Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rubiena Haiyan

Rate this book
Rubiena Haiyan

Menara merpati berpagar dan tinggi, aku mendengar ada yang menyeru namaku
Merpati di atas dunia, bolehkah kau memberitahu kehidupan apa yang aku hadapi?
Aku terluka dengan luka kehidupan
Terluka sehingga matahari turut menangis bersama
Tangan perpisahan bertahun lamanya menghulurkan padaku
Terlihat sayap lebar bersama butiran udara
Sekiranya perkara itu membawa diriku ke syurga cinta
Iringilah aku walau hanya sebentar...

Zach Stanislav

Salji datang dan pergi, masih aku menunggu kau
Tidakkah kau mahu kembali?
Aku seru nama kau dalam hujan dengan harapan kau dapat mendengar
Bertahun lamanya, baru aku sedar bahawa nama yang di seru bukanlah milik kau
Dari perpecahan lembah, udara menerawang ke arah wajahku Oh angin, demi cinta
Bawa dia pulang kepadaku semula..

RubiZach

Ada apa dengan kita?
Ada apa dengan kita?
Oh sayang, ada apa dengan kita?
Kita dulu tinggal bersama
Dan sekarang kita sudah berpisah, ada apa dengan kita?
Masihkah kita ingat tentang ekspedisi mendaki dan menjelajahi salah satu puncak gunung Himalaya yang telah menemukan kita berdua?
Yang membuatkan bait cinta terbit di dalam hati yang keras bak salju gunung Himalaya tanpa kita sedari?
Ada apa dengan kita, sebenarnya sayang?

Dan matahari masih menangis membawa diri pergi menjauh dari kehidupan mereka, kerna tidak sanggup melihat perpisahan filantropi suci tersebut.

"Do you know who the little girl who lives down the lane?"

"Rubiena Haiyan."

695 pages, Paperback

First published January 1, 2021

36 people are currently reading
207 people want to read

About the author

Mardelll

1 book26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
46 (66%)
4 stars
10 (14%)
3 stars
7 (10%)
2 stars
3 (4%)
1 star
3 (4%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Kern.
41 reviews5 followers
June 14, 2024
Edit review selepas baca semula.

Aku baca semula buku ni dengan pejam mata tak pedulikan bahasa yang agak pelik. Baca sebab nak tau kisah RubiZach semata-mata.

Buku ni agak baik dari segi jalan cerita. Tak bosan baca dari awal sampai habis sebab sentiasa ada kisah, ada konflik tidaklah statik dan mendatar. Lepas satu konflik selesai, baru muncul konflik lain. Aku jenis yang tak berapa suka kalau kisah sweet2 ML dan FL panjang2 sangat tanpa konflik.

Tapi budaya yang dipaparkan agak kebaratan walaupun nama-nama watak tu mungkin boleh dianggap watak seorang yang beragama Islam. Pergaulan bebas antara watak kurang sesuai untuk bacaan mereka di bawah umur.

Bahasa boleh diperbaiki lagi. Di hujung2 aku lihat bahasanya semakin baik berbanding pada awal cerita. Awal2 tu memang nampak macam ayat direct translation. Ada ke patut “spill the tea” diterjemah kepada “tumpahkan teh” memang direct betul. Aku rasa kalau ditulis dalam bahasa Inggeris mungkin lebih sedap dibaca.

****************
REVIEW PERTAMA

Aku suka hiasan muka hadapan, lukisan bunga merah pada latar putih itu kelihatan begitu suci dan 'fragile' pada masa yang sama. Kedua aku suka pilihan nama watak(tajuknya) Rubiena Haiyan. Sedap. Ketiga aku suka fizikal buku ini- saiz besar, tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis serta saiz tulisan yang kecil (aku suka begini)

Namun, masalah utamanya adalah aku pening membaca buku ini. Susunan ayatnya kedengaran seperti ayat Bahasa Inggeris yang diterjemah ke Bahasa Melayu, kadangkala kedengaran agak canggung. Aku baca dan komen hingga bab 19 sahaja. DNF.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
January 1, 2023
Berpinau baca novel ni. Punyalah kecik tulisan dia.

