Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hatinya.
Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya.
Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya itu memiliki zuriat yang sah.
“Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian. Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?” Cadang Ross.
Kenzi Julian sebal dengan bapa saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia bersetuju. “But with one condition.” Matanya merenung serius.
“Okey?” Ross dekatkan diri dengan Kenzi.
“Find someone whom I will never fall in love with, will you?” Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross.
Syarat Kenzi dituruti. Rancangan diatur. Embun menjadi insan terpilih. Segala-galanya berlaku dengan mudah. Tapi kenapa makin lama mereka bersama, semua yang berlaku mula nampak salah?
Kenzi x Embun, masihkah ada bahagia untuk hati mereka yang pernah terluka?
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.
She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.
Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.
Under the name of Anna Lee she is the author of Terukir Cinta (2013), Mencari Mr. Charming (Dec 2013) Aku Dia dan Pinky Promise (2014). Mesej (2015) Hello (2016)
She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).
Dear Kak AL, rasa cam dah tebal buku ni, tapi kenapa cepat je habis dan tak puas baca? I need more. hahaha. .
Demi Prolog Media dan Anna Lee, gigih je aku join live pada malam pelancaran novel ni. Hahaha...julung-julung kalinya aku buat perangai camni. Dan jarang-jarang sekali, lepas dapat buku baru, aku akan baca terus. So, ni another exception. Dan habis in one sitting. .
Bak kata AL, buku ni memang cliche. Tapi insyaAllah korang takkan rasa menyesal baca the clicheness versi PM. .
Akan rasa blushing bila part Kenzi dan Embun. haha...takde ayat sweet pun. takde part romantik geli-geli pun. Tapi akan terasa kemanisannya. .
Akan gelak bila part Ross dan Embun yang acah-acah video call, padahal.... hahahah .
Dan part nama Embun tu. Rupanya, Kenzi pun ada peranannya. hahahahha... .
Aku suka motif dorang kahwin. Walaupun tanpa cinta, tapi untuk memberikan keluarga kepada Kenzi. .
Cumaaa...aku rasa tak puas part ending Rasa nak lagiiiii...Dan aku curious tentang cinta lama Kenzi. .
Overall, aku suka buku ni. Kak AL, sorry, walaupun buku ni baru je keluar, tapi dah tak sabar nak baca buku baru AL. hahah
Setiap kali membaca buku dr Anna Lee, pasti saya terasa yg saya masuk sekali dalam buku penulis ini☺️. Ya betul kata penulis. KXE ni cerita yg sgt klise. Tetapi klise dari Anna Lee tetap terlihat kelainan dgn gaya penceritaan dan olahan yg dibawa👍
Kali ini cerita AL sangat santai. Walau adanya watak si langau Salina, tetapi watak yg dibawa oleh Salina tidaklah menusuk ke kalbu jahatnya tu. Cuma rasa menyampah tu adalah juga. Dah rampas Jovian sekali, ada hati nk rampas Kenzi pulak. Sejenis perempuan murahan dan penuh hasad dengki.
Pada awalnya terlihat lebih byk babak antara Ross dan juga Embun. Pelbagai cara yg dibuat oleh Ross utk menyatukan Embun dan juga Kenzi. Si Ross ni pulak sejenis yg over😂. Semua benda dibuat berlebihan. Bagi hadiah kemain branded. Bagi bunga pulak, nahhh habis penuh bilik meeting😅 sampai mengundang kemarahan Jovi dan juga Salina.
Pada mulanya tertanya juga kenapa beria Ross mahu menyatukan Kenzi dan Embun. Ermm dah nak penghujung cerita barulah tahu perkara sebenar. Dan yess, perpisahan Embun dan Kenzi selama 6 bulan tu tak rasa apa pun. Tahu2.. taraa ada surprise utk Kenzi dan Ross😍
Apapun mmg best Kenzi x Embun. Aci tak kalau nak minta AL buat kisah cinta juga utk nexttt novel!
Saya Sukaa!!! walaupun cerita klise kannn.. saya tak kira..
cuma part last tu mcm tak puas cepat sangat kenapa.. nak tengok apa yg berlaku kat Jovi n Sally!! lepas tu terus part airportt tup2 M dah pregnant.. tak cukup puan penuliss 😆
Benar, memang semua tentang novel ni klise. Ceritanya, wataknya, konflik dan aksi dramatiknya. Kisah perancangan nikah demi zuriat yang kemudiannya beralih jadi real love. Dah biasa, klise. Namun apa yang unik adalah gubahan dialog dan characterization watak-watak terlibat, menjadikannya special, unik dan punya gaya tersendiri.
Aku salute gaya penyampaian penulis yang menukilkan karya ini dengan kemas dan mudah di follow pembaca. Membaca karya Anna Lee ni sering memberikan effect neat dan well made. Namun, unsur natural dalam dialog, tindakan dan aksi watak sering memberikan effect make believe bahawa this is real and we as reader be like spy on them.
Persoalan pilihan kedua, menjadi main theme yang menggerakkan semua aksi dalam novel ni. Semua watak diberikan peluang untuk menjadi atau melakukan lebih baik, malangnya ada watak yang mensia-siakannya seperti Jovi dan Salina(dah salah, fix it, ambil chance, terus saja kahwin, tapi sebaliknya.😑) Sifat tamak dan tak menghargai nyaris mengancam kebahagiaan Hero dan Heroin(persepsi, andaian terhadap sikap satu sama lain,gangguan orang ketiga) mujur mereka cepat sedar.
Aku suka sikap positif yang dipaparkan melalui watak Heroin, juga women imej yang dipaparkan writer. Jarang writer tak terikut dengan tuntutan klise- objectified of women bila melibatkan fizikal dan unsur sensual yang stimulate imagination reader, tapi ini digunakan pada watak lelaki sahaja tanpa menjelaskan secara detail tarikan sensual imej watak Heroin. Hopefully, more positive women image from writer.So at least, bukan semuanya klise dalam novel ni😉#fatimahmanaf #timahbacaapa
Best sebab Uncle Ross je,kalau nak harapkan si Embun Pagi ni alahaiiiii lembik betul.Bukan selera aku heroin jenis lembik2 gini.Pastu kan separuh buku ni dok cerita pasal Uncle Ross and Embun.Macam tak kena je tajuk Kenzi x Embun,lebih banyak Uncle Ross.
Bacaan santai sis pada satu hari dalam bulan Mac 2021 💛
Penulis dah beri amaran awal bahawa cerita ini klise. Baca sinopsis pun dah boleh agak sebenarnya. Dan iya, cerita ini sungguh klise cuma masih ada kelainan dan gaya olahan Anna Lee yang buat aku suka 🥰 Sis habis baca novel ini dalam sehari saja. Proses pembacaan akan laju apabila sis membaca novel Melayu dan bertambah laju apabila jalan cerita menambat hatiku.
Great yet cliche storyline! Strong and likeable characters (kecuali watak 3 durjana). Ada plot twist walau ada klise yang dikatakan, dan ending best! Novel ni cukup rencah dengan kisah cinta, keluarga, persahabatan, dan pengkhianatan.
Mengenai watak, sis mulakan dengan watak sampingan dahulu kerana dalam novel ini, watak sampingan sangat memainkan peranan. Dua watak sampingan yang aku suka iaitu Fiza dan Uncle Ross. Fiza adalah sahabat baik Embun. Peribadi yang sangat baik dan sentiasa menyokong Embun. Bolehlah tolong carikan pasangan untuk Fiza juga ye. Mungkin boleh jadikan Fiza sebagai heroin dalam novel lain ke? 😉 Uncle Ross pula, aduh, comel dan kelakar sungguh! Watak yang sangat menceriakan suasana. Ada satu babak membuatkan aku gelak sampai mengalir air mata 🤣 Uncle Ross yang suka berlebihan dan pakar dalam segala hal tapi dalam masa yang sama, boleh jadi mamat blur.
Watak utama Kenzi dan Embun, tidak perlu disangkal lagi kesukaan aku pada mereka. Seorang lelaki yang begitu melindungi wanita walaupun luarannya hanya dihiasi dengan muka ketat, dan seorang wanita yang sungguh comel, tabah, dan percaya pada suaminya. Babak mereka berdua berjaya membuatkan sis senyum sengih seorang diri sehingga ditegur oleh suami sis 😬
Satu nilai utama daripada novel ini adalah mengenai kepercayaan dalam hubungan suami isteri. Sis suka apabila Embun meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Kenzi. Babak melibatkan Salina, sis ingatkan dah jadi adegan klise, rupanya masih ada pertukaran cerita di situ.
Pendek kata, sis suka novel ini. Sis tak minat sangat baca novel romantik dan tak sangka yang sis happy sepanjang pembacaan novel ni. Lengkap untuk menjadi kesukaan sis. Maka, dengan itu, 5 🌟 untuk novel ini 💛
So, dah sedia nak baca review ML? sebelum tu, kena sedia maklumlah... ML akan bias kalau dengan AL. okey.. here we go.
