Jump to ratings and reviews
Rate this book

Langit Masih Ikhlas

Rate this book
Kalau ada jodoh go on, tapi kalau ditakdirkan tak ada jodoh, aku akan move on!

Bagi AZREEN SHARMIN, orang yang paling dia benci semasa balik kampung pastilah terserempak dengan Azamuddin. Budak lelaki yang suka mengejek-ejek dan jadikan dirinya sebagai bahan lawak bodoh dia. Badak, gemuk, tembun, gajah… Semua lengkap dijadikan bahan sindiran. Dan selayaknya hanya jelingan saja yang dihadiahkan untuk lelaki yang dah serupa setan.

“ Amboi, cenge sungguh. Alang-alang tok imam ada, lauk kenduri pun boleh tahan sedap… Saksi pun dah ramai ni… Jom kita dua kahwin. ” - AZAMUDDIN

“Kami tak kelapaq… Meluat!” - AZREEN

“Jangan meluat sangat, sakgi Tuhan kalih hati tu. Ni dia orang yang jadi bapak kepada anak-anak hang tau. Ni contoh bakal suami kiriman dari Tuhan tau…” - AZAMUDDIN

Bagi AZAMUDDIN pula, sejak kecil lagi hatinya dah lain macam apabila melihat Azreen. Setiap kali cuti sekolah, memang dia akan ulang-alik lalu di depan rumah Tok Abbas. Mengintai si tembun pujaan hatinya. Tapi itulah, asal berjumpa depan mata pasti mulutnya asyik nak melaser saja. Hatinya geram apabila asyik mendapat jelingan sinis Azreen

“Cheq nak pinang Azreen. Cheq bukan nak kahwin sekarang tapi lagi sepuluh tahun. Cheq nak habaq hat tu ja. Kira macam cheq booking awailah.” - AZAMUDDIN

“Hesy, budak ni… Ingat cucu aku tu keta Proton Saga nak chup dulu?” – TOK ABBAS

Cinta bertepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi. Bila kena reject, dia mula hadam apa itu reda. Saat hati dan perasaan kian bertenang dan pasrah , tiba-tiba dirinya dipinang. Eh ,tak pelik ke perempuan meminang lelaki?

“Nak kahwin dengan anak pak cik?”

Dia terkejut dengan pertanyaan itu. Wajah di depannya ditenung lama. Sumpah, hatinya bergetar kuat dan sukar untuk dia memberikan jawapan. Apakah bahagia itu semakin dekat dengannya? Mampukah mereka membina kebahagiaan andai langit selalu disinggahi awan hitam?

475 pages, Paperback

First published February 1, 2021

3 people are currently reading
62 people want to read

About the author

PyNat Mouri

8 books16 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (36%)
4 stars
26 (34%)
3 stars
17 (22%)
2 stars
3 (4%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,043 reviews197 followers
June 10, 2023
"Orang tua² kata, kalau masa kecik perangai jahat macam raja firaun, bila besar nanti perangai akan jadi baik. Hahaha.. dialah tu!"

🤣🤣 awat la nakal sungguh si azam. Takleh blah betul si mamat ini. Ada je benda nak menyakat.



"Gulppp. Azamuddin menelan air liur. Samalah kita ek! Cikgu dan cikgi. Apa ni, kenapa belum apa² dah nampak sweet sangat? Sumpah, wajahnya mula menyeringai miang keladi. Belum apa² dah jauh berangan"

Sakit jiwa F dengan Azam. Ko memang sweet talker 🤣 terhibur F. Terus teringat Dr McDreamy. Ish ish ish

Azreen ni perangai hati batu.. keras² dia lama² mluntur jugak dengan Azam. Tu pun selepas mak Azreen nasihat. Terbukalah sikit hati dia. Untung jugak PKP ni.. ada kebaikan.. yang mana tunggu retak lama² bersambung semula.

Kisah dia biasa² je. F suka watak² sampingan like Tok Abbas, Tok Heri, Makcik Jamilah.. depa memang best! Issh rindulah suasana kat kampung dikelilingi oleh tok nenek.. arrgghh rindunya!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
June 15, 2022
[BOOK 106]

Langit Masih Ikhlas by Pynat Mouri.
.

Seperti mana novel pertama penulis, Single Terlalu Lama, kali ni pun, watak-wataknya suka sangat bertekak dan bergaduh. Tapi dari usik mengusik, cucu Tok Heri duk kata cucu Tok Abbas, tembun la, gajah la, suka makan telur la, akhirnya cucu Tok Heri tu juga lah yang masuk meminang cucu Tok Abbas. hahaha
.

Azamudin, cucu Tok Heri ni, sangatlah nakal. Suka sangat usik Azreen, cucu Tok Abbas. Tapi dia rajin je tolong Tok Heri. Tu yang jadi cucu kesayangan tu. Azamudin ni memang duk kat kampung tu. Azreen pulak anak bandar. Bila jumpa, tak tahulah kenapa si Azam ni, suka sangat menyakat. Daripada kawan tu tembun, sampailah sekarang dah slim, duk menyakat lagi.
.

Alahai, padahal dalam hati ada taman. Masa umur 13 tahun lagi, Azam dah pergi jumpa Tok Abbas dan booking Azreen. hahaha.
.

Sampailah sekarang, masing-masing dah besar. Masing-masing dah jadi cikgu. Dah lama dah dorang tak jumpa each other. Sekali, bila dah jumpa, Azam jadi gila bayang, terus masuk meminang. Hurm, memang kena reject la ngan Azreen.
.

Azreen pulak dah ada pilihan hati. Namun sayangnya hubungan mereka bermasalah. Pertunangan mereka terputus di tengah jalan. Maka, Azam la jadi pilihan kedua.
.

Lepas kahwin, haih, sakit hati betul ngan perangai Azreen ni. Jenuh Azam nak melembutkan hati Azreen.
.

Aku suka penggunaan loghat utara dalam buku. Menghiburkan, walaupun ada je yang aku kurang faham. Yang aku faham, Azreen ni penyegan. hahaha. Dan cerita ni, keseluruhannya di kampung. Seronok la baca.
.

Karakter dorang pun kuat. Azreen punya kepala batu, hanya Azam je yang boleh lenturkan. Sama macam Azam yang suka mengusik dan membahan orang. Biasanya takde orang balas pun, Azreen je yang berani. Tapi bila orang balas, Azam sentap. hahah. Memang sakit hati bila part Azam duk mengutuk tu. Tapi boleh nampak yang akhirnya Azam ni berubah jadi matang, bila dia decide nak kahwin. Walaupun masa mula-mula pinangan ditolak tu, bergenang juga la mata Azam. Tu la, sape suruh cari pasal, duk kutuk orang je.
.

Cumanya, cerita ni, part dorang gaduh tu lama sangat. Part bahagia tu yang secoet. But anyway, thanks to PKP. Masa dorang kuarantin tu la, hubungan jadi baik. hahaha.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
April 11, 2021
Aduwai...sweeeet sesangat hangpa berdua ni noh wahai Azreen & Azamuddin ..kisah yang ringkas & jalan cerita yang biasa tetapi olehan daripada penulis yang membuatku tersenyum sendiri. Chemistry kedua duanya sangat kuat & apa yang penting pengajaran yang boleh diambil daripada naskhah ini adalah Allah adalah sebaik baik perancang. Jangan pernah bersangka buruk kepadaNya...Tahniah PM..Teruskan berkarya 👍👍💪💪
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
October 20, 2025
3.5

Jalan cerita yang santai… azam sukakan rin sejak kecil lagi…Azam selalu mengusik rin dengan panggil bun… usikan azam membuatkan rin tidak suka kepadanya…. Berani ye azam kecik lagi dah melamar rin daripada atuknya.

Tak sangka jodoh mereka kuat… setelah bertemu semula azam nekad melamar rin. Tetapi rin tolak lamaran azam kerana tunggu pinangan daripada asyraf.

