Jump to ratings and reviews
Rate this book

Psikopat Nirwajah

Rate this book
Langsuir, seorang pembunuh bersiri di bandar Rebung Utama berasa tercabar apabila Bayan, seorang lagi pembunuh dengan kuasa luar biasa muncul di bandar itu dan merampas perhatian masyarakat daripadanya. Langsuir bertekad untuk memburu susuk misteri itu dan menumpahkan darahnya!

Pada masa yang sama, Inspektor Syaaban menghidu sesuatu yang aneh dalam kejadian pembunuhan bersiri yang sedang berlaku di bandar Rebung Utama. Memori lalu bersama Geng Wira Kumbang bermain semula di fikiran. Mungkin sebenarnya suspek yang dicari lebih dekat dari yang disangkakan.

Tetapi, bagaimana mayat tidak berwajah akan membuka cerita?

288 pages, Paperback

First published March 1, 2021

5 people are currently reading
81 people want to read

About the author

Osman Deen

13 books111 followers
Hai! Saya menulis cerita yang saya nak baca. Disebabkan itulah, asyik lompat genre sana sini hehe. Sehabis baik, saya cuba memastikan karya saya karya manusiawi;

Karya-karya tentang manusia, ditulis oleh manusia yang ingin faham lebih lagi tentang manusia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
42 (26%)
4 stars
75 (46%)
3 stars
33 (20%)
2 stars
9 (5%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 44 reviews
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
March 22, 2021
Awalnya aku tak nak buat ulasan buku ni sebab takut ulasan ni berbunyi macam nak menjatuhkan buku atau penulis, tapi bila fikir balik, mungkin Osman boleh belajar satu-dua benda dari ulasan yang aku bagi.

Pertama sekali, memang tak disangkal lagi Osman boleh menulis. Dia ada bakat tu dan ini boleh dilihat dalam buku Miss Awesome (yang aku sukaaaaaa sangat-sangat!). Korang sebenarnya boleh perasan dan rasa tau kalau seseorang tu ada bakat menulis ke tak. Ayat yang dikarang tu akan mempunyai pace dan struktur yang lancar dan tak tersekat-sekat. Jadi untuk itu, memang tak dinafikan Osman boleh menulis.

Buku thriller, jujurnya bukanlah genre kegemaran aku. Aku lebih suka fantasi dan saifai. Jadi mungkin ini juga beri kesan kepada pembacaan aku kot?

Oh sebelum aku teruskan ulasan, nak bagitahu yang ia akan penuh dengan spoilers. So kalau korang nak baca buku ni tanpa ketahui apa-apa spoilers, bolehlah berhenti baca di sini.

Satu masalah yang aku hadapi dengan buku ni adalah ia mempunyai terlalu banyak watak. Aku tahu sebab Langsuir ada banyak mangsa, tapi disebabkan mangsa dipilih secara rawak, dan watak tersebut tiba-tiba muncul dalam bab tersebut tanpa ada background story yang kukuh, aku jadi tak terkesan dengan pembunuhan yang dibuat. Satu lagi, mungkin aku ada baca beberapa kisah thriller yang jenis potong-potong mangsa yang lebih bagus dan detail, membuatkan buku ni jadi rasa terlalu biasa dan klise (in a way). Kalau kita baca buku-buku Syaihan Syafiq yang sangat detail, buku ni jadi terlalu jauh kalau nak dibandingkan bersama-sama.

Satu lagi isu yang aku perasan dalam buku ni adalah perwatakan watak-watak utama atau cara Osman menulis watak bagi aku sedikit lemah. Macam Cindy ada blackbelt, tapi tak nampak langsung dia gunakan dalam novel ni. Mayang pula tiba-tiba diceritakan pandai karate pada suku akhir buku. Watak Syaaban yang tiba-tiba banyak buat lawak masa dia buta pun rasa pelik sebab dia taklah dikenali sebagai seorang yang banyak buat lawak di waktu yang salah dalam buku ni.

Sebab Mayang jadi psiko pun tak detail sebabnya. Dia jadi psiko sebab kena dera ke atau sebab dia penyebab Hamra mati? Babak Mayang didera pun tak digambarkan dengan baik. Cuma cakap sekali lalu je. Banyak tell daripada show. Sama juga kisah Syaaban diambil jadi angkat yang diceritakan secara tiba-tiba dan sekali lalu.

Selain tu, emosi banyak tak sampai dalam buku ni. Masa Hamra mati, aku tak rasa sedih. Kekecewaan Syaaban pun tak dirasai bila dia tahu Mayang adalah Langsuir. Ketalutan Cindy semasa diculik Bayan pun tak dirasa. Kemarahan Joel masa Cindy cakap buruk tentang bapa mertua dia pun tak rasa sangat. Oh dan aku tak rasa apa yang Syaaban buat tu satu khianat yang besar sampai dihukum buta.

Ada beberapa babak juga yang sedikit mengganggu:
- Solusi nak tangkap Bayan guna taser macam tak logik.
- Luka Amar masa kena culik tu tak diceritakan secara spesifik, cuma cakap dia terluka dan perlu dipapah. Bila hujung-hujung masa masuk ambulans baru tahu perutnya yang terluka.
- Macam mana polis boleh tiba masa diorang diculik Bayan? Siapa yang telefon polis?
- Penyucuk di rambut Mayang pun tiba-tiba diceritakan masa dia tiba di rumah memori. Lagi bagus kalau dari awal lagi memang Mayang dikenali sebagai orang yang memakai cucuk sanggul.
- Background Bayang langsung tak dicerita dengan penuh. Macam mana boleh dapat kuasa? Siapa atuk? Kalaupun Osman nak buat sequel dan ceritakan asal-usul Bayan dalam sequel, ia tak cukup menarik atau tak buat aku intrigue untuk tahu lebih lanjut mengenai Bayan, yang boleh membuatkan pembaca tertunggu-tunggu nak baca kisah Bayan.

Satu cadangan, mungkin Osman boleh perhalusi teknik penceritaan kalau kaji teknik show dan Red Herring. Osman kena tahu, semua benda yang disebut dalam cerita, perlu ada kegunaannya. Kalau disebut sekadar sebut, ia boleh dikira sebagai membazir ruang dan perkataan.

Ulasan ni bukanlah nak menjatuhkan Osman, tapi untuk kita sama-sama belajar. Aku ni pun bukannya hebat sangat menulis hahah tapi aku kongsilah apa yang aku baca. Maaf kalau ulasan ni terlalu keras, mungkin otak aku dah set untuk baca sebagai seorang editor haha.

Walau apa pun, Osman memang boleh menulis dan aku harap dia takkan pernah berhenti menulis sebab dia ada bakat. Terima kasih Osman untuk cerita ini!
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
March 16, 2022
Mungkin mengandungi spoiler

Kalau nak baca buku supernatural thriller yang menggunakan kosakata terhad dan kelihatan seperti tiada kajian dibuat, inilah bukunya.

Plot dan wataknya dangkal.

Plotnya tidak disusun dengan baik. Terlalu banyak babak dan dialog remeh yang tak ada pun tak apa. Ada banyak juga kelompongan dalam cerita. Apabila diselitkan imbas kembali, tidak sedikitpun membantu untuk menjelaskan apa-apa, hanya menambah kepada tanda tanya yang sudah sedia menggunung. Kisah bermula dengan Langsuir sebagai fokus utama. Awal-awal dah beritahu siapa. Jangan risau. Kemudian, pembunuhan-pembunuhannya dan acahan-acahan sebab-musabab jadi pembunuh. Tapi semuanya disentuh di permukaan saja. Tak ada cerita mendalam mana. Tak sampai sejengkal pun. Mangsa-mangsanya pula nampak rawak je. Ada yang katanya sebab hari itu mengekori dia dan ada pula yang telah dibuat kajian. Proses mencari mangsa berbeza betul kat sini.

Selepas itu muncul pula Bayan. Kenapa Bayan baru sekarang nak muncul? Tak tahulah. Kenapa namanya Bayan? Sama ada aku terlepas atau terlupa, tak tahulah. Sepertimana nama Langsuir sebagai pembunuh diberi, tak tahulah. Ada disebut yang bunga ditinggalkan kat tempat jumpanya mangsa Langsuir. Tapi tak ditekan kepentingannya dan kemudiannya kaitan dengan nama Langsuir. Apatah lagi relevannya cara pembunuhan menyiat mangsa yang diguna. Tak perasan juga siapa yang berikan nama Bayan sebab tak pasti juga apa kaitan namanya dengan fizikalnya yang tiada wajah. Kemudian mereka berdua bertembung. Langsuir tak puas hati Bayan ambil alih tajuk berita sebagai seorang pembunuh. Sebab Langsuir nak jadi terkenal dan motif pembunuhannya yang entah kenapa dia anggap karya seni sebelum tu? Tak tahulah.

Pendedahan cerita. Mayang dan Syaaban bertembung. Mayang nak bunuh Syaaban. Tapi lepas itu dilupakan sebab ada plot baru nak mula. Entahlah. Dah jadi supernatural pula kisahnya. Penjelasannya pula lemah dan sekejap betul. Ada eksperimen. Eksperimen apa dan macam mana boleh sampai sebabkan Bayan dapat kuasa ajaib macam tu? Tak tahulah. Sebut tentang supernatural, katanya peluru mungkin tak boleh cederakan Bayan tapi pistol taser boleh. Walaupun perenjat pistol taser nak kena melekat kat badan juga baru boleh berkesan. Kalau macam tu, apa beza guna pistol biasa je dari awal? Pistol taser pula kena letak balik perenjat tu untuk penggunaan kali kedua, tapi ini boleh pula terus guna macam tu je.

Watak-wataknya sepesen aje. Kalau tak sepesen, tak tetap. Yang penjahat semuanya suka menyeringai, tersengih dan terkekeh-kekeh. Banyak kali. Sebab ketawa itu menakutkan barangkali. Mahu bina watak sebagai pembunuh dengan selitkan penderaan sewaktu kecil, tetapi tidak diceritakan secara terperinci. Tahu-tahu dah bunuh haiwan. Psikopat 101. Selepas itu pula tahu-tahu member mati, terus lengkap mode pembunuh. Semua mangsa pembunuhan pula naif dan tak ada sifat waspada. Selepas ditangkap akan bising sekejap sebelum lepas tu akan putus asa terus. Termasuklah juga penjahat yang kemudiannya jadi mangsa. Ada watak yang dikatakan pandai berlawan tapi jadi insan lemah bila di saat memerlukan kemahirannya. Entahlah.

Banyak perkara yang tak dijelaskan, tak masuk akal dan tak selari dengan realiti dalam cerita ini. Dari aspek penyiasatan polis, penggunaan senjata dan semuanyalah secara keseluruhannya perlu dibuat lebih kajian atau setidak-tidaknya dengan menghadam lebih banyak kisah-kisah penyiasatan polis atau thriller, sama ada dalam format buku atau TV dan filem.

Entahlah. Kalau nak baca mungkin kena kosongkan kepala dan layankan aje baru tak sakit kepala berfikir. Pengakhiran cerita, rasa kelakar pula. Masing-masing kata kes dah selesai. Tapi rasa tak berfungsi pun mereka sebagai watak sebab tak ada membantu sangat pun.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
May 23, 2021
Langsuir, pembunuh bersiri yang menghantui Rebung Utama: menyeksa mangsanya begitu sadis: suntik bius & kulit disiat perlahan2. Sentiasa ketinggalan 1 langkah di belakang, kini kes semakin merumitkan kepala Inspektor Syaaban dengan kehadiran sosok misteri baru: Bayan.

