Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hero Untuk Heroin

Rate this book
"I love you to the moon and never back. Because my love for you will never diminish." - Sharif

Al Sharif dan Elena bak hero dan heroin yang menjadi pasangan romantis semenjak di bangku sekolah. Tetapi cinta mereka teruji dengan cemburu dan salah sangka yang akhirnya memusnahkan hubungan itu.

"If I lie to you, it's either because I'm scared of you or scared of losing you, Sharif. I prefer the latter." -Elena

5 tahun terpisah, ikatan perkahwinan Tan Sri Rafiqi dan Puan Maria mengikat Sharif dan Elena dalam satu keluarga. Pertemuan demi pertemuan menggamit kenangan lalu. Apatah lagi Sharif ialah pengurus di tempat Elena bekerja.

Sharif yang sentiasa mencintai.
Elena yang sentiasa merindui.

Mengetahui rahsia perubahan Elena membuatkan Sharif tekad untuk mengejar gadis itu. Tetapi Elena yang sekarang bukan lagi Elena yang dia kenal 5 tahun dahulu.

"Kau kena terima Kaisara Elena yang sekarang. Yang beku. Yang garang. Yang hampir gila. Dia dah tak boleh jadi macam dulu, yang manja, yang cintakan kau. Dia dah tak ada! Faham!" – Elena

Sharif tidak mengalah, Elena sentiasa mengelak. Berjayakah Sharif mendapatkