Jump to ratings and reviews
Rate this book

Love, Perhaps

Rate this book
Marry Me, Mawar - Lila Vee

Bagi seorang Mawar Aisyah yang sudah punya senarai panjang untuk calon imamnya sejak dia berumur lapan belas tahun lagi, memilih pasangan hidup yang terbaik adalah perkara yang paling penting. Cuma, yang Mawar tak pernah sangka adalah dia akan ditemukan dengan dua orang kembar yang sama baik, sama kacak, sama memikat.

Bila hati harus memilih, lantas... bagaimana?

***
Masquerade - NIRROSETTE

Dalam dunia seorang Nadia Ellisya, hanya wujud teman baiknya Deeya dan diari hitam kesayangannya. Tiada apa lagi yang bermakna dalam hidup Ellisya sejak kemalangan ngeri yang meragut nyawa kesemua ahli keluarganya. Ellisya merasakan dia tidak punya sebab lagi untuk bahagia. Namun semuanya berubah sejak bertemu Nine.

***
Hai, Saya J(odoh) - BulanHijau

Kata orang hati manusia ni ibarat span. Apabila dicelup ke dalam air, ia akan terus menyerap. Macam tu jugalah hati seorang Laila Nur. Sekali dia sudah jatuh cinta bukan senang untuk dia terus melupakan.

I wish we had a delete button in our life.

Bagi Lilo semua orang berhak diberikan peluang kedua to start over. Tapi perlukah dia beri peluang kedua dan biarkan hatinya terus disakiti? Atau, dia perlu beri peluang kedua untuk dirinya sendiri? Peluang untuk mengenali dan peluang untuk jatuh cinta sekali lagi?

366 pages, Paperback

First published February 1, 2021

7 people want to read

About the author

Lila Vee

11 books36 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (12%)
4 stars
14 (58%)
3 stars
7 (29%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
801 reviews108 followers
September 5, 2022
Masquerade - Nirrosette
15 - 17 August 2022

Marry Me, Mawar - Lila Vee
20 August 2022

"Saya tak nak janjikan apa-apa pada awak selain kesetiaan saya sampai hujung nyawa pada awak, Mawar."

Sumpah comel!! I think i have fallen in love!! Haha

- pandai masak
- suara sedap
-boleh jadi imam
-pencinta kucing (masa tahu dia sanggup beli ketiga-tiga ekor anak kucing tu sebab tak nak pisahkan mereka, hati ni dah tergolek-golek jatuh)
- paling utama, utamakan mak dia (Anyone that makes her smile, catches my heart.)

So, Cik Penulis, kenalkan saya dengan Kent, boleh?
(dah lama tak buat status gedik gini hahah. btw, Kent bukan hero ya)

Managed to finish this in one sitting, under one hour I think. Since saya tak pernah baca mana-mana tulisan dari Lila Vee, saya pun agak cuak untuk beli the new novel. Harga buku baru sekarang pun agak pricey kan? Dah banyak kali gamble tapi banyak yang mengecewakan.

And yes, dah added to cart buku tu hehe.

"Jodoh ni rahsia Tuhan, Mawar. Sebaik mana pun kita merancang, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Jodoh dah tertulis sebelum kita lahir di dunia ni lagi."


Hai, Saya J(odoh) - BulanHijau
1 - 2 September 2022

1. Lilo dan Loke. Nama tak nak kalah haha.

2. Loke. Hmmmmmm. Memang makan hati la mana2 girl yang dapat bf macam ni. Suka nampak salah orang saja tanpa minta penjelasan. Lepas tu suka2 nak jatuh hukum, based on his own jer. Silent treatment sampai 2 bulan ? Kalau orang tu tak sayang, dah kira break-off la gamaknya tu. Kalau orang cari lain pun meroyan jugak. Susah betul spesis perasan bagus macam ni. Nasib baik la Lilo tu jenis mengalah. last2 Lilo jugak yang cari penyelesaian untuk selamatkan hubungan.

3. Boleh tak lain kali penulis beri penjelasan tentang kerja watak2 ni? Untuk kami yang bukan dalam bidang atau industri tu, memang tak tahu apa la kerjanya. at least state jer engineer ke, arkitek ke, manager ke atau apa2. ni asyik2 testing, tuning la, site visit la. Dan masa kat uni diorang belajar course apa pun tak di-mention. At least boleh jugak la nampak hint tu. Lagi satu, diorang tak sama course, tp still kerja in the same surrounding. Tak der la pelik pun kan, tp masa belajar tu langsung tak kenal nama, jumpa pun kat library. So saya anggap their courses tu dalam bidang yang tak berkaitan langsung.


