Bagaimanakah untuk mewujudkan kerajaan yang stabil?
Sejauh mana kita faham tentang sistem ‘demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan’ yang diamalkan oleh negara kita?
Mengapa ahli politik sukar menunaikan janji?
Persoalan-persoalan ini hanya mampu dijawab jika kita mempunyai asas pengetahuan tentang institusi-institusi, ideologi-ideologi dan prinsip-prinsip dalam politik.
Kalau anda berasa keliru dengan keadaan politik semasa, atau berasa bosan dengan perbahasan politik yang sekadar mengangkat pujaan dan menghina lawan pujaan masing-masing, buku ini akan membantu anda membina perspektif baharu dan segar tentang politik.
Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.
To be honest, I was quite disappointed with the first and second editions of World Without Walls by the author, which was purely a compilation from his Facebook posts on current political issues. While of course, everybody knows that the volumes would be a compilation than a full-length writing, I was still hoping for extra and in depth commentary beyond mere untangling of the events. But we all know from his writings that the author has something he kept in store within him to be unleashed in the right time.
And so, in this book, lo and behold, he bared his fangs for the first time. As the title of the book suggests, this volume is supposed to be a starting primer for anybody who wished to dabble in current political issues as learned sleuths, rather than rampant ideologues we normally see hiding behind anonymous accounts in Facebook. I was quite surprised with the vast breadth and scope of the writing with the author managed to deliver a concise and apt summary on notable key concepts and thinkers to be acquainted in the chapter.
The book started with an overview regarding the natural need for politics, to a description on statehood before progressing into robust chapters describing respective forms of governments. Despite the publisher's notoriety of professing a specific political view, the author held true to his intention to deliver a writing that can help all people regardless of their political views to understand the basic principles of politics.
As far as I know, this book would be one of the first leading books that offers a rather complete, albeit cursory, account of politics. Thinking prospectively, the writing of this book could carry the chance to become a primer for the laymen in our country, readily attracted by the ample amount of knowledge and its readable prose. I urge and recommend anybody who wished to have a say in politics to engage in a good amount of reading, but if constrained of time and ability, perhaps this book, among many others can offer you a crash course on the vital things we need to know before opening our mouth.
As somebody who is interested in the abstract and over-arching abstractions, I was genuinely surprised of the last chapter of the book. After carrying us in a tour de force journey covering 2 millenia, he ended it with a sober exposition on the cyclic nature of politics. Perhaps the author could further evolve, one day, to become a philosopher of history of ideas, rather than continue to dwell in the common realm of current issues commentators. Samuel P. Huntington and Francis Fukuyama are one of those great theorists that I could think of right now. Or he could engrave his name in our young country's history by becoming a practising diplomat in the likes of Henry Kissinger and Metternich. Who knows what lies in the future? For me, I would like to see the author to further grow, from spawning commentaries into great theories and principles. The last chapter made me believe he can do so.
Seusai membaca kitab ini, terasa bersemangat ingin bangkit melakukan revolusi haha
Syabas! Syabas! dan ribuan syabas buat Tuan Ayman Rasydan Wong (ARW) kerana berhasil menulis sebuah kitab yang tersangatlah hebat ini. Aku memang minat politik dan setelah membaca ketiga-tiga siri Dunia Tanpa Tembok dan kitab ditangan ini. Semakin bertambahlah sedikit pemahaman aku berkenaan politik walaupun sekadar teori sahaja dan sejujurnya aku teringin juga menceburi dunia sebenar politik di lapangan tapi entahlah "introvert" macam aku yang kaki komik ini layakkah untuk berpolitik? haha
Banyak juga salah faham aku sebelum ini dibetulkan oleh Tuan ARW dalam kitab ini. Contohnya, sebelum ini aku sangkakan Sosialis itu parti Komunis tapi rupa2nya (anda kena baca sendiri la)
Kemudian, aku takut juga apabila membaca teori pereputan politik yang dikongsikan oleh Tuan ARW, aku harap2 kesannya di Malaysia hanya seperti Itali dan Jepun, tidaklah terjadi seperti di Perancis dan Rom Purba. (Nak tahu apa terjadi? Boleh beli buku ni)
Sebuah buku rujukan bagus untuk mereka mereka yang tidak tahu apa2 pasal politik atau pun acah2 faham politik dari segi hitam putih sahaja, politik adalah lebih daripada itu dan saudara Ayman Rasydan Wong akan merungkaikan kekeliruan anda dengan pencerahan beliau yang ringkas dan padu!