Rin pula bukan wanita pilihan mak asyraf… akhirnya asyraf terima pilihan maknya…
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 23, 2022
Unexpected lawak…adoi dua org ni dok la gado selalu…rupenye gado tu bibitkan feeling gitu… bacaan santai tp menghiburkan..lepas baca terus aku cari karya die yg lain sbb best…recommended..
Profile Image for NHafizah.
29 reviews
August 27, 2021
Bacaan yang sesuai di musim pkp ni. Santai dan tak kering gusi dengan telatah Azamuddin & Azreen ☺️☺️
Profile Image for Dahlia reads.
35 reviews2 followers
January 11, 2022
jalan cerita yang santai. mula mula benci lepastu sayang. suka dengan character azammudin nakal tapi lawak. banyak pengajaran yang terselit.
Profile Image for Diniy Qistina.
146 reviews5 followers
February 8, 2025
Tak suka dengan perangai Azamuddin yang suka sangat body shaming Azreen. Azreen tak ada langsung kacau dia. Tapi dia dengan kawan-kawan dia tak habis-habis kutuk fizikal Azreen. Kenapa? Azreen ada usik beras kat rumah dia ke? Memang masa zaman sekolah kaw kaw habis dia hina Azreen. 🥲

Pastu tak habis-habis perasan dia tu terpaling handsome. Konon Azreen tu tak layak nak kahwin dengan dia. Eh! Azreen pun tak sukalah kat kau. Dia lagi tak hingin tengok muka kau. Sebab tu lepas Azamuddin habis sekolah, Azreen anggap Azamuddin dah mati. Dia langsung tak ingat pasal Azamuddin.

Lepas dah kaw kaw kutuk Azreen masa kecik dulu, dia frust menonggeng bila Azreen tolak pinangan dia. Memanglah kena tolak, kau tu tak habis-habis menyakitkan hati dia. Tak pernah menyenangkan hati. Tapi ada sesuatu yang terjadi sampai pihak keluarga Azreen pergi masuk meminang Azamuddin balik. Aneh Azamuddin dan keluarga dibuatnya. Tak dibuat orang keluarga perempuan pergi meminang ke keluarga lelaki. 😂

Selepas ada bertikam lidah dengan Azreen, makanya Azamuddin pun terimalah lamaran tu. Pastu masuk pulak konflik rumah tangga. Bila Azamuddin sudah jadi hijau, Azreen pulak jadi merah menyala. Puas Azamuddin minta maaf dengan khilaf dia masa zaman sekolah dulu. Tapi hati Azreen keras. Bukan setakat tak nak maafkan, tapi cara percakapan dia dengan Azamuddin pun kasar dan biadap. Ada je salah Azamuddin dia cari. Pastu tak sampai 3 bulan kahwin nak minta cerai pulak. Azamuddin tu layan dia baik je. Dia tu hati keras tak nak bukakan hati untuk Azamuddin. Lepas mak Azreen basuh dia cukup-cukup barulah dia sedar kesilapan dia.

Novel ni santai je. Karakter banyak cakap dialek Kedah sebab settings tempat kat Kedah. Konflik tak berat. Part menyakitkan hati hanyalah mulut laser hero & heroin. Masih ada sengih pada scenes Azamuddin mengusik Azreen. 😌🤌🏼
Papepun overall saya suka. 💋✨
Profile Image for Eiline.
42 reviews
June 19, 2022
Rate : 4.3
Aku suka sbb bab-bab dlm novel ni pendek. Memudahkan aku nak baca, sbb aku ni sejenis nak berenti baca kena ikut bab.

Aku beli buku ni dekat PBAKL 2022, aku beli ni pon sbb cover dia yang cantik dan sinopsis dia yang menarik perhatian aku.

Jujur eh aku cakap, dari 2015 sampai lah aku 2022 ni, tak ada lagi novel yang aku baca cerita tentang male lead (Azam) suka kat female lead (Azreen) yang berisi. Semua novel yg aku baca semua female lead dia kurus kurus, kalau dia tak cakap pon, mesti dia ada cakap pasal saiz baju, atau part yg angkat heroen. so ofc otak aku fikir female lead tu kurus.

Walaupun Azreen dah kurus, tapi Azam suka kat Azreen masa Azreen berisi. Ko ada jumpa cerita macam ni? meh bagitau aku, aku nak baca.