Nota : Saya pinjam 'buku' ni kat pnm elib, tp dah dipecahkan kepada 3 separate ebooks. cari2 juga kot2 ada dimasukkan satu2, yang ada cuma Marry me Mawar jer. Sebab tu ambil masa nak 'habiskan' one whole book, sebab kena baca satu2 dan ada jugak yang kena tunggu turn.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
June 27, 2021
[eBOOK 75]

Love, Perhaps.
.

Arghhhh...aku stress baca buku ni. Kenapa bila nak bahagia, mesti ada twist sikit. Unexpected. Aku ingatkan ni cerita santai lovey dovey. hahaha. Tapi jangan risau, happy ending punya.
.

Dalam ni, ada 3 cerita.
.

1️⃣ Hai, saya J(odoh) by Bulanhijau.
.

Aku sumpah stress dengan perangai Lilo. Lilo ni pernah bercinta masa student. Then, break up. Tapi dia susah nak lupakan cinta pertamanya tu. Dan muncullah Loke. omg. Loke ni dah lama sukakan Lilo dalam diam. Since student years. Dan sekarang, bila mereka dah together, boleh pulak Lilo ni dilema bila first love nya muncul semula. Boleh keluar gi makan, whatsapp bagai. Aku stressss..Nasib baik Loke ni baik weh. Lilo lukakan hati dia pun, Loke still gives her second chance.
.

2️⃣ Marry me Mawar by Lila Vee.
.

And this one makes me crying. hahaha..Aku geram je dengan penulis, boleh dia main-mainkan hati aku. Ceritanya, Mawar ni masa dia umur 18 tahun, dia senaraikan 10 kriteria suami idaman. Antaranya, bukan cikgu, non smoker, sukakan kucing, bukan fanatik bola, pandai masak dan banyak lagi. oh ya, cinta pandang pertama jugak. Dan ditakdirkan dia sukakan Luq, yang sentiasa tolong dia di setiap pertemuan mereka. Dan bila mereka berjauhan, satu rahsia muncul. Rupanya, Luq ada kembar, namanya Kent. Rupanya, selama ni, Mawar jatuh cinta pada 2 lelaki. Dan dijadikan cerita, Kent memenuhi semua kriteria lelaki idaman Mawar, manakala Luq sebaliknya. So, siapakah yang Mawar pilih? Aku kesian bila Mawar macam ignore Luq. Btw, aku suka nama Mawar Aisyah.

3️⃣ Masquerade by Nirrosette.
.

Of all three, this one is the simplest.
.

Eisya seorang yang suka bersendirian. Kerana dia ada past history yang buatkan dia jadi macam tu. Plus, she is a cancer survivor. Tapi munculnya Nine, buatkan Eisya berfikir. Mampukah dia bahagia seperti orang lain?. Dalam ni, aku suka watak Nine. Bila dia sayang, dia terima seadanya.
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
122 reviews53 followers
March 12, 2021
Kalau mantan penulis JS keluarkan novel, akulah kut antara yang paling teruja.

Tiga ceritera manis dan santai dalam sebuah Love, Perhaps. Ketiga-tiga ceritanya bertemakan cinta. Yang berakhir dengan gembira. Yeah, plotnya agak klise juga sebenarnya tapi sebab mantan penulis JS ni ada satu trademark atau gaya penulisan yang aku dah selesa, jadi klise macam mana pun aku tetap akan baca dan enjoy cerita mereka. Dan selalunya memang tak gagal buat aku jatuh cinta dengan watak-wataknya. Yang paham tu pahamlah.👉🏻👈🏻

Marry Me, Mawar
Aku hampir terkena second lead syndrome bila baca kisah ni tapi penulis bijak seimbangkan watak first lead pada penghujung cerita jadi aku berpuas hati dengan endingnya. Kisah Mawar ni mengajar kita bahawa bukan semua yang kita mahukan kita akan dapat, tapi yang kita dapat itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya.

Masquerade
Aku suka cara penulis terjemahkan watak heroin. Memang kena dengan tajuk. Boleh rasa apa yang watak tu rasa. Ada satu ayat hero tu, aku suka sangat (tapi taknaklah tulis kat sini). For me it’s pretty cool and sweet. Haha.

Hai, Saya J(odoh)
Kisah Lilo-Loke ni pun manis. Walaupun ada part rasa macam nak luku kepala si Lilo tu tapi nasib baiklah ada Loke, sejuk sikit hati ni. Muahaha.