3.8/5⭐

✅ Pertarungan taktik & strategi 3 penjuru: Languir vs Bayan vs Inspektor Syaaban
✅ Memori hangat zaman kanak-kanak: naif & setia
✅ Watak & perwatakan yang dimanfaatkan sepenuhnya.
✅ Plot kemas: masa kini & ulang kembali/flashback tidak mengelirukan pembaca


Kalau Osman Deen ni, aku memang dah tak ragu-ragu dengan skill bertukang ceritanya 👍🏻 Cerita mengalir + dialog tak janggal

Cuma aku tak beri 4 ⭐ kerana aku ada 1 masalah. Logik semesta (universe) yang tidak konsisten: aku menyangka PN adalah sebuah cerita seriau jenayah/crime thriller yang realis. Sekurang-kurangnya untuk separuh pertama novel.

Sehinggalah apabila aku masuk ke separuh kedua novel, aku mula mengerutkan dahi dengan kemunculan Bayan.

Bayan: sosok misteri yang cuba merampas kedudukan Langsuir selaku pembunuh paling menggerunkan telah mengucar-kacirkan logik semesta: Bayan boleh rentas jarak/teleport, menghilangkan organ lawan dengan 1 sentuhan, memerangkap mangsa dengan halusinasi.

Pendek kata: metamanusia.

Jadi PN adalah cerita realis atau cerita adiwira?

Aku mengajukan soalan ini kepada Osman: dia menjawab PN bakal mempunyai sekuel yang menjawab segala lubang/loophole cerita dan ketidakseragaman logik semesta.

Pun begitu, Psikopat Nirwajah tetap memenuhi citarasa aku, selaku peminat seriau/thriller tegar.

Anda akan sentiasa mahu menyelak halaman seterusnya untuk mengetahui jawapan kepada teka teki & persoalan yang dicicirkan sepanjang cerita.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews107 followers
August 7, 2021
Buku pertama daripada penulis yang dibaca dan tidak mengecewakan 😊

❑ Ada dua pembunuh misteri dalam cerita ini iaitu Langsuir dan Bayan. Awalan cerita dimulakan dengan kisah Langsuir yang membunuh tanpa perasaan dan pemilihan mangsa dilakukan secara rawak. Secara tiba-tiba, segala perhatian yang diberikan kepada Langsuir telah teralih kepada pembunuh misteri baru bernama Bayan. Ini membuatkan Langsuir marah kerana telah merampas tempat dia di mata orang. Langsuir rasakan seperti orang lain sudah tidak menghargai "hasil seninya" 😑

❑ Buku ini juga berkisarkan kehidupan lima sekawan yang mengelarkan diri mereka Geng Wira Kumbang (GWK). Cerita disampaikan dalam dua alur waktu iaitu suatu masa dulu dan sekarang. Bab pandang belakang diberi perhatian kepada kejadian yang berlaku ketika GWK masih kecil terutama satu kejadian yang tidak boleh dilupakan.

❑ Apa pula kaitan antara GWK dengan dua watak pembunuh misteri dalam buku ini iaitu Langsuir dan Bayan? Tak boleh beritahu, spoiler nanti 🤭

❑ Susunan cerita mudah difahami walau ada dua waktu berbeza. Gaya bahasa dan pengolahan penulis cukup membuatkan aku menjadi asyik membaca buku ini. Terdapat elemen ngeri yang tidak sanggup aku bayangkan (terutama bagaimana Langsuir menyiapkan "hasil seninya") dan elemen seram di halaman terakhir. Kebetulan pula pada ketika itu, aku sedang berada di atas katil bertemankan hanya lampu tidur dan berseorangan 😵 Elemen misteri juga turut diselitkan dan menimbulkan persoalan demi persoalan sepanjang pembacaan dan secara terus menjadikan pembacaan semakin seronok.

❑ Beberapa plot twist wujud dalam buku ini dan yang paling menarik bagiku adalah mengenai identiti Bayan yang sebenar. Sungguh tidak disangka 😱 Pengakhiran cerita boleh diklasifikasikan sebagai open ending namun bukan bagi pihak GWK. Aku boleh terima ending begini dan harapkan jika ada buku kesinambungan daripada watak Bayan, silakan penulis 👍🏻

❑ Intihanya, buku ini disampaikan dengan baik oleh penulis dan berjaya menambat hatiku untuk membaca karya beliau yang lain 🤍

Beberapa mesej kehidupan daripada buku ini:
1. Penyeksaan terhadap emosi dan fikiran kanak-kanak terutama dalam lingkungan 7 tahun ke bawah bakal mempengaruhi dan memberi impak negatif kepada tingkah laku dan perasaan mereka.
2. Kesalahan kecil yang kita lakukan (bagi firasat kita) boleh membawa kepada natijah yang besar kepada kehidupan insan lain.
3. Sedarlah ibu bapa bahawa setiap kata yang dilafazkan untuk anak bersama intonasi sering diingati oleh anak sampai bila-bila.
4. Anak akan cuba sedaya upaya untuk meringankan beban ibu bapanya walaupun terpaksa mengkhianati kawan sendiri.

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
April 23, 2021
Novel yang menarik.. Kisah dua penjenayah yang membunuh kerana sebab yang berbeza.. Langsuir membunuh sebab masalah psikologi.. Mangsanya disiat kulit mukanya.. Bayan pula membunuh kononnya untuk menghukum pesalah.. Siapa yang betul dan siapa yang salah, Bayan yang tentukan.. Bukan mudah polis menjejak keduanya.. Paling tak sangka bila penulis bongkarkan siapa Bayan..
Profile Image for Syu.
40 reviews
March 16, 2022
Pertama sekali, saya sangat suka buku ini. Sangat menarik. Karya tulisan Osman Deen memang tidak mengecewakan 🤩 (sebelum ini saya baca Miss Awesome, memang best 🤩🤩)

Saya bagi rating empat bintang kerana penulis tidak menjelaskan kenapa pembunuh bersiri itu digelarkan dan menggelarkan dirinya Langsuir.