Buku ini merangkumi 26 bab konsep-konsep asas dalam sains politik yang disusun berdasarkan terma penting dalam politik, ideologi, sistem, mekanisme, juga perkembangan politik dari dulu sehingga kini. Ia meliputi zaman seperti Athens, Rom, Eropah, zaman feudal, juga dunia moden. Laras bahasanya mudah difahami, diselangi pula dengan gambar, carta, jadual, dan peta yang berkaitan untuk menarik minat pembaca.
Terdapat penerangan mengenai konsep asas seperti politik, negara, kerajaan, mengapa perlu berpolitik? Mengapa perlu ada negara? Mengapa kita perlu patuh pada kerajaan? Juga diterangkan asal-usul dan evolusi sistem-sistem kerajaan yang kebanyakkannya berasal daripada perkataan yunani. Contohnya Arki-(ketua) dan Krasi(kuasa). Jadi bentuk kerajaan yang berakhir dengaan -arki merujuk kepada bilangan ketua seperti Monarki, Diarki, Oligarki, Anarki. Manakala yang berakhir dengan -krasi merujuk kepada siapa yang berkuasa seperti Aristokrasi, Demokrasi, Autokrasi dan Teokrasi.
Buku ini juga membincangkan prinsip politik moden dan ideologi politik seperti Liberalisme, Sosialisme, Nasionalisme, Fasisme dan banyak lagi. Antara lain yang menarik adalah mengenai spektrum politik kiri dan kanan. Apakah itu ideologi kiri dan kanan? Siapakah pengasanya? Semua ada dihuraikan di dalam buku ini.
Bacaan yang sangat-sangat baik terutamanya untuk orang awam untuk mendalami perkara-perkara asas dalam politik. Namun begitu, saya percaya buku ini perlu diulang baca untuk benar-benar memahami isinya. Ia boleh dikatakan sebagai pemangkin untuk pembaca menerokai dan menganalisis bacaan politik yang lain. Untuk yang memiliki buku Dunia Tanpa Tembok, baca buku ini dahulu okay?😉
Terasa macam baca buku Sejarah dan Pengajian Am Tingkatan Enam je. 😂 tapi lebih dalam. Kena baca berulang kali untuk fahamkan konsep sesuatu politik itu. Selamat lah penulis bagikan contoh nya sekali. Mudah untuk fahami. Bahasa pun mudah. Mudah untuk “muntahkan” kembali bak kata FJ tu. 😛 Tetapi cara penulis “muntahkan” itu berkesan, mudah faham sebab ada contohnya sekali.
Penulis mulakan dengan segala asas makna di sebalik teori politik itu sendiri. Ulaskan dengan sedikit sejarah politik satu dunia. Huraikan dengan contoh. Kalau ada gambar, ada lah gambaran untuk kita lihat. Disimpulkan dengan pendapat penulis sendiri.
So, kita akan dapat whole picture lah. Ada ilmu baru yaa. Dapatkan aku simpulan bahawa macam mana politik PN sekarang ini. Bahaya juga tu.
Buku yang baik sebagai asas untuk memahami apakah sebenarnya politik dan segala isu yang berkisar tentangnya. Kita mungkin rasa kita telah lama faham politik, tetapi mungkin kita tidak pernah menyemak adakah kefahaman kita itu benar?
