“Dhaw yang kamu hasilkan memang bagus dan bermutu tinggi tetapi sayang dhaw itu memiliki semangat yang jahat. Semangat yang tidak terdidik oleh ketenangan tetapi hanya dilentur oleh sifat api. Ia membunuh tanpa memilih. Apa sahaja yang melintas akan mati apabila tersentuh.” – SAMI TUA
Sebuah artifak berharga dari zaman Kerajaan LannaThai menjadi rebutan pelbagai pihak. Justru itu sebagai langkah berjaga-jaga, Khalid diminta sahabat lamanya Panji untuk membantu walaupun dia tahu, nyawa mereka menjadi taruhan.
Sayangnya, usaha mereka berdua terhalang. Mereka diserang dan diburu… kematian sudah berada di depan mata.
“Masalahnya sekarang… kalau aku serah pada kau orang, bagaimana dengan kami? Boolert pasti cari kami sampai ke lubang cacing.” – KHALID
Dalam kepayahan, Khalid berjaya melepaskan diri namun sejak itu dia pula yang menghadapi gangguan mistik dan diburu beberapa kumpulan penjahat. Dia dihantui orang yang sudah mati.
Apakah rahsia sebenar artifak yang menjadi rebutan itu? Mampukah nyawa Khalid diselamatkan atau tewas kepada sumpahan yang menunggu mangsa?
Ternyata artifak itu lebih daripada sekadar barang lama. Ada semangat mati yang menguasai. Ada keramat yang menghantui...
“Bukan anak murid namanya, kalau membunuh guru sendiri. Dhaw yang kamu hasilkan ini mempunyai syaitan. Ia akan membawa maut dan badi kepada setiap orang yang menyentuhnya.” – SHIN KUE NA
Ni novel ke-4 penulis yg sy baca lepas Lengloi, Puja, dan Lara wirang.
Saya harapkan ni kisah hantu dipuja dalam dhaw tu tapi bukan. Plot cerita ni lebih kepada liku2 perjalanan Khalid yg memegang artifak tu. Dan asal usul artifak zaman purba tu pun sikit sangat diceritakan jadi macam tak gerun sangat.
Kisah yang menarik cuma macam lelah baca part Khalid asyik kena serang dan buru tu.
mencabar. bukan saja pada jalan cerita tapi juga untuk pembaca. puan Novelis Maria Kajiwa takkan beri laluan mudah untuk pembaca hadam sebuah kisah yang hebat begitu saja. cabaran untuk pembaca? haa... meh akak beritahu.
pertamanya, untuk bab-bab awalan, puan penulis memperkenalkan banyak watak dan kisah latar mereka. pembaca pun tak tahu apa perkaitan mereka dan apa yang menanti seterusnya pada bab-bab berikutnya.
kemudian, pembaca akan dihidangkan dengan satu topik utama. dalam novel ini tentang artifak yang menjadi rebutan. seperti biasa puan penulis akan bawa pembaca kepada kejadian asal sesuatu peristiwa atau benda. sesuatu yang terhasil dengan niat jahat memang akan membawa padah.
seterusnya, di sinilah puan penulis menyusun konflik. pembaca akan mula nampak perkaitan setiap watak dan kepentingan mereka dalam jalan cerita. ada ketika pembaca kalau tak tumpu sepenuh perhatian, mampu lost. detik debar sepanjang pembacaan juga buat pembaca terus teruja hingga ke akhir helaian.
dalam novel artifak ini, dhaw yang menjadi rebutan. benda berharga dari zaman kerajaan lannathai yang punya badi mayat padanya kerana penghasilannya juga punya semangat dan tujuan jahat.
ya. manusia tamak yang mahukannya. yang membawa khalid kepada rentetan masalah yang tak berkesudahan. dia tanpa sengaja membawa dhaw tersebut bila panji mati. bukan mudah kerana dia juga dipengaruhi semangat benda itu juga manusia yang mahukannya menghantar ilmu hitam yang buat khalid terseksa.
bak simpulan yang diurai satu persatu. sangat puas hati di penghujung kisah.
