Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kala Runtuh Seluruhnya

Rate this book
"...I'm sorry, but I'm afraid you can never do snowboarding again."

Hud terduduk.

Akibat kemalangan yang menimpa, minat dan kecintaannya pada meluncur salji - bahkan seluruh hidupnya, punah! Tak pernah dia sangka, atlet Olimpik sepertinya terpaksa bersara seawal usia 25 tahun.

Sikap Hud terus berubah menjadi dingin, sehinggalah pertemuannya dengan keluarga Our Time memberikan cahaya yang baharu dalam hidupnya. Terutamanya kehadiran Inara, barista girang yang juga menghidap ‘invisible illness’ sepertinya.

Namun ketika Hud mula sedia berdepan kenyataan, dia sekali lagi diuji hebat dengan kehilangan. Kali ini jiwanya langsung mati.

“Allah has not abandoned you.”

Hanya ada satu perkara yang boleh buat Hud terus berjalan, berlari dan mengejar impian lagi – iaitu PERCAYA.

“Do I trust Him?”

422 pages, Paperback

Published March 29, 2021

9 people are currently reading
149 people want to read

About the author

Fiy Suri

3 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
132 (59%)
4 stars
72 (32%)
3 stars
18 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 64 reviews
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews6 followers
July 24, 2021
Ini karya pertama penulis ini yang saya baca. Terimbau-imbau karya Hlovates ketika membaca novel ini. Mungkin kerana gaya penulisan yang agak mirip. Ada dialog dalam Bahasa inggeris, lirik lagu dan petikan ayat al-Quran yang diselitkan.

Novel yang menarik tentang harapan dan cita-cita. Pesan tentang Allah itu dekat dan sentiasa ada juga diadun dengan baik dalam plot cerita.

Dapat rasakan penulis mengkaji dengan teliti sukan snow boarding yang diangkat dalam novel ini kerana penulis menggambarkan dengan sangat trperinci sehingga pembaca turut sama dapat membayangkannya.

Overall novel yang bagus untuk dibaca. Cerita yang menarik. Ada pelbagai elemen emosi. Banyak nasihat dan renungan juga buat pembaca. Relatable dengan apa yg sering kita alami dalam hidup.
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
September 1, 2021
Ini karya pertama penulis yang aku baca. Sehingga ke muka surat terakhir, its so inspiring. And some words are just something that I really need now. Novel ni juga somehow buat aku teringat waktu baca novel Hlovate zaman sekolah dulu.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
July 26, 2023
Very inspiring!!! 👍👍👍

Tak boleh nak stop. Olahan penulis kali ini sangat lah smooth. Tersangkut terus.

Kisah ini adalah mengenai harapan dan keyakinan. Susah kan nak 'move on'. Nak teruskan hidup. Bila kita rasa 'hilang' untuk bangun dari rasa itu sangatlah susah. Have faith. Yakin lah dengan Allah. Sejauh mana pun Hud dah pergi, kembali lah kepada Allah.

Kata-kata dari Inara selama ini lah Hud berjaya harungi cabaran dalam hidupnya. Ukhwah yang terbina di Our Time menjadi titik perubahan seorang Hud.

Banyak tau quotes best2 dalam kisah ni.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
April 8, 2021
"When you love someone, you love because of Him. And you always want the best for that person. And pray the best for that person."

"I want to be with someone who still wants to write an inspiring story with me even when he already knows my condition. Our very own love and life story."- Inara

"Aku selalu berdoa sebenarnya... berdoa agar Allah tetapkan hati aku. Insya-Allah aku masih serius terhadap Inara. Sehingga saat ini, hati aku masih tetap memilih dia dan aku percaya perasaan ini adalah anugerah daripada Tuhan. - Hud

Tiada apa yang nak dikatakan ketika membaca naskhah kedua Fiy Suri terbitan Iman Publication. Olahan dan bait-bait katanya seolah-seolah memujuk saya untuk terus reda dan kuat mengharungi segala ujian hidup kerana satu ayat ini:

"Allah has not abandoned you."

Selagi kita PERCAYA akan Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Naskhah yang boleh membuatkan kita muhasabah diri. Belajar untuk menyayangi diri sendiri dan orang disekeliling kita. Percaya dengan apa yang ditentukan untuk kita, doa dan restu ibu bapa itu penting untuk memastikan setiap perjalanan hidup kita lancar dan juga doa/nasihat daripada kawan-kawan yang baik juga merupakan sebuah bentuk rezeki. ❤️

Kafe Our Time merupakan titik penghijrahan yang sempurna untuk Hud dan titik kebahagian untuk seorang Inara.

Untuk Kak Suri, semoga terus menulis novel yang bermanfaat dan banyak benda baharu saya belajar daripada setiap penulisan akak. Love it.
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
December 29, 2021
Kali kedua baca buku daripada Fiy Suri, sebelum ini SKY, disamping cover yang cantik, seperti selalunya, karya Fiy Suri sangat indah dan sampai ke hati. Kali ini, its all about invisible illness.

Keadaan Hud memaksa dia kembali ke Malaysia, untuk mengubah angin disamping mencari jalan untuk menyembuhkan diri. Secara tidak sengaja bertemu dengan kafe yang dipanggil Our Time dan seisinya. Disana Hud pelahan-lahan mencari dirinya yang telah hilang, persoalannya, mampukah dirinya ditemui atau adakah dia akan temui lebih dari itu? A story about broken people and how they find themselves again.