Sebelum sampai pada babak yang mengandungi plot twist, jalan cerita di dalam novel ini mengingatkan saya tentang drama Korea yang bertajuk 'Sell Your Haunted House' yang mana siapa yang mati akibat kebakaran akan bertukar menjadi hantu telur iaitu hantu yang mukanya tiada mata, hidung dan mulut. Pada mulanya saya fikirkan penulis mengambil inspirasi daripada drama tersebut 😁

Akhir sekali, saya berharap penulis dapat menulis sebuah lagi novel sambungan kepada novel ini untuk menceritakan apa yang terjadi pada Bayan pada masa lalu dan masa sekarang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Esther Ess.
47 reviews
May 24, 2021
"Namun andai kata anda terlihat kelibat tidak berwajah di tingkap anda dalam kelam malam, biarkan dia. Dia masih mencari kebenaran terhadap kisah hidupnya sendiri. Tetapi andai dia datang mendekat pula dan menunggu di tepi katil? Jaga-jaga, mungkin ada dosa lama yang ingin dibongkar semula." - Psikopat Nirwajah, Osman Deen

Sebagai seorang peminat fiksyen thriller, bagi aku buku ni sangat-sangat best! Bukan senang tau nak tulis fiksyen thriller yang dapat buatkan pembaca nak catch feel seram, feel curious tu dalam diri dorang. Aku sampai fikir 2-3 kali nak baca buku ni tengah-tengah malam. Takut terbayang bukan-bukan😭😂

Korang juga akan rasa macam-macam perasaan bila baca buku ni. Rasa geram, marah, kecewa, sedih, happy semua ada. Part yang paling aku tertanya-tanya, siapa Bayan sebenarnya? Mula-mula aku fikir Syaaban tau, sebab Syaaban ni dia seorang inspektor yang sangat obses dengan kes Langsuir ni dan dia sanggup buat apa sahaja untuk tangkap Langsuir tu. Tapi lagi lama aku cuba mendalami cerita ni, tak make sense langsung kalau Syaaban tu adalah Bayan. Guess what? Korang takkan expect pun siapa Bayan sebenarnya. Aku pun terkejut and unexpected betul bila tahu Bayan tu siapa.

Betullah, seseorang yang psiko ni dia tak sama macam manusia yang normal. Mungkin dari segi luaran tu kita nampak dia macam manusia biasa. Tapi kita tak tahu apa yang dia fikir, kadang pemikiran dorang tu jauh daripada pemikiran kita sebagai manusia. Menakutkan tau sebenarnya orang yang psiko ni. Dorang takda rasa takut langsung, tak rasa gementar, ada yang sampai hilang rasa perikemanusiaan tu. Jaga-jaga lah dengan siapa kita berkawan. Mungkin dalam circle kita sekarang ada ja orang macam ni. Siapa tahu kan?

Osman, jangan stop tulis cerita-cerita seram macam Psikopat Nirwajah ni tau! You deserved 5/5⭐ from me❤️
Profile Image for Nurulnaziefa_.
65 reviews5 followers
March 22, 2021
Psikopat Nirwajah - Osman Deen📚

“Apa yang kau cari ada di depan mata.”

Macam-macam perasaan ada sepanjang baca buku ni. Marah, Sedih dan Gembira. Kisah enam sekawan yang menggelar diri mereka Geng Wira Kumbang yang sentiasa meluangkan masa bersama. Hubungan persahabatan mereka yang istimewa telah merubah sisi buruk menjadi baik, vice versa.

Kematian, berpindah, pekerjaan akhirnya memisahkan mereka sehingga terjadi pembunuhan bersasar yang mereka rasakan ada kaitan dengan mereka ber-6. Akhirnya, yang masih hidup berkumpul semula.

Dalam mencari kebenaran, semua rahsia mereka semasa kecil akhirnya terbongkar.

Apabila dewasa, kita mungkin melupakan kesilapan kita tapi ada yang masih memendam dendam yang tak termaaf.
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
July 27, 2021
"𝙆𝙖𝙪 𝙣𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝𝙪? 𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙥𝙖𝙠𝙖𝙞 𝙩𝙤𝙥𝙚𝙣𝙜. 𝙆𝙖𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙪𝙧𝙖-𝙥𝙪𝙧𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙖𝙞𝙣, 𝙨𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞 𝙡𝙪𝙥𝙖 𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖."

Cuba teka siapa yang dah habis baca buku ni dalam masa dua hari? Ya, saya! Siapa lagi kalau bukan saya, Feyssa?

Buku ini mengisahkan tentang Langsuir, seorang pembunuh bersiri di bandar Rebung Utama yang identitinya masih tidak diketahui dan diburu-buru oleh Inspektor Syaaban. Fikirnya, dunia ini sudah menjadi pentasnya, sehinggalah seorang lagi pembunuh muncul dan merampas perhatian semua orang terhadap Langsuir.

Siapa dia? Dia adalah Bayan. Pembunuh yang mempunyai kuasa luar biasa yang tidak masuk dek akal. Dengan itu, Langsuir bertekad merampas semula pentas dunianya.

Oh, well... aku suka dengan jalan cerita novel yang bertebalkan 279 muka surat ini. Best nak mampus! Jalan cerita dan plotnya? *chef's kiss*. Sumpah aku kata, aku masih tak puas baca lagi buku ni.

Karakter-karakternya? Aku suka sangat. Langsuir, Bayan dan Geng Wira Kumbang iaitu, Hamra, Mayang, Inspektor Syaaban, Cindy, Amar dan Joel semua aku suka. Semua ada peranan masing-masing. Tidak kaku. Yang paling aku suka dalam novel ini, semestinya Hamra. Oh, my poor sweet baby Hamra :').

Tema novel ni bukanlah baik vs jahat. Tetapi jahat vs jahat. Bagi aku, Langsuirlah watak utama cerita ini. Dan Bayan adalah seterunya yang hebat.

Aku tak tipu, kalau aku kata, aku punya bayang orang yang kena siat-siat and kena seksa dengan Langsuir tu buat aku tak berapa nak selera makan. Jahat betul Langsuir! Boleh imagine wei! Jahat betul penulis sebab buat aku macam ni!

Plot twist tu? Damn. Logik giler! Aku pun tak expect plot twist macam tu. A big applause to Osman Deen for this.

Ending? Wei, dua perenggan terakhir tu buat aku rasa diperhati pula. Dahlah duduk seorang pula ini, aduhhh tak baik betul penulis buat aku macam ni. Nangis jap!