Nama Maria Kajiwa memang tidak asing lagi dlm dunia penulisan. Berpuluh novel dah diterbit. Aku, kalau nak baca genre seram atau ingin satu kelainan pasti aku akan cari buku MK. Setelah Bramfield House, MK lahirkan Artifak yg sememang berkaitan dgn sejarah .
Apa kisah disebalik Artifak? .
Khalid, hidupnya pernah bergelumang dunia gelap Namun dia tekad berubah setelah kematian isterinya. Bertemankan satu2nya anaknya , Hakim dia pulang ke kampungnya dan mulakan hidup baru bersama ibu serta anaknya .
Boolert, manusia yg tamak. Sanggup mengupah orang utk mencuri salah satu artifak yg dikenali sebagai Dhaw di Tokong Siam. Dhaw diperlukan oleh Boolert utk menghasilkan satu senjata yg mempunyai kuasa luarbiasa. Ilmu hitam adalah permainan utama Boolert .
Dalam novel ini, penulis berselang seli menceritakan watak2 utama. Aku yg pada awalnya bertanya siapa mereka2 ini, kenapa terlalu ramai watak yg ada. Tp aku yakin, penulis takkan masukkan dengan sengaja. Pasti ada kisah disebalik watak yg muncul pd awalan cerita. Bertambah menarik apabila penulis menceritakan tentang asal usul Dhaw yg menjadi idaman Boolert .
Kenapa Boolert terlalu inginkan Dhaw tersebut? Ada apa disebalik Dhaw tersebut? Pengkhianatan, dendam, tamak mendominasi kisah Artifak ini. Kisah bagaimana seorang yg telah bertaubat , kembali ke jalan hitam disebabkan terhutang budi. Bagaimana Khalid boleh melibatkan diri dgn Dhaw yg sangat berbahaya itu? .
Syabas kak Maria Kajiwa. Apa lagi yg aku mampu katakan. Genre2 sebegini memang makanan beliau. Rasa macam tak sabar nak tunggu next novel beliau. Aku tau, aku takkan kecewa dgn penulisan Maria Kajiwa .
Khalid, Panji, Arshad, Boolert, Galih. Perebutan dhaw yang bawa badi kematian ramai.
Zaid akhirnya bunuh juga Boy? Atau darah manusia albino yang Boolert perlu selain dhaw dan tujuh janin untuk ritual beranakkan dhaw utusan maut dari zaman silam dari sebilah ke tujuh bilah, sebenarnya bukan darah albino?
Sebatang dhaw pun membawa bencana yang sangat dasyat inikan pula bila dah jadi tujuh batang dhaw.. Kisah mengenai sebatang pedang yang membawa badi mayat dari zaman dahulu hinggakan siapa pun yang memeganggnya pasti mati.. Sebuah kisah mengenai artifak yang dibuat pada zaman dahulu dan menjadi rebutan pada zaman kini..
Artifak dhaw yang memiliki sumpahan badi orang mati telah dicuri dari sebuah kuil di Thailand. Dhaw yang juga dikenali sebagai utusan maut akan memberi akibat buruk pada sesiapa yang menyentuhnya sehingga menyebabkan kematian.
Khalid seorang pendosa yang telah bertaubat terjebak semula dalam permainan maut ini tanpa disedari olehnya. Panji, sahabat lama meminta dia menyerahkan artifak tersebut pada Boolert sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat ditembak pihak musuh. Demi menyerahkan artifak ini, Khalid terpaksa menjejakkan kaki semula ke KL dan diburu oleh musuh lamanya akibat dendam. Khalid juga kerap mendapat bayangan orang yang telah mati selepas dia memegang artifak tersebut. Ditembak, diculik, dirompak dan dikenakan sihir menyebabkan Khalid lelah dan hampir mati. Benarlah artifak ini mengundang petaka pada sesiapa yang menyentuhnya.