Perjalanan Plot
KRS mempunyai plot yang boleh dijangka walaupun disusun secara biasa, impaknya masih boleh dirasai kerana its everyone deepest struggle, the kind of struggle yang kau tak pernah bagitahu orang tapi buku ini telah menjelaskan hal itu sejelasnya. Kehilangan demi kehilangan adalah perjalanan yang perlu dilalui setiap insan di muka bumi, ada kehilangan yang nampak biasa di mata orang tapi bukan sesetengahnya kerana its all they have in this world, kehilangan itu telah meninggalkan kesan yang mendalam dan kekadang membuatkan seseorang itu jatuh terlalu dalam.

Watak
Tiba juga waktunya dengan part yang aku suka, aku suka watak-watak yang ditulis oleh Fiy Suri terutama dari segi brotherhood. It was an awesome feeling, to know that Allah sent you someone who'll not judge you by your past and continue to support you even though err.. you are stranger to them? Buku ni ajar betapa pentingnya support system kita, one time we may be lost, and at that time we shall always return to Allah, let Allah guides our heart to where our path belong.

Tapi watak aku paling suka suprisingly adalah watak sampingan yang paling banyak memberi senyuman sepanjang perjalanan, they are Kyle yang hensem (in my mind of course, model kot, haha) and Mizan yang nakal. Dua orang ni sebenarnya yang banyak support perjalanan protagonist dalam cerita ini, and make the journey worthwhile.

Kesimpulan
The only reason why I gave this book a solid 4 star because I can say its a typical zero to hero, short & sweet but not to the extend that make me cry. The inner obligations its there, the plots its okay but perhaps I need to be in heartbroken state barulah dapat merasai nikmat perjalanan seorang Hud. Saya tetap akan sarankan sesiapapun untuk membaca buku ini, penerimaan orang akan berbeza depends dengan keadaan hati dan perasaan kita semasa itu.

Belahan perkataan yang mudah dan menjentik jiwa, as expected daripada seorang yang bernama Fiy Suri. Kudos dear!
Profile Image for Em.
285 reviews12 followers
March 2, 2023
nice writing though the story is a little weak and less impactful.

and by nice writing i mean, i love it when i read a book and the book does flow fluently with fewer awkward interactions between characters and how they navigate naturally throughout the world inside the book. i love it when i could imagine every scene happening vividly as i would to watch a movie.

call me biased (don’t attack me pls im soft) but when i read a malay book, i honestly enjoy when most of the conversations happened within the book are written in english, i think part of it is due to my reading choices these days where i gravitate towards english’s contemporary fiction than malay fiction. plus, the uses of english conversations throughout the book makes sense, it’s realistic, given that the dude in Kala Runtuh Seluruhnya was raised oversea. pastu takkan dia nak cakap dengan kawan mat salleh dia dalam bahasa kot. i like the uses of words in here, english sentences are certainly not awkward like i’ve seen in certain malay novels published recently, characters in Kala Runtuh Seluruhnya converse to each others like normal person would do in real life, so kuddos for the author and also editors. however, i understand this part of mixing english words in a malay book won’t be appealing to some readers.

the plot- i enjoy (and thankful) how the storyline kind of moves like a kdrama, there’s this some short of cozy feelings when i read it, probably due to the setting that takes place mostly in a coffee shop. the bookstore’s scene is cute and the story has great messages behind it. nama pun published under iman publication, so you kind of get the idea what to expect when you read any of their contemporary fiction.

Kala Runtuh Seluruhnya is easy to read and to follow, perhaps, probably toooooo easy for my liking, there are some parts where i wished the author could have elaborate more for a smoother storyline, dia macam feelings tu tak sampai. if i was introduced to a sad, broken, helpless or a lost character, i’d love to feel the brokenness of them, so i’d say my reading experience for the book isn’t as impactful as i have with certain books under the same publishing company, so-

3-3.5 for now, would definitely recommend if you prefer your reading materials light and breezy.
Profile Image for Rodhiah Rahman.
78 reviews21 followers
August 13, 2021
Funny thing is I started reading this wayyy before I remember to add it to my currently reading list here in goodreads. So, the duration is actually longer than a week stated here. Probably months. Why?
Because I wanted to devour every word, criticize every sentence and requote every wisdom.
And I couldn't really do that when I was distracted by other things (cue a whisper here: kdramas).
Goodness, why??
Because well, Fiy Suri is my best friend and I know, personally, how hard she worked for this story, how deeply absorbed she was in it and how she ranted, rambled and worried about it with me, even in the wee hours of late nights.
And so it happens, I finally finished it in the wee hours of late night or early morning (it's currently 3.15am in the morning). Hish. Suri, this is on you. 😑
I told her a few hours ago, I wouldn't be able to write a review. I would not know what to say. Why, again you ask me.
Because I might be biased. But, towards the last pages of the book while I struggled to keep my eyes open, flailing about on the bed, putting off and putting back on my glasses, I actually found the exact phrases to put a review on this story and it is by quoting none other than Mr Hud Azad himself,
"Your writing is just like you, dearest Fiy Suri. Inspiring. Cerita yang mengajar tentang keyakinan dan harapan. And I'm very freakingly sleepily proud of you." (Sorry, Hud, for the added adjectives). 😅
And that's that. Good night.
Profile Image for Hanalovesbooks.
155 reviews20 followers
August 22, 2021
Tak boleh stop baca buku ni. As someone yg ada invisible illness juga, I can relate to the story. Sy dan hud hampir sama. Impian berkecai ditengah jalan. Dan seperti hud juga, sy akan menggapai impian sy suatu hari nanti. Sy yakin Allah akan tunjukkan jalan yg terbaik. Good job fiy suri. Ni adalah novel ke2 beliau yg sy baca selepas sky. 2-2 fav 😊
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
February 14, 2022
"You're not alone, Hud. Because Allah is always with you even when no one else is. The only thing you must have in Him is faith. The question is, 'do you trust Him?' Place your hand on your heart and ask yourself, 'do you'?" -Inara.

Sejujurnya, aku tidak tahu bagaimana nak ulas buku yang satu ini. Perasaan aku sekarang ini? Bercampur-baur. Aku rasa happy sampai tersenyum seorang diri dan sebak pun iya.

Aku baru baca buku ini dan memang tak sangkalah boleh habiskan buku ni dalam masa tiga hari sahaja (sebab aku baca 100 pages untuk dua hari dan 200+ pages sehari). And what can I say, this book is really beautifully written by the author.

Mengisahkan tentang seorang pro-snowboarder bernama Hud yang mula hilang tujunya selepas satu kemalangan ketika pertandingan snowboardingnya yang menyebabkan dia sudah tidak boleh bermain sukan yang satu itu. Dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia untuk mencari ketenangan dan di situlah, dia mula mengenali Inara dan keluarga kafe Our Time yang mula membimbingnya bagai.

Buku ini juga mengisahkan tentang invisible illness yang dihidap oleh Hud dan juga Inara. Tak tipulah bila aku katakan, topik yang satu ini amat menyentuh hati aku, mungkin kerana aku juga salah seorang pesakit yang satu ini. Tidak difahami oleh orang lain dan dicemuh kerana mahukan perhatian, aku faham perasaan Hud dan Inara.

Selain itu, aku juga suka dengan nasihat-nasihat yang ditulis dalam buku ini. Nasihat untuk kita jangan berputus dengan rahmat Allah, percaya dengan takdir-Nya dan sebagainya. Terdapat juga banyak pengajaran dalam buku yang satu ini, seperti, kita mestilah jangan berputus asa dengan impian kita kerana Allah sendiri tak pernah berputus asa dengan kita.

Lagi satu, aku ini dahlah jarang menangis when it comes to read a sad book, but this book? Darn it, I burst out crying while reading it. Hands down, Kala Runtuh Segalanya is definitely my new favourite fiction motivational book ever!

Lastly, what can I say, the book is beautifully written by the author herself. Gaya lenggok bahasanya memang mamma mia! *chef's kiss*. The characters' developments of Hud, Inara and watak-watak lain pun serius bagus gila! It's fast-paced, by the way! Surely, lepas ini aku grab buku lain daripada penulis!

Will I recommend this book? Yes. Jikalau kau sedang rasa berputus asa dan sedang mencari sinaran baru dalam hidup, please do read this book. Highly recommended.

(P/S: Thank you, Luo Zaini untuk pemberian buku ini. Saya akan selalu ingat awak!)

Rate: Infinity stars🌟
—Feyssa.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
March 1, 2023
(Dibaca melalui app Cereka)

Terima kasih buat penulis kerana telah membawa saya ke dunia snowboarding. Ceritanya saya rasa biasa sahaja. Tapi sebab saya suka sangat dengan latar tempat, apa yang karakter buat dan betapa detailnya info tentang kesukanan dan kecederaan sukan... saya bagi 4/5. Dapat ilmu baru baca novel ini.
Profile Image for Hannan.
40 reviews
July 21, 2021
KRS bagi aku tak dak apa-apa improvement. Writing style yang tak dapat bagi kesan kepada aku masa baca dan menyebabkan aku tak dapat nak connect dgn characters. Sama macam SKY.. quite disappointed.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
April 11, 2021
"No matter how far we've let ourselves astray, remember that Allah still opens His door for you to come back to Him. Because His blessing and forgiveness are beyond our imagination."

Sebenarnya, aku tak tahu nak menjangkakan apa-apa dari Kala Runtuh Seluruhnya. Walaupun pernah baca coretan pendek dari penulis tapi dia tak meninggalkan tanda tanya, jadi aku memang beli sebab penulis itu Fiy Suri dan juga sebab novel sebelum ni adalah tentang self-development.

tapi,

Membaca kisah Hud dan Inara ini, memberikan aku kepuasan membaca yang sangat berbeza kerana secara peribadi, sebagai pembaca yang pernah membaca karya Fiy Suri yang terdahulu (Fiy Square), aku dapat merasakan gaya penulisan penulis melalui banyak perubahan terutama dari segi pembinaan plot dan juga sentuhan emosi. Sentuhan emosi kali ini lebih mendalam. Eksposisi cerita saja sudah membuatkan aku wow meremang seh. Seolah-olah aku lah Hud yang merasai detik itu.

Mengetengahkan tema utama dan persoalan-yang berkait rapat seperti berdamai dengan diri: Grief and invisible illness dan pencarian spiritual diri : adalah sesuatu yang rata-rata antara kita boleh relate. Melengkapi hal-hal yang aku fikirkan sejak kebelakangan ni, whatever happened to us, accept ist, susah masam mana pun & always back to Allah. Sebab dari situ, kita akan sedar & rasa rahmat Allah ni Maha luas.

