Dalam hidup ini, ada ramai di luar sana yang stres dengan kehidupan keras yang menghimpit. Ada yang sehingga hilang kewarasannya.
Kisah mentua jahat itu benar.
Kisah lelaki perasan alim tapi tak bayar nafkah itu benar.
Kisah isteri malang terkahwin lelaki gay itu benar.
Kisah manusia yang menurut rasa dendam, benci dan memfitnah itu benar.
Kisah anak gadis murtad itu benar.
Kisah gadis yang buta kerana cinta juga benar, sehingga sanggup lari ke Siam, bernikah tanpa wali, membelakangkan keluarga. Namun mereka mengambil mudah menyalahkan takdir.
Jom support penulis tempatan dengan membeli novel ini.
Kali ini saya mengangkat kisah cinta ibu dan anak yang terpisah kerana darjat.
Rasanya versi drama tu 10% je yang sama dengan versi novel. Yalah, susah kalau nak adaptasi 100% sebab mungkin banyak faktor perlu di ambil kira seperti lokasi lagi-lagi dalam zaman pasca covid ni. Maka, lebih kepada inspirasi sajalah.
Kesian betul dengan nasib Jeha ni. Anak yatim piatu. Hanya kerana mengikut darah muda sanggup berkahwin walaupun tanpa restu bonda mentua yang bongkak dan hanya pentingkan keturunan. Ada suami lumpuhlah pulak, ada kerja tapi dapat ketua yang suka ambil kesempatan dalam kesempitan. Lepas tu terpaksa dipisahkan dan diceraikan si suami kerana fitnah ketua tadi. Anak pulak dibawa lari. Aduhai, siapa je la yang tak gila dibuatnya? Sebab tu dia macam tak boleh terima kenyataan dan menyalahkan takdir yang keras yang telah ditentukan olehNya.
Ada juga beberapa pengulangan ayat dan kesalahan ejaan. Tu yang mula-mula nak bagi tiga bintang tapi tambah satu lagi sebab macam best pulak cara puan penulis ceritakan keadaan dan suasana di Kuala Lipis, Kundasang dan kawasan sekitarnya. Kita boleh bayangkan macam betul-betul ada di tempat tu walaupun sebenarnya tak pernah sampai lagi kat sana. Dan saya suka juga dapat belajar beberapa ayat bahasa kadazan dusun. Serta teknik tarian Sumazau yang menari dan mengepakkan tangan seperti seekor burung helang sedang berterbangan di udara.
This entire review has been hidden because of spoilers.