Jalan cerita dia ok. Tapi cam penat dengan roller coaster hubungan RubiZach. Novel ni bacaan matang.

Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
August 14, 2021
Masa baca ni mmg aku bayangkan aku adalah Rubiena Haiyan! Mana nak cari laki mcm Zach ni weh? Perfect betul lah!

Congrats Mardell! I want more books from you!
16 reviews
November 20, 2021
Novel ni lain daripada lain. Dari segi saiz, spacing, mmg terbaik. Banyak watak dlm novel ni, but surprisedly saya suka 😂. Bnyk jugak quotes yg menarik. And yg paling saya suka

'Semua manusia ingin menjadi matahari menyinari hidup seseorang tetapi kenapa tidak ingin menjadi bulan yang menyinarkan kehidupan seseorang yang gelap pada setiap saat.'
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
May 14, 2024
Rubiena and Zach. Honest Review; my opinion.

Editing - (1) Font kecil, tapi lama-lama baca dah get used to it walaupun pening juga. (2) Spacing, susah nak jumpa line spacing, I realised font kecil acceptable but spacing takde langsung so sakit mata nak membaca. (3) New line continuation, saya taktahu from where to where, tiba-tiba dah masuk scene lain, mungkin puncanya datang dari (2) which no spacing, so kena baca balik baru perasan dah masuk new scene.

Writing - (4) Penerangan ayat terlalu panjang, kekadang sampai berulang. (5) Penerangan pun sometimes sound so awkward and too formal. (6) Dialog, Author suka guna ayat ulangan yang formal, supposedly untuk dialog boleh sahaja guna bahasa pasar untuk menyedapkan lagi ayat. Ni rasa macam bercakap dengan korporat padahal tengah bersembang dengan kawan-kawan. (7) I don't know if this book rated as 18 or not but yess, they do have rated-18, perbualan lepas perkahwinan. (8) Again, saya taktahu cerita ni lebih kepada budaya barat atau tak tapi setiap karakter semuanya tak berlandaskan agama langsung walaupun sedikit.

Plot - (9) Bagi saya okay sahaja, banyak isu tapi semua tak terasa draggy or rush so untuk plot memang seronok bagi saya. Sebab tu saya masih boleh habiskan buku ni. Plot pun tak mengarut, gambaran situasi pun tak mengarut walaupun boleh dikatakan dunia Stanislav ni ibarat top 10 richest family in the world. Life revolve around main leads love story and their friends situation je.

Characters - (10) Bagi saya semua characters well-balanced, takde terlebih or terkurang. Bagus penulis ni dia bagi sneakpeak yang sangat sikit untuk side characters so boleh attract untuk baca kisah side characters jugak. (11) Language, macam saya cakap tapi top richest family in the world, tapi bahasa tak kena dengan imej yang ada. Mereka ni ibarat keturunan bangsawan tapi bahasa macam tidak berpelajaran. Macam dengar gengster-gengster berborak. (12) Rubiena ni macam tak make sense sangat umur dah tahap boleh fikir matang tapi senang juga kena tipu sebab kononnya naif and terlalu baik. I think setiap characters ada kisah silam sendiri, maybe boleh kata saya yang tak memahami but saya tak suka jadikan kesusahan as alasan, so apa Rubiena buat dekat Zach tu macam tak patut juga because Zach pun susah since kecil. Everyone is suffering too. Thats another thing I think that the story should end when they are happily married after Sebastian case. But okay je la, even though I feel chemistry between ml and fl dah tak connect as they are at first. (13) Darviena pun actually ada duit untuk hire orang untuk dig about Rubiena instead of benci Rubiena sebab muka diorang seakan BECAUSE I WILL CURIOUS AS HELL IF SOMEONE LOOK LIKE ME, I WOULD THING THEY AS MY LONG-LOST SIBLINGS.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
November 6, 2022
[BOOK 218]

Rubiena Haiyan by Mardelll.
.