Will I recommend to others? Yes. Kalau kau peminat novel Aku Lelaki dan Jagakan Aku, silalah grab buku ini. Really recommended!

Apa-apa pun, tahniah kepada penulis kerana berjaya menulis novel yang sebagus ini. All the best for you in the future!

Personal rating: 4🌟

—Feyssa.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews41 followers
April 23, 2024
Bayan yang tiba-tiba muncul dan membunuh, membuatkan Langsuir rasa tercabar. Lebih-lebih lagi dia yang dituduh melakukan pembunuhan itu. Inspektor Syaaban terus giat menyiasat kes-kes pembunuhan tersebut dan berazam menjejaki pembunuh tersebut.

Pace penceritaan laju namun ada terdapat kelompongan plot di beberapa tempat. Contohnya Cindy yang dikatakan mempunyai sabuk hitam dalam taekwando namun tidak terlihat sebegitu. Dia juga begitu takut apabila merasakan ada yang mengekorinya. Atuk dan kuasa yang diperolehi oleh Bayan juga tidak diceritakan dengan jelas. Seolah-olah kuasa itu kuasa ajaib yang diperolehi secara tiba-tiba.

Tapi SH menikmati naskah ini. Identiti Bayan adalah di luar jangkaan SH. Namun motif tindakannya masih dapat difahami. Langsuir pula SH rasa agak tidak konsisten penceritaannya. Mangsanya diceritakan seolah-olah dipilih secara rawak. Tetapi ada babak di mana dia mengatakan kajian telah dilakukan sebelum memilih mangsa. Dan cara dia meletakkan mayat mangsa-mangsanya seolah-olah ingin perlakuannya dihidu namun apabila rahsia terbongkar semua yang menjadi saksi ingin dihapuskan.
Profile Image for Mia Amira.
1 review
March 22, 2021
Every time habis baca satu bab mesti rasa tak sabar nak teruskan baca sebab tertunggu tunggu dengan perasaan mendebarkan tu.

Selalu baca dekat fb mahakarya ja tapi kena tak tahan kena tunggu setiap minggu baru up cerita. Dapat buku terus baru puas baca ha cengginiii 👍🏻

Aku suka rasa thrill tu, rasa tertanya-tanya apa nak jadi lepas tu dan rasa geram apa semua. Tu yang best baca. Takda la bosan ha
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
May 9, 2021
buku mahakrya aku yang pertama!!!

ok, aku ltakkan expectation yg amat tinngi trhadap buku ni ... sbb tgok review pun rmaai kata best... tapi bagi aku,, hurmm so so je la buku ni..

xdelab tebal sgt(279ms)tapi smput juga nk mnghabiskannya walaupun aq ni seorg pminat gnre thirller.. x taula sbb font die yg besar atau jalan crita yg suam2 kuku...

walauape pun,masih enjoy tuk baca wktu2 senggang thanks pnulis!!!

oh ye cover buku ni seres nice....catchy truk kalau org usha!!!
1 review
March 22, 2021
This is a good read, from the start to the end. I love how the author put some humour amidst the chaos hahaha. The story line straight to the point, tak melalut. The plot twist kinda good. I hope boleh improve some scene yang perlukan rasa emosi tu lebih lagi baru rasa umphh. Hehe itu ja thanks menulis osman!
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
July 21, 2022
3.5/5

Tajuk cerita ni rupanya berkaitan dengan cara dia bunuh mangsa iaitu menyiat kulit wajah dan tabur bunga melati di sekeliling mayat. Tapi tak pasti kenapa dia digelar Langsuir dan pilih bunga melati sebagai signature dia. Mangsa dipilih secara rawak dan tiada persamaan antara satu sama lain. Samad dipilih secara kebetulan dan Leha dipilih setelah diintip terlebih dahulu. So kat sini cara pemilihan mangsa agak tak konsisten terutama Samad sebab rasa macam tak fit the MO. Unless dia terpaksa bunuh Samad sebab rahsia dia terbongkar which is not the case. Or maybe she is just paranoid sebab ada orang follow dia dan kebetulan Samad yang tegur dia. But still doesn't fit the MO. Kebiasaan pembunuh bersiri ni jenayah terancang and they don't kill random especially jenis yang kumpul trophy.

Langsuir ni ada kisah silam iaitu dia didera oleh atuk dan nenek semasa berumur 3 tahun tapi tak diketahui berapa lama dia didera dan apakah deraan yang diterima sehingga mengubah karakter dia. Cuma selepas ayahnya tahu, dia diselamatkan dan dibawa tinggal jauh daripada atuk dan nenek dia. Selepas insiden tersebut, dia gemar menyeksa dan membunuh binatang seperti kucing yang mana menunjukkan ciri-ciri psikopat berbahaya.

Pengenalan dengan GWK terutama Hamra berjaya mengawal naluri membunuh dia tapi dengan kematian Hamra akibat kesilapan dirinya, naluri tersebut kembali. My opinion, Langsuir ni maybe natural born killer with abnormalities in parts of brain concerned with emotions. Or maybe I just watched too much Criminal Minds.

Langsuir rasa tergugat dengan kemunculan Bayan yang telah merampas "nama" dia selaku pembunuh yang ditakuti. Cuma teknik pembunuhan Bayan ni a bit supernatural..? Dengan sentuhan saja mampu menghilangkan organ dan membunuh mangsa. Dia jugak ada kuasa boleh teleport. Hanya identiti Bayan didedahkan dan sedikit backstory macam mana Bayan hidup kembali tapi tiada maklumat tentang teknik supernatural dan siapa penyelamat Bayan tidak diceritakan secara terperinci. Mangsa-mangsa Bayan adalah penculik yang pernah menculik GWK suatu ketika dulu. Jadi dekat sini Bayan adalah Avenger dan berbeza motif dengan Langsuir.