Teknik plot seperti flash back yang digunakan, dialog yang masih kekal dengan sisi empati dan selingan monolog dalaman juga seolah-olah berlaku,naturally. Sedap di baca. Kesimbangan watak dan perwatakan utama dan sampingan sentiasa menghiburkan dan menimbulkan keceriaan di hati. Hargai kehadiran your support system. Our Time. Bahagian dua antara yang aku tak jangkakan langsung.

Kesimpulannya, Kala Runtuh Seluruhnya ini novel terbaik Fiy Suri dan walaupun awalnya aku cakap aku tak ada expectation, tetapi aku tetap bersetuju dengan buddy reading aku, yang menyatakan novel ni meet our expectation. Tajuk Kala Runtuh Seluruhnya simbolik kepada keseluruhan cerita. Kita akan rasa susah untuk move on di saat kegemilangan kita, dan selalu lah ingat, selain kita, setiap disekeliling kita juga ada struggglenya. Kalau korang suka SKY, korang akan lebih suka Kala Runtuh Seluruhnya. Highly recommended gais!
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
March 26, 2022
10/5 ⭐ SUPER HIGHLY RECOMMENDED! positive words dalam buku ni semuanya best2 n senang je masuk dalam hati. Andddd tbh aku jatuh hati dgn Hud. Mana eh nak cari laki macam Hud? 🙂 Takyah bagi ayat2 bergula manis ke apa. Aku mmg boleh rasa perasaan sayang Hud tu.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
January 5, 2023
'Siapa cakap kejar mimpi ini senang. Unless you never really dreamt it. The key is to start and never give up.'

'...kalau kita asyik nak rasa menyesal sebab masa lalu, bila kita nak hidup dengan baik dan hargai apa yang kita ada sekarang? Sebab tu, kena sedar yang masa kita ni terhad.'

'How can I be with her when I keep running from my reality? I'm being a coward. She needs someone who can support her. And I can't be that person...

...yet.'


'Ada hal yang akan buat kita jatuh dulu, supaya kita dapat belajar untuk bangkit semula dan jadi tabah. That's how we learn how to live in this dunya.'
________

Kemalangan yang Hud hadapi bukan satu-satunya hal yang telah mengubah darjah kedudukan kerjaya dan hidupnya. Namun adalah kerana satu fakta tentang kesihatan dirinya, yang akan membuat Hud melepaskan apa yang selama ini menjadikan dia adalah dia, yang menjadikan dia hidup.

Semangat yang telah hilang ditinggalkan di bumi Kanada, Hud temukan semula bersama satu perasaan lain yang semakin mengisi ruang hatinya, di sebuah kafe -- One Time -- di tanah air sendiri; bersama pemilik wajah-wajah -- tepatnya ialah Inara, Kyle, Mizan dan bahkan Najwa -- yang sudah mengambil tempat dalam ruang hidupnya selama beberapa bulan, sebelum dia kembali lagi ke Kanada dengan hembusan nafas baharu dalam diri. Untuk dia menyelesaikan kemelut kerjaya dan hidupnya. Tanpa Hud tahu yang ujian dunia masih banyak dan bahkan lebih besar perlu dia lalui selepas itu, sebelum dia menemukan kejayaan sebenar buat dirinya -- untuk dia menemukan dirinya.
________

Kala Runtuh Segalanya; usai menghabiskan bacaan buku ini, saya ditinggalkan dengan merasakan satu kepuasan dan ketidakpuasan dalam waktu yang sama -- puas setelah mengikuti perjalanan kisah Hud dan Inara serta watak-watak Kyle, Mizan, juga Najwa; tidak puas kerana buku ini sudah berakhir dengan kisah mereka, sedih kerana saya tidak berada lagi dalam bulatan kehidupan mereka bila muka surat sudah diselak ke laman terakhir buku.

Buku ini ditulis dengan gaya dan lenggok bahasa yang ringkas serta cukup santai. Naratifnya cukup terperenci pada saya, menjadikan mudah untuk saya hilang di dalam dunia buku ini. Perlu saya puji dan rasa kagum dengan informasi serta dunia sukan luncur papan salji, yang pada saya, sangat berjaya penulis bawakan dan hidupkan dalam buku ini. Semestinya sebuah bacaan yang tidak 'kosong' dengan ilmu dan pengetahuannya -- sememangnya satu benda yang menjadikan sesebuah buku itu, ialah buku yang saya ketegorikan sebagai karya yang baik dan terbaik juga.

Susunan cerita ditulis dengan sangat kemas, plotnya berjalan lancar memenuhi graf bacaan saya -- yakni tiada satu bab pun untuk satu detik, dimana saya merasakan ingin berhenti membaca ataupun mula dicuit rasa bosan disebabkan oleh cerita yang mula menjadi datar. Satu hal juga yang saya suka ialah bila penulis nyatakan garis waktu dalam bab (mungkin satu aspek yang kecil sahaja), tapi pada saya (sebagai pembaca yang sangat ambil kira dan mudah terganggu dengan tempoh perjalanan waktu dalam satu-satu buku) dapat memudahkan untuk mengikuti garis waktu jalan cerita dengan lebih baik -- ringkasnya, dengan cukup senang buku ini mampu buat saya terus melekat pada pembacaan (ia menyenangkan kepala overthinking saya).