Aku tak ingat aku terpengaruh ngan siapa, tapi covernya cantik. So, aku beli. Buku ni saiznya besar dan tebal, dan tulisannya pun halus je.
.

Aku tak kenal penulisnya siapa, tapi based on writing and story line, aku yakin buku ni daripada Wattpad.
.

Ceritanya tentang Rubiena Haiyan, yang kehilangan ibu dan kematian ayahnya. Dia dan adiknya, Darviena berusaha teruskan hidup di jalanan. Pada masa ni, Rubiena baru berusia 5 tahun. Sehinggalah dia serahkan Darviena kepada keluarga Zack Stanislav. Pada masa ni, Zack baru berusia 8 tahun. Dan sejak itu, dia sukakan Rubiena.
.

Dan beberapa tahun berlalu.
.

Zack dah jadi pelumba kereta yang terkenal. Dan dia masih mencari-cari Rubiena. Rubiena pula masih bernasib malang. Selepas dia serahkan adiknya kepada keluarga Stanislav, dia dipelihara oleh sebuah keluarga. Tapi hakikatnya, dia dilayan sebagai orang gaji.
.
Ada la beberapa episod yang tidak menyenangkan antara Zack dan Rubiena. Tapi hubungan mereka makin rapat bila mereka sama-sama terperangkap di pergunungan. Dan bila Zack tahu yang Rubiena ialah gadis yang dicarinya sejak kecil, lagilah dia nak melindungi Rubiena.
.

Tapi hubungan mereka terhalang kerana Zack ialah cucu sulung keluarga Stanislav. Zack perlu mengahwini golongan bangsawan dan aristokrat juga. Pada masa yang sama, identiti Rubiena juga menjadi penghalang hubungan mereka.
.

Berjayakah Rubiena Haiyan memiliki kebahagiaan bersama Zack Stanislav?
.

Plot ceritanya bagus. Ada kisah ala-ala mafia gitu. Dan banyak la konfliknya. Cuma, penulisannya masih boleh diperbaiki. Aku rasa macam terlalu banyak watak dan sub plot dalam buku, sampai boleh sesat. Dan editing boleh dibaiki lagi. Oh ya, buku ni untuk 18+.
.

Overall, ceritanya menarik.
.

p/s: kalau aku awal 20-an, mesti aku tergilakan Zack ni. hahaha
Profile Image for Aisyah Aziz.
49 reviews1 follower
March 2, 2023
ML: Earl Zach Stanislav
FL: Rubiena Haiyan

🔞🌶️🌟🌟🌟🌟🌟

Cerita ni sangat best! Sangat sangat! Walaupun tulisannya halus (dan ramai yang DNF buku ni), tapi tidak pada aku. Aku tak ada masalah dengan tulisan halus macam dalam buku ni, as long as dia boleh dibaca dan tak peningkan kepala, tak ada masalah. Plus, aku memang suka buku yang tebal dan banyak huruf gitu. Idk but itu aku. About grammar dan vocab dalam ni, yes jujur memang ada salahnya tapi again tak jadi masalah bagi aku sebab aku faham apa yang dia nak sampaikan. Kalau asyik cari salah penulis, lama-lama buku tu nampak tak menarik pada kita. So relax saja.

Okay back on track, apa yang aku suka sangat dengan buku ni adalah susunan plot dia sangat teratur (sekalipun plot dia banyak). Sekaligus menjadikan jalan ceritanya clear. Dia tak semakkan kepala bercampur plot. Lepas satu masalah selesai, dia bagi kita chill kan fikiran dengan selitan kisah bahagia dari semua watak. Kemudian, baru datangnya plot lain yang menyesakkan kepala kita semula. Kemudian, chill lagi. Kemudian, sakit jantung balik. Macam roller coaster. Ending cerita ni, semua watak ada pengakhirannya, bahagia, sedih, suka, duka, sesal, semua ada.