Aku tak suka sangat 100 muka surat yang pertama, aku tak faham apa kaitan Azreen dgn Azam, takkanlah Azam tak kenal Azreen masa diorang jumpa kat mall tu. TAPI, bila dia dah mula trowback, cerita macam mana diorang jumpa, kenapa diorang family diorang rapat, kenapa diorang ni dianngap sedara, dan sebagainya, baru lah aku rasa suka dgn cerita.

Cerita ni kelakar lagi lagi masa trowback, bnayk sangat part part yang aku baca banyak kali sbb kelakar. Kalau korang baca sinopsis, Azam selalu ejek Azreen, sbb Azreen berisi an, kekadang terasa weh sbb aku pon agak berisi.



5 reviews
September 13, 2025
bagi 4 bintang, sebab, 99% buku diorang gaduh, 😂 gelak tak henti, tapi lagi 1% yang tak gaduh tu, Manissss jeeee tapi tulah 1% jerr, tak puas (kalau lebih peratus, memang bagi 5 bintang 😍) tapi LOVEEEEEE sangat buku ni, tak slow Dan tak ada main tarik Tali, hero kena gitu, Dan heroin yang ada pendirian, walaupun tertanya-tanya juga, dia ni tak belajar dari kesilapan ke, tapi hujungnya ooohhh camtulah jodoh kann. Dan perhubungan keluarga Dan kejiranan yang sangat Manis Dan ketat. I'm looking forward to my next read from this author 🤩 Tahniah Cik Pynat Mouri, semoga maju jaya sentiasa 🤲🏻
Profile Image for Alianjme.
3 reviews
April 2, 2021
Dua2 sengal..perkahwinan bukan pengakhiran tetapi permulaan yg memerlukan kesabaran dan pengorbanan.Jalan cerita santai tetapi ada mesej.kesempurnaan datang bila kita tahu bersyukur.Tahniah author.goodjob
1 review
April 7, 2021
BEST sangat! Bukan cerita kayangan.Takde sweet melampau.Kisah yang mungkin pernah berlaku. Paling best, ada part mengimbau nostalgia zaman kanak2. Hati siapalah tak rindu moment mcm tu.Congrats author. Memang kena dengan selera sebab tak sarat dan tak meleret.Terhibur .
2 reviews
June 9, 2021
Suka cerita yg santai tapi ada pengajaran yang terselit. Kisah biasa yang sesuai untuk kita2 yang biasa.Tak perlu konflik besar..complicated dan indah di kayangan tapi smooth jalan ceritanya..azamudin so kiut bila nakal2 pun.
4 reviews
March 26, 2021
LMI simple tapi ada pengajaran. Hero biasa2 tapi macam selalu,writer pandai serlahkan dan seimbangkan main character dalam cerita ni.
2 reviews
March 27, 2021
OhSEM.Patut panjangkan lagi.Tak puas baca Kisah Bun dan cucuTok Heri tu. sweet azamudin.HA HA HA HA HA i bagi kat writer.
Profile Image for Tinana Hmb.
215 reviews8 followers
June 30, 2021
Jalan cerita yg sangat bagus tapi agak meleret dengan adegan2 yang tak perlu diceritakan.
Profile Image for Awin.
2 reviews
January 15, 2022
Cerita ni biasa-biasa ja tapi best baca. Couple AA ni comel!
Profile Image for Puteri.
9 reviews
December 30, 2024
haiii i nak letgo buku ni rm10 tak termasuk shipping. condition 8/10 sebab ada cop nama. dan dah correction tape.
Profile Image for nuhareesnoura.
18 reviews
October 31, 2022
5/5⭐

Ok. Another masterpiece from sis Pynat Mouri.

Kisah Azamuddin dan Azreen Sharmin. Typical enemies-to-lovers trope. A slow burn romance but worth waiting for it.

Mereka berdua ada terima kifarah atas apa yang mereka pernah buat dahulu. Tapi itu berjaya mematangkan mereka supaya saling lebih menghargai kehadiran dan keistimewaan masing masing.

Again. I fall in love with this copy like another copy of hers ❤️

P/S - Buku ni tak berapa sesuai dengan pembaca yang tak sukakan penambahan dialek Kedah. Monolog lebih banyak berbanding dialog. Bahasa pun agak tinggi dan tak semudah untuk faham.
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.