Saya suka bila penulis menulis dan menyusun tajuk-tajuk dalam buku ini dengan begitu sistematik dari satu bab ke bab yang memudahkan kefahaman. Setiap bab dihurai dengan ringkas dengan gaya bahasa yang mudah. Sebab itu dinamakan buku ini sebagai "pemula".
Saya suka bila penulis menghurai lanjut dalam aspek sejarah, terutama ketika membentangkan pelbagai ideologi politik. Penutup pula penulis menghurai lanjut tentang situasi Malaysia.
Buku yang baik bagi yang mahu lebih tahu tentang politik atau menyemak kembali adakah kefahaman yang dipegang selama ini adalah benar. Saya galakkan golongan muda membaca buku ini, supaya lebih jelas dan terang dengan lebih awal.
A very well written book for laymen who want to start learning about politics. Rest assured that your money is well spent for such an engaging content for non-political readers as well as political ones. Although it covers a broad range of political spectrums, the writer manages to make it brief and precise for readers to understand. Hopefully, more readers especially Malaysian youngsters begin to read this book as we are cruising in a hard time politically. May we all can fare well as a nation.
Macam biasa, buku-buku terbitan #ThePatriots sentiasa informatif, mesra pembaca dan mudah dihadam oleh segenap lapisan masyarakat.
Membincangkan tentang asas dalam politik-melibatkan sistem, pentadbiran, ideologi, sejarah ringkas dan segala pengetahuan umum berkaitan politik. Tidak sekompleks bukuPengajian Am😅, sesuai untuk pencerahan dan mencelikkan individu atau golongan pelajar tentang asas politik dan kenegaraan.
Setiap bab digarap dengan kesinambungan yang baik dan lancar, penggunaan terma yang betul, penjelasan mudah difahami dengan ayat ringkas dan to the point. Aku fikir buku ini sangat bagus dan sesuai untuk bacaan bagi para pemula mahu pun experienced reader. Moga buku sebegini terus dihasilkan kerana sangat bermanfaat terhadap pendidikan, kesedaran dan meningkatkan pengetahuan dalam masyarakat melibatkan ilmu-ilmu yang 'berat' untuk diikuti or difahami.
Thanks to #AymanRashdanWong untuk penulisan yang bagus, kemas dan simple. Moga team ni terus sukses hendaknya.
Saya bersetuju dengan saudara Ayman bahawa tiada kerajaan yang benar-benar sempurna. Pada pandangan saya, hal ini bukan terjadi kerana ideologi atau sistem yang tidak sempurna, tetapi kerana faktor manusia yang menjalankan sistem dan menghidupkan ideologi. Manusia itu secara fitrahnya tidak sempurna, jadi mana-mana sistem pun, selagi ia dijalankan oleh manusia akan terdedah dengan kesalahan, kesilapan, dan kelemahan. Saya juga mendapati perbahasan Ayman berkenaan dengan "cyclical nature of democracy” merupakan satu perbahasan yang menarik. Walaupun Ayman tidak membahaskan idea Fukuyama yang beranggapan bahawa demokrasi liberal sebagai sistem akhir yang telah sempurna, bagi saya perbahasan Ayman ini telah secara tidak langsung menyanggah teori Fukuyama. Kitaran politik dalam perbahasan masa depan politik Malaysia bagi saya merupakan cubaan berani Ayman dalam menilik masa depan. Menilik masa depan politik ini bukan kerja mudah. Menurut Chomsky, penilik yang paling berjaya dalam sejarah adalah Bakunin,yang menjangkakan idea "dictatorship of ploretariat" Marx akan menjadi lebih kejam dari pemerintahan monarki. Tilikan Bakunin ini termanifestasi apabila naiknya Stalin.