Penat pulak rasa baca kisah Khalid ni, lepas satu satu kejadian menimpa dia. Rasa mcm ikut berlari sama haha
DHAW, ia merupakan sebuah artifak berharga kerajaan LannaThai yang menjadi rebutan kumpulan kongsi gelap dan pelbagai pihak diantara dua buah negara. Dhaw yang memiliki semangat jahat mampu membunuh tanpa memilih apabila disentuh.
Kisah bermula apabila seorang bekas ahli kumpulan kongsi gelap bernama Khalid secara tidak langsung memasuki dunia gelapnya kembali demi menyelamatkan nyawa sahabat dan keluarga yang menjadi taruhan kepada perebutan artifak itu.
Jalan cerita novel ini memang bagus dan cukup rencahnya. Aku enjoy membacanya sehingga aku rasa mahu cepat saja habiskan. Konflik yang disajikan buat aku tidak sabar untuk mengetahui apa yang bakal berlaku dipengakhiran cerita.
Plot twist memang padu. Ada yang aku dapat agak dan ada yang tidak disangka. Debaran, kejutan, suspen semua ada. Tiada ruang untuk pembaca seperti aku berasa bosan. Aku teruja. Tidak hairanlah karya MK semua tinggi ratingnya.
Watak yang banyak menghidupkan lagi jalan cerita. Terbaik. Tiada masalah untuk aku mengingat semua watak dengan sekali harung pembacaan. Namun ada dua kesalahan yang aku jumpa pada nama watak yang berdialog. Tetapi ianya tidak menganggu dan aku masih boleh hadam.
Kesimpulannya, ARTIFAK sebuah karya yang bagus dan harus ada di rak buku peminat MK dan pembaca lainnya. Cover novel memang lawa. Aku suka.
Khalid ada sejarah hitam dgn kumpulan kongsi gelap. 15 tahun lalu, dia ke KL dgn tujuan mencari kerja tp terjebak dgn kongsi gelap hingga berjumpa Rashidah, anak Bongkok, Ketua Kumpulan Geruda. Mereka berkahwin dan mendapat seorang anak. Setelah kematian Bongkok dan Rashidah dlm satu tragedi, dia membawa anaknya, Hakim pulang ke kampung emaknya dan bina hidup baru. Namun masih ada dendam yg tertinggal. -- Boolert, Ketua Kumpulan A7 juga pengamal ilmu hitam yg menjalankan aktiviti pengedaran dadah dan seludup barangan antik. Dia seorang ketua yg pemurah kpd orang-orangnya yg setia dan cekap. Tp kalau belot atau gagal jalankan tugas yg dia arahkan, hanya kematian jawapannya. Thanit adalah orang kepercayaannya. Thanit menjalankan kerjanya bersama adiknya, Ben. -- Sebuah artifak dari zaman Kerajaan LannaThai abad ke-15 dulu menjadi rebutan. Dhaw yg dipanggil 'utusan nyawa' yg dihasilkan ada semangat jahat dan membawa badi pada sesiapa yg menyentuhnya. Dhaw yg banyak mengorbankan nyawa itu disimpan di sebuah kuil oleh seorang sami berabad lamanya tp satu hari tiba² ia hilang dan menjadi misteri. -- Bukan saja dhaw yg menjadi rebutan tp Khalid sendiri diburu kerana dendam lama. Salah seorang adalah Yazid yg kematian anaknya. Tawaran rm 50k akan diberikan kpd sesiapa yg berjaya temui Khalid. -- Konflik bermula apabila Panji, bekas ahli Kumpulan Geruda merangkap sahabat baik mencari Khalid setelah 6 thn tak jumpa. Tujuan utama utk temani dia mengambil satu artifak di Kelantan. Dia diupah Boolert. Tanpa sedar mereka telah melibatkan diri dgn utusan maut dari zaman silam. Mereka dlm situasi bahaya krn brg tersebut jd rebutan banyak pihak. Panji terpaksa kerana nyawa keluarganya jd taruhan dan dia hanya percayakan Khalid utk menjadi