Pada saya jalan cerita buku ini terus marak dihidupkan oleh watak-wataknya dan konflik yang dihadapi mereka. Interaksi di antara watak-wataknya sangat menghiburkan dan mendatangkan rasa hangat dalam hati. Hubungan antara Hud dan Inara, ialah sesuatu yang boleh saya panggil indah dengan tersendirinya. Hubungan persahabatan di antara keluarga One Time; dan Hud dan Ben -- adalah hubungan yang mampu menyentuh pelbagai rasa dalam diri saya. Konflik yang dibawakan buku ini mampu mengusik perasaan dan emosi saya -- hubungan kekeluargaan; iman dan kepercayaan; kerjaya; hubungan persahabatan; ujian dan rintangan terutamanya -- sesuatu yang memang terasa cukup dekat dengan jiwa. Saya memang suka dengan buku yang membawakan kisah peluang dalam hidup; watak yang jatuh berhadapan dengan kegagalan, lalu bangkit bangun semula -- dimana pada setiap hujung bertemu sebuah kejayaan, ada banyak realiti kegagalan yang sebelumnya sudah ditempuh mereka -- seperti yang buku ini berikan. Dan kisah serupa ini sentiasa menjadi satu inspirasi dalam hidup buat saya, kerana ianya sesuatu yang ramai dalam kalangan kita mampu untuk relate. Penulis sememangnya sudah berjaya menghasilkan cerita yang sempurna untuk kisah ini.

Secara keseluruhanya, buku ini telah meninggalkan banyak pengajaran dalam diri saya. Tidak susah untuk saya katakan buku ini sangat sesuai untuk sesiapa yang sedang merasakan berada di titik rendah dalam hidup. Saya yakin, anda pasti akan selesai dengan satu perasaan yang tenang, kalau tidak pun barangkali mampu untuk melihat sedikit sinar di dalam terowong hidup yang masih jauh perjalanan untuk bertemu hujungnya.
Profile Image for Khairiyah.
142 reviews2 followers
July 7, 2023
Finished this within 2 hours. Like the first book by this author (SKY), it gives the reader positive insight on how our life is. Always have faith in Him.

Read this on Cereka apps
Profile Image for farratiq.
47 reviews7 followers
March 11, 2022
Jujurnya, saya tertarik untuk membaca buku ini sebab dua hal. Hal yang pertama ialah warna kulit bukunya yang sangat lawa. Manakala hal yang kedua ialah nama watak utama iaitu Hud. Suka pula dengan nama ringkas begini haha.

Invisible illness. Ini tema yang cuba dibawa oleh buku ini. Satu tema yang sangat menarik untuk dibincangkan dan disebarluaskan kesedaran tentangnya. Usaha menyedarkan masyarakat dan mendidik diri tentang sakit dan penyakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ini semestinya adalah sebuah usaha yang harus disokong. 

Setiap watak dalam buku ini mempunyai invisible illness. Sewaktu membacanya, saya menjadi bertambah yakin bahawa setiap satu daripada kita pun sebenarnya sama. Ada kisah, sakit dan luka yang kita simpan sendiri demi menjalani sebuah kehidupan yang dianggap normal di mata orang. Baik sakit itu adalah sakit yang memerlukan ubat doktor, mahupun sakit yang memerlukan masa untuk tuan badan menerima.

Untuk hal ini, saya belajar, selain daripada kita harus belajar untuk menerima bahawa orang lain ada cabaran sendiri, kita seharusnya belajar juga untuk mengakui bahawa kita juga ada ‘sakit’. Entah kenapa, menerima tentang orang lain lebih mudah daripada menerima tentang diri sendiri, kadang-kala.

Cuma, pada pendapat saya, olahan cerita ini masih boleh diperbaiki. Benar, setiap watak diberikan satu invisible illness, tetapi hampir semuanya diolah dengan agak kurang rasa, termasuklah watak Hud sendiri. Ada olahan yang perlu ditambah bagi menguatkan emosi, ada olahan yang perlu dibuang kerana agak lewah. Ini apa yang saya rasa sepanjang membaca buku ini.

Selain itu, penulis juga agak gemar menggunakan ayat ‘-nya’. Jika mahu diberi contoh, ‘Hud meletakkan ibu jari kiri pada pelipis kiri dan telunjuk kiri pada pelipis kanannya. Terluah satu keluhan dari mulutnya.” Dalam petikan ini, ada dua kali ‘-nya’ digunakan yang pada pendapat pembaca marhaen seperti saya ini, tidak perlu diulang banyak kali. Secara logiknya, Hud yang berseorang di situ pasti menyentuh pelipisnya sendiri dan keluhan itu juga pasti keluar daripada mulut Hud juga. Jadi, ‘-nya’ dalam petikan ini hanya menyatakan perkara yang sudah jelas dan menyebabkan pembaca (atau mungkin saya sahaja) berasa agak lewah. 

