Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mawaddah Ilmi Ingin Pulang

Rate this book
Dia diam apabila marah.
Dia diam apabila sedih.
Dia diam apabila kecewa.

Mawaddah Ilmi tidak tahu apa masalah dirinya. Namun, dia sentiasa pasti yang dia tak berhak disayangi, apatah lagi layak ke syurga.

“Aku tak pernah buat apa-apa dengan betul. Aku menyusahkan orang lain sejak dulu. Semuanya salah aku sebab aku tak cukup baik."

Pendirian Mawaddah berubah sejak Iffat Rusyaidi melihat dia dimalukan semasa suatu temu duga. Dia sentiasa mengelak daripada Iffat, sehinggalah dia menyedari Iffat sebenarnya mengetahui kisah silamnya yang selama ini dilindungi.

Sehelai nota dari masa lalu membuatkan Mawaddah tersedar bahawa ada sesuatu dalam dirinya yang harus diselamatkan – jika dia berani memaafkan dan mencintai dirinya sendiri.

515 pages, Paperback

First published March 29, 2021

30 people are currently reading
342 people want to read

About the author

Auni Zainal

5 books114 followers
Auni Zainal ialah penulis novel yang berasal dari negeri Perak, Malaysia. Novel pertamanya, Sekali Lagi, telah diterbitkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada April 2018.

Auni merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan bekerja sebagai seorang jurutera sebelum beralih ke dalam bidang penulisan. Dia kini menetap di negeri Selangor bersama keluarga.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
372 (60%)
4 stars
190 (30%)
3 stars
46 (7%)
2 stars
8 (1%)
1 star
3 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 176 reviews
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
July 9, 2021
"Kita tak bertanggungjawab atas apa yang orang lain rasa. Dan kenapa pula kita kena biar orang lain tentukan apa yang kita patut rasa?"

Mawaddah Ilmi Ingin Pulang merupakan novel pertama yang aku baca dari Auni Zainal, tetapi tidak menghalang aku untuk menjadikannya sebagai salah sebuah novel terbaik yang aku pernah baca sepanjang 2021. Aku suka semuanya tentang Mawaddah Ilmi Ingin Pulang.

Cukup dan lengkap, malah melebihi apa yang aku harapkan.

Aku rasa sedikit rugi kerana mengambil masa yang agak lama untuk mula menyelusuri kisah Mawaddah Ilmi. Bagi aku, permulaan bab saja sudah cukup baik garapannya untuk menarik perhatian pembaca supaya kekalkan pembacaan.

Terlalu banyak peristiwa besar yang diketengahkan oleh penulis sekaligus mengangkat beberapa tema seperti kesihatan mental, berdamai dengan diri & dinamik kekeluargaan. Gabungan konflik yang mengaitkan isu pendaman/trauma yang melibatkan orang yang dipercayai, dan disayangi, perceraian, kehilangan identiti dan kepercayaan, merupakan konflik yang berselirat dan membawa kepada emosi yang berat tetapi telah disampaikan oleh penulis dengan tersusun.

Aku sendiri dapat rasa, macam mana terujanya aku untuk tahu apa yang akan berlaku kepada Mawaddah Ilmi, seorang yang mempunyai kekuatan dan keistimewaan tetapi diselindungi oleh sifat 'fragilenya' itu, apabila di setiap bab, penulis meninggalkan tanda tanya dengan petunjuk-petunjuk yang intense. Dan setiap petunjuk yang disampaikan dengan sentuhan emosi yang sukar dimengertikan sehingga semakin lama, semakin aku tidak boleh melepaskan naskhah ini.

Terus-terang, Penting dan Bukti adalah bab yang mampu membuatkan jantung aku berdetak laju dan emosi aku turun naik. Ada seorang Sahri saja dalam hidup juga sudah cukup membuatkan hidup kucar kacir. Iffat dengan pewatakan yang penuh pengertian tetapi tetap mempunyai sisi marah tetapi sebenarnya sayang. Sakinah yang sentiasa ada disisi Mawaddah, antara watak yang aku langsung tak jangkakan. Scene-scene yang melibatkan sesi terapi dan profesional antara scene yang aku sangat raikan.

Dan apa yang aku nanti-nantikan ialah, perkembangan perwatakan Mawaddah Ilmi. Ia dijelaskan dengan sangat ketara. Aku dapat melihat perbezaan perwatakan Mawadaah di awal dan sepanjang bab dan di akhir-akhir bab.

"Menjadi kuat itu tidak semestinya dengan menghadap buta-buta saja semua halangan yang ada depan mata kita, kemudian bertahan dengan halangan itu. Mengelakkan halangan, memilih jalan yang betul atau berundur untuk bertenang, pun dikira kekuatan."

Secara peribadi, naskhah ini merupakan naskhah yang sangat baik garapannya dan tidak terlalu melebih-lebih juga untuk aku mengakui yang ianya sempurna. Tidak hanya pada pembentukan plot dan kematangan jalan cerita, gabungan konflik, dialog yang penuh pengertian, flashback yang kemas, tetapi juga perkaitan antara watak utama dan watak sampingan. Mesej dan pengajaran tersirat yang disisipkan sangat membantu kita semua untuk belajar fight untuk diri kita dulu sebelum orang lain, tidak mensia-siakan apa yang kita ada. Pengakhiran yang sangat memuaskan hati, cukup damai dan sedikit manis.

" Apabila kita sendiri bahagia, barulah kita boleh bahagiakan orang lain."
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
April 7, 2021
Review ni mungkin mengandungi spoiler, jadi siapa yang belum baca lagi buku ni bolehlah skip review aku.