back up semasa mengambil artifak tersebut. Ada sebab kenapa Khalid setuju teman Panji sedangkan dia dah bertaubat. Berjayakah mereka? -- Pelbagai rintangan yg dilalui Khalid. Pelan yg dirancang rapi jadi kucar kacir angkara ketamakan manusia. Walau nyawa dihujung tanduk, Khalid tetap memegang amanah utk serahkan dhaw kpd yg sepatutnya. Nasib menyebelahi Khalid bila muncul Napadon dan Arshad membantu. Siapa Napadon dan Arshad? Berjayakah Khalid? Kenapa Boolert terlalu taaksub mahukan dhaw? Benarkah dhaw membawa badi buruk? -- Sebuah kisah thriller + mistik yg disajikan penulis memang tak dijangka. Pembacaan menjadi lancar dan mudah difahami bila penulis selang seli menceritakan watak² dan asal usul kewujudan dhaw. Setiap watak memainkan peranan dgn jelas. Plot twist memang tak boleh diagak. Persahabatan, kesetiaan, ketamakan, pengkhianatan dan dendam menjadikan naskhah ini sangat best. Dan aku semakin suka hasil karya penulis. Highly recommended. Best and full marks ⭐⭐⭐⭐⭐
Sampai-sampai aja buku ni kat rumah, terus kita capai dan baca. Kali ni jalan ceritanya memang cukup berbeza kalau nak dibandingkan dengan novel-novel sebelum ni.
Khalid, dia lelaki pertengahan umur yang duduknya di ceruk kampung bersama-sama ibu dan anak lelakinya, Hakim. Dia berjanji, takkan sesekali dia jejakkan kaki ke dalam dunia gelap itu lagi.
Tapi janji itu terpaksa dia ingkari disebabkan teman, atau boleh kata sahabat yang banyak menghulur budi padanya meminta pertolongan. Panji kata, ini yang terakhir.
Akhirnya, Khalid turuti permintaan Panji. Caranya mudah saja, bawa balik satu artifak antik yang dinamakan 'dhaw' dan serahkan kepada Boolert, ketua kumpulan kongsi gelap, juga pengumpul barang-barang antik untuk tujuan pemujaan.
Tapi dhaw itu membawa badi mayat kepada sesiapa pun yang memegang dan menggunakannya. Misi Panji dan Khalid untuk menyerahkan dhaw itu juga tak semudah yang disangka, malah lebih berat ditanggung pundak masing-masing.
Sekali lagi, satu naskhah yang cukup mengujakan dan mendebarkan daripada Kak Maria Kajiwa. Macam tengok movie aksi, yang buatkan kita gigit jari bila watak tu hampir terselamat tapi ditimpa ujian bertali arus. Nervous aja kita sepanjang pembacaan. Tak rasa bosan langsung!
Even pada awalnya pengenalan watak agak ramai dan sukar nak mengingat nama dan kepentingan masing-masing tapi as time goes by, semuanya bercantum dalam satu link yang sama. Tapi ada masa rasa Khalid macam kurang padu dan tak cakna dengan keadaan sekeliling dia walaupun dia pernah jadi orang kanan kepada kumpulan kongsi gelap yang besar dulu.
Dan kalau cerita ni tambah lebih sikit je lagi tentang misteri artifak tu sendiri, mesti lagi gempak sebab even ada scene yang sedikit pada zaman lampau yang berkait rapat dengan sejarah artifak ni pun, dah buat kita tak lepas daripada teruskan bacaan. Menarik betul part tu. Apapun, novel ni memang best dan seronok sangat dibaca. Thrilling!!
Dhaw. Yang dikatakan bakal memberi badi mati kepada sesiapa sahaja yang menyentuhnya tidak kira dengan niat apa sekalipun. Sengsara, dirasakan perit sehingga roh berpisah dari jasadnya. Sumpahan lama kerana tegar melakukan perkara menyimpang dari yang sepatutnya.