Personally, aku suka ketiga-tiga cerita dalam naskhah ini. Tak ada konflik berat. Orang ketiga pun tak adalah syaitonirrojim sangat.
Tak ada part main tarik tali yang melewah apatahlagi part aku merajuk kau pujuk, kau merajuk aku pujuk lepas tu ulang sampai bang jamil mampus.😆 Dan yang paling penting tak buat aku rasa cringe okay. Haha.

Tapi jika disuruh memilih, aku pilih Marry Me, Mawar. Sebab ada sikit-sikit la persamaan dengan kisah hidup aku (kut). Opss🤭

Apa-apapun, tahniah buat semua penulis untuk karya ini. Lepaslah sudah rindu nak baca cerita BulanHijau. Lain kali tak nak dah cerita pendek macam ni ya wahai penulis semua, tak puas baca. Nak yang novel tebal sikit. Demand betul.🤭🤣
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
68 reviews
February 28, 2026
Tajuk Novel : Love, Perhaps
Marry Me, Mawar – LilaVee
Masquerade –Nirrosette
Hai, Saya J(odoh) – BulanHijau

Tiga cerita, tiga rasa, tapi satu tema yang sama — cinta yang hadir dengan cara tak dijangka. Walaupun konsepnya ringan dan santai, setiap kisah tetap ada emosi yang buat hati tersentuh dan sesekali geram sendiri.



1. Marry Me, Mawar

“Saya tak nak janjikan apa-apa pada awak selain kesetiaan saya sampai hujung nyawa pada awak, Mawar.”

Okay… ayat ni memang buat saya berhenti sekejap masa baca. Simple, tapi dalam maknanya.

Mawar ni dari awal ada gambaran jelas tentang lelaki idaman dia. Senarai panjang dengan pelbagai kriteria. Tapi biasalah, hidup ni tak ikut checklist kita.

Hero dia pula bukan jenis terlalu menunjuk, tapi tindakan dia yang buat hati lembut. Pandai jaga mak, ada sisi penyayang (part anak kucing tu memang melting 🐾), dan ada nilai tanggungjawab yang jelas.

Saya suka bagaimana kisah ni bawa mesej bahawa kadang-kadang yang kita perlukan bukan yang paling sempurna di mata kita, tapi yang paling tepat untuk masa depan kita. Ending dia kemas dan meyakinkan.



2. Masquerade

Kisah Eisya lebih berat dari yang saya jangka. Dia pilih untuk lindungi diri sendiri dengan menjauhkan orang lain. Hati dia rapuh, tapi dia sorok di sebalik sikap dingin.

Nine pula bukan tipikal hero yang terlalu romantik, tapi cara dia sabar dan konsisten tu yang buat beza. Ada satu babak bila dia minta Eisya tunggu dia — tak perlu dialog berbunga pun dah cukup beri kesan.

Saya suka cara penulis gambarkan konflik dalaman Eisya. Tajuk “Masquerade” tu sendiri menggambarkan perjalanan emosi dia. Penutup cerita ni ringkas, tapi cukup untuk buat saya senyum sendiri lepas habis baca.



3. Hai, Saya J(odoh)

Lilo pula berada dalam fasa yang keliru. Nak lepaskan yang lama, tapi hati masih ada sisa rasa. Pada saya, situasi dia realistik. Moving on memang tak mudah untuk semua orang.

Saya juga suka dinamika adik-beradik dalam cerita ni. Cara komunikasi mereka nampak unik dan ada identiti tersendiri.

Secara keseluruhan, Love, Perhaps sesuai untuk pembaca yang nak bacaan ringan tapi masih ada konflik dan perkembangan watak. Tak terlalu dramatik, tak meleret, dan tak buat rasa janggal.

Kalau perlu pilih satu yang paling beri kesan pada saya, mungkin Marry Me, Mawar. Ada sesuatu tentang perjalanan Mawar yang terasa dekat dan relatable.

Apa pun, tahniah buat ketiga-tiga penulis. Cuma satu je… rasa macam tak cukup. Bila dah mula rasa seronok, cerita pun habis. 😆
Profile Image for Suraya (thesuraya).
813 reviews232 followers
September 22, 2022
Lama gila tak dapat new contents from JS authors, so i was super excited when i found this dekat elib.
Tapi.... i have issues with all the three stories :/

1. Hai, Saya J(odoh) by BulanHijau @ Syasyaja
Rating: 3.5/5

Out of all three, i like this one the most. Gave me some hardcore butterflies-in-the-stomach moment. Started so good, especially part Japan trip and afterwards tapi 3/4 in, it went downhill. Kenapaaaaaaaaaa? Ish. I have issues with the writing and the characters:


2. Masquerade by Nirrosette
Rating: 2/5

This one reminds me of that one short story by Nir also apetah tajuk dia tapi main character nama Ice. Sebab si Eisya ni perangai cam Ice. Also, Nir's writing style in these two books are the same, which I find to be quite different from the way she wrote Ikhlas, A.K! and Nah, Untuk Awak. I like the latter better, hence the low rating.