Kalau kau nak tengok lelaki paling setia, kau tengok Zach Stanislav. Kau nak tengok wanita tabah, kau tengok Rubiena Haiyan. Masing-masing selalu support each other, mental dan fizikal. Dari awal sampai akhir. Romantik sangat tapi dengan cara sendiri. Dalam buku ni juga ada satu nilai baik yang aku sangat kagum adalah kisah persahabatan diaorg. Ada 15-20 orang bersahabat. Diaorg lah sahabat, diaorg lah keluarga dan diaorg lah pekerja yang selalu ada untuk bos diaorg. Sangat akrab. Sangat indah.

Aku sangat rekomendasikan buku ni. Kalau andai kata satu hari nanti aku teringin nak menjelajah dunia dengan rakan-rakan imaginasi aku, aku akan baca buku ni semula! Best! 🖤🖤🖤🖤🖤
Profile Image for ai.liliyha.
48 reviews
April 2, 2021
𝙎𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙚𝙡𝙨 𝙪𝙣𝙬𝙖𝙣𝙩𝙚𝙙 𝙮𝙚𝙩, 𝙨𝙝𝙚 𝙜𝙞𝙫𝙚𝙨 𝙩𝙝𝙚 𝙡𝙤𝙫𝙚 𝙨𝙝𝙚 𝙩𝙝𝙞𝙣𝙠𝙨 𝙩𝙝𝙚 𝙬𝙤𝙧𝙡𝙙 𝙣𝙚𝙚𝙙𝙨. - 𝙍𝙪𝙗𝙞𝙚𝙣𝙖 𝙃𝙖𝙞𝙮𝙖𝙣, 𝙈𝙖𝙧𝙙𝙚𝙡𝙡𝙡

Rubiena Haiyan by Mardelll - 5 🌟

Rubiena Haiyan, buku yang aku nantikan setelah hampir separuh bab diturunkan oleh penulis pada hujung December 2019. 1 tahun dan 1 bulan. Satu jangka mangsa yang panjang dan penantian ini merupakan penantian yang paling berbaloi bagi aku.

𝐈 𝐛𝐞𝐜𝐨𝐦𝐞 𝐢𝐧𝐬𝐚𝐧𝐞 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐯𝐚𝐥𝐬 𝐨𝐟 𝐡𝐨𝐫𝐫𝐢𝐛𝐥𝐞 𝐬𝐚𝐧𝐢𝐭𝐲 - 𝐑𝐮𝐛𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧

Kisah Zach dan Rubiena merupakan kisah pertama yang aku baca di aplikasi wattpad sehingga ke penamatnya sehinggakan kisah ini memberikan sentimental value buat aku. Kisah yang terlalu berharga seperti permata Ruby dan penuh dengan kejutan serta pengajaran.

Kehidupan Rubiena terlalu tragis dan menyayat hati bagi aku. Hidup Rubiena seperti kain putih yang suci, tiada kotoran namun malangnya, penuh dengan kesan koyakkan dan torehan. Biarlah beribu kali ada yang datang menyakiti, Rubiena tetap Rubiena. Gadis polos yang terlalu baik dan naif sehinggakan ada yang terfikir dari mana datangnya dia.

Jika dilihat video yang aku sediakan, ada beberapa bayangan yang aku kongsikan tentang buku Rubiena ini. Permata Ruby pada akhir video menggambarkan diri Rubiena sendiri. Seorang insan yang sangat berharga buat Zach.

"𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐮 𝐜𝐚𝐫𝐢? 𝐁𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚?" - 𝐑𝐚𝐮𝐟
"𝐘𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐑𝐮𝐛𝐢." - 𝐙𝐚𝐜𝐡

Namun semuanya tak semudah yang disangka. Bukan mudah untuk mencipta bahagia, sebaliknya pahit dan derita yang perlu dilaluinya.

"𝐑𝐮𝐛𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧, 𝐡𝐨𝐩𝐞 𝐲𝐨𝐮'𝐯𝐞 𝐟𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠."

