Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seni Mengubah Nasib

Rate this book
Sesiapa pun boleh berubah dalam hidupnya; daripada bodoh menjadi genius, daripada miskin menjadi kaya, atau daripada hina menjadi terhormat. Syaratnya adalah perlu menjalani proses yang sepatutnya dan berusaha keras untuk mencapai perubahan yang diinginkan. Semua perkara dapat diubah. Namun ada satu perkara yang tidak boleh berubah, iaitu perubahan itu sendiri.

Buku Seni Mengubah Nasib mengumpulkan senarai tokoh genius yang berjaya mengubah nasib yang mereka menjadi masa depan yang lebih baik serta membawa revolusi dan manfaat besar buat manusia seluruh dunia. Hanya satu kemahiran yang perlu ada dalam diri seseorang yang mahu berubah adalah dengan meniru langkah demi langkah seorang individu yang sudah berjaya. Langkah pertama ini yang dianggap sebagai seni mengubah diri.

Terdapat banyak langkah dan rahsia menarik dan mudah dipraktikkan dalam proses pembelajaran untuk berjaya. Jadi, tunggu apa lagi? Segera ambil buku ini, ambil langkah pertama, tiru kebiasaan harian dan cara belajar yang ada. Bersedialah menjadi orang berjaya dan genius berikutnya!

176 pages, Paperback

Published March 10, 2021

4 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (22%)
4 stars
22 (61%)
3 stars
5 (13%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
June 29, 2021
Buku ini secara ringkasnya mengumpulkan tabiat dan aktiviti harian oleh tokoh-tokoh yang sudah terbukti berjaya dalam hidup mereka dan menjadi personaliti yang dikenali dalam bidang masing-masing.

Beberapa point dapat saya ringkaskan seperti berikut:

1. Mempunyai tabiat suka membaca, bukan sekadar hobi, tapi membaca menjadi keperluan dalam hidup mereka untuk mencari dan menambah ilmu pengetahuan. Ada yang menetapkan sasaran, ada yang menggunakan teknologi untuk mencari maklumat dan ada yang memulakan hari dengan membaca suratkhabar.

2. Bergaul dengan orang-orang yang hebat untuk mendapatkan inspirasi. Saya bersetuju kerana bila kita berada dalam kelompok yang betul, secara tidak langsung ia akan membantu kita untuk terus berkembang.

Contoh mudah, bila saya berada dalam komuniti yang suka membaca, ia mendorong saya untuk meneruskan tabiat membaca secara konsisten 😁.

3. Belajar dengan bersungguh-sungguh. Seperti yang disebutkan dalam buku ini, tokoh-tokoh ini berusaha dengan tekun untuk berjaya. Mereka belajar, berbincang, menganalisis dan terus meneroka untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Kejayaan itu tidak diperolehi dengan mudah.

4. Aktiviti harian mereka sering dimulakan pada awal pagi. Otak manusia berada pada tahap paling optimun ketika awal pagi. Waktu pagi yang tenang itu pasti memudahkan apa juga ilmu untuk diserap oleh otak kita.

Sebuah buku yang menarik dan boleh dibaca oleh sesiapa saja.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
June 21, 2021
TONTON REVIEW BUKU + SHARING Di Sini>>> 5 RAHSIA BERJAYA DALAM HIDUP | Seni Mengubah Nasib

Buku yang saya dah lama cari-cari. Saya selalu teringin nak baca buku tentang tokoh tapi berhenti kerana kekangan harga dan masa... Buku ini compile tabiat (habit) dan cara belajar tokoh-tokoh terkenal hanya dalam buku seringkas dan sepadat ini.

I'm okay with it. Rekemen kepada sesiapa yang mahukan suntikan semangat jika letih berusaha.

Oh btw, saya suka the fact that kebanyakan tokoh dalam buku ni ada pattern yang sama - Mereka banyak membaca. Jadi kalau nak jadi hebat, mesti membaca!

--

YOUTUBE | INSTAGRAM | WEBSITE
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
October 3, 2021
Ramai yang menyangka bahawa seseorang digelar genius ini lahir sahaja sudah sebegitu. Sangkaan tersebut adalah betul, namun semua genius ini juga seperti manusia biasa memerlukan usaha untuk capai ke arah tersebut dengan melalui pembacaan dan pembelajaran.

Buku ini secara ringkas membawa pembaca mengenal tokoh yang digelar sebagai genius dengan mempunyai tahap IQ yang tinggi (luar kebiasaan) seperti Bill Gates pengasas Microsoft, Mark Zukerberg pengasas Facebook, Thomas Edison pencipta mentol, Isaac Newton yang menemukan konsep graviti dan beberapa tokoh hebat yang lain.

Kesemua tokoh ini tidak terlepas daripada 'berkawan' dengan buku dan orang yang berilmu. Benarlah apa yang disebut selalu oleh hukama iaitu seseorang itu akan diangkat darjat melalui ilmunya bukan hartanya.
Profile Image for Sadiq Salihoddin.
Author 4 books14 followers
April 24, 2021
Penulisannya sungguh mudah. Sungguh informatif. Sungguh padat. Aku secara peribadi sarankan pelajar sekolah menengah untuk baca karya begini.

Sebabnya, karya ini menunjukkan apa jenis perangai yang diperlukan untuk menjadi individu yang mengubah dunia?

Antaranya, membaca. Ramai budak-budak zaman sekarang sudah tidak gemar membaca untuk buat perubahan. Baca ini sudah sempit semata-mata hiburan.