Ada beberapa perkara yang saya tidak persetujui dari buku Ayman ini. Contohnya kenyataan beliau bahawa "orang Yunani yang mula mengkaji" perkara seperti falsafah, fizik, matematik dan sebagainya. Kenyataan ini bagi saya tidak tepat, matematik sebagai contoh telah digunakan dan ditulis dalam sistem perakaunan sejak zaman Mesopotamia seperti yang ditulis oleh Yuval Noah Harari. Tamadun Mesopotamia lebih tua dari Yunani. Jika dikatakan Yunani yang mula menulis subjek-subjek ini secara sistematik mungkin lebih tepat, walaupun masih boleh dipertikaikan. Oleh itu saya tidak cenderung untuk mengatakan buku ini sebagai buku yang akademik atau separa-akademik.
Kontradiksi Ayman yang lebih serius adalah kesimpulannya. Dalam kesimpulannya beliau menulis bahawa ahli politik perlu mencari "apakah ideologi yang hendak ditawarkan pada rakyat dan negara". Tetapi dalam Bab-15, beliau sendiri menulis bahawa ahli politik tidak boleh menjadi ideolog kerana "tiada ideologi yang betul- betul dapat mewakili semua lapisan masyarakat". Bagaimana ideologi yang tak dapat mewakili semua lapisan masyarakat dapat menjadi solusi kepada negara? Menurut pandangan saya, walaupun ideologi penting sebagai panduan untuk menentukan ke mana dasar negara hendak dipandu, solusi kepada permasaalahan politik bukan ideologi. Tetapi solusi yang praktikal berdasarkan data dan kajian, setiap masalah perlu dikaji secara berasingan dan solusi mesti bersesuaian dengan jenis masalah, masa, dan lokaliti. Bukan kita gunakan ideologi untuk selesaikan semua masalah.
Akhirnya. Sebuah bahan bacaan tentang konsep dan ilmu politik untuk pemula (beginner) yang boleh dibaca dan dijadikan rujukan untuk memahami terma terma dan situasi politik lalu mahupun semasa di peringkat tanah air dan juga global. Banyak pengetahuan dan pemahaman yang dapat dipelajari, dan secara peribadinya dapat memahamkan saya akan konsep spektrum ideologi politik yang ada dan diamalkan di dunia. Mungkin perlu diulangbaca lagi untuk benar benar menghayati perbezaan setiap satunya. Terima kasih penulis dan penerbit atas naskah yang sangat memuaskan ini.
Politik Untuk Pemula mengupas konsep-konsep politik yang merangkumi apa yang dikatakan sebagai negara, serta bentuk-bentuk kerajaan yang wujud dan pernah wujud. Selain itu, "Politik Moden" turut menjadi bicara dengan menyentuh fenomena serta prinsip yang berlaku sewaktu era berkenaan.
Sejajar dengan tajuk, buku ini sesuai untuk sesiapa yang berminat untuk mula memahami politik. Di samping penyampaian mesra tanpa jargon yang memeningkan kepala, buku ini tidak ketinggalan untuk memperkenalkan istilah-istilah asas kepada pembaca. Seperti yang tertera pada penanda buku, naskhah ini sarat dengan sejarah yang bagi saya, membantu dalam memahami arus politik yang bertukar-tukar seiring zaman.
Kepelbagaian cabang liberalisme ibarat menyuluh jalan untuk saya mendalami setiap satu daripadanya, sejurus mengelakkan diri dari melakukan pentafsiran yang dangkal. Selain liberalisme, pelbagai lagi ideologi yang dikupas saudara Ayman yang membantu dari segi mengaitkannya dengan topik "Parti Politik". Ini kerana peranan ideologi itu sendiri dalam mempengaruhi dasar dalam sesebuah parti politik.
Sambil menikmati mahakarya ini, secara tidak langsung memupuk minda saya untuk mengelakkan diri dari melihat sebarang situasi menerusi lensa hitam putih. Sebaliknya, secara menyeluruh bagi melakukan penilaian yang berkualiti.