Sebelum nak baca buku Mawaddah, aku ambil keputusan untuk baca Koloni M dulu (walaupun aku beli lama dah. Masa PBAKL 2018 kot) sebab aku suka bandingkan penulisan seseorang antara satu buku dengan bukunya yang lain. Dan ternyata penulisan Auni dalam buku Mawaddah sangat berbeza daripada Koloni M. Penulisan Auni makin improve dan makin sedap! Walaupun buku ni tebal (lebih daripada 500 muka surat!) tapi disebabkan penulisan Auni lancar, bacaan aku jadi laju. Plotnya pun mengalir dengan baik. Tak semua benda direvealkan serentak, jadi pembaca masih ada rasa tertanya-tanya tu sampai ke penghujung cerita. Ayat Auni pun sedap-sedap, dan banyak ayat dalam buku ni yang aku suka dan boleh dijadikan quote yang bagus.

Buku ni ada plot twist, dan aku boleh teka plot twistnya pada setengah buku. Aku boleh kata plot twist Auni berjaya walaupun aku dapat teka dengan lebih awal sebab terdapat beberapa tempat yang Auni letakkan klu untuk pembaca pick up.

Aku boleh jamin, buku Mawaddah adalah buku terbaik Iman yang aku pernah baca setakat ni dan Auni bakal termasuk dalam senarai penulis auto-beli aku. Tahniah Auni dan jangan pernah berhenti menulis!
Profile Image for a i n c e r a.
126 reviews14 followers
April 6, 2023
Ramadhan Read : Episod Satu

"𝘼 𝙥𝙧𝙤𝙛𝙤𝙪𝙣𝙙𝙡𝙮 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙩𝙝𝙖𝙩 𝙥𝙧𝙤𝙫𝙚𝙙 𝙞𝙩𝙨 𝙟𝙪𝙨𝙩𝙞𝙘𝙚 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙗𝙚𝙣𝙚𝙫𝙤𝙡𝙚𝙣𝙩𝙡𝙮 𝙬𝙧𝙞𝙩𝙩𝙞𝙣𝙜."

Buku ni dah berjaya grab attention aku since tahun lepas tapi tahun ni baru berkesempatan nak baca. Im glad. I do. I also believe that most of the reader found their comfort while reading this.

It was a hard read. The conflict, the issue that she had to go thru - so hard for me. Aku sendiri pun rasa kelelahan dia. Hidup macam tak serupa hidup. Hidup dalam penyesalan. Sangat sukar ya perasaan ni kalau nak ditafsirkan. Auni Zainal did a good job. Walaupun, aku dikurniakan emosi dan mental yang sihat (alhamdulillah) tapi bila kita telusuri kisah Mawaddah ni kita nampak betapa susahnya dan kompleksnya hidup dia. Kita faham dia punya emotional damages yang ditanggung oleh watak utama and dalam diam kita berharap Mawaddah jumpa sinar cahaya yang dia perlukan. She deserve happiness gitu. And obviously, karakter Mawaddah lah yang paling jelas perkembangannya. So, dari sudut karakter development ni kita memang bagi full score.

This one line is my ultimate feveret from this book
"𝘿𝙞𝙖 𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙖𝙧𝙞."
Why? Because of the hardship. Because of the word 'akhirnya' aku jadi beremosi. Walaupun takde significant yang kuat macam ayat-ayat yang lain tapi ayat yang ni just capture my soul. Deeply.

Aku suka penggunaan imbas kembali yang cuba dimunculkan sedikit-sedikit. Membuatkan kita tertanya-tanya apa yang berlaku pada masa yang lepas yang menjadi natijah pada masa sekarang. Mampu menimbulkan saspens kepada pembaca. Walaupun untuk plot twist aku macam dah boleh agak beberapa kebarangkalian yang akan terjadi tapi masih berjaya membuatkan aku tergemap seketika. Aku rasa takde benda yang aku tak suka tentang buku ni. Its perfect to me. And aku sarankan untuk yang tak baca lagi - BACA! untuk yang tak beli lagi - BELI! haha

Last and not the least, terima kasih kepada author and everyone yang menjadi tulang belakang dalam penghasilan buku ni. Everyone deserve an applause for this comforting yet meaningful piece.

8 reviews
April 10, 2021
Saya tak pernah tulis review. Jadi ini mungkin sekadar komen. Kalau beli buku, saya tak pernah baca buku yang sama dua kali. Tapi, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang membuatkan saya nak membacanya berkali-kali! Tahniah kepada penulis!

Saya rasa kekuatan buku ini kerana banyak memainkan emosi. Jalan ceritanya jadi dekat dengan kita kerana saya percaya kita semua pernah berada dalam EMOSI yang sama walaupun situasi berbeza.

Sedikit sebanyak kehidupan Mawaddah memandu kita tentang "apa" yang sepatutnya kita lakukan. Ia semacam suatu klu kepada pembaca, 'inilah jalan pulang!'

Sticker saya sampai habis kerana menanda quotes yang best-best! Tahniah Auni! Awak menyebabkan saya rasa ingin menjadi penulis yang lebih baik ❤️💖
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
611 reviews426 followers
July 25, 2022
***Exhales***
That was ...... well....... a ride :')

Personal Ratings: 4🌟

Mawaddah Ilmi Ingin Pulang adalah sebuah novel yang menyayat hati dan very empowering. Centred around mental health, mengisahkan tentang Mawaddah yang berperang dengan perasaannya sendiri. Sebuah novel yang sangat realistik, mengisarkan tentang kehidupan dan membabitkan beberapa perkara sensitif, seperti Mental Health, Anxiety, Depression, Suicidal Thoughts, Gaslighting, Sexual Abuse

Sebuah novel yang memberi kesan yang agak bermakna buat saya.

"Tak guna kita salahkan sesiapa, termasuk diri sendiri. Sentiasa ingat yang diri kita sama penting dengan apa sahaja yang kita pentingkan dalam fikiran kita."


Mawaddah Ilmi ingin Pulang mengisahkan tentang Mawaddah, seorang penulis yang sedang berperang dengan masalah kesihatan mentalnya. Potrayed as somewhat a woman that is frowned upon and tainted by society, she had to go through her life fighting back to stand back on her two own feet. Kisah Mawaddah adalah kisah yang agak berat, namun tidak lari jauh dari dunia kita sekarang, yang makin sedar akan masalah kesihatan mental dan mencari solusi untuk menyembuhkan diri sendiri.

