“empati bukan simpati” dan keberadaan, bukan kesempurnaan”. ✨
Saya pernah berada dalam situasi si peluah yang merasa seperti tidak difahami. Saya juga pernah berada di posisi si pendengar yang memerlukan saya untuk mendengar isi hati orang lain. Ternyata, selama ini terlalu banyak kesalahan yang telah dilakukan sebagai seorang pendengar bagi si peluah.
Mungkin selama ini, kerana kita kurang mendengar, pemikiran kita lebih banyak didominasi oleh sangkaan. Banyak sangkaan membawa kepada persepsi yang tidak tepat. Ketidaktepatan persepsi membawa kepada penyelesaian yang tidak tepat. Penyelesaian yang tidak tepat membawa kepada konflik. Ketika itu, kita merasakan kita betul. Kita buta melihat mana silap kita.
Harapnya, melalui refleksi diri, kita dapat membuka mata hati untuk melihat, sejauh mana kita telah benar-benar mendengar luahan seseorang tanpa menghukumnya ? sejauh mana pula kita berempati terhadapnya ? sejauh mana kita mampu bersama dengannya, menerima dan menyayanginya pada saat dia paling memerlukan ?
Hari demi hari, dunia kita ini semakin tenat. Kesihatan mental masyarakat semakin parah. Manusia memerlukan sekurang-kurangnya peneman yang boleh mendengar dengan baik dan cuba memahami mereka. Manusia memerlukan orang yang empati. Manusia memerlukan orang yang berada bersama mereka dalam susah dan senang. Manusia mahu didengari, difahami, dihormati, dan disayangi.
Dari buku kekok ini, pembaca telah disajikan oleh beberapa tip untuk menjadi pendengar yang baik serta tip berkomunikasi secara lisan (verbal), bukan lisan (non-verbal) dan komunikasi di alam maya, khususnya dalam konteks sebagai seorang pendengar yang ingin membantu kenalannya (si peluah). dari buku kekok ini juga, penulis telah menyajikan beberapa teori dan model yang boleh diterapkan untuk membaiki lagi cara berkomunikasi, seperti teori ekologi oleh Urie Bronfenbrenner dan model jendela johari yang diperkenalkan oleh Joseph Luft dan Harry Ingham.
Buku ini sangat baik untuk dimiliki oleh semua orang, yang boleh kita jadikan panduan dalam mengasah cara kita berkomunikasi kepada manusia lain. Highly recommended!