Puas baca karya ARW yang disifatkan sebagai mahakarya oleh beliau ini (rujuk buku untuk penerangan, hehe). Buku kali ini menyentuh politik secara keseluruhan dengan ringkas bagi memberi pembaca kefahaman dan asas dalam memahami tindak tanduk politik dan pengenalan kepada ideologi yang membentuk gerakan politik. Buku yang mudah dibaca oleh semua peringkat umur (remaja dan keatas)- dengan pembahagian bab-bab yang ringkas (tidak sampai 10 ms), font dan warna kertas yang dipilih juga memberi kepuasan kepada pengalaman pembacaan. Tak nak cakap banyak, 5 bintang.
Alhamdulillah puas membaca karya terbaru daripada ARW. Buku ini menceritakan tentang sistem pemerintahan sesebuah negara dan ideologi politik yang ada serta mengaitkannya dengan peristiwa di zaman dahulu hingga kini.
Diharapkan karya ini dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia, terutama sekali anak muda menjelang #Undi18 yang akan dilaksanakan.
"Sejarah ialah politik pada masa lampau dan politik ialah sejarah pada masa kini".
Judging a book by its title, this one delivers what it sets out to do: to give a beginner’s overview of politics.
I belong to the camp who prefers to converse with people who know broadly and get the empirics right (even if I don’t agree with them), than people who, even if they share my politics, knows narrowly and always start with the same standpoint in their analysis.
I think this book is in service of the former; something it does much better than Malaysian textbooks as I remember it. The categories used might be a bit too neat for more advanced readers, but that isn’t the demography it is targeting. The insistence that we have to start big before going small (putting Malaysia at the end is helpful) strikes me as a good antidote against nationalist historiographies.
The praise isn’t to say the author’s worldview isn’t found in the writing. But he admitted to it in the interview at the end. Any reader can choose to deal with that information as they like. I celebrate transparency as when I see it. That slant doesn’t overly skew the writing, and the book’s generally written with a conservative but fair disposition.
For example, the book mentions that forced assimilation of the Chinese in Indonesia (p. 169) does not mean they were forgotten or forgiven for who they are (hence the pogroms in 98); something ethnonationalists in Malaysia always “conveniently” forget as they romanticise the Indonesian experience.
There are minor issues. The references in certain chapters do not quite match those in-text (but having references should be lauded). There aren’t really any chapter that deals with Islamism with sufficient depth. Labeling PPBM as more centrist than UMNO (p. 233) strikes me as a bit weird, given that PPBM is even worse than UMNO in working with minority partners. The interplay between international and domestic politics could use a brief discussion.
The book’s value lies in that it knew its target demography, but never betray their trust by trying to indoctrinate them. Even if the political leaning is decipherable, the author never overplays his hand and turns the explaining into preaching.
In the absence of meaningful mass political education efforts in Malaysia, will this book do good? Whatever one’s political stripes might be, I think the answer is a yes.
Rasa puas bila baca buku ni. Dapat tahu sebab musabab peristiwa terhadap Socrates, Plato, Aristotle (tak faham lama dah dengan mereka). Hubungan Hobbes, Locke dan Rousseau dalam menyumbang kepada kontrak sosial (ni pun lagi lah lama tak faham). Bila ada buku ni baru lah jelas semuanya.
Bila baca lagi buku ni baru lah faham pasal liberal klasik, konservatif, neoliberal, labour, sosialis, fabian club, komunis, marxisme-leninisme, scientific socialism, proletariat (buruh), sosialis demokratik, simbol tukul dan sabit (buruh dan petani), sosialisme Arab (nasionalisme Arab) hah banyak lah lagi baca lah sendiri nanti.
Petikan dari buku ni sikit.
