. Seorang software developer yg mempunyai syarikat sendiri dan suka membantu orang lain dgn caranya tersendiri. -- Pertemuan pertama Azalea dan Adam semasa majlis makan malam syarikat Yunari bekerja telah membuahkan cinta di hati mereka. Cinta mereka direstui kedua belah keluarga. Cuma Yunari saja yg tak suka kerana dia bekerja dgn Adam dan lebih arif tentang Adam. Dua tahun menjalin cinta akhirnya berkubur begitu saja bila Adam terkantoi berlaku curang depan Lea. Yunari la yg paling happy bagaikan doanya telah termakbul haha. -- Naqiu yg tak dikenali, muncul ketika Lea sangat² memerlukan pertolongan. Bukan sekali, tp tiga kali Naqiu menjadi penyelamat keadaan dlm situasi berbeza. Dialah pemilik cafe, pekerja Mr. IT dan pemandu grab. Pelik. Dari seorang stranger di mata Lea, mereka mula berkenalan. Stranger yg sweet. Benarkah kemunculan Naqiu hanya kebetulan? -- Hubungan Lea-Adam dah berakhir dan bermula kisah Lea-Naqiu. Lea yg baru kecewa, menolak utk lebih serius setelah mengetahui status Naqiu. Dlm masa yg sama, ayah Lea cuba kenenkan Lea dgn seorang duda tp Lea reject. Namun, semakin Lea mengelak, semakin dia terjebak. Pertemuan tak sengaja di rumah keluarga Lea, mengubah segalanya. Baru Lea tahu siapa Naqiu. -- Bukan senang Lea nak terima Naqiu. Dah la teruk kena uji dgn Ash. Di saat Lea terima jodoh yg Allah kirimkan, tiba² Illiyana muncul. Dia yg kecewakan Naqiu. Dia muncul dgn agenda tersembunyi yg dirancang rapi membuatkan Naqiu dan Ash dipersimpangan. Lea berbelah bahagi kerana antara Illi dan Naqiu... ada Ash. Apa pilihan yg Lea ada? Apa pengakhirannya? -- Kisah romantik-komedi dari penulis otai. Setiap bab, ada ja dialog² yg mencuit hati. Aku suka Ash yg berfikiran matang walaupun baru 9 tahun. Paling win, scene Ash lamar Lea. Serius tak sangka. Kisah yg pastinya best dan dlm cerita acik, pasti terselit info² baru. Sangat puas hati. Best and full marks ⭐⭐⭐⭐⭐
As usual, buku Syam memang tak pernah menghampakan. Baca my sweet stranger ni, dok tersenyum sorang2... Sweet betul Q...Lepas tu, boleh berjangkit pulak sweet tu kepada Ash. Amboi Ash, kecik2 lagi dah pandai sweet2 ni... Tiba2 mama Ash pulak muncul...Ish geram betul. Tapi mujur la Lea tu pandai. Ending memang terbaik tapi sementara nak tunggu ending tu, buat jantung tak reti nak duduk diam. Berdegup laju betul. Saspen. Tahniah dan terima kasih, Syam. Teruskan berkarya!