Dan setiap penamat tidak dipanggil penamat jika masih ada persoalan yang tercipta. Bahagia hanya muncul seketika sebelum badai dan ribut menimpa.

𝙕𝙖𝙘𝙝, 𝙝𝙪𝙟𝙖𝙣 𝙨𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙚𝙣𝙩𝙞...
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
June 1, 2021
𝙍𝙪𝙗𝙞𝙚𝙣𝙖 𝙃𝙖𝙞𝙮𝙖𝙣
𝑰 𝒃𝒆𝒄𝒐𝒎𝒆 𝒊𝒏𝒔𝒂𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒍𝒐𝒏𝒈 𝒊𝒏𝒕𝒆𝒓𝒗𝒂𝒍𝒔 𝒐𝒇 𝒉𝒐𝒓𝒓𝒊𝒃𝒍𝒆 𝒔𝒂𝒏𝒊𝒕𝒚

𝑹𝒖𝒃𝒊𝒆𝒏𝒂- 𝒃𝒖𝒅𝒂𝒌 𝒄𝒐𝒎𝒐𝒕 𝒂𝒌𝒖. -𝒁𝒂𝒄𝒉

Bertemu si permata rubi yang menghiasai hati. Matanya berona amber yang menyimpan seribu duka lara. Senyumannya manis mampu menawan hati sesiapa. Sifatnya polos dan naif bersama mereka. Hakikatnya, si gadis itu telah memendam rahsia dan akhirnya dibuka oleh sang putera yang berjaya menakluki hati sekian lama.
𝑹𝒖𝒃𝒊𝒆𝒏𝒂 𝑯𝒂𝒊𝒚𝒂𝒏

Bertentang mata iris hijau milik si jejaka yang baik hati membantu diriku ini. Gadis comot yang menghantui kehidupannya sehingga mencecah dewasa. Siapakah dia? Berkorban demi cinta hatinya.
𝒁𝒂𝒄𝒉 𝑺𝒕𝒂𝒏𝒊𝒔𝒗𝒂𝒍

𝑨𝒅𝒂 𝒂𝒑𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒊𝒕𝒂?

Kisah hikayat mengecapi bahagia disebalik senyuman dan air mata. Cinta mereka yang suci dari dasar hati. Gelak tawa, suaranya, hati juga itu milik si burung merpati. Perpisahan dua jiwa yang membawa sengsara demi sebuah ikatan buat si Zach dan permata Rubi.

"𝑹𝒖𝒃𝒊𝒆𝒏𝒂 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒎𝒂𝒕𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒓𝒏𝒊𝒍𝒂𝒊 𝒅𝒊 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑, 𝒕𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒊𝒏𝒕𝒂𝒊 𝒅𝒊𝒓𝒊𝒏𝒚𝒂." -𝒁𝒂𝒄𝒉

Mungkin, jikalau aku ingin menghuraikan satu-persatu semestinya tidak mencukupi. Seeloknya aku katakan kisah penuh dengan isi. Bukan isi seperti cinta semata-mata tetapi kisah penulis membawa kita menjelajahi sekitar dunia. Aku pelajari ilmu sejarah sebuah tempat yang tidak pasti lagi aku akan jejaki. Bayangan cukup indah membuat aku khayal sendiri.

Aku gemarkan persahabatan mereka semua yang sentiasa bersama menemani hingga ke hujung cerita. Kisah cinta RubiZach telah menemui penamatnya. Bagaimana pula dengan kisah mereka yang lain?