" Ideologi bukan teori semata-mata, tetapi adalah gambaran latar belakang sosioekonomi pendukung dan penyokongnya. Kebiasaannya, kelas menengah cenderung kepada ideologi kanan tengah yang memberi kestabilan dan kebebasan ekonomi (yang menguntungkan golongan berharta), manakala kelas miskin bandar atau orang muda yang tidak mempunyai harta lebih mudah tertarik dengan ideologi kiri tengah atau kiri yang menjanjikan pengagihan kekayaan yang lebih saksama".
Terima kasih kepada penulis yang menjelaskan banyak perkara tentang politik dalam buku ini.
Buku yang cukup menarik untuk dibaca. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang nak mengenali arena politik dan juga konsep konsep politik dengan penggunaan bahasa yang cukup mudah untuk difahami.
Buku yang baik untuk memahami bentuk-bentuk sistem politik dan perjalanannya sepanjang sejarah dalam bahasa yang tidak terlalu susah. Tapi tidak juga terlalu ringan dan perlu minda yang aktif dan renungan.
Setelah membaca buku ini sedikit kebimbangan muncul dalam benak pemikiran aku betapa politik negara sekarang ini menuju kepada ketidakstabilan.Dengan konsep-konsep dan jenis-jenis ideologi politik yang dibahaskan memberi aku kejelasan tentang parti-parti politik yang ada di negara kita ini
Kestabilan politik sangat penting sekiranya negara ingin lebih maju dan membangun.Gabungan parti-parti politik yang ada sekarang tidak akan kekal lama kerana mereka pasti akan berbeza pendapat dalam beberapa isu lebih-lebih lagi membabitkan dasar parti masing-masing
Keadaan ini boleh membawa kelumpuhan politik dan seterusnya membawa kepada negara tidak berdaya saing dengan negara-negara lain dalam bidang ekonomi.Mana ada pelabur yang berani masuk sekiranya negara tersebut sentiasa berubah-ubah dasar dan tampuk pemerintahannya.
Dalam keadaan negara berdepan keadaan yang sukar sekarang (pendamik covid-19) seharusnya ahli politik kurangkan 'bermain politik' sebaliknya bersatu menghadapi ancaman yang semakin membimbangkan rakyat sekarang.Itulah harapan rakyat marhain seperti aku
Mengambil pendekatan separa akademik, laras bahasa yang digunakan Saudara Ayman adalah santai menjadikan isinya mudah untuk difahami. Seterusnya, kesemua instrumen asas politik seperti kerajaan, negara, falsafah politik hinggalah kepada ideologi politik(-isme) yang berbagai ada dihuraikan didalam “mahakarya” ini. Di bab yang terakhir, turut dihuraikan akan perihal hala tuju masa depan politik di Malaysia. Saya boleh katakan yang suasana politik tempatan kita semakin muram dan mereput dan itu amat merugikan negara. - Kesimpulannya, menurut Saudara Ayman karya ini adalah sebuah “mahakarya” beliau. Maksudnya karya ini diumpamakan sebagai “masterkey” bagi memahami teras pemikiran seorang Ayman Rashdan Wong. Oleh itu, Saya amat mengesyorkan buku ini kepada para “beginner” yang berminat ingin mendalami dan meluaskan perspektif berkaitan politik secara lebih sistematik. Saya menjadikan buku ini sebagai rujukan dan panduan utama dalam usaha memahami ilmu politik yang lebih luas, saya percaya anda juga harus.
Ayman Rashdan Wong telah berjaya mengubah minda aku tentang politik. Aku merupakan orang sangat tak suka bila dengar perkataan politik dan sembang-sembang politik yang ada di media sosial. Tapi, setelah baca buku ni aku sedar pentingnya rakyat biasa untuk tahu tentang politik, kerajaan dan ideologi. Semua ini untuk kepentingan masa depan negara dan rakyat Malaysia sendiri.