Siapa yang cari kelainan dari untuk karya Anna Lee??? ... nope.. dah nama pun Anna Lee kan... and yes... AL ckp, naskah kali ini klise.... sangat.. hahhah.. part mana??? tunggu!!!! kali ni, karya AL sangat sangat santai. korang akan senyum memanjang, tiap bait kata Fiza, sikap bodoh alang Mr. Ross.. you will love it. Nasib baik AL x hanyuttkan kita dengan sendu sedan Embun di saat penceraian dia...so, x delah cerita ni bermula dengan lemau. Lagipun, Embun ni memang seorang yang tabah dan kental orangnya. Anak sulung kot. Pendek kata, naskah kali ni, korang akan santai2 ditemani kupu-kupu sepanjang cerita hingga x sedar dah nak habis. Hahhahaha.. x melampau sgt kan....
my 1st book dari Anna Lee. tbh, it is cliche BUT i reaaaaally enjoy reading this book. sumpah fun gila and tak heavy punn! gelak je memanjang. rasanya ni first time baca couple umur tak berapa nak muda.
characters. AHHHH I LOVE MR ROSS!! he's fun, kelakar!, mulut manis (🙄) and ISH I JUST LIKE HIM!!! Embun iz a girlboss 💅🏼 i like her even memula tu macam nampak lemah. and Kenzi. i just wanna say, MARRY ME!!! 💍💥💳💥 this man is dingin, kejung, semua lah. tapi once he start caring, CUTE NAMAMPOS SEBAB TAKNAK BAGI NAMPAK HAHAHA.
the villains in this book deserve so much more derita!! apa jadi dengan dua ekor tu!! i need to know what happened!!! ish
selepas baca buku cliche yang tak menepati rasa sebelum ni, this book just wash it away. will reread again another time hehe!!
Lama gila okay tak baca buku melayu cringe macam ni. Walaupun penulis dah bagi trigger warning cerita ni giler cliche lelaki hensem kacak kaya raya, perempuan pulak budak kampung tapi mediocre with brain.
Walaupun cliche melampau, gaya penulisan penulis sangat amusing and buat ketawa terbahak-bahak dan senyum sorang-sorang. Her sense of humour, hats off girl!
Lepas tu jalan cerita tak membosankan sebab dia akan bagi plot twist kepada cerita ini dari semasa ke semasa. Hmmmmm can I have my own "Kenzi" already. 🤪
Bacaan yang santai dan menghiburkan. I read this in one seating honestly. 😂
first half terhibur dengan perangai Ross ni yg tak nampak macam pacik-pacik dan gigih betul mengorat Embun. kalau jadi Embun pun pelik juga, dah reject pun boleh si Ross ni gelak-gelak tak macam orang patah hati.
bak kata penulis, buku ni klise. yes sangat klise dan bila sampai kat pertengahan cerita dah rasa penat pula nak habiskan, rasa macam slow betul Kenzi nak make a move. itulah bila kisah cinta terlalu klise, nak cepat habiskan saja bacaan sebab sis penat dengan kisah cinta yg klise.
Aku dah lama tau terperangkap dalam lohong reading slump. Finallllllllyyyyyyyy tak sia-sia aku pandang kenziXEmbun ni di rak yg dah setahun lebih terperam. Selak la sehelai dua sekali BOOOOM! In just one night ye khatam. Ha puas hati aku. . Pertama ye memang cliche tahap gaban laah jalan cerita dia tapi aku tak kisah langsung sbb aku nak light reading yang tak serabut kepala sebab cukup-cukupla dengan workload sekarang takkan nak layan buku banyak konflik pula lagi bertambah sesak nafas. Kiranya KenziXEmbun ni memang sesuai dah cukup rasa dengan mood aku sekarang. . Malas komen banyak tapi BEST la layan😍😊😆Kisah cliché tapi sebab penulis dia Anna Lee kan, yang cliché pun jadi menarik! Bytheway, ROSS tanak kahwin dengan Fiza ke elok pula dua org tu jenis suka branded things ye dok.Boleh la berebut handbag..
Engaging narration filled with humour, besides the fact that it was cliche and lacking of punches.