3. Marry Me, Mawar by Lila Vee.
Rating: 3/5

NIce writing style, the kind I like. Although my main issue here is how the author
Profile Image for Nur Fariha.
48 reviews3 followers
March 20, 2023
1. Marry me, Mawar

Macam mana rasanya jatuh hati dekat orang yang tak ada ciri-ciri lelaki idaman? Cuba tanya Mawar. Dia tahu la😝 hihi. Panjang betul list lelaki idaman Mawar. Tak boleh itu, tak boleh ini. Mesti itu mesti ini. Tapi... Mawar hanya merancang. Tuhan sebaik-baik perancang 😘

Sebenarnya, saya dah tahu ending cerita ni sebab dah baca ebook Meow dulu. Huhu. Tapiii tetap tertanya-tanya macam mana Mawar buat keputusan untuk pilihan dia tu.

Apa pun, Nisa ialah kawan yang terpaling function 😌🙊


2. Masquerade

Ini kisah Eisya. Kisah dia, Deeya dan diari hitam. Lepas peristiwa hitam yang jadi, Eisya lebih suka menyendiri. Yang tu lagi senang dari dia disakiti atau menyakiti. Pada Eisya, dia yang serba kurang tak layak untuk sesiapa termasuk Nine.

Eisya is super beku, I is cannottttt😭 dan yang boleh cairkan hati dia, Nine je la. Siapa lagi🙊 Hihi. Hmmm. Si Nine ni, nak kata sweet, tak sweet mana kuttt. Tapi sesekali dia bercakap dengan Eisya, tersengih sampai ke telinga juga la kiita. Nak2 time dia minta Eisya tunggu dia tu. 🦋 Anddddd, epilog dia pendek tapi memberi makna yang cukup mendalam. 🫶🏼


3.Hai, Saya J(odoh)

Oookey. The last story dalam Love, Perhaps ni kiyot! Dan saya fikir dia cute sehingga ke akhirnya. Rupanya salah.

Lilo dengan Loke - relationship diaorang cute! Scene yang Loke betulkan panggilan 'ibu', saya terblushing sendiri. #sayateamsingle

But I'm a bit kecewa dengan Lilo bila dia kept on seeing her ex bf on and off. Whyyyy😭

I started to hate her cuz tetiba rasa dia macam red flag. But then, I realised, moving on can be super hard to some people. Kejap rasa benci, kejap rasa still sayang. Keliru nak bagi peluang kedua atau tak. It always goes back and forth. Macam apa yang Lilo rasa. Hug for Lilo. Tak jadi benci.

Hati Lilo super fragile. Tapi strong enough nak mengaku salah dia dekat Loke sebab dia sayang Loke dan taknak hilang Loke.

The siblings love-I don't know why, tapi saya suka Naili dengan Lilo bahasakan diri saya awak. Macam; awak kawan saya tapi sebenarnya kita adik-beradik. They're just cute😍

Overall ketiga-tiga cerita ada uniknya tersendiri. Nak kata light read, tak juga sebab masing-masing ada konflik(yg tak clichéd) yang buat sakit kepala, buat mengalir air mata n buat sakit hati pun ya. Benci! Tapi suka! Haa gitu. 🤣

Thank you authors🌹
Profile Image for doesocassionalreading.
14 reviews3 followers
April 7, 2021
If I have to pick one story, it would be Masquerade. Not just for the storyline and Nine (lets be real here who doesnt love him like omggg), but Nirrosette’s narration is so chill it made me laugh even with simple jokes.

For Marry Me Mawar (Liva Vee) - the part where its all about jodoh is so so so relatable. Like i’ve been there too girl 😭

And Hai, Saya J(odoh) by Bulan Hijau just sent me straight to student years having crush on someone i saw in the library.

This book is a simple piece that hits at all the right places. 4 🌟
Profile Image for Lady K.
14 reviews2 followers
April 22, 2021
I miss reading Jemari Seni's books! And this 3 'anak didik' Kak Su and Kak Yah did not fail me with this compilation. Keep it up, ladies.

If you're a fan of JS, you should get this book.
Profile Image for Zzati Alydrus.
124 reviews
October 4, 2023
Koleksi cerpen rupenye.. sy suka cerpen² dlm ni sbb dia mcm tak cliche. Ada unsur suspen romantik gituu. Mcm percintaan antara twins. Bestnye kalau dpt panjangkan kisah² diaorg. Haha
Displaying 1 - 11 of 11 reviews