Aku mula terdetik untuk beli buku ni bila berlakunya huru-hara di Twitter yang membuat satu 'revolusi' supaya PM ke-8 untuk letak jawatan. Aku rasa kosong bila dengar orang berhujah tentang politik tapi aku tak paham secara mendalam, sebab banyak yang tulis di media sosial adalah berdasarkan emosi dan nafsu serta kebencian semata-mata. Kurang yang memberikan fakta tentang situasi politik macam ni. Jadi, aku ternampak buku ni, beli dan faham sendiri tentang politik.
Banyak benda yang aku suka (subjektif, pendapat aku saja) tentang buku ni dan aku nak pecahkan kepada 3 aspek :
1. Penulisan : Gaya penulisan ARW ni memang dah tak asing lagi bagi aku sebab aku dah banyak baca bebenang info dekat Twitter penulis walaupun info tu bukan tentang politik semata-mata. Gaya bahasa yang digunakan santai, membuatkan aku syok membaca dan leka. Paling penting tak bosan masa baca. Penulisan tak terlalu formal macam buku teks. Dalam menghuraikan tentang idealogi atau bentuk kerajaan banyak dikaitkan dengan sejarah lalu atau masa kini yang dapat meningkatkan kefahaman pembaca.
2. Kredibiliti : Kalau tengok dekat nota hujung atau bibliografi buku ni dah tahu penulis rujuk dan baca banyak buku tentang politik dan sejarah untuk dimudahkan dan dirumuskan dalam buku ni. Kalau bab buku bukan fiksyen ni aku skeptikal sikit dan susah nak percaya bila bibliografi atau rujukan penulis sikit dan banyak rujuk internet macam buku-buku lain yang aku pernah baca. Jadi penulisan dalam buku ni sudah pasti bukan 'palatao' dari penulis.
3. Kualiti buku : walaupun mahal sikit dari buku the patriots yang lain, tapi aku puas hati bila pegang dan selak muka sukar buku ni. Pegang rasa kejap dan kertas pon tebal. Pakai highlighter pon tak tembus belakang. Kulit buku pon lawa.
Setakat ni buku Politik untuk Pemula ni buku ambil masa lama untuk baca sebab nak hadam fakta dan info ni banyak. Tak boleh baca macam buku fiksyen. Takut terlepas info penting.
Sebuah buku berkisarkan politik yang sangat mudah difahami, bukan sahaja kepada mereka yang baru ingin berkenalan dengan politik, tetapi mereka yang lupa akan asas politik, ataupun tahu cuma diabaikan.
Pengenalan dan pemahaman asas beberapa ideologi politik yang menjadi double-edge sword. Bermula dengan -isme, dan -arki, dan penerangan tentang liberalisme, konservatisme, sosialisme, nasionalisme, fasisme, dan populisme serta aplikasinya dalam sebuah negara atau kerajaan, dan nama besar yang menjadi pelopor idea-idea ini.
Dari sini, kita nampak baik dan buruk, kekuatan dan kelemahan dalam setiap kaedah.
Juga disebut tentang rampasan kuasa yang berlaku juga permasalahan pereputan politik yang akhirnya membawa kepada satu kitaran sistem politik yang sama di dalam sesebuat pusat pentadbiran.
Walaupun sebenarnya kita akan dapat lihat, punca utama kepada pelbagai masalah ialah ketamakan pada harta dan kuasa. Masalah pada agama itu pula kebanyakannya muncul apabila manusia berpaling daripada agama atau menyalahgunakan nama ‘agama’ dalam penguasaan mereka. Revolusi demi revolusi dilakukan kerana permasalahan ekonomi yang menyebabkan kemarahan dan tidak puas hati komuniti.
Sangat menarik untuk dibaca, dan untuk hadam supaya kita cakna dan dapat belajar dari sejarah.
“Sejarah ialah politik pada masa lampau dan politik ialah sejarah pada masa kini.”
Bahan bacaan wajib untuk semua budak-budak yang acah-acah nak berjuang dalam politik. Sebab apa?