Apa-apa pun, sebuah usaha yang sangat bagus.
Profile Image for Hanah Shah.
52 reviews22 followers
July 5, 2022
“𝙒𝙚 𝙣𝙚𝙚𝙙 𝙩𝙤 𝙝𝙖𝙫𝙚 𝙛𝙖𝙞𝙩𝙝. 𝙁𝙖𝙞𝙩𝙝 𝙞𝙨 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙖 𝙡𝙞𝙜𝙝𝙩. 𝘼 𝙡𝙞𝙜𝙝𝙩 𝙩𝙝𝙖𝙩 𝙘𝙖𝙣 𝙗𝙧𝙞𝙜𝙝𝙩 𝙪𝙥 𝙤𝙪𝙧 𝙡𝙞𝙛𝙚 𝙚𝙨𝙥𝙚𝙘𝙞𝙖𝙡𝙡𝙮 𝙞𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙠𝙣𝙚𝙨𝙨.“ #bookreview

4.5⭐️|𝙆𝙖𝙡𝙖 𝙍𝙪𝙣𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙚𝙡𝙪𝙧𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖| Fiy Suri

Ketika Hud sedang berada di ‘peak’ dalam kerjayanya sebagai atlet snowboarding, kesemua hilang sekelip mata apabila dia menempuhi kemalangan. Kehadiran keluarga Our Time dan Inara memberikan sedikit cahaya dan perubahan kepada Hud yang ‘lost’. Namun, Hud diuji lagi dengan satu kehilangan yang besar. Mampukah dia menempuhi segalanya?

Hope. Have faith. Believe in Him. This is the concept of Kala Runtuh Seluruhnya.

This is one of the most helpful read for me. Untuk someone that doesn’t read non-fiction/self-help/religion books, this book dapat beri harapan dan petunjuk kepada sesiapa yang ada ‘invisible illness’ atau lost.

Every character dalam buku ni ada their own roles dalam kehidupan Hud dan Inara. Both of them ada invisible illness, have their own struggles and Our Time family takes care of them really really well. Sometimes I just want to be with them and pat them on the back or hug them :’)

To anyone that loves books with halal relationship, this is for you. Sejujurnya, tiada romance dalam cerita ni even though both Inara and Hud ada perasaan sesama sendiri. Both of them berpegang kepada ‘kalau ada jodoh’. This type of love or relationship just makes me ❤️🧡💛💚💙💜🖤🤍🤎❤️‍🔥❤️‍🩹💕💞💝💘💖💗💓

My favourite part:
“I realised we live for Allah. All those hardships are to test our faith in him. It’s normal that we feel sad or angry because we’re human. And Allah knows the best because He’s the one who created us. Also, having a life with its ups and downs is to each us how to live and survive in this world.”
Profile Image for Nur Umairah.
47 reviews
April 25, 2021
Jika kita percaya kita mampu melakukannya kita pasti boleh. In shaa allah.

Hidup ini tidak selalunya indah. Begitulah juga Hud yang telah ditarik nikmat untuk dapatkan apa yang dia idamkan selama ini. Iman yang kuat dan pengharapan kepada Allah mampu membantu kita untuk menghadapi kehidupan dunia yang ada jatuh bangun ini.

Bertuah Hud dipertemukan dengan kawan-kawan yang selalu memberi kata semangat dan mengingatkan kepada Allah. Banyak mana nasihat yang diterima, semuanya tidak akan berubah jika tuan badan sendiri tidak mahu berubah.

Banyak benda yang saya dapat dari buku ini.

-Segala sesuatu yang terjadi kepada diri kita ada hikmahnya. Allah sayang dekat kita. Mungkin dengan cara itu dapat menyedarkan kita yang kita telah jauh dari-Nya.

- Bertaubatlah selagi masih ada masa. Kita tidak tahu bila dijemput ajal. Biar apa orang nak kata, Allah sentiasa terbuka untuk menerima taubat kita.

- Minta restu mak ayah dan jangan belakangkan mereka. Hati kita akan tenang jika kita ada restu mereka.

-Hargai orang yang kita sayang selagi mereka masih ada.😭

Terima kasih Fiy Suri untuk karya ini. Mengalir juga air mata ini baca novel ni. Kali pertama baca karya Fiy Suri dan saya suka gaya penulisannya.
Author 6 books27 followers
February 11, 2023
-Having a life with its ups and downs is to teach us how to live and survive in this world-

Seriously, highly recommend untuk mereka yang jatuh tersungkur di medan kehidupan. Banyak yang penulis sampaikan. Penuh dengan kata-kata motivasi dan inspirasi.

"You're not alone, Hud. Because Allah is always with you even when no one else. The only thing you must have in Him is faith."

Faith...


Aku tersenyum dengan telatah famili Our Time. Telatah Hud bila bersama Ben. Aku menangis bila Hud baru sahaja nak bangkit, dia kehilangan orang yang sentiasa ada dengan dia saat jatuh dan bangun. Keluarga Hud pula sangat memainkan peranan waktu itu. Suka sangat part tu.

Kehadiran Kareem dalam hidup Hud pula adalah rencah yang sempurna dalam titik perubahan Hud. Famili Our Time pun sama. Suka cara mereka buat konspirasi berkongsi cerita tentang Inara pada Hud. Comel🤭

Ok last but not least, memang best!
Profile Image for Fatin Azira.
89 reviews2 followers
January 22, 2023
Initially, I give it a four. Tapi lepas teringat dan terimbas balik, I really think this novel deserved a solid 5.

Saya baca dan habiskan dalam masa dua jam setengah je and I really enjoy the ups and down dalam novel ni. Ini kali pertama saya baca novel penulis and definitely won’t be the last. Plot serta jalan penceritaan ditulis dan diadun dengan sangat baik. The backstory for each of the characters sangat menyentuh jiwa—as if they were a mixture of feelings, a piece of us in each of them.

