Jump to ratings and reviews
Rate this book

Travelog ET - Jejak Mongolia

Rate this book

137 pages

Published January 1, 2021

1 person is currently reading
7 people want to read

About the author

Siti Noridah Ab. Rahaman

5 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (30%)
4 stars
10 (38%)
3 stars
7 (26%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Zalila Isa.
Author 14 books54 followers
September 17, 2021
Penulis membawa saya ke Mongolia, sebuah negara yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu dalam arena politik negara. Tiada jangkaan walaupun ingin mengetahui dengan jelas negara tersebut melalui kembara penulis kali ini (oh, penulis tidak menyatakan bila beliau ke Mongolia - jika saya tak silap).

Tidak seperti kembara Pakistan, kisah-kisah penulis di Mongolia agak sederhana dan santai. Mongolia seperti dalam bayangan saya, sebuah negara yang kurang maju walaupun diapit China dan Rusia. Penulis membawa pembaca ke daerah-daerah utama di Mongolia seperti Gurun Gobi, Ulaanbaatar, Tasik Khusvgul, Murun, Bayan Ulgii dan beberapa tempat lain. Walau bagaimanapun, penulis mewarnai kisahnya di Mongolia melalui babak pertemuan dengan rakan-rakan kembara lain dari serata dunia yang ditemuinya di Mongolia. Setiap pengembara ada tujuan dan cara tersendiri mengisi diari kembara mereka.

Bagi saya, walaupun buku ini tidak sepenuhnya menonjolkan tempat yang dikunjungi, namun kisah-kisah sepanjang perjalanan memberi input yang amat berguna kepada mereka yang berhasrat ke sana - tentang makanan yang perlu diselidik halal haramnya, membezakan susu kuda dengan susu lembu atau susu kambing, perjalanan yang sukar dan panjang dan tentunya halangan komunikasi yang perlu diambil kira.

Apa pun, gambar-gambarnya memang superb!
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
May 16, 2021
Tak ingat bila kali terakhir saya baca buku tulisan Siti Noridah ini, barangkali buku beliau ke Pakistan. Buku yang pertama saya beli terus daripada beliau, entah tahun bila.

Kali ini ET bercerita tentang Mongolia.

Ada beberapa orang sahabat kembara saya sudah pernah menjejak kaki ke negara diapit China dan Rusia ini. Video dan cerita mereka agak menarik, tapi saya sampai hari ini masih belum tertarik hati untuk ke sana.

Membaca buku Jejak Mongolia, juga tidak membuatkan saya ada rasa teruja. Mungkin penceritaan ET dalam buku ini yang agak santai, semuanya seperti berjalan lancar bagai tiada halangan. Walhal Mongolia bukanlah seperti Alor Setar atau Kota Kinabalu. Maksud saya, tempat ini bukan tempat yang kita biasa.

Dia ke sana, ok.

Dia ke sini, ok.

Mungkin benar memang semuanya ok, tapi tak tahu kenapa saya mengharapkan ada cabaran yang sukar dan keluh-kesah daripada penulis.

Pelik kan perangai pembaca yang seorang ni? Hahahaa!
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
August 7, 2021
1. Seronok baca pengalaman penulis di Mongolia. Especially time bercampin dan makan nasi lemak di Yolyn Amm bersama kumpulan traveller dari Malaysia. Nikmat betul makan makanan dari Malaysia ketika berada di luar negara.

2. Aku suka lampiran gambar di dalam travelog ni. Gambar semua terang dan cantik! Cantik betul tasik Khusvgul

3. Menerusi buku ni, aku baru tahu Airag tu apa. Airag = Susu kuda yang ditapai dan mengandungi alcohol

4. Bila baca kisah Stephen, bukan penulis je terkejut, aku pun terkejut 😂. Sebab selalu dengar orang travel dengan basikal, motor, kereta, van, campervan. Yang Stephen ni, dia mengembara dengan Unta. Selama 3 bulan. Aku rasa agak rare la pada masa ni dengan adanya pengangkutan-pengangkutan lain, Stephen ni boleh travel dengan unta selama 3 bulan. Unik dan menarik. Tapi kalau aku jadi Stephen, aku pun sedih jugak. 3 bulan kot, bukan 3 hari. (Nak tahu apa jadi kat Stephen dan unta tersebut, kena baca)

5. “…jika kita berada di persekitaran yang gembira, maka pastinya akan membentuk diri yang lebih positif dan berguna…”.
8 reviews
May 27, 2021
Dah lama berimpian nak nain train rentas Mongolia,. well, impian belum tercapai

Profile Image for Bobo.
70 reviews1 follower
October 30, 2021
Lepas baca buku Et, aku rasa Mongolia patut di masukkan dalam destinasi aku seterusnya.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.