1. Ini ilmu asas dalam memahami politik sesebuah negara. 2. Penulis bawa anda menjelajah hampir seluruh dunia, untuk memahami politik bagi setiap negara. 3. Politik sentiasa berubah, maka buku ini akan menjawab kenapa parti A dan B yang tak kan boleh duduk semeja kerana dasar yang berbeza, tetapi tiba-tiba eh eh, tubuh kerajaan bersama. 4. Penulis terangkan satu persatu terma dalam politik yang mungkin kita faham dalam konteks yang salah. 5. Selepas habis baca, kita akan lebih terbuka dan tidak lagi gegak gempita menjadi 'bulldozer' ahli politik atasan.
Bacalah. Saya galakkan. Dan saya sendiri akan cadangkan kepada semua pelajar Diploma saya untuk baca dan hadam. Pelajar sekolah menengah juga saya buka perbincangan tentang isi buku ini.
Yer la, tahun depan kan depa dah mula mengundi.
Takdelah depa terpengaruh dengan geng tiktokers, bangsa twidder, dan seangkatan dengan nya.
Moga dengan bahan bacaan ni, setiap individu boleh menilai dengan lebih baik dalam melaksanakan tanggungjawab mengundi kelak.
Karya Ayman Rashdan Wong pertama yang dibaca oleh saya. Merangkumi 26 topik mengenai politik. Lebih kepada pengenalan dan penjelasan secara umum.
Sebahagian pembaca akan menyukai kerana penulisan yang tidak terlalu berat serta mudah difahami tetapi sebahagian pembaca juga akan merasakan penulisan berat kerana sepenuhnya fakta.
Melalui buku ini kita akan mengetahui apa punca kekacauan politik. Bagaimana cabang-cabang ideologi politik dibentuk. Pembaca juga akan diperkenalkan dengan tokoh-tokoh terkenal bagi setiap ideologi politik.
Kalau anda tidak faham bagaimana ideologi politik, buku ini merupakan penyelesaiannya. Buku ini memberikan kita pengetahuan asas mengenai institusi-institusi, ideologi-ideologi dan prinsip-prinsip dalam politik.
Memberi perspektif baharu kepada pembaca mengenai perbahasan politik jika kita berasa bosan dengan politikus dan "cytro politik" yang menentang lawan dengan cara menghina bukan mengusulkan fakta.
Buku tulisan Ayman Rashdan Wong pertama yang saya beli. Sebelum ini saudara Ayman sudah mengeluarkan DTT 1,2 dan 3. Saya buat tak tahu sahaja (mungkin kerana banyak buku di rak masih belum dibaca dan masih berbalut dengan plastik). Akhirnya saya tewas juga, saya beli juga buku saudara Ayman.
Orang kata, tak baca maka tak cinta.
Saya baca buku Politik Untuk Pemula, ternyata hasil penulisan Ayman amat menarik dan gaya bahasa yang santai. Dan, saya jadi peminat setia hasil penulisan Ayman.
Seterusnya, buku DTT 2 dalam perjalanan untuk dibaca.
Ok berkenaan buku Politik Untuk Pemula (kemudiannya singkatan PUP), ia mengajar saya tentang politik.
Assalamualaikum semua. Ini adalah reviem saya berkenaan buku Politik Untuk Pemula. Seperti tajuknya, buku ini berkenaan politik yang ditujukan khususnya kepada pemula yang ingin berjinak-jinak dalam politik. Buku ini menerangkan politik dari zaman Yunani Kuno (Ancient Grecce) sehingga zaman sekarang. Buku ini menerangkan sistem pemerintahan seperti demokrasi, autokrasi, teokrasi, olirgaki, monarki dan sebagainya. Buku ini menceritakan juga tentang pandangan ahli falsafah seperti Plato tentang politik. Buku ini juga mempunyai bab khas berkenan politik Malaysia. Daripada sejarah parti-parti, ideologi, dan krisis politik yang berlaku sejak tahun 2020.