Mengapa emosi sebegini yang selalu membekas dalam hati kita? Ia datang bersilih ganti, sama ada kita sedar ataupun tidak.
Kita mencuba bermacam-macam cara untuk keluar daripada rasa gelisah. Adakalanya ia menyembuhkan, namun adakalanya meninggalkan luka yang semakin mendalam.
Buku ini menawarkan teduhan buat mereka yang berasa gelisah. Bukan teduhan palsu, kerana di samping merungkai letak duduk kegelisahan dalam hati, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi turut menggariskan saranan-saranan bagi merawatnya.
Buku ini merupakan buku pertama daripada Siri Berteduh Hati yang merangkumi tiga buah buku:
i. Berteduh Daripada Kegelisahan Hati ii. Berteduh Kerana Kekosongan Hati iii. Berteduh Untuk Ketenangan Hati
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.
Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.
Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.
Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.
Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.
Buku pertama daripada Siri Berteduh Hati: Berteduh Daripada Kegelisahan Hati.
Bagaimana aku boleh bertemu dengan buku berjudul begini? Buku yang tertera di gambar ini aku ketahui dalam bentuk bersiri pada awal tahun 2021.
Aku beli buku ini di Pesta Buku Alternatif 2021, di Sunway Putra Mall. Sewaktu itu ada pesta buku secara kecil-kecilan di situ. Bagi menyedapkan hati sendiri yang tidak dapat berasa kemeriahan PBAKL 2021, maka aku ubatlah hati ke pesta buku ini sebagai satu terapi diri yang cukup sederhana.
Di pesta buku tersebut, hasil daripada melihat dan menapis beberapa buku yang menarik, aku hanya tertarik pada buku Siri Berteduh Ustaz Pahrol sahaja.
Kegelisahan Hati menjadi keutamaan pertama. Kekosongan dan Ketenangan aku mengambil keputusan untuk membeli buku-buku itu di kemudian hari. 2021 sudah masuk tahun ketiga untuk aku yang bersifat agak selektif dalam membeli.
It's a good progress sebenarnya. Tak lah nampak buku menarik, asyik rasa nak beli sahaja. Ya. Aku dapat menguruskan sindrom 'Tsundoku' dengan baik 😂
Kembali kepada buku ini, Siri Berteduh yang pertama ini menawarkan hikmah yang sangat luas disebalik rasa gelisah, risau takut dan putus asa itu, aku dihidangkan dengan banyak ilmu yang membuka mata hati:
✅Hikmah musibah ✅ Urus takut, stres dan gelisah ✅ Nafsu dan solusi merawatnya ✅ Berperang dengan bisikan musuh utama kita ✅ Sihat tanpa maksiat dan cara menutupnya ✅ Menghapuskan sifat mazmumah: Takabbur dan Hasad dengki yang punca menjadikan hati itu gelisah.
Buku ini sangat membantu pembaca untuk sentiasa membuat koreksi diri sendiri supaya sedar akan kelekaan kita dengan dunia sampai leka dengan musuh utama kita, apakah punca hati kita gelisah, dan yang paling utama, kita punya 'ultimate goal' iaitu redha Allah.
Akhir sekali, aku tutup resensi buku pertama bagi tahun 2022 kali ini dengan kalam bicara Ustaz Pahrol,
"Kadangkala jalan lurus, tetapi kita berjalan tidak lurus. Puncanya, hati kita tidak telus."
Buku Berteduh daripada Kegelisahan Hati ini saya sarankan kepada kita yang mahu mengawal hati sebelum ditawan oleh ketakutan, keresahan atau kegelisahan dalam menghadapi ujian-ujian. Bagaimana?
Penulis mengupas kenapa kita diuji dan pengurusan rasa takut sebagai asas mebghadapi ujian. Turut diterangkan, musuh sebenar yang menjerumuskan kita lembah ketakutan dan hilang pengharapan iaitu nafsu dan syaitan. Di bahagian akhir dimuatkan tips menguruskan kegelisahan yang sebenarnya berpunca daripada kita sendiri iaitu dengan menutup pintu maksiat, takabbur dan dengki.