Ada few things yang kurang berpuas hati iaitu pemilihan mangsa yang too random. Rasanya adalah lebih baik mangsa yang dipilih mempunyai ciri-ciri seperti atuk dan neneknya yang abusive sebab itu punca trauma dia tapi mangsa yang dipilih more to easy target. Hukuman Syaaban pun agak too much memandangkan Syaaban pun mangsa dalam kes ni. At least tumbuk or belasah jelah Syaaban. Dan reason Syaaban betrayed Hamra sebab gula-gula ni macam nonsense. Patutnya bagi reason kukuh sikit macam dapat makan ayam seminggu ke atau tak kena belasah sebulan ke. Kalau semata-mata gula-gula ni memang he's a jerk though being a kid. By the way I like how Joel ended. 🙃

Overall aku suka cerita macam ni. Crime- thriller is my fav.
Profile Image for Iza B. Aziz.
227 reviews31 followers
November 22, 2024
Niat saya membaca Psikopat Nirwajah untuk mengenali penulisan Osman Deen. Ini kerana saya tertarik untuk membaca novel terbarunya terbitan Iman, Pada Masa Yang Terhenti. Jadi sebelum saya dapat baca yang baru, cuba baca karya terdahulu yang kebetulan ada disiarkan dalam aplikasi Cereka.

Cerita ini menghampakan, terlalu banyak lubang sana-sini. Menurut ulasan Iman Danial Hakim, Osman Deen bakal mengeluarkan sekuel untuk Psikopat Nirwajah bagi menjawab segala "plot hole". Setelah saya baca kenyataan ini, saya tak banyak nak beri komen mengenai plot. Tunggu sahajalah sekuelnya.

Mengenai gaya penulisan pula, bagi saya ia agak kaku dan berbunyi seperti bacaan artikel atau esei. Banyak kali memberi "penerangan" kepada pembaca. Janganlah begitu, berilah kepercayaan kepada pembaca.. dan ini dari citarasa peribadi saya dan subjektif bagi setiap pembaca. Saya tidak berkenan dengan gaya "drama Korea" dalam bentuk penulisan.

Babak kononnya "canggung" atau "kantoi" untuk diolah jadi "kelakar" tidak menjadi. Jika ia berbentuk visual seperti dalam drama atau komik menjadi sebab ia "silent script" tapi dalam bentuk penulisan panjang begini tak usahlah sebab nampak merepek. Kecuali sudah betul-betul mahir mengarang.

Saya perasan ramai penulis baru suka mengadaptasi suasana drama visual kepada bentuk penulisan. Orang dahulu menulis kerana membaca. Orang sekarang menulis kerana menonton. Saya tidak kata membikin penulisan dari membaca sahaja, cuma kalau dah betul mahir atau sedap betul menulis tak salah pun.

Walaupun Psikopat Nirwajah tak sedap, saya masih nak baca novel terbarunya. Dari satu buku sahaja tak cukup kita nak kata semua penulisan tak sedap.
Profile Image for Elina Bazli.
5 reviews1 follower
September 27, 2024
Psikopat Nirwajah.

Cerita ni agak smooth di permulaan. Ada hook dan buat aku enjoy untuk terus membaca sebab aku nak tahu banyak perkara, contohnya:

• Kenapa Langsuir jadi pembunuh dan apa punca yang buat dia jadi psychopath

• Siapa Bayan dan macam mana dia boleh ada kuasa

• Apa berlaku kepada Hamra

• Kenapa Amar sakit teruk

• Boleh ke Syaaban selesaikan kes

Bagi aku, ada banyak plot hole dalam penceritaan dan banyak persoalan yang tak terjawab macam tentang Bayan yang mana aku nak tahu detail dia boleh jadi sesuatu yang lebih dari seorang manusia. Aku tertunggu part yang tu sebenarnya. Selain tu aku nak tahu sangat kisah si Mayang waktu kecil yang menjadi penyebab kepada dia ada personality disorder. Ada diberitahu dia didera cuma tak berapa detail dan rasa tak puas nak tahu lebih lagi.

Cerita ni ada banyak plot twist.

Tapi part Joel khianat tu dah boleh agak dari awal.

Ending tak berapa smooth. Namun aku tetap rasa idea cerita ni menarik. Jika penceritaan disusun dengan lebih kemas, it will be great.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
March 2, 2022
Pertembungan antara dua psikopat. Tahap ngeri cara pembunuhan mangsa masih lagi ditapis, itu bagus. Watak si Langsuir pula memang dijadikan psiko sejak awal, tak perlu cerita belakang yang menyedihkan, nice. Sangat rawak ya mangsa dipilih. Aku nak cerita tentang Bayan lagi, harap ada bahagian cerita dia pula dari penulis.

Nota: Aku masih kurang gemar dengan cara suntingan Mahakarya. Maaf ya.
Profile Image for Fatin Najwa.
43 reviews1 follower
August 15, 2021
Buku yg menarik! Plot twist yg agak, wow! Awal-awal cerita dah ada plot twist. Cuma lepas habis baca sy mcm, 'mana aci bayan tu mcm ada kuasa/sihir, jd bila lawan dgn langsuir mcm tak sama power'.

Tapi apapun, jalan cerita sangat best sampai sy boleh habiskan buku ni dalam satu hari je😂. Terima kasih penulis utk cerita yg menarik ini! Teruskan berkarya !
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izzati Sofea.
56 reviews1 follower
August 3, 2023
THE PLOT TWIST?!?!??!?!
THE ENDING?!?!??!?

APAKAH INI??!?!?!?
Profile Image for Miliya.
87 reviews
June 26, 2021
Novel ini menarik, sebab apa kebarangkalian 2 pembunuh bersiri di saru kawasan? Tapi yang kurangnya, tiada penjelasan apakah Bayan yang sebenarnya? Dan siapakn atuk yang sebenar?
Profile Image for Adlina G..
13 reviews
June 18, 2021
Kulit muka depan: A+++

Jalan cerita:
Watak Mayang tu seram gila! Awal-awal lagi dah plot twist. Second half cerita dah kurang seram & ceritanya cepat tak berjela (saya suka 😄). Ending yang simple, pun saya suka. Cuma harapannya semoga betul-betul ada sambungan supaya dapat tahu cerita Bayan pula (no pressure, saudara Osman Deen! 😉).
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
July 17, 2021
Bagi aku, novel ni ada idea yang menarik. Tapi execution nya kurang menyengat.