Ada beberapa perkara yang membuatkan novel ini satu novel yang wajar dibaca oleh lebih ramai orang, kerana tema yang dibawa sangat relevan dengan masyarakat kita sekarang.

Stigma Terhadap Pesakit dan Kondisi Sakit Mental

One of the things that I liked about the book was how the author had portrayed a character that is fighting with her own mental condition, that has somewhat ruined her life as a whole, and how she's also striving to live in the society's standard of normal. Saya amat suka akan topik yang dibawa oleh penulis, terutamanya pada babak Mawaddah bersama doktor psikatrinya. Babak itu bukan sahaja menunjukkan character growth Mawaddah as a whole , bahkan, babak Mawaddah bersama Doktor Psikatrinya menunjukkan bahawa sakit mental ini perlu ada ubatnya seperti sakit-sakit yang biasa. Pesakit yang mempunyai kondisi atau sakit mental juga boleh dirawat, jika pesakit itu sendiri ingin mengubah hidupnya untuk menjadi lebih baik.

"Pesakit mental bukan perlu didiskriminasi. Mereka perlukan rawatan macam orang yang sakit fizikal. Mereka boleh sembuh.


Realistik dan Sangat Menyayat Hati

The author has a knack of portraying her character to be someone very unlikeable, but within reason. Seseorang yang mempunyai titik hitam dalam sejarah hidupnya bukan senang untuk membesar, malahan, ia akan memberi kesan kepada seseoarang itu sehingga mereka dewasa. Emotional Trauma yang dihadapi oleh semua orang itu bukan senang untuk mereka hadam, terutamanya jikalau punca masalah itu tidak dikenal pasti. Kisah watak-watak di dalam buku ini bukan sahaja menyayat hati, bahkan, akan ada sesetengah pembaca boleh relate to the characters in the book.

Secara keseluruhannya, buku ini sangat membuka mata dan membawa beberapa topik berat selain daripada kondisi dan pesakit sakit mental seperti, Children of Parents of Divorce, Relationship between mother and daughter, Balancing a life between two parents that has been separated and Handling Grief and Death. Walaupun terdapat beberapa babak yang saya rasakan terlalu draggy and super unnecessarily lengthy at certain parts , saya masih enjoy membaca buku ini.

Sebuah kisah yang membuka mata, menyayat hati tapi juga sangat memperkasakan kekuatan seoarang wanita di dalam mengharungi liku kehidupan dan cabaran dalam hidupnya.

Terima kasih kepada pihak Iman Shoppe untuk buku ini!
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
April 5, 2023
Pernah tak apabila baca satu-satu buku tu, rasa sayang nak habiskan dalam masa yang sama tak sabar nak tahu ending. MIIP ini begitulah, pada saya.

Gaya show don't tellnya berkesan. Kisah hidup Mawaddah disingkap sedikit demi sedikit. Setiap penghujung bab bagaikan mata kail yang mencangkuk dan menarik kita ke bab yang seterusnya. Penceritaan yang effortless membuat perasaan simpati hadir tanpa dipaksa.

Selalunya apabila bertemu dengan terlalu banyak unsur kebetulan, kita akan terfikir; penulis ni malas nak fikir cara lain ke? Berlainan dengan buku ini, saya rasa ia disusun cantik dan efeknya manis sekali.

Mawaddah juga bukan karakter Mary Sue. Beliau ada flaw tapi backstorynya meyakinkan. Kita akan faham mengapa dia nampak lemah. Mungkin saya bias. Kalau ada yang tak setuju pun, saya sedia tutup mata. Setelah kecewa dengan beberapa fiksyen popular, saya sangat puas hati dengan pengalaman membaca novel ini.

Walaupun Mawaddah itu watak utama, penulis tidak mengabaikan watak-watak sampingan. Semua (mungkin kecuali seorang dua) ada closure tersendiri.

Tentang plot twist, ya banyak. Seronok juga meneka-neka dan apabila betul pula tekaan itu semakin teruja jadinya. Tapi sebenarnya lebih seronok kalau kita baca dengan minda yang kosong dan biarkan watak-watak itu sendiri yang membawa emosi kita ke sana ke mari. Sediakanlah tisu, mungkin anda memerlukannya.

Cuma masih menjadi tanda tanya, hubungan Wadah dan Najwan; tiada sejarah diceritakan. Dalam situasi Wadah, misteri juga bagaimana dia memutuskan setuju untuk berkahwin.

Gembira rasanya dapat bertemu dengan naskah ini. Nama penulis sudah saya letak dalam senarai wajib baca/beli. Terkejut juga melihat saiz buku yang tebal. Syukurlah buku ini tak dipecah-pecah kepada beberapa bahagian 😬
Profile Image for Hanalovesbooks.
155 reviews20 followers
August 22, 2021
Kalau boleh, nak bagi lebih dari 5 bintang. Suka sangat dengan novel ni sebab sepertinya cerita nya sangat tak asing buat saya. Apa yang mawaddah rasa, sedikit sebanyak saya rasai juga.

Saya juga punya sifat yg sama. Diam bila marah. Dia bila sedih. Dia bila sakit. Berhadapan dengan emosi dan masalah tu lebih pedih. Dengan itu saya selalu memakai topeng gembira.

Tiada yg dapat bantu diri kita melainkan kita sendiri. Itu yang mawaddah buat dan itu juga yg saya sedang lakukan. Apa yg terjadi pada mawaddah adalah masa lampaunya. Menghukum diri atas masa lampau tidak memberi kebahagiaan pun.

Seperti mawaddah juga, saya mengharapkan kekuatan untuk cerita saya. Banyak yang saya pelajari dari novel ini. Terutamanya mawaddah seakan merasai apa yang saya rasa.