Beberapa pesanan penulis yang minat untuk saya kongsikan: 1. Membiarkan diri dikuasai rasa takut gagal hanya akan menyebabkan anda gagal 2 kali. 2. Jika hati sudah terhibur dari dalam, segala yang dilihat di luar diri akan menghiburkan. Maka pilihan hiburan yang boleh memberi kesan ini. 3. Sikap tergesa-gesa bukanlah sesuatu yang digalakkan walaupun hendak melaksanakan kebaikan. 4. Kerana fitrah manusia suka akan kebaikan, mereka yang melakukan kemaksiatan bukan sahaja dihantui rasa bersalah kepada Tuhan tetapi juga kepada diri sendiri. 5. Kita lebih mengutamakan usaha menyembuhkan penyakit-penyakit lahiriah semata walaupun kadang kala penyakit itu berpunca daripada jiwa yang kacau, contohnya AIDS yang berpunca daripada penzinaan dek hatinya tidak terikat dengan iman.
Akhir sekali, "Kadangkala jalan sudah lurus, tetapi kita berjalan tidak lurus. Puncanya, hati kita tidak tulus!" (Pahrol Mohamad Juoi)
Seperti biasa, ustaz patrol berjaya menulis buku yang betul betul buat saya berfikir. Gaya penulisan nya yang lembut dan santun, sangat saya suka. Walaupun dengan gaya santun, saya tetap tersentap dan buku ini banyak buat saya sedar tentang perkara yang saya ambil mudah sebelum ni.
Buku ini menceritakan secara mendalam mengenai punca dan cara mengatasi/mengubati kegelisahan hati iaitu nafsu yang tidak terkawal, penyakit hati seperti hasad dan takabbur.
Hati yang gelisah selalu dikaitkan dengan terma anxiety pada masa skrg ni tapi secara tak langsung kita sebenarnya mungkin ada masalah hati yang dikategorikan sebagai antara punca penyakit utama masalah fizikal dan rohani kita dan tak langsung memberi kesan kepada kesihatan mental kita juga.
Saya secara peribadi suka akan bagaimana buku ini menerapkan kepentingan menjaga hati kita. Sedikit sebanyak membuka mata yg kebanyakan daripada masalah atau konflik yang terjadi adalah datang daripada diri sendiri juga yang masih lemah dalam berhadapan dengan mehnah kehidupan
Org cakap we can't control what happen to us, but we can control how we respond/react to it. Thats the thing, kita masih banyak kekurangan apabila diuji.
I'm sure that kita mesti pernah rasa gelisah dgn masa depan, gelisah dengan rezeki Tuhan, gelisah dengan kawan² yang semakin maju ke depan sedangkan kita disini masih struggle, gelisah dengan itu ini dan banyak lagilah.
Buku ni nk cakap mungkin kegelisahan hati itu berpunca daripada hati yang tidak tenang dek diri yang bergelumang dengan maksiat dan dosa Mungkin jua kerana kita kurang keimanan pada Tuhan yang Maha Kuasa Mungkin juga kerana terlalu taksub dengan dunia
Apa-apapun semua bermula daripada masalah hati yg sebabkan kegelisahan hati, iaitu jiwa yang tidak tenang. Jadi mcm mana nak tenang? Read this book.
Seriously, kalau korg nak banyak munasabah diri, refleksi diri sendiri, this book will definitely do the magic.
Buku ini berjaya menyentuh hati saya dan menjadi penasihat terbaik sepanjang satu tahun setengah. Kenapa?
Kerana tulisan Ustaz Pahrol memang tidak pernah mengecewakan saya. Saya sangat gemar dengan penulisan Ustaz Pahrol dan tidak pernah berpeluang untuk mendapatkan salah satu buku beliau. Saya selalu mengikuti penulisan beliau di facebook. Penulisan yang sangat sampai kepada hati.