Kenzi x Embun, My Missing Pieces was my first read from Anna Lee although I’ve seen her name around in the local book industry. I’ve always known Anna Lee as a romance author with a fantasy/magical realism twist, a slightly different genre from what she presented right through Kenzi x Embun. The book is contemporary fiction and would passed as romantic comedy, but with hundreds and hundreds of books laying around in the similar genre, what could make this book different and unique from others?
Granted, Anna Lee’s writing style is easy to follow and definitely hilarious. Making jokes that come off naturally is not easy, especially in the writing form- be it in Malay or English language. I had good laughed throughout my reading especially when it came to Embun and Mr. Ross’s interaction.
Plot Kenzi was in seach for a wife with the help of his uncle, Mr. Ross. They encountered Embun when she was arguing with her ex-husband and the side chick? (sorry I forgot). Embun’s strong presence and personality caught Mr. Ross attention, dia pun macam nak jodohkan Embun dengan Kenzi. Meanwhile, Kenzi pula jenis malas nak ambil tahu- you know that kind of brooding male alpha with zero personality jsjsksk, so he let her uncle to deal with Embun.
The build-up was good but it lost its ways towards the ending. The last few chapters are so 갑자기ish, sudden, felt rushed and out of places. The chapters were short with lesser details, it felt like the author had lost the direction before ending her novel.
Romance Almost satisfying. The romance tension between Kenzi and Embun was there. But the lack of Kenzi present throughout the book made me tick off towards the story. Mr. Ross had more appearance than his niece, not to mention, it felt like he had the most chemistry towards Embun. 👀
Also, idk how publishing works, but if this book is going for its second printing, I do wish the author & publisher could double-check and improve on the grammatical and spelling errors because those mistakes would be sores to the eyes and could disrupt the whole reading experience;
page 180, “Three fucking years and I don’t F care” -what’s the meaning of F in here? Assuming readers don’t know.
page 235, “Sebah I boleh buat house tour untuk you?” -sebab
page 347, ‘Setelah melihat suaminya mengangguk, Fatimah segera lengan Kenzi mengajak ke dapur’ -there’s a missing word in the sentence
page 432, ‘....and HE will LOVE you back’
*I revisited this review after 3 weeks and I barely remember what happened throughout Kenzi x Embun. All I’m saying is- though I enjoyed the style of writing, unfortunately, this book isn’t memorable at all :/
”I dah sediakan toto. You tidur dekat bawahlah kalau tak muat kat atas tu.”
“I? Tidur atas lantai?” Kenzi menoleh dengan wajah serius.
“Dah tu? Nak suruh I ke?” Embun membalas renungan tajam itu.
“I tetamu.” Kenzi memberi alasan. Tayang muka berlagak.
“I perempuan.” Embun tayang muka mengejek.
“You ingat ini drama Melayu? Lelaki tidur atas lantai. Perempuan tidur atas katil yang empuk?” Kenzi bulatkan mata.
“Dah tu, you ingat ini drama Korea? Perempuan tidur kat lantai, lelaki tidur atas katil yang empuk?” Embun berlawan bulankan mata.
You can look forwards at every banters happening inside this novel because were mostly chef’s kiss, I’d give that.
1) cover - pandangan mata nampak Anna Lee dari sudut yang berbeza. sebelum ni lebih pada pembaca perlu gali apa yang disampaikan. kali ni, puan penulis cantik dengan besar hati terus beri apa yang pembaca mahukan.
2) tajuk - like, serious letak nama watak utama? ha... menarik terbitan Prolog Media kali ini.
3) genre - dicanangnya, klise. hanya mampu senyum. klise ya... siapa dah biasa dengan karya puan penulis, sila angkat tangan! jom kita senyum senget sama-sama. klise sangatla kot...
4) muka surat - nak mintak tebal tu kejam. cantik sangat dah rasanya. tapi, kalau penulis cantik ni yang menggarap, takkan ada istilah less is more.
5) cerita - dah kata klise. kecewa, pergolakan, rancangan, halangan dan kemudian happily ever after.