Tahniah penulis. Dan terima kasih atas penghasilan buku ini.
Profile Image for Mohd Safwan.
21 reviews3 followers
December 8, 2022
Personal fav malay fiction tahun 2022.

Tak tahu nak cari kekurangan tu celah mana. Boleh dikatakan sebuah cerita yang sempurna. Luar biasa keajaiban penulis dalam memberikan emosi sedih, kesian, gembira kepada pembaca. Fuhhhh puas hati.
Profile Image for Mslvoe.
2,113 reviews204 followers
January 16, 2026
Susah nak explain perasaan lepas habis buku ni.

Beratnya cerita ni. This book is very slow-paced..

Kisah tentang rindu, kehilangan.. why yea manusia yang jenis diam ni selalu kena tindas? Selalu orang aniaya? Seolah² banyak sangat dosa sampai diberi dugaan yang buat kita rasa down.

Macam mana mental Mawaddah ni sakit.. F rasa F pun terpalit sama masa baca.

F dah agak tentang Sakinah.. kesiannya dia. Tragisnya hidup Sakinah.

It was only towards the end that F felt like smiling.
Profile Image for Fatin Azira.
90 reviews2 followers
April 12, 2021
A well-deserved solid 5.

Ini buku pertama Auni Zainal yang aku baca. Pick-up sebelum nak tidur which I doubt aku boleh habiskan sebab dia tebal gila, tau-tau dah habis baca.

Aku termenangis sebenarnya. Dua tiga kali jugak stop sebab perasaan tu datang overwhelming gila. Bila penulis menyentuh bahagian selalu menyalahkan diri sendiri for everything that happened around us — memang rasa sangat.

Alur penceritaan sangat smooth. Plot twist-nya sumpah aku tak pickup pun hint2 nya (kalau ada), tau-tau dah BAM terkejut jugak.

A good blend of da'wah within fiction.
A good novel for people who don't want to feel alone in this world :)
Profile Image for astread.
77 reviews8 followers
February 4, 2023
Bukan Mawaddah Ilmi seorang sahaja ingin pulang. Saya juga ingin pulang.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
November 19, 2023
TW: Mental health/ SA/ Mention of r*pe

Didn’t expect to finish this within a few hours, considering my reading slump phase.

Was slightly bothered by the repetitive phrases. But plot twists were wowwww.
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
September 21, 2022
My own rate for this book : 5/5

Please check TWs sebelum baca buku ni.

Apa yang saya boleh cakap : Buku ni terasa dekat dengan hati. Mungkin sebab banyak ayat-ayat yang sangat 'relatable', quotes yang best, dan juga cara penulisan Auni Zainal 👍👍

Buku ni agak 'heavy' sebab bawakkan topik yang berat. Saya baca pun sampai berhenti sekejap sebab nak ambil nafas, terlalu banyak yang berlaku pada Mawaddah, yang membuatkan Mawaddah jadi insan seperti itu. As someone yang ada family members with mental health problem, i totally know how hard it is not to think what other people thinks about us, the overthinking, the self-blaming, the continuous fighting with yourself. Sungguh apa yang dihadapi amat berat, tapi yang paling penting adanya support dan kita sendiri kena berusaha bantu diri kita. Pesanan untuk diri sendiri 😌.

Dah macam luahan perasaan pulak, maklumlah tak pandai nak tulis review 🤣. Apa-apapun, buku ni memang buat saya banyak berfikir dan serba sedikit menjadi salah satu benda yang penting dalam my self-healing journey 😊
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
September 18, 2022
Buku yang sayang nak habiskan pembacaan, tapi nak tahu ending.

I cried twice, bukan babak sedih, tp babak terharu. Sometime boleh relate dgn hidup sepi Mawaddah ni.

Novel pertama dari Auni Zainal yang saya baca dan buat rasa nak cari novel novel beliau yang lain lepas ni.
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
297 reviews16 followers
June 19, 2022
Mungkin penulis/penerbit perlu pertimbangkan untuk letak 'trigger warning' untuk isu-isu sensitif yg diketengahkan dalam buku ini.
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
267 reviews56 followers
August 23, 2022
Jujur aku cakap, aku traumatized sikit nak baca buku terbitan IMAN sebab before this aku ada baca buku diorang and rasa macam buku dakwah yg terlalu pushy.

Tapi bila baca MIIP ni terus lupa trauma aku tu 😭😭 Cerita ni best teruk noksss walaupun awal2 tu aku macam nak drop baca sebab macam bosan sikit tapi syukur aku teruskan jugak 😂😂

Malas nak tulis panjang2 sebab aku dah reviu kat tiktok aku uhuks @iikmalreads uhuks
Profile Image for zairaidah.
410 reviews40 followers
December 5, 2023
Apa yang jadi pada Mawaddah pada masa lalunya ketika dia masih kecil, itulah yang membentuk Mawaddah yang dewasa. Hidupnya keseorangan. Di dalam mindanya sentiasa ditemani 'Sakinah'. Dia sangat susah untuk mempercayai sesiapa pun. Malah dia juga mengatakan dirinya sendiri tidak layak untuk berkasih sayang.

Saya terkejut dengan apa yang terjadi pada Sakinah. Patutlah Mawaddah begitu. Simpati saya bertambah-tambah. Mawaddah kuat. Mawaddah perlu kuat untuk harungi hidup ini.

Saya cuma tak jelas apa sebenarnya yang mak buat pada Hazlan. Hanya Mawaddah seorang yang tahu. Tapi saya dapat rasa kesan daripada perbuatan tersebut menghantui hidup Mawaddah begitu juga dengan mak. Susahkan nak memaafkan. Dengan maaf adakah segalanya akan pulih.

Bagaimana Mawaddah dan Najwan berjumpa dan berkahwin. Saya tak faham apa atau bagaimana hubungan antara Najwan, Mawaddah dan Maisarah.