Ilmu hitam. Ritual. Masa lalu terus berlanjutan, Dhaw berbahaya dibawa ke serata arah. Sehingga satu masa, pertemuan dia dan sahabat lama telah menyebabkan sebuah perjalanan penuh liku bermula semula setelah sekian lama meninggalkan.
Misi yang dijangka berakhir mudah, rupa-rupanya satu liku dikelilingi pelbagai ranjau yang tidak dijangka. Sebermula sekadar menemani, kini dia harus selesaikan sehingga ke titik terakhir. Kematian demi kematian, ujian juga hadir membadai, malahan menemukan seseorang yang tidak pernah sangka bakal mengubah dirinya. 𝑲𝒉𝒂𝒍𝒊𝒅
Nilai yang aku perolehi daripada kisah ini ialah sifat tamak akhirnya memakan diri. Bahana pentingkan dendam dan harta, semua hancur dalam sekelip mata. Kerugian melanda, tiada makna. Malahan, mengajar juga bahawasanya pegangan agama dan kebergantungan seorang hamba yang alpa lagi leka kepada-Nya. Lemah dan lalai, sehingga lupa Dia senantiasa ada.
Secara keseluruhannya, pada aku, kisahnya tersusun cantik. Mungkin pada awal aku agak keliru, kerana timeline masa kini dan dahulu. Namun itu tidak menjadi masalah, cumanya boleh tahan meremang ya. Jahat betul Dhaw tu, dah nama pun bawa semangat jahat kan? Bukan biasa-biasa dia memberi kemalangan kepada sesiapa yang berani menyentuh hatta seketika.
Lagi sikit je lagi semua akan selesai. Mungkin setapak kehadapan semua masalah boleh selesai. Haha itu hanya harapan. Mula dari situ, masalah demi masalah menjauhkan Khalid dari menyelesaikan amanat untuk Panji. Plot twist novel ni, tak mampu nak brain! Lepas satu, satu datang and guest what?! Semua berkait. Baca cerita ni make me guessing a lots of thing. Betul ke dia baik? Betul ke dia jahat? Tapi paling best ialah "tiada pertemuan yang kebetulan" How i wish i can say the same thing. Arshad ni sangat misteri,dia seperti satu watak yang orang akan kata 'Old is Gold'. Kalau ade prequel part Arshad ni macam best giler ala-ala Tok Adi.
Nak tolong kawan, tapi lain yang jadi. Saya masih mencari bentuk dhaw tersebut (otak fikir bentuk c macam sabit). Perjalanan Khalid ni tak sampai seminggu pun tapi sebab banyak benda yang jadi, kita yang membaca pun naik penat need to stop and rest. Tolong ambil penat Khalid dengan Galih. Penat perasaan, mental dan fizikal. Suka karakter Hakim, seorang budak yang tahu jaga diri.
Penulis berjaya buat filem aksi dalam minda. Ala-ala Lara Croft, National Treasure pun ada. Paling penting bab terakhir tu. "Mak dah tanya." Latifah tersenyum panjang. Laju ehhh mak buat kerja. Pergh tipikal mak yang kalau aim dia dah kat target. Belum sempat kita sedia busur anak panah dah pergi dulu. Tersembur part ni.
Segalanya bermula dari hati. Setitis cahaya mampu merubah kelam dan setitis hitam, nyawa pun menjadi tidak bernilai!
Karya kak Maria Kajiwa melalui Artifak, seperti biasa hebat dalam memberi rasa, terutama di hati saya. Elemen seramnya tidak terlalu menonjol tetapi jalan ceritanya sangat mendebarkan. Gara-gara sebuah artifak lama beratus tahun, Khalid terpaksa menempuh kembali 'jalan hitam' yang telah lama ditinggalkan. Semangat setia kawan yang tinggi, mengheret Khalid ke situasi yang bukan sekadar mengancam nyawanya tetapi turut melibatkan anaknya hakim.