It is funny, witty and have so much potential kalau tiba-tiba penulis nak tulis novel lain dengan karakter dari novel ini hehe.
Profile Image for Nurulnaziefa_.
65 reviews5 followers
August 18, 2021
KALA RUNTUH SELURUHNYA - FIY SURI

“If you feel like you’ve got, the weight of the world on your shoulders, look around, you’re alive.”

“We need to have faith. Faith is like a light. A light that can bright up our life especially in darkness.”

4.5🌟
Profile Image for naaideya.
19 reviews
January 20, 2022
Bismillah.

Ini adalah review pertama saya, so I considered it as on what I feels when reading it.

Honestly, waktu mula-mula saya baca, saya tak expect dengan perangai HUD. Bila part yang saya tahu hud jauh tersasar di belakang, saya agak kecewa. Bukan kecewa sebab penulis tau, tapi sebab Hud. But then, I remember that every human make mistakes. Just we can't see what mistake that we did.

Fall in love with Inara characters too. The way Inara beri semangat kepada Hud buatkan saya lebih jatuh cinta. Saya rasa character Inara takde masalah, begitu juga Kyle, Mizan and Najwa.

Okay yang ini paling saya suka. Part yang Hud pakai baju turtle neck dengan baju hitam labuh (lupa nama) dan seluar slack hitam...saya dah berimaginasi macam mana rupa Hud, of course handsome!

Selain Hud, saya juga suka Kyle! Hahaha, I do know but Kyle tu agak attractive jugaa ya!

Buku ni memang best sebab dia memberi kesedaran. Dari sini, saya cuba baiki diri saya untuk belajar bersyukur. Betapa, selama ini.. saya tak pernah bersyukur dengan pemberian yang Dia kurniakan kepada saya.

Review yang ringkas dari saya, sorry kalau tak best sbb ni first time.

-you should try read this!-

:Buku ni boleh didapati di Popular & Iman Publication.
:Kalau nak harga yang murah, better beli dekat Iman sebab last check diorang buat offer.

Harga SM: RM 30
Harga SS: RM 33

Highly recommend!
5/5 🌟🌟🌟
Profile Image for Sarah Azmi.
54 reviews1 follower
February 15, 2022
4/5 stars! Ini adalah first buku aku baca dari penulis ini. Tak tahu pulak yang ini merupakan buku kedua Fiy Suri. I should have read her first book too!

Susah untuk aku bagi rating tinggi dekat penulis Melayu sebab aku susah untuk connect dengan writing, but KRS is an exception.

Everything was fully written. Dari babak inspiring, motivated, sedih, a little bit of crushy-cute scenes between Hud and Inara, there were no moments where i left this book hanging.

Aku sangat hook dengan beberapa watak dalam buku ini, walaupun takdelah selalu dia muncul dalam setiap bab tapi boleh dikatakan dia one of the character yang menolong Hud untuk faham tentang hidup Hud sekarang. I will give a thousand applauses and love to Kyle. Menarik ya watak Kyle ni.

I’m going to miss reading this, i probably going to give this a second read and give my another point of view on what i think to the whole book. Here’s mg last thought, I’m not going to lie but Fiy Suri you gave me a different perspective on what i view in my life now. Big thank you for this book.
Profile Image for Asma Faiqa.
8 reviews
June 19, 2021
Quotes from Kala Runtuh Seluruhnya

“Having a life with its ups and downs is to teach us how to live and survive in this world.”