Seorang Sahir ini sangat mengjengkelkan. Tak aman agaknya hidup kalau tak kacau hidup orang lain.
Profile Image for AzeeraY.
34 reviews5 followers
April 15, 2021
Ayat-ayat dalam buku ni semua best-best.

Rasa macam ada orang tengah cakap kat telinga masa baca 😇

Terima kasih Auni Zainal untuk kisah Wadah ini 🥰
Rasa puas sangat lepas habis baca satu buku
Profile Image for Em.
285 reviews11 followers
March 6, 2025
Mawaddah Ilmi Ingin Pulang was everything I love and search for when I read literary fiction books featuring a realistic and character-driven woman that cover topics like trauma and mental illness. In a way, this book reminds me of Writers and Lovers by Lily King where both Mawaddah and Casey are aspiring authors, struggling to make ends meet and find themselves in difficult situations. Both books featured coming-to-age stories with women with their own pace and timing in life, trying to find places among people when others are all already traditionally following 'the life template'- you know like getting stable and marriage when the time is 'due'.

There wasn’t a single page of Mawaddah Ilmi Ingin Pulang that bored me. Multiple plot twists were done right though I was able to figure them out earlier based on hints, one of them even got my eyes in tears. I indulged every word coming from this book and I loved how observant Auni Zailnal’s writing was, I enjoyed the way she described the world-building; very descriptive and vividly written but seriously, often when I read a 5⭐ read, I really don’t know what else to say, it’s like my mind goes blank at conveying how impactful or how special the book would be to me. So, I’m going to cut it short, 5⭐- this book is going to be my new favourite comfort read & my only regret is not reading it sooner!

”Are you okay?” tanya Iffat yang sudah berdiri di hadapannya. Payung sudah melindungi tubuh Mawaddah daripada hujan.


“Are you okay?”
“Macam mana awak boleh…” Mawaddah tidak menghabiskan ayat. Macam mana Iffat boleh nampak dia, itu yang dia mahu tanya.
...

“Saya dah panggil Amalina tadi, sekejap lagi dia datang.” Iffat berpaling ke arah tempat dia mula-mula datang tadi, kemudian memandang semula ke arah Mawaddah. “Are you okay?”.


p/s it’s me iffat, IT’S ME. Sometimes a simple question like “are you okay” could make me bawls. Iffat taking care of mawaddah feel absolutely genuine i don’t think my heart is okay 🥹🤺.

***
also, yes I asked myself multiple times if I could categorise Mawaddah Ilmi Ingin Pulang under the romance genre or whether this book is considered Islamic-driven since it’s being publised under Iman Publication (which already well-known for focusing on Islamic related books), then I stumbled upon the author’s note in one of her Instagram’s captions that went stuck into my head;

”Adakah cerita ini cerita cinta?”

Jika berusaha menerima diri itu cinta,
Maka cerita ini cerita cinta.
Jika belajar melepaskan sesuatu yang bukan milik kita itu cinta,
Maka cerita ini cerita cinta.
Jika memberanikan diri untuk sembuh itu cinta,
Maka semestinya cerita ini cerita cinta.

“Adakah cerita ini Islamik?”

Jika belajar mengenal emosi sendiri itu islamik,
Maka cerita ini islamik.
Jika memperbaiki hubungan sesama keluarga itu islamik,
Maka cerita ini islamik.
Jika menjaga kesihatan mental itu islamik,
Maka semestinya cerita ini islamik.


Auni Zainal ni confirm2 jadi auto-buy author for me ya. Her writing style is elegant and suits the slice of life/contemporary fiction genres. Her narration also has improved a lot compared to Koloni. Major love for this book! I look forward to reading all of her future works.
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
March 21, 2022
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝘀𝗹𝗶𝗰𝗲 𝗼𝗳 𝗹𝗶𝗳𝗲, 𝘄𝗼𝗺𝗲𝗻 𝗲𝗺𝗽𝗼𝘄𝗲𝗿𝗺𝗲𝗻𝘁
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 𝗵𝗲𝗮𝗹𝘁𝗵, 𝗱𝗶𝘃𝗼𝗿𝗰𝗲, 𝗺𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿
⚠️ 𝘁𝘄: 𝗰𝗵𝗶𝗹𝗱 𝘀𝗲𝘅𝘂𝗮𝗹 𝗮𝗯𝘂𝘀𝗲, 𝗯𝗹𝗼𝗼𝗱

– 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 –
Mawaddah Ilmi merasakan dirinya tidak layak ke syurga atas kisah silamnya yang lalu. Dia cuba memberanikan diri untuk teruskan hidup dengan menelan segala peristiwa pahit namun semakin dia melangkah ke hadapan, sejarahnya seakan tidak membenarkan dia pergi jauh.

– 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀 –
Di bahagian Nota Penulis mukasurat 1 dalam buku ni, kita tertarik dengan ayat “ibu juga boleh menderhaka”, I wonder how and why. Plus, author mention beliau ada berjumpa dengan ahli psikologi klinikal & doktor psikiatri and buat kita teruja nak baca. Kita tertanya tanya how and berjaya kah penulis ‘ceritakan’ apa itu mental health untuk orang yang kurang knowledge pasal bidang ni kepada kita; the result — sure did!

Plot dia generally just nice bagi kita, takdelah cepat atau lambat sangat. Buku ni tebal ye tapi baca baca baca eh dah separuh sebab author pandai consistently *drop hint* buat kita nak tahu apa jadi sehingga ke akhirnya.

Personal point of view, kita suka cara penulis hurai watak Mawaddah Ilmi ni. Penulis guna style show than tell & kita personally dapat relate dengan character Mawaddah ni. Macam mana susahnya nak Mawaddah ni nak teruskan hidup, macam mana Mawaddah tolak semua orang, macam mana Mawaddah cuba ‘minta bantuan’ dengan berjumpa pakar tapi taktahu resultnya berbaloi ke tidak sebab at the end semuanya bermula dengan diri sendiri. Penulis berjaya buat kita rasa kesian & dapat faham kenapa Mawaddah ni sebegitu.