𝒁𝒂𝒄𝒉, 𝒉𝒖𝒋𝒂𝒏 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒉𝒆𝒏𝒕𝒊
Profile Image for nessilly.
39 reviews
February 14, 2024
rate: 4.8 ⭐⭐⭐⭐

actually I've read this dekat wattpad and the storyline was kinda new to me. dulu baca dekat asrama Mardelll update semua bab kat wattpad sampai habis. that feeling bila dapat update oh god...

first Rubiena Haiyan. actually I love her. soft, naive, tapi dia sangat fragile. dia terlalu pentingkan adik dia yang tak guna tu dasar adik anak pungut. low self esteem sampaikan dia mental. I really hate her but love her at the same time. (makcik dia kalau aku jumpa aku tolak ke gaung mampos awal)

second Zachary Earl Stanislav (betul ke namanya?) he's so... what can I say... harsh? to laviena sometimes dia harsh but in a good way. tapi aku tak boleh lupa satu scene dia tembak orang depan laviena yang tak tahu apa apa. kalau itu aku, aku pitam kat situ juga.

he's a protective husband and brother to Darviena but he hates Zayn. actually I pun benci Zayn at first. tapi bila dapat tahu hidupnya yang dipaksa dan diatur oeh family rasa kasihan pula. he deserves better. Zayn deserved to be loving a woman that he loves. tapi nampaknya dia redha dan terima takdir akhirnya.

good for you Zayn but not my heart.

anyways, adik beradik Stanislav pun I suka. that one scene diorang makan kat mcd and all eyes focus on them. that scene rents free in my brain disebabkan Jane dan Eliaz (I am patiently waiting for their books Mardelll)

tapi pada penghujung cerita sedikit confuse. laviena mati ke? atau dia masih dapat diselamatkan? atau itu hanya mimpi Zach? atau dia actually masih sakit and trauma masa lalu?

nanti I repeat baca and datang balik hehe
Profile Image for Miss Anonymous.
12 reviews2 followers
June 20, 2022
5 ⭐

Totally, I love this book. Author tulis cerita ni dengan sangat baik dan details dia, ahhh saya suka. Zach Stanislav dan Rubiena Haiyan.

Novel dia, sangat tebal. Dan font dia sangat kecik bagi saya. Tapi saya boleh terima sebab kalau font dia macam novel yang lain, mesti lagi tebal novel dia dan mesti lagi mahal. Dan novel ni lebih besar dari novel melayu yang lain.

Apa yang menarik dalam citer ni adalah tempat dia. Author tulis sangat detail. Contohnya macam kat Gunung Everest. Baru tau Gunung Everest ni kat Bangladesh walaupun gunung ni famous. Hhahahaa! Setiap cerita pun detail. Tak membosankan.

Cuma, novel ni ada part ehem2. Hanya untuk pembaca matang. Tak sesuai untuk remaja, i guessed! Novel ni pun banyak pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Saya bagi 5 stars pun sebab jalan cerita yang menarik. Part s** scenes tu macam... argh, kalau boleh senyap2 je la. Tak naklah detail. Ke otak aku yang dirty? 😩

Nak rasa kelainan, boleh try baca novel ni. Pasal tempat, pasal kerjaya yang jarang kita dengar, ada dalam novel ni.
Profile Image for Nee (っ´▽`)っ.
68 reviews
October 9, 2022
Tetiba ternampak buku ni. Tak tahu pula ada keluar terbit. Sebab dulu baca masa remaja tahun 2017 kat Wattpad. Jadi faham fahamlah gaya penulisan Wattpad macam mana. Hahahaha kalau ingat balik macam dulu pernah suka watak Zach tu. Care pasal Rubiena tapi sekarang rasa tak percaya betul aku suka watak macam tu. 😶 Yela zaman remaja. Tapi aku bagilah 3⭐ kerana pernah menghiburkan aku masa remaja.
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
May 17, 2021
Superb roller coaster ride and awesome plot twist. Keep on writing 😍
1 review
May 22, 2021
Such a great story😍 walaupun kekadang geram dngan watak Rubiena but bila dah habis baca baru faham yg Rubi ni ada 'something'
Profile Image for zala.
33 reviews3 followers
November 30, 2022
Dnf buku ni sorry. Sbb dia hit try la beli tpi lepastu rasa mcm tak kene pula dgn aku. Dri segi penulisan dgn ayat semua.
1 review
Want to read
August 16, 2023
hii , ada sesiapa nak jual novel ni tak please reach out to me🥲
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.