Kisah kongsi gelap yang melatari kisah ini terasa nyata. Macam menonton drama Korea! Permainan mereka yang bukan sahaja licik dan kejam tetapi antara setia dan khianat menjadikan banyak pihak pintas memintas untuk meraih kejayaan demi kepentingan sendiri. Cuma satu saja, mungkin diorang tak tau pepatah 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua', yang menjadikan ramai orang memilih untuk mengikut rasa yang binasa berbanding jujur dan setia.
Novel yang bagus untuk dijadikan koleksi bacaan. Yang baik diteladani, yang buruk jadikan sempadan.
" Rindu pada masa silam yang penuh dengan dosa juga , satu dosa . " - Khalid
" Allah beri peluang untuk berubah , tanda Allah sayang. " - Arshad.
Akhirnya , setelah berminggu-minggu jumpa juga aku dengan perkataan TAMAT. Tahniah buat penulis untuk karya hebat ni 👏 @novelismariakajiwa . Dalam banyak² karya beliau , bagi aku novel kalini agak berat sebab dia melibatkan banyak pihak dan artifak sejarah kerajaan LannaThai.
Pada mulanya aku agak lambat faham jalan cerita sebab banyak karakter muncul sekali gus tapi bila sampai pertengahan aku mula dapat rentak. Sungguh , aku meremang bila Khalid 'terkena'.
ARTIFAK. Bukan sekadar cerita. Banyak yang terselit.
Sesungguhnya sifat tamak dan khianat hanya merugikan diri sendiri. Ya , aku setuju.
Buat yang belum baca , silakan baca dengan hati yang tenang. Sebab aku sendiri tak tenang bila membacanya 😱
Karya pertama Maria Kajiwa yang saya baca. Best! 💯 Genre: Mild horror-thriller. (kenapa baru sekarang jumpa genre yang seram tapi tak keterlaluan macam ni? 🖤)
Buku ni berkisar tentang Khalid yang pada mulanya hanya nak bantu serahkan sebuah artifak lama... tapi rupanya, artifak tu ada kisah silam berdarah dan dikatakan terkena badi mayat. Sejak itu, Khalid menjadi buruan daripada pelbagai persatuan gelap.
Watak paling saya suka adalah Arshad. Dia macam ada 'kuasa' nampak benda ajaib, dan boleh mengubat keadaan yang berlaku kepada mereka yang terkena.
Buku ni best sebab... & kalau minat cerita: 💀 unsur sumpahan/badi 🌫️ seram yang perlahan tapi merayap 🧠 thriller yang tak terlalu ganas tapi tetap mendebarkan
Boleh cuba Artifak. Highly recommended, especially kalau kau baru nak berjinak-jinak dengan genre horror thriller lokal.
Naskah ini menceritakan tentang 1 artifak dari zaman silam.. Bagaimana ianya wujud... dan memakan nyawa kerana semangat / badi yang di serap semasa artifak itu dibuat.. Artifak yang menjadi rebutan terutama antar kumpulan pengumpul artifak mahukan yang mengamalkan ilmu hitam.
Hanya kerana ingin menolong seorang sahabat baik... Khalid menjadi mangsa keadaan. Di sinilah semangat setiakawan diuji... Taat dan setia menjadi pertaruhan.
Memang tidak disangka akan ada twist di akhir cerita... Cuma yang menjadi persoalan.. siapa watak terakhir itu.. Ada kumpulan dari kuil itu juga yang mencuri artifak tersebut?
Tahniah buat penulis Maria Kajiwa untuk naskah ini.. Memang berbaloi membacanya... Keep a good work!!
Orang yang mahu berubah ke arah kebaikan akan selalu diuji Allah. Kerana disitulah Allah ingin lihat tahap keimanan seseorang. Aku kasihan pada Khalid. Nak membalas budi kawan baik, tak pasal pasal dia terhumban semula dalam kisah lama dia..