Kurangnya mungkin kita terkejut dengan TW dalam buku ni pasal sexual child abuse sebab takde mention kat sinopsis eh check balik rupanya ada mention kat cover, takperasan 😩. Kita harap boleh letak TW lepasni sebab maybe ada pembaca lain yang takbersedia and experience membaca jadi sedikit terganggu lepas tu huhu.


– 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 –
Pembaca yang mencari buku yang boleh explain mental health issue dengan baik, ini untuk awak.

_______________
“𝔻𝕒𝕝𝕒𝕞 𝕙𝕚𝕕𝕦𝕡 𝕚𝕟𝕚 𝕜𝕒𝕝𝕒𝕦 𝕚𝕟𝕘𝕚𝕟 𝕤𝕖𝕞𝕓𝕦𝕙, 𝕞𝕖𝕞𝕒𝕟𝕘 𝕡𝕖𝕣𝕝𝕦 𝕓𝕖𝕣𝕒𝕟𝕚 𝕙𝕒𝕕𝕒𝕡𝕚 𝕣𝕒𝕤𝕒 𝕤𝕒𝕜𝕚𝕥 𝕕𝕒𝕙𝕦𝕝𝕦” — 𝕀𝕜𝕞𝕒𝕝

4.5/5 🌟 – would be full mark kalau ada orang warning awal hua
_______________
Kita beli buku ni sebab hasutan kakak booth Iman kat KLAB 🤣 thankyou kak, kita bersyukur akak kenalkan buku ni kat kita. Sekarang, kita pulak nak hasut korang semua! Kalau cari buku pasal mental health, baca lah buku ni! 👍🏻
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
May 27, 2022
Iman Publication did it again 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻

Buku ni mengisahkan Mawaddah Ilmi yang aku pun tak tahu nak describe watak dia macam mana. Dia terlalu overthinking semua benda. Banyak yang dia harungi menyebabkan watak dia jadi macam tu.

Aku suka isu yang penulis masukkan dalam novel ni. Isu yang sangat realistic berkenaan dengan pedofilia dan penyakit mental yang dihidapi seseorang. Nota penulis pada muka surat hadapan pun dah berjaya menarik aku untuk baca buku ini.


SPOILER

SPOILER

SPOILER


Paling tak expect pasal kebenaran yang menimpa Hazlan dan kebenaran tentang Sakinah. Sedih bila memikirkan tentang orang-orang macam mak Mawaddah dan Ustaz Kamal ni wujud di dunia nyata dan paling kesian bila kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Watak Mawaddah ni terlalu kuat menyalahkan diri sendiri tentang semua benda yang menimpa especially masa dia tahu kebenaran yang menimpa adiknya Sakinah tu. Sejujurnya air mata aku menitis bilq baca bahagian tu. Apalah dosa kanak-kanak berumur 9 tahun itu sehingga diperlakukan sedemikian.

Overall 5 bintang sebenarnya tak cukup untuk rate buku ini.

♾/ ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Iqbal Rafiuddin.
Author 17 books42 followers
May 18, 2021
Membaca buku ini membawa kepada perasaan sepi, sunyi. Terdapat beberapa moment yang bijak. Plot twist demi plot twist namun tidak keterlaluan.

Graf cerita adalah mendatar saja. Sesekali ia menaik kemudian kembali mendatar. Ia bukan satu kelemahan, kerana genre 'cebisan kehidupan' beginilah seharusnya.

Namun sedikit kecewa kerana penulis 'membunuh' watak Sakinah begitu saja. Walhal separuh cerita watak inilah yang paling kuat menyokong Mawaddah mencari dan memaafkan dirinya.

Penulis memilih untuk menjadikan Sakinah hanya bentuk ilusi/khayalan semata. Ini mungkin kerana penulis berniat untuk setia dengan mesej "hanya kita sendiri saja yang mampu mengubah nasib kita."

Saya sebenarnya suka jika watak ini benar-benar hidup. Sayang sekali. Tiada closure untuk watak ini, setelah kita pembaca tahu siapa Sakinah yang sebenar, lantas ia hilang begitu saja. Tidak disebut-sebut lagi. Begitu mudah sekali Mawaddah merawat sakitnya.

Apapun, ia bukan kelemahan cerita. Hanya saya saja cerewet.

Selain itu, saya tiada apa-apa komplen. Tahniah penulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
July 15, 2024
Bacaan kali kedua pada usia yang lebih dewasa membuatkan saya menghargai novel ni seadanya.

Untuk bacaan kali ni, saya laburkan lebih emosi pada cerita yang sedang berlangsung. Jadi, saya banyak tutup mata pada aspek laras bahasa dan penggunaan kata kerja tanpa imbuhan yang kadang-kadang membawa canggung.

Cuma saya masih tak boleh terima betapa drastik peralihan babak pada halaman 421 ke bab baru di halaman 422. Lagi satu hal yang masih belum saya redai ialah betapa singkat halaman yang diluangkan untuk meleraikan konflik antara Mawaddah dengan mak dan juga detik-detik manis antara dua beranak ini.

Saya rasa kelebihan penulis khususnya adalah dalam bab membawa pembaca menyelami fikiran watak sekali gus membuatkan kita pembaca, kenal dan jadi peduli pada watak tersebut. Contoh mudah, Mawaddah dan Iffat.

Melalui kisah Mawaddah, saya belajar mengakui, menerima dan berdamai dengan setiap satu perasaan negatif yang muncul dalam diri.
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
July 3, 2022
Menjadi kuat itu tidak semestinya dengan menghadap buta-buta saja semua halangan yang ada depan mata kita, kemudian bertahan dengan halangan itu. Mengelakkan halangan, memilih jalan yang betul atau berundur untuk bertenang, pun dikira kekuatan.