At some points, aku rasa macam penulis hilang focus. Plot twist nya pun doesn't really make sense. Ada banyak benda yang tak dirungkai dengan baik.

Towards the endin, I was left unsatisfied.

Usaha yang bagus dah, the idea is there. Cuma mungkin kalau penceritaan dikemaskan lagi mungkin novel ni akan jadi lebih menarik.

All in all, still, good job kepada penulis. Semoga hasil penulisan seterusnya akan terus menerus improve.
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
February 19, 2023
⚠️MUNGKIN MENGANDUNGI BOCORAN⚠️

Kisah seorang pembunuh bersiri yang tercabar apabila seorang lagi pembunuh datang dengan satu misi muncul di kawasan takluknya.
Pada satu babak, saya rasa kisah ini menarik. Pada babak lain pula, saya rasa kisah ini biasa-biasa sahaja.
.
Penulis menggunakan teknik imbas kembali yang agak banyak untuk menyelesaikan puzzle tentang mengapa Langsuir dan Bayan membunuh. Saya suka dengan cara penceritaan pembunuhan Langsuir cuma saya mengharapkan ia ditulis dengan lebih dark dan saspen. Mungkin juga akan lebih menarik jika salah seorang mangsa Langsuir adalah kenalan kepada salah seorang pegawai Inspektor Syaaban. Dramanya akan lebih panjang sedikit. Kemudian, saya suka kisah masa lalu mereka yang didedahkan semasa pertemuan mereka dengan Bayan sebab sedikit sebanyak menambah emosi lain dalam keseluruhan kisah. Kisah tentang sahabat-sahabat ini sebenarnya menarik sebab daripada berenam kemudian tinggal berlima kemudian berempat. Cerita tentang kehilangan seorang daripada mereka menjadikan dialog antara mereka apabila berjumpa dan imbas kembali yang ditulis itu rasional dan mengisi puzzle-puzzle.
.
Cons,
Atas sebab apa pula Naura berdendam dengan mereka? Pasukan polis pula macam kurang berfungsi dalam sesi tangkap menangkap Langsuir dan Bayan. Pada babak akhir di mana mereka semua sudah mengetahui rahsia Langsuir, sepatutnya digambarkan kemarahan dan kegilaan Langsuir lebih gila dan seram kerana dia pembunuh bersiri. Saya mengharapkan nasib mangsanya pada ketika itu lebih malang daripasa apa yang ditulis oleh penulis.
Kemudian, kenapa Langsuir memilih wajah mangsanya dalam banyak-banyak anggota lain yang boleh diambil? Dan mungkin penulis boleh ceritakan sedikit tentang bagaimana Bayan mendapat kemampuannya itu. Kuasa Mistik atau apa? Dan kisah selepas Atuk menyelamatkan Naura.
Saya kira, mungkin penulis bercadang untuk menulis sambungan cerita ini kerana penamat Psikopat Nirwajah ini tergantung. Ceritanya tidak bosan, kerana ia ditulis dengan fast pace cuma ia perlukan satu key point yang lebih menarik untuk membuatkan kisah ini lebih seram/saspen/sedih/apa-apa yang mungkin.
.
Oh ya, daripada menggunakan kokain mungkin perkataan ganja atau dadah lebih sesuai dan bersahaja.
.
Tahniah kepada penulis kerana menulis kisah Syaaban dan Geng Wira Kumbang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hanis Alysa.
19 reviews1 follower
July 12, 2021
Langsuir dan Bayan, dua orang pembunuh yang menguasai bandar Rebung Utama. Langsuir bukanlah makhluk halus yang menakutkan seperti kepercayaan masyarakat Melayu kita. Ia adalah gelaran kepada seorang pembunuh bersiri yang membunuh mangsa-mangsanya dengan menyiat kulit dan memotong anggota badan mereka tanpa belas kasihan. Baginya membunuh manusia yang tidak bersalah merupakan sebuah projek seni yang menggembirakan hatinya.

Pada masa yang sama, Inspektor Syaaban berasa aneh dengan pembunuhan baru yang sedang berlaku di bandar itu. Mangsa terbaru kehilangan mata, hidung, dan mulut tanpa kesan dipotong atau disiat seperti yang dilakukan oleh Langsuir pada kes sebelumnya. Kemunculan Bayan, pembunuh tanpa wajah dengan kuasa luar biasa telah menggugat kedudukan Langsuir di bandar itu. Siapa sebenarnya Langsuir dan Bayan? Dan apa kaitan mereka dengan enam sekawan Geng Wira Kumbang?

Sebagai peminat novel fiksyen thriller tegar, cerita ini sangat menarik bagi saya. Cuma selepas membaca separuh novel ini, saya menyangka PN adalah sebuah novel crime thriller. Dan saya masih tertanya-tanya adakah psikopat nirwajah yang dimaksudkan adalah Langsuir. Apabila tiba kemunculan Bayan, saya mula hairan kerana ada seorang lagi pembunuh yang menjadi tanda tanya. Kemudian saya menyangka PN adalah novel seram disebabkan kuasa luar biasa Bayan.

Selepas membaca separuh kedua novel, baru lah jalan cerita semakin jelas. Dalam mencari kebenaran siapa sebenarnya Langsuir dan Bayan, semua rahsia Geng Wira Kumbang mula terjawab satu-persatu. Bayan bertindak membongkar rahsia mereka dan menghukum mereka atas kesalahan yang dilakukan pada masa lalu. Akhirnya mereka sedar sebenarnya apa yang mereka cari lebih dekat dari yang disangka.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
September 3, 2021


“K….kau? Ta…tapi kau dah mati!” Bapak mengundur ke belakang sehingga melanggar dinding. Bayan memakai wajah tidak bermuka semula dan tertawa.