Dalam kisah ni kau akan jumpa dengan sangat banyak watak dan mempunyai pelbagai sifat. Si tamak, si pengkhianat, si pedendam, seorang yang berilmu dan byk lagi la. Dan semua watak ini akan berjumpa antara satu sama lain. Padu kan?
Terbayang bayang aku cara Boolert menghukum orang orangnya.. huh!!!
Cukup rencah, cukup rasa... Tahniah kak @novelismariakajiwa , zully tunggu buku baru akak nti... Sehat selalu ya kak!
Bukan sbb Maria Kajiwa antara penulis fav, Yam nak puji karya dia best.. Tapi memang karya dia tak pernah lagi buat Yam kecewa.. Perjalanan Khalid dalam membantu Panji yg merupakan sahabat lamanya, juga sahabat dari zaman gelap hidupnya utk seludup Artifak yg Khalid sendiri tak akan tahu kesan dia.. Setiap scene Yam jadi leka sbb watak Khalid tu aktif.. Tak duduk diam..Hehe..Lepas satu masalah, masalah lain pula timbul. Byk pengajaran, kata semangat dan nilai kekeluargaan dalam novel Artifak ni..
My expectations too high kut for this book. Ingatkan kisah yg disampaikan seram dan misteri, tapi rupanya agak kurang. Pada awal cerita, memang menarik. Diulas tentang sejarah Dhaw. Diperkenalkan juga watak" seperti Boolert, Arsyad, Yazid, Panji dan Galih. Tapi bila terlalu banyak masalah untuk Khalid hantar Dhaw tu pada Boolert, jadi sangat lelah untuk sambungkan bacaan. Sekejap diserang orang itu, sekejap orang ini, sekejap dibelasah, sekejap berpindah randah. Geram sangat bila banyak sangat halangannya.Terlalu banyak sampaikan nak habiskan cepat".
Racunan Artifak nie sgt kuat... beli je kat popular ptg semalam...malamnya trus dibuka dan dibca... hbis dibca mlm nie jgak.... apa yg boleh diperkatakan.... otai mmg berbisa....
Unsur seram ...thriller... agamanya smua ckup rencah.... overall sgt berpuas hati dgn naskah ini... nk review pjg2 pn x pndai sgt...yg pasti kpd yg belum memiliki naskah ini....cpat2 lah p kedai buku n beli k....hehehhe👍🏻cenggini utk novel nie...
Karya kak Maria Kajiwa memang tak pernah mengecewakan. Kadang2 confused, kak MK ni pahlawan yang menyamar jadi orang biasa ke? Tetapi, tidak, kak Maria adalah penulis hebat yang sentiasa dihujani idea.
Mendatar jalan cerita & plot. Bosan tapi aku tetap habiskan. Tak seram langsung. Cuma cerita perjalanan watak utama, Khalid yang asyik ditimpa masalah sepanjang dia nak serahkan barang artifak. Itu saja.
Bismillah.Ini adalah kali kedua aku membaca karya penulis Maria Kajiwa.Sejujurnya,dalam setiap karya seram MK, aku boleh dapati yang beliau tak sepenuhnya menerapkan elemen seram sahaja,ada juga dicampur dengan kehidupan realiti dan lain-lain yang boleh aku kata bagus.
MK ada magis dalam penulisannya di mana setiap watak yang dia tulis akan terasa 'hidup'.Menyelusuri kisah Khalid yang perlu menyerahkan dhaw kepada Boolert dan liku-liku sepanjang penghantaran itu membuatkan pembacaan terasa lama.Mungkin disebabkan ada saja masalah yang timbul.
Aku suka baca novel Artifak ini,sebab ada libatkan elemen ala-ala sejarah pula berkenaan sejarah dhaw pada masa lampau dari kerajaan Lannathai tu, meremang juga bulu roma aku.
Konklusinya, aku suka juga lah buku ni.Tahniah kepada MK, teruskan berkarya.