Ianya sepatutnya dipanjangkan kepada satu tahap di mana orang muda boleh cetuskan revolusi dan sebagainya. Kuncinya? Membaca. Seperti genius-genius yang diceritakan dalam buku ini.
Profile Image for anis the bibliophile.
7 reviews
Read
July 5, 2021
Buku ni Anis habiskan dalam masa 5 jam lebih kurang gitu. Sebab apa? Sebab buku ni sarat dengan ilmu baharu. Anis jadi macam tak sabar nak tahu apa lagi ilmu yang penulis nak sampaikan. Excited la sebab Anis kan jenis tak ambik tahu atau kisah sangat pasal orang barat ni. Jadi bila tahu aktiviti, tabiat dan cara belajar mereka sehingga dapat menjadi orang yang genius yang mana dikenali dunia (Anis tak kenal tapi lepas baca buku ni baru kenal). Wah..

Anis ada baca satu buku kanak-kanak ni pasal kebaikan makan ikan. Yang mana bila kita makan banyak ikan, kita akan jadi bijak dan ingatan pun kuat. Tapi saya tak tahu kenapa jadi macam tu. Alhamdulillah, dalam buku ni dia ada sebut tentang kebaikan makan ikan.

Anis tak suka cari maklumat guna google. Lebih suka cari ilmu melalui buku. Takdelah sakit mata sebab cahaya dari gajet tu.

Oh, bila bercakap pasal mata ni kan.. kertas yang digunakan ialah kertas yang boleh jaga kesihatan mata. Which is kertas yang tak sakit mata bila kita baca. Biasanya kan orang tulis buku guna kertas A4 yang putih tu. Serious, sakit mata. Apatah lagi bila baca kat tempat yang cerah dan guna kertas tu. Allahu.. Kertas tu lah selamat. Plus, ringan. Tak berat la bila bawa dan pegang tu. Kos pun murah. Banyak manfaat kertas tu.

Rupa-rupanya akriviti harian macam habit kita la yang kita selalu buat tu. Masya Allah, orang genius pun buat. Cuma bezanya, kita buat secara membuta tuli. Kita tak tahu apa faedahnya, apa kebaikannya, apa kesannya etc.

Bila orang genius buat, contohnya tulis diary. Orang genius pun tulis diary auu dia tulis tu sebab nak baiki balik, atau pun bahasa senangnya nak hisab diri sendiri la gitu.. Macam Saidina Umar cakap tu lah.

Hari ni, apa benda buruk (dosa) yang kita buat bla bla bla.. gitu.. even yang remeh-temeh pun dorang tulis.

Ada banyak juga tabiat yang Anis rasa memang kita perlu ikuti untuk menjadi orang yang genius. Tak nak ke jadi orang genius?

Nak tahu lebih? Dapatkan buku tu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Affan Yunus.
107 reviews3 followers
December 30, 2022
Buku yang mudah untuk dihadam. Penulisan yang sangat ringan dan ringkas. Ianya berkenaan dengan tabiat harian dan cara belajar daripada 15 tokoh ilmuwan dunia. Banyak juga nama-nama tokoh baru yang saya kenal dalam naskhah ini. Suatu nilai tambah dan pengetahuan ilmu untuk diri sendiri.

Sebagai pembaca , kita akan mendapat motivasi dan dorongan yang tinggi untuk mengubah ataupun meniru gaya kehidupan seharian kita dengan tabiat tokoh-tokoh yang ditulis dalam buku ini.

Akan tetapi, terdapat kekurangan yang bagi saya wajar untuk diambil perhatian dan dibaiki untuk penulisan akan datang. Saya tidak pasti samada kesilapan ini datang dari penulis buku ini sendiri ataupun pihak produksi Puteh Press dalam menerbitkan naskhah ini , iaitu - Struktur ayat untuk intro bagi setiap bab tokoh adalah sama. Seakan-akan copy paste ataupun songsangan ayat daripada bab-bab sebelumnya sahaja. Bagi saya, penulisan seperti ini tidak nampak professional dan tidak menarik. Ia membuatkan saya seperti membaca karangan pelajar sekolah kerana struktur ayatnya sama dan bosan. Untuk penulisan yang lebih mantap dan kemas, seharusnya mempunyai struktur ayat yang berbeza-beza bagi setiap bab. Dari sini, barulah dapat menarik lagi perhatian para pembaca untuk meneruskan pembacaan.

Itu sahaja kritikan saya terhadap penulisan buku ni. Selebihnya tiada apa yang kurang. Buku ini wajar dibaca untuk orang awam bagi menambahkan semangat dan inspirasi untuk berjaya sepertimana tokoh-tokoh ilmuwan dunia.
9 reviews
June 14, 2022
Recommended untuk bacaan ringan, setengah hari boleh habis, penyampaian santai. Ada sesetengah konten, bahagian berulang.

Untuk yang mencari bacaan heavy, mungkin kurang sesuai untuk korang.

Buku ni macam kompilasi biografi tokoh ternama tapi tak terlalu detail.
Profile Image for Shimah.
62 reviews1 follower
August 24, 2021
Banyak tips yang kita boleh ambil dari golongan bijaksana ini.
Apa yang penting nak berubah kita mesti bergerak.
Cari something yang boleh kita provide untuk benefit semua orang.
51 reviews
February 27, 2023
Read this book and you will feel like reading another book that will tell you about the great figures here. Thanks for the good facts and discussion here. Too short but it is very nice🤜
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.