1st time baca karya Auni Zainal. Bagi aku, mesej yang ingin disampaikan penulis itu dapat tapi ada beberapa perkara yang bagi aku perlukan penjelasan yang lebih. Impak kisah silam yang Mawaddah Ilmi rasa tu sangat membebankan sampai ke masa depan dia. Rasa tak percaya diri dia dan rasa takut menyusahkan orang tu membuatkan kebahagiaan dia tertangguh.

Mujur ada Iffat yang selalu ada & peduli dengan keadaan Mawaddah. Scene Mawaddah dgn Dr. Afnani jugak ku suka. Macam kita plak yang kena nasihat. Part epilog tu ku tersengih baca. Akhirnya, Mawaddah sudi juga membuka dirinya untuk membina titik bahagia setelah sekian lama berperang dengan diri sendiri.
Profile Image for Muadz Mohd Haslan.
22 reviews5 followers
August 22, 2022
Kadang-kadang kita merasakan bahawa perasaan sedih, kecewa dan marah itu adalah satu perkara yang kita kategorikan sebagai 'perasaan negatif'. Lalu, kita mengabaikan dan letak satu jurang pada perasaan tersebut untuk kita lari dari menghadapi apa yang berlaku ke atas kita. Hakikatnya, kita sebagai seorang manusia yang naif dan lemah ini, perlu mengiktiraf apa yang kita rasa.

Penulisan dan penceritaan yang baik dari Auni Zainal. Penuh dengan pengajaran hidup terutamanya berkaitan pengendalian emosi. Mungkin faktor luaran dan persekitaran juga yang membentuk cara emosi dan perasaan kita bertindak, tapi pada akhirnya ia bergantung pada diri sendiri bagaimana kita ingin mengekspresikan emosi-emosi tersebut.
Profile Image for azry.
46 reviews38 followers
July 21, 2022
TW: Mental health (depression, anxiety, panic attack), violence and sexual abuse

Perasaan dan emosi. Perkara yang amat sukar untuk kita kendalikan saat berdepan dengan sesuatu perkara, kerana sejak kecil kita telah diajar untuk sembunyikan perasaan yang hadir. Contohnya, kita dilarang untuk menangis saat terjatuh dari basikal, kita diajar untuk berdiam diri apabila orang dewasa sedang berbual. Lantas semua perasaan yang hadir dibukukan di dalam jiwa sehinggalah melanjut usia.

Mawaddah Ilmi, seorang penulis menghampiri usia 30-an, sangat hebat dalam menyembunyikan perasaannya sejak kecil. Namun, sifat kecelaruan yang timbul akibat menyimpan perasaan terlalu lama menyebabkan Mawaddah membina dinding pertahanan dengan harapan dia tidak menyusahkan hidup orang lain, terutamanya dengan orang yang dia sayangi. Cukuplah dia merasai kesakitan itu seorang diri. Dengan peristiwa yang menghantuinya sejak kecil, dituduh dan dihina melakukan perkara yang luar dari jangkauan, Mawaddah sanggup berpisah dengan suaminya atas alasan dia tidak mampu untuk memberikan kebahagiaan kepada suaminya itu. Dinding yang begitu tinggi serta kukuh telah dibina. Mawaddah hendak menjauhkan diri dari semua orang.

Saya kagum dengan cara pengenalan semua watak dalam penulisan. Walaupun tebal buku mencecah 512 muka surat, namun watak yang diperkenalkan tidak banyak dan tidak pula kurang. Lengkap dan seiras dengan perwatakan realiti manusia pada era moden ini. Ada manusia yang berwatakan mengalahkan binatang, ada juga manusia yang tidak senang melihat orang lain gembira.

Jalan penceritaan yang sedih pada mulanya akan bertambah pilu dan suram sehingga babak pengakhiran. Boleh dikatakan hanya terdapat 2-3 jenaka sahaja sepanjang penulisan. Mungkin boleh ditambahbaik kerana buku setebal ini saya jangkakan cukup rasa, tetapi perasaan sedih dan kesian yang keterlaluan menyebabkan saya menilai kurang sedikit daripada sempurna. Ini hanyalah pandangan peribadi.

Akhir kata, setelah hujan dan ribut, pasti akan munculnya pelangi yang cantik. Hadapilah hujan itu, rasailah setiap titisan. “Embrace your feelings and appreciate all your emotions.”

Penilaian : 4.5 ⭐️
Profile Image for Anthophile &#x1fab4;.
378 reviews7 followers
October 30, 2022
“𝗞𝗮𝘂 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗶𝗮 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝘂. 𝗞𝗮𝘂 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗱𝗶𝗿𝗶. 𝗠𝗲𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘂 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗱𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗴 𝗸𝗮𝘂 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗸𝗮𝗻. 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗸𝗮𝘂 𝗻𝗶 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘆𝗴 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗵-𝘀𝗲𝗱𝗶𝗵 𝘀𝗮𝗷𝗮. 𝗜𝘁𝘂 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗺,𝗪𝗮𝗱𝗮𝗵. 𝗞𝗮𝘂 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶”

𝒀𝒐𝒖 𝒄𝒂𝒏𝒏𝒐𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆

𝑾𝒉𝒂𝒕’𝒔 𝒘𝒓𝒐𝒏𝒈 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒚𝒐𝒖?

𝑾𝒉𝒚 𝒄𝒂𝒏’𝒕 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒂𝒏𝒚𝒐𝒏𝒆?