Saya berjaya dapatkan buku ini pada tahun 2022 dan direzekikan untuk menelaah bermula jun 2023. Saya mengambil masa 1 tahun setengah untuk menghabiskan buku ini dan saya berjaya habiskan pada 31 Ogos 2024. Setiap bab berjaya membuat saya tersentuh sekaligus saya tidak mampu menghabiskan dengan cepat kerana terlalu banyak perkara yang saya perlu hadam dan muhasabah diri.
Buku ini mengumpulkan punca-punca yang menyebabkan kita selalu gelisah, takut, risau dan boleh dikatakan perkara yang mendatangkan kerosakan hati secara rohani. Bagi saya, buku ini sangat mendalam dan sarat dengan maklumat serta boleh dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin hijrah menjadi muslim yang lebih baik.
Yang paling saya gemari dalam buku ini ialah, penulis menyediakan jalan penyelesaian kepada pembaca kepada setiap masalah hati yang timbul. Penulis berjaya memberikan jalan penyelesaian kepada pembaca dalam merungkai kekusutan apa yang pembaca perlu lakukan sekiranya hal itu sedang dialami oleh pembaca.
"Jangan asyik menyalahkan nafsu dan syaitan sahaja. Ketahuilah bahawa kejahatan berupa maksiat yang kita lakukan itu sendiri telah merosakkan hati. Seperti sebuah kitaran, kerosakan hati akan menatijahkan pula kejahatan-kejahatan yang lain, yang dalam masa yang sama menambahkan lagi kerosakan hati itu."
Alhamdulillah selesai menghabiskan perjalanan bersama buku ini. Satu buku yang memandu diri untuk menjaga hati. Untuk menghindar daripada kegelisahan hati adalah bermula dengan diri sendiri. Diri sendiri yang sentiasa menjaga hati daripada prasangka dan penyakit hati yang lain. Bukan dari luar tetapi perlu bermula dari dalam. Sebab itu dalam hadis nabi ada menyebut, hati adalah raja kepada diri kita. Baik hati, baiklah segala luaran yang lain.
Buku padat dengan info yang sangat penting. Dari punca,kesan dan cara mengatasi semua terdapat dalam buku ni. Buju pertama 2022. Sangat digalakkan kepada semua peringkat umur!!✌
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sebagai manusia normal, kita semua akan berasa gelisah bila ditimpa musibah. Dengan bertambahnya iman, kita mudah rasa tenang apabila dilanda apa-apa musibah. Dalam buku ni ustaz telah menjelaskan konsep musibah dan cara merawat stres dan kegelisahan. Ustaz turut huraikan penyakit hati yang lain seperti takbur, dengki serta bisikan nafsu dan syaitan. Saya setuju bila ustaz tekankan tentang bahaya nafsu kerana ia kepala segala kejahatan. Ia sepatutnya dipandang serius oleh masyarakat dan menjadi musuh utama yang perlu diurus. Jika diurus dengan baik, nafsu akan membawa kepada kemajuan rohaniah dan material dalam kehidupan. Antara semua langkah yang dikemukakan untuk mengawal nafsu, amalan berpuasa merupakan langkah yang paling mudah dilakukan. Oleh sebab itu kita digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari-hari tertentu. Perkara baru yang saya belajar seterusnya ialah tentang sumber bisikan hati. Salah satunya adalah daripada malaikat mulhim. Bisikan daripada malaikat mulhim berupa kebaikan namun tidak kuat. Hati yang bersih akan menjadi tempat persinggahan malaikat mulhim. Secara konklusinya buku ni mengajak para pembaca untuk membersihkan hati daripada penyakit hati dan bisikan syaitan. Setelah itu baru hati menjadi tenang daripada kegelisahan.