“We need to have faith in Him. Faith is like a light. A light that can bright up our life especially in darkness.”
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
November 17, 2023
Lepas habis baca S-K-Y, serious aku memang tak sabar untuk baca buku ni pula. And well hellooooooo, I just looooves this book so much. Ceritanya, wataknya, suasananya, ish semualah aku suka!
.
Masih lagi mengenengahkan topik healing, naskhah kalini penulis bawakan kisah Hud, seorang snowboarder yang 'dipaksa' bersara lebih awal di kemuncak kerjayanya kerana satu kemalangan. Hilang punca di negara yang menjadi saksi kemuncak dan kejatuhan kerjayanya, Hud akhirnya pulang ke Malaysia. Di Malaysia, Hud secara tak sengaja terjumpa kafe Our Times yang perlahan-lahan menjadi rutin buatnya. Sehinggalah dia ditawarkan bekerja di kafe tersebut.
.
Our Times. Sebuah kafe yang dalam minda aku mempunyai suasana yang sangat tenang (for lack of better word srsly). Berkenalan dengan keluarga Our Times sangat menghiburkan Hud, and me of course. Kyle, pemilik kafe yang penuh dengan harmless pranks, Mizan yang banyak celoteh, Inara yang penuh dengan nasihat dan Najwa yang macam chipsmore, kejap ada kejap takde hehe. Setiap watak membawa peranan masing-masing dan semuanya membuatkan karya ni lebih menarik dan susah untuk aku berhenti membaca.
.
Aku sangkakan kecederaan Hud kerana kemalangannya semasa bertanding tapi rupanya lebih dari itu. Invisible illness. Kerana invisible illness yang tak pernah dia tahu menghalang dia meneruskan kerjaya sebagai seorang snowboarder. Melalui keluarga Our Times, Hud perlahan-lahan belajar untuk menerima hakikat diri. Dia mulai sedar yang setiap seorang dari mereka yang tersenyum dan ketawa dan sentiasa ceria, punya cerita sendiri, punya kisah duka sendiri. Dan dengan sokongan mereka, Hud kembali mencari dirinya.
.
Tapi bukan semudah itu untuk Hud. Oh how much I hope it will be easy. Serious, karya penulis yang ini sangat-sangat banyak bermain dengan emosi ya. From hopeful to sadness to happiness to being sad again (not in this order) arghh, kenapa takde yang warn aku that it will be rollercoaster ride reading this? Sesungguhnya, perjalanan untuk moving on tu bukan mudah apatah lagi bila berdepan dengan kehilangan yang tiba-tiba. Tapi, aku bangga dengan Hud kerana bangkit dan menjadi lebih baik.
.
Overall, aku lebih suka dan terkesan dengan karya kedua penulis berbanding karya pertamanya. It was a very great read for me. Dan sepanjang membaca, aku sangatlah teringin matcha latte. Semua salah Inara yang suka sangat minum matcha latte. All in all, it was a great story and have a big impact and lessons. Cumanya kalaulah ending Inara dan Hud tu ada lebiiiih sikit mungkin lagi best. Haha, aku agak tak puas dengan interaksi mereka selepas semuanya.
Profile Image for Amirah Mardhiah.
38 reviews5 followers
July 10, 2021
When Hud was at the peak of his life, everything was stripped away. He became lost. Then he met Inara, a beautiful soul who make him gradually accept things the way it is. Not only that, Inara gave him a new family. Our Time family. They care & look out for each other and little did Hud know, each one of them have their own stories. Their own struggles. He became better as time goes. When he was ready to face everything, he was put in the greater test. He feels so defeated.
---------
I love the background setting. Something new for me of course, I even look up in YT how does the sport looks like. It seems fun and dangerous too 😂 & also the cafe setup. It is so simple yet meaningful. For me, the story is smooth.. I left with no unsettled questions. Extra point because the cover is in my favourite colour! Light blue 🥰 (Buku SKY pun cover light blue. Suka2)

Some of the lessons Ive picked up:

🌌When Allah put you into test, put you in a dead end situation, no one to turns to, that is the only moment you will realise, He is the Only One who you can turn to. لا حول ولا قوة إلا بالله "There is no power nor strength except in Allah SWT".

🌌 It is hard. No one says it is easy to face whatever you are facing. But remember, everyone has their own struggle, pain, traumas. Be kind to people. We never know how big a small gesture can be.

🌌 Appreciate your parents. I heard from Habib Ali Zaenal Abidin, he says, parents are our Jannah (Heaven) and An-Nār (Hellfire). The choice is in your hand. If you want to gain Jannah, be good to them regardless whatever. If you want to gain the other one, go against them.

🌌 Trusting Allah doesnt make the mountains in our life smaller, but it will make the climbing easier. Because Allah is there for us. Regardless whatever situation. Just take a step, and move towards Him.

P/s: When I read this book, it reminds me about a quote from Tentang Kamu. "Boleh jadi semua ini untuk melihat seberapa kuat aku bisa melewatinya. Boleh jadi karena Tuhan masih sayang padaku, dengan mengujiku bertubi-tubi."
Because kala runtuh seluruhnya, that is when you will come to a realisation that, you have no one to rely on except Allah..
Profile Image for booksofbells.
267 reviews7 followers
December 9, 2021
Imagine your whole world turns upside down and the future you seek can no longer be yours to grab.

Seluruh hidup Hud menjadi kelam selepas kemalangan yang meragut minat dan cintanya terhadap snowboarding. Hud berubah menjadi dingin serta menjauhkan diri dari orang disekelilingnya. Pertemuan dengan krew Our Time sedikit sebanyak menyinari kelamnya seorang Hud. Dan apabila Hud sudah mula menerima kenyataan dan mahu menatap ke langkah seterusnya, dirinya dihimpit dengan satu kehilangan. Kehilangan yang tidak disangka². Masih adakah harapan untuk Hud meneruskan kehidupan, atau adakah putus asa yang dipilih?

Apa yang pasti, jika hati percaya pada Allah, serumit manapun kehidupan, pasti akan bertemu ketenangan.

Sebuah nukilan tentang kehilangan, penyesalan dan kepercayaan untuk berdiri semula.

I cannot express how well-written this book is. Hud is griefing for the lost of his passion due to an unfortunate accident befallen on him during his peak moment in his life. Not only his career that was destroyed, but himself as well. He went to stages of grief for months before he could start to accept his fate when he met Inara, Kyle and Mizan at Our Time cafe.

I like how the author define the griefing process, making it easy for readers to understand how a grief looks like. Hud went through a phase were he questioned everything while at the same time he knew he's far from the teaching and practices of Islam. He kept asking himself why this life is cruel to him, why this happened to him when he's at the peak of his life and so on..

But he starts to see some light after Our Time cafe, a place for his own escapades and eventually he opened his heart a little, just to get a glimpse of who Hud used to be; a happy person. But life has another thing stored for him when he lost a part of his life again.

Kisah yang penuh pengajaran dan penuh makna disampaikan melalui watak² dan karakter dalam buku ini. No wonder this book got tons of positive remarks from readers. Definitely a must read, especially for those who feel helpless or about to give up in life. May this book sparks some light to shine your darkest moment.
Displaying 1 - 30 of 64 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.