𝐓𝐖 : 𝐑𝐚𝐩𝐞 , 𝐬𝐞𝐱𝐮𝐚𝐥 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐬𝐬𝐦𝐞𝐧𝐭, 𝐩𝐞𝐝𝐨𝐩𝐡𝐢𝐥𝐢𝐚

✍️𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 : Mawaddah seorang penulis, mempunyai seorang adik perempuan nama nya Sakinah, dibesarkan oleh mak ayah. Mak nya seorang guru disekolah Mawaddah, sakinah dihantar ke rumah asuhan, ayah Mawaddah seorang yg penyayang, mak nya garang dan tak pernah puas hati dgn Mawaddah, ini yg membuatkan Wadah rasa dirinya tidak disayangi, tidak layak kerana dia tidak cukup bagus. Di sekolah rendah, Wadah ada seorang teman rapat namanya Hazlan. Pelajar yg pandai dan ceria, peramah, setiap kali habis kelas mak Wadah akan panggil Hazlan tlg angkat buku, sekali pun tidak dipandang anaknya sendiri Wadah. Hanya ust Kamal dan ayh yg baik dgn Wadah. Semua nya berubah bila fitnah yg dilontarkan pd Wadah bahawa Wadah mencabuli Hazlan. Padahal dia adalah Hazlan, Hazlan adalah dia. Masa silam menghantui Wadah sehingga kini, org yg diharapkan ‘membersihkan’ maruahnya tidak kunjung tiba, alih2 munculnya Iffat mengetahui yg segalanya. Adakah dgn memaafkan pelakunya semua nya akan baik? Bagaimana dgn jiwanya?

✍️𝐈𝐌𝐏𝐑𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 : Bila buku mcm ni sy akan pening nak rate berapa sebab hati ni sgt benci dan sakit dgn perangai2 manusia dlm ni, tp buku ni bagus.

Complex nya lah hidup dan pemikiran hidup karakter2 dlm ni, but despite what happen to Wadah, the way she ‘menipu’ diri sendiri dgn optimist terhadap hidup, sy agak hormat dgn dia. Tak semua org mampu ada pemikiran se positif itu setelah apa yg berlaku. Walaupun ia sebenarnya ‘give up’ instead of ‘sabar’

Banyak org salah phm ‘sabar’ tu maknanya diam dan redho dgn semua apa yg berlaku.

Jalan cerita dia bagus, sgt bagus, tak boleh stop baca tp terlalu complex nak hadam. Sy pula jd mcm depress 😂 she forgives her. Hmm, for me..sy tak kuat nak maafkan. But, pulanglah wahai hati yg merana.. pulang ke pangkuan syurga dgn cipta syurga dlm hatimu. Lepaskan semua, jgn pendam.
Profile Image for Nadiba Huda.
20 reviews2 followers
May 15, 2021
"Dia diam apabila marah"
"Dia diam apabila sedih"
"Dia diam apabila kecewa"

Apabila terbaca sinopsis ringkas buku ini di belakang kulit buku, aku tak teragak-agak untuk membelinya. Tiga kata-kata ringkas cukup untuk menggambarkan apa yang aku rasa ketika dan saat aku melihat buku ni.

Buku berhalaman 512 muka surat ini, banyak menyebakkan dada. Rasa tersiat hati apabila baca. Apa yang aku rasa, apa yang aku ingin luah, apa yang ingin sekali aku jerit kepada satu dunia, Auni Zainal telah menterjemahkan keseluruhannya melalui Mawaddah Ilmi.

Benar kata Mawaddah, dengan memaafkan, semuanya takkan pulih. Apa yang terjadi, telah pun terjadi. Yang tinggal sekarang cuma kepingan-kepingan memori. Proses melupakan bukan untuk membuang kenangan, tetapi proses untuk menerima bahawa kenangan itu ada, kita cuma perlu menerimanya. Berdamai dengan masa silam. Belajar berhadapan dengan konflik tanpa perlu lari daripada kenyataan.

Dalam buku ini, watak utama; Mawaddah berhadapan dengan konflik hati dan perasaan. Trauma masa silamnya membuatkan dia sentiasa menidakkan perasaannya. Apa sahaja yang berlaku dia sentiasa menyalahkan dirinya. Kehadiran Iffat pula membuatkan Mawaddah sentiasa ingin mengelak dan lari daripadanya. Seolah-olah Iffat faham apa yang terjadi. Rupanya garisan takdir untuk kedua insan tersebut bermula semenjak awal lagi. Garisan tersebut hanya bertemu setelah bertahun-tahun lamanya. Itulah namanya takdir Tuhan. Ia bekerja dengan cara yang aneh.

Pujian wajar diberikan kepada Auni Zainal kerana mengangkat penyakit mental sebagai tema utama cerita. Bukan mudah untuk kita meluahkan, kadangkala kita rasa memendam itu lebih baik. Dan tanpa kita sedar, semakin ia terpendam, semakin ia membinasakan diri. Aku juga seperti Mawaddah, ingin pulang. Pulang kepada keadaan asal.
Profile Image for Hannan.
41 reviews
January 10, 2022
Premise buku ni dah baik dah.

Cuma..aku rasa tak emotionally attach dgn characters. Cerita juga terlalu panjang dan draggy. Sampai page 300 cam tu baru nampak hala tuju cerita. Honestly, I almost gave up dekat page 200 lebih. Dah melebihi page 200 aku mula ada thought ‘cerita apa dia nak cerita ni?’. Aku lost interest dah masa tu. Tapi sebab aku sangat suka Sekali Lagi dan Sedetik Lagi, aku sabaq gak baca. Frust jugak sebab tak strong apa yg diceritakan kenapa Mawaddah tu jadi macam tu. Maksud aku, perlu lebih detail lagi. Sebab dia macam stated kan ja kejadian ni kejadian ni, telah menyumbang kpd apa yg jadi kat Mawaddah bila besaq(cara dia berfikir/solve problems/mental issues dia). Bad events dan emosi Mawaddah ketika berhadapan dgn apa yg dia lalui tu, perlu dijelaskan dan diterokai dgn lebih mendalam lagi. Punca dia bercerai pun macam.. entah, something’s lacking dgn explanation yg diberikan. Jadi aku agak kecewa dgn karya penulis yang ni.

Apa pun, buku ni masih aku recommend utk dibaca.
Displaying 1 - 30 of 176 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.