Bandar Rebung Utama dikejutkan dengan penemuan mayat yang disiat mukanya dan sebenarnya itu bukanlah kes yang pertama yang berlaku. Suspek yang diberi nama Langsuir mencari mangsanya secara rawak. Semuanya untuk memuaskan keinginannya sahaja. Rasa belas kasihan itu seolah-olah mati dalam dirinya. Akan tetapi pentasnya dirampas oleh satu makhluk aneh yang bernama Bayan. Memburu penjahat-penjahat dengan motif dendam. Keadaan itu membuatkan Langsuir mengambil keputusan untuk memburu Bayan hingga akhirnya terbongkar begitu banyak rahsia yang tidak pernah diketahui olehnya dan rakan-rakan sewaktu kecilnya.

Perjalanan cerita teratur, mudah difahami walaupun ada menggunkan teknik imbas kembali ke zaman kanak-kanak Langsuir dan kawan-kawannya. Aku tak rasakan serabut. Ia cukup sempurna. Walau bagaimanapun untuk plot ada beberapa perkara yang menjadi persoalan aku, ia seperti ada yang kurang. Contohnya seperti bagaimana Bayan mempelajari ilmu mistik itu? Apa yang menyebabkan Langsuir menjadi seorang psiko? Bagi aku, jika dimasukkan boleh menambahkan lagi kelancaran jalan cerita.

Terdapat banyak ‘plot twist’ yang mendegup kencangkan jantung aku hinggakan aku sendiri tak mampu nak menebak apa yang bakal terjadi. Aku fikirkan ini kisah tentang Langsuir tetapi ada lagi pembunuh lain yang membawa cerita yang lebih besar lagi iaitu Bayan di separuh buku yang terakhir.

Pengalaman pertama kali membeca karya dari penulis memberikan perspektif yang baik kepada aku. Berharap semoga buku-buku penulis yang lain tetap menarik minat aku.
Profile Image for ommimembaca.
26 reviews3 followers
August 4, 2021
Novel ini dimulakan dengan babak penemuan mayat yang disiat kulit wajahnya kemudian terus dengan scene pembunuhan kedua yang berjaya menarik perhatian saya untuk meneruskan pembacaan.
Saya rasa wah laju cerita ni.

Namun dipertengahan bab, saya dah mula rasa biasa sahaja, elemen keterujaan pada awal tadi beransur ansur hilang, ada beberapa bahagian yang saya rasa tak puas untuk menjiwai karakter atau scene tersebut.

Saya kurang pasti apa sebenarnya faktor yang mempengaruhi sikap mayang. Jika disebabkan dia didera maka saya rasa menarik juga kalau dapat diceritakan dengan lebih detail penderaan yang dialami oleh mayang sehingga menjadikan dia bersikap sedemikian. Setidaknya pembaca dapat tahu emosi kanak-kanak yang tidak dijaga dengan baik boleh membawa kepada satu masalah psikologi. Tapi kalau ada sebab lain, mungkin boleh diberi perincian sedikit.

Walaubagaimanapun, perasaan teruja saya hadir sekali lagi dengan kemunculan watak bayan , ia menarik semula perhatian saya untuk tahu siapa bayan sebenarnya .

Pengakhiran novel ini di tahap biasa, kurang memberi kepuasan namun tidak juga memberi kekecewaan.

Apa-apa pun terima kasih penulis untuk karya ini 😇
Profile Image for Amreena Natasya.
7 reviews5 followers
July 30, 2021
Baru habis baca buku ni petang tadi. Satu hari je boleh habis baca novel dengan ketebalan 280 muka surat ni.

Aku suka gila dengan cara penulis describe watak-watak dan situasi tu. Memang boleh bayanglah. Lagi-lagi setiap mangsa yang kena siat muka dorang hidup-hidup. Eii, tak lalu nak makan weiii!!!!

Sampai sekarang aku tak makan lagi ni sebab terbayang. Sumpah seram.

Geng Wira Kumbang, ahh suka sangat. Lagi-lagi Hamra and Amar. Comel je. Tapi tulah, karakter dorang paling sedih dalam cerita ini. Kalau boleh aku nak more Hamra's and Amar's scenes.

So far jalan cerita semua smooth. Tapi dekat tengah-tengah jalan cerita, genre kinda berubah ke fantasy-thriller tapi jangan risau, cara penulis described buatkan korang nak sambung apa yang berlaku seterusnya.

Aku memang tak sangka langsung yang dialah sebenarnya Bayan. Like... God above! She? OMG. TAK TAHU NAK CAKAP! TERKEJUT!

Ending tu buat aku tak keruan. Ada sambungan ke? Kalau ada, I pray the best for the author!

Personal rating: 4.1⭐⭐⭐⭐
Profile Image for Natasha Mazya.
16 reviews1 follower
August 1, 2022
Psikopat Nirwajah bagi saya well-written. Tidak sempurna, tetapi ditulis dengan bagus. Ada juga pincangnya seperti pembinaan semesta yang tak berapa jelas bagi saya; tentang bagaimana Bayan peroleh kuasa yang luar biasa tu? Mungkin penulis akan hasilkan sekuel, namun bagi saya it would be nice kalau penulis terangkan serba sedikit mengenai logik kuasa Bayan. Tak banyak pun tak apa, asalkan cukup untuk buatkan pembaca trust Bayan.

Plotnya kemas. Bloody scenesnya cukup. Dialognya natural dan tak canggung. Imbas kembali diterangkan dengan baik, malah berjaya hook emosi pembaca.

Akan tetapi, saya kurang attached dengan watak-watak utama dalam Psikopat Nirwajah selain Hamra. Namun kejadian yang menimpa Hamra membuatkan rasa attached tersebut ke takat itu saja, tak mampu untuk dibawa ke akhir cerita kerana dia sudah tiada. Maafkan saya untuk ini, encik penulis. Boleh cuba lagi untuk menghasilkan lebih banyak watak yang lovable untuk karya-karya mendatang. Fighting!

Akhir kata, Psikopat Nirwajah masih merupakan antara karya yang saya gemari. I'm looking forward for your next books!
Displaying 1 - 30 of 44 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.