6) lain-lain ~
i) korang percaya puan penulis ni nak bagi klise senang-senang gitu je? nehi... dalam mimpi jelah. kalau korang dapat fotografikkan jalan cerita, akan nampak cabang-cabang selirat yang sedikit tersorok. akan nampak kenapa kenzi tu manusia dari kutub utara. akan tahu kenapa embun memang asal dari garis khatulistiwa. akan setuju ross dari negara empat musim. akan yakin yang fiza ni dari timur tengah. jovi dan salina? sesat entah dari benua mana.
ii) percaya tak kalau kata isi cerita puan penulis ini mampu mencetus idea pada pelabur? beb, korang pun biasa tengok dekat tv kisah melabur dalam bisnes semuanya tentang hartanah, emas, segala tok nek fizikal lah. mana ada kisah nak bawa pembaca pasal pelaburan dalam industri hiburan? ada?
iii) cinta pandang pertama? nehii... embun tu pada mata kenzi, tak cantik. embun wanita biasa je. tapi embun ni, bijak dia tak boleh nak dijangka. kenzi pula berlawanan. kalau tidak, masa kan fiza gelar dia lelaki paling seksi. penulis tak adalah gambarkan terperinci tapi... if you read, you'll know.
iv) dua watak ni pun bukan muda. sorang 30 dan sorang lagi 40. matang. elok je pembawakan diri dan perwatakan. realiti dunia, bukan fantasi punya gambaran.
ehhh... takkan nak sambung senarai? oo... cerita dia?
secara ringkas. embun ni janda. kerja satu tempat dengan bekas suami, jovi dan sotong pembelit, salina.
ross mencari bakal isteri untuk anak buahnya, kenzi. adalah dia punya senarai kriteria untuk dijadikan isteri. yang paling penting kenzi tak mahu wanita yang mampu buat dia jatuh cinta.
and the story begins...
jangan lupa, masa baca tu perhatikan sekali perkara-perkara kecil yang puan penulis masukkan. kalau mampu teliti, sangat banyak ilmu yang mampu pembaca kumpul.
bila hidup dalam kenangan, memang akan sukar untuk melepaskan kedukaan.
kenangan akan terus jadi kenangan. biarkan.
begitu juga dengan buruk hati dan tingkah jengkel manusia.
bukan untuk didendam mahupun dibalas. takkan buat diri dipandang bijak pun kalau membalas. biarkan.
hidup memang akan sentiasa klise. tapi manusia diberi akal untuk hadapi dan lalui.
Serius aku rasa rugi yang teramat sangat sebab tangguh baca novel ni. Novel tak silap aku beli pbakl tahun lepas. Setahun wehhh. Rugi .
Embun Nashmia. Nama klasik kan. Comel. Tapi tulah. Hidup dia diuji pabila suaminya curang dgn kawan baikya sendiri. Gila lah. Jadi bagi Embun, perpisahan yg terbaik .
Kes siram kepala Jovi dekat cafe membuatkan Mr Ross tertarik kepada Embun untuk dijadikan pasangan Kenzi. Niat awalnya hanya untuk Kenzi mendapatkan zuriat untuk penyambung harta Kenzi. Tapi bila dah lama2 tu, Embun ni mempunyai satu aura yang membuat Ross tertarik .
Novel ni klise. Kak anna sendiri ada menyatakannya sewaktu naskah ini diterbitkan. Memang betul klise. Tapi aku sukaaa. Serius! .
Aku suka cara Mr Ross dekatkan diri dengan Embun. Dia cuba sehabis daya untuk pikat Embun. Walaupon tindakbalas Embun agak dingin .
Kenzi pulak acah2. Dia kata, dia takkan jatuh cinta dengan Embun. Kononnya dingin. Tapi sikap protektif tu ada pada dirinya. Tambah2 bila Embun diserang oleh bekas mentuanya .
At the end, kak Anna buat satu plot twist yang tak dijangka. Tapi serius best. Benda tu buat hubungan Embun dan Kenzi lebih menarik tau. And paling best bila Embun sanggup berkorban utk Ross. Dia sanggup berpisah dengan Kenzi sebab Ross .
Semua manusia dekat dunia ni adalah pendosa. Tak ada yang baik. Semua sedang berusaha untuk menjadi baik. Cuma jika kita tahu macam mana menghormati dan melindungi... kita lebih baik daripada mereka yang terus melakukan kesilapan tanpa ada niat untuk berubah. Perkahwinan atas dasar cinta bukan penentu bahagia. Jika kita berkahwin atas sebab rasa selesa. Rasa tenang. Rasa hormat, Insya-Allah bahagia itu akan kekal. Cinta itu akan hadir. - Kadir
I tak perlukan cinta untuk bahagia. Tapi I perlukan keluarga. Berkahwin dengan you, I akan miliki semua itu. - Kenzi Julian
Andai kata suatu hari nanti, you tak dapat mencintai I dan I tak dapat mencintai you, dan andai kata suatu hari nanti kita putuskan untuk berpisah... I nak kita berpisah dengan baik. I tak nak kita bermusuhan. - Embun Nashmia
Wow, speechless jap. Tak tau nak habaq apa kalau lepas baca novel AL. (Nanti ada orang kata saya bias tu 😅) Tapi nak buat macam mana kalau dah sedap takkan nak menipu kata tak sedap kan? Saya suka storyline cerita ni. Genre romantik-santai yang rasanya santai betul sampai saya rasa novel ni paling cepat saya jumpa perkataan tamat.
Cerita ni klise. Betul, memang klise. Tapi bila AL tulis klise tu berbeza dengan yang biasa ada. Love sangat dengan watak Kenzi X Embun. Dan tak lupa juga watak Mr. Ross yang paling sporting. The best uncle in the world. Sepanjang cerita ni ada je part lawak dia nak mengenakan Kenzi, tapi bila dah hujung-hujung cerita ada sedih sikit. Baru tahu kenyataan sebenar fasal Mr. Ross dan menjadi salah satu sebab kenapa dia nak Kenzi kahwin.
Bila korang telusuri kisah Embun terutamanya, korang akan jumpa satu ayat ni yang bagi aku sangat deep.
'Hati yang hancur takkan terluka.'
Dan korang akan benci Salina damn much! Kesian Embun. Trauma tau tak. Macam-macam benda jadi kat dia. Nasib nama dia Embun. Yang bijak dan berani. (bak kata Kenzi) 😁 walaupun Kenzi kemain kutuk nama Embun masa awal2 cerita. Padahal... 😂tettt yang ni korang kena baca sendiri. Memang surprise betul.
Antara scene yang saya suka dalam Kenzi X Embun:
1) part pantun viral DBP. Masa ni ku gelak terbahak. Tak tau nak kesian ke nak padan muka-kan si Salina tu. Dia percaya plak tu 😂
2) masa Mr. Ross ajak Embun dinner kat rumah Kenzi. Part masak sama-sama dan part Kenzi salah faham.
3) Masa dekat kampung. Sesi luahan perasaan Kenzi dekat Embun. Tak semena I menangis baca scene ni. 😭 I faham perasan Kenzi time ni. Rasa nak peluk dia ehhh, peluk buku jelah dapat pun.
4) part sejarah nama Embun. Wow sangat ku rasa. Ada part menyentuh hati juga di situ melibatkan Kenzi. Nak tahu kenalah baca 😁
Dan ada lagi babak yang menarik hati. Pokoknya, cukup rencahlah. Ada part gelak, sakit hati dan menangis jugak sikit. Kita bagi 5 🌟. Puas hati sangat baca. Tak sabar tunggu next novel plak. Semoga dipermudahkan urusan menulis kak Jue. Saya doakan tahun ni banyak novel AL dan penulis PM yang lain keluar 😘
Tambahan: lupa plak, kawan baik Embun si Fiza tu function sangat. Memang dia main peranan penting. Kena cari pasangan untuk dia jugak tu. 😁
Kesimpulannya, novel ni klise tapi klise yang aku suka 🤣
Kisah Ross yang nak carikan jodoh untuk Kenzi. And calonnya itu adalah Embun. Sangat menarik ye macam mana si Ross ni try hard nak pikat Embun untuk jadi isteri untuk anak saudara kesayangan dia tu. Tapi itulah melebih sangat sampai orang dah salah faham 🤭
Lepastu langau-langau biasalah kan mestilah ada tapi aku suka sebab Embun ni bijak, si Ross yang menyelamatkan keadaan and also Kenzi. Mungkin dia nampak macam tak kisah tapi sebenarnya dia concern (eceh). Tapi Kenzi ni memang hero idaman Malaya sampaikan aku rasa bila baca novel ni memang fantasi betul.
Bila dah nak hujung2 tu ehh ada pulak plot twist lagi tapi nasib baik yang manis2 aje 😆
'I nak padam semua kenangan lama you yang ada dalam bilik ni. Kalau boleh satu rumah nu I nak ubah. Biar hilang kenangan lama. Cuma ada kenangan baru.' -Kenzi-
Hello! Buku ni best okayy..Highly recommended!! sesuai untuk bacaan santai tanak pening pening pikirr konflik. Cerita yang memang klise, plot tak bosan dari awal, tak perlukan ayat ayat manis yang terlebih gula untuk pembaca tersenyum sekali, cukup terasa manisnya.
'When you have the power, people will respect you. But once you give others the power. You will have both.'
'Mungkin jika aku mengahwini lelaki yang mampu mencintai orang tua aku, mungkin... cinta itu boleh hadir?'
'Hati yang hancur takkan terluka.'
________
Hati yang terluka dek kegagalan dalam rumahtangga bersama lelaki yang dicintai, kerana akhirnya cinta itu sendiri mencurangi dirinya, membuatkan Embun nekad tutup perasaan. Risikan seorang pemilik kad dengan nama Ross Gabriel, -- yang mengelar diri Embun gadis kopi disebabkan oleh tindakan luarbiasanya ketika berada di sebuah kafe, yang telah disaksikan oleh mata-mata orang-orang yang berada di situ -- ditolak Embun mentah-mentah.
Namun Ross dengan tekadnya tidak berputus asa untuk berusaha memastikan anak buahnya, Kenzi, akan mempunyai zuriat daripada seorang calon isteri yang dipilih Ross, iaitu Embun; kerana wanita itu memiliki semua ciri-ciri yang telah disenaraikan Kenzi.
Keadaan membawa kepada pertemuan; pertemuan membuka kepada sebuah kisah; dan sebuah kisah menyuburkan suatu rasa, menyatukan jiwa-jiwa, dua jiwa yang pastinya -- Kenzi dan Embun.
________
Kenzi X Embun, benar pada disklaimernya di laman awal buku, ialah seperti sebuah cerita tipikal yang klise, yang banyak disajikan dalam novel-novel romantik tempatan masa kini. Jalan ceritanya tidak lah bergerak perlahan ataupun laju, walaupun masuk beberapa bab yang terakhir dek kerana perkara-perkara klise itu sudah lebih banyak yang masuk, pembacaan saya jadi lebih lambat untuk dihabiskan.
Plot novel ini tidak akan saya kategorikan sebagai luar biasa ataupun memberikan impak yang besar dari segi emosi mahupun berat pada fikiran -- jalan ceritnya cukup santai dan ringan sahaja. Pada saya babak awal yang memulakan jalan cerita buku ini dan menjadi faktor utama yang akan membawa kepada perlaksanaan premis dan konflik yang akan dihadapi oleh watak utama nanti, perlukan lebih perincian lagi -- entah kenapa saya rasa pada babak tersebut agak tergesa-gesa, ada yang kurang, mungkin sebab ada beberapa persoalan dalam kepala otak saya tentang beberapa kemungkinan, yang saya tak jumpa jawapannya.
Pun begitu, novel ini tak dinafikan ditulis dengan naratif yang masih buat pembaca terus lekat membaca. Dan pada saya, novel ini lebih dihidupkan oleh watak-wataknya -- utama dan bahkan watak sampingan juga -- nama watak seperti Kenzi dan Embun sahaja sudah sangat cukup menarik, perwatakan mereka pun mampu mengambil perhatian pembaca untuk terus fokus membaca.
Buku ini pada saya ialah satu buku yang akan saya baca bila rasa seperti ingin membaca sesuatu sekadar untuk mengisi masa yang tengah banyak, dan bukan sebagai satu bacaan yang akan saya cari kalau diri tengah nak rasa kena 'penamar perasaan' ataupun 'secondhand emotional distressed'.
Sepertimana yang penulis sendiri bagitahu. Cliche. Novel ni sangat cliche tapi gaya penulisan dan olahan tu yang membuatkan naskah ini cliche tapi istimewa. Macam pelik je ayat ni hahaha.
Embun yang terluka oleh kecurangan suami tak guna dengan sahabat baik zaman kolej dia sendiri. Kenzi mempunyai kisah cinta silam yang tidak manis menyebabkan dia menjadi seorang lelaki yang dingin. Naskah ini banyak scene scene di pejabat tempat kerja Embun. Bayangkan terpaksa bekerja satu tempat kerja dengan bekas suami yang curang.
Walaupun Kenzi dan Embun punya interaction ni banyak berlaku pada pertengahan novel tapi dorang ni ada aura tersendiri especially Kenzi. First part of this book banyak sangat pasal Ross (and i’m not complaining 😍❤️). Watak Ross serius sangat best, lucu dan masuk air. Watak Embun ni kuat dengan cara yang tersendiri walaupun ada lah beberapa scene yang melibatkan Salina dan Jovi dan juga maknya si Jovi yang selalu menyalahkan Embun tentang penceraian Embun dan Jovi. Watak Kenzi pula sangat dingin sebelum dorang bersatu tapi still korang akan jatuh suka pada character Kenzi
Bila dah baca banyak tu baru kita semua dapat faham rupanya Kenzi dan Embun ni bukanlah orang asing. In fact nama Embun tu pun ada kena mengena dengan si Kenzi.
Overall buku ni sangat ringan dan simple sangat sangat sesuai untuk yang nak baca novel yang takde konflik berat. Rasa macam dah tebal tapi sedar tak sedar dah habis baca. Dan ini karya Anna Lee yang pertama saya baca 😍.
No part of this book has made me put it down. Mmg setiap kali ada masa free je, buku ni lompat ke tangan terus.
Best gila!
Fair warning tho, focused somehow more on pergaduhan dalam ofis kerja and Ross. Ada je scene Embun x Kenzi, but tak bnyak sgt imo. I lagi suka kalau ada banyak sikit interaction between diorg yg lead up to the scene where Kenzi stood up for Embun. Baru rasa confident sikit ML ni mmg dah jatuh hati dkt FL.
Kalau ada spin-off yg focus more on Embun x Kenzi, mmg no doubt I akan beli! 🫣 Please 🙏🏻
Setakat ni Kenzi x Embun jadi my top read. Mostly kata cliche tapi for me, cliche yg best lah juga. Memang slowburn (penat I tunggu), Kenzi ni sejenis grumpy tetapi I tak nampak the age gap 🤣 Dan I tak rasa konsep 'friends with benefits' kena dgn context scene tu? Maybe just me lah kot. Overall, sesuai untuk bacaan ringan & best je.
What can i say, this is superb. Penat gelak dgn perangai Mr Ross ni dalam rancangan untuk memikat Embun Nashmia for his anak buah, Kenzi Julian. Just love them both. Dua2 broken hearted. And of course ada twist , unpredictable but still perfecto!!
Tak tahu nak tulis resensi macam mana dah! Macam dah hilang diksi Tapi Kenzi X Embun tetap ada manisnya.
Cuma rasa 'hilang' sekejap sebab tak ada kisah thriller. Dan KakChik bagaikan lost macam kantoi Salina-Kenzi dalam bilik di ofis Kenzi tu seperti terlalu senang diselesaikan. Embun memang aci kerat jari percaya tanpa was-was dengan Kenzi.
Lepas tu kenapa semua watak antagonis macam 'mati' tanpa penamat macam tu je. Tak puas hati betul dengan kelaku Bonda Asnah. Hilang terus keayuan 'bonda' itu di hati KakChik.
Dan Ross tetap nampak lebih menyerlah dan penuh warna karektornya.
Kalau aku jadi Kenzi, perkara pertama yang aku buat sebaik pulang ke Malaysia ialah menjejaki orang-orang yang aku sayang. Tentunya lebih mudah kerana dengan statusnya, Kenzi senang untuk dapat akses mencari dua orang yang paling dia sayang itu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
I literally kicking my feet while reading this book. Kenzi is such a grumpy but a potato in this book. I loved him!! 🤣 Embun pula a strong girl betul la despite everything happen.
Uncle Ross!!! Hahahaha please end up dengan Fiza 😆 Mesti chaos gila rumah diorang kalau end up sekali.
kategori tak boleh letak bagi Lila. Walaupun penulis warning banyak kali ni cerita klise. Tapi bagi Lila, Kenzi x Embun adalah cerita klise yang sedap dan menyelerakan untuk dibaca.
Lila suka bagaimana penulis memotretkan watak Kenzi dan Embun dalam novel ini. Tapi, Lila suka watak Ross. Kahkahkah! Lila rasa Ross adalah punca buku ini tak boleh diletak. Sebab Ross macam perencah cukup rasa dalam novel ni. Lalala
Dannnn, paling penting. Dalam penulis sibuk cakap dia tulis cerita klise, tapi gaya dan stail seorang Anna Lee tetaplah Anna Lee. Masih ye ada ‘misteri’ dalam ‘klise’ dia itu. Adakah misteri akan terus kekal misteri? Rasa nak cubit je penulis ni eh. Sampai tak jadi maks nak lipat kain nak habiskan baca.
Kesimpulannya. Best, sedap, berbaloi beli, tak sia sia stay up baca sampai pukul 1 pagi. Satu yang Lila suka bila baca novel best ni, ia akan buat mood membaca kita membuak-buak. Tengoklah, dua tiga hari ni mesti kerja maks baca novel je (dan kain masih tak siap lipat) kekekekekeke
Congratulations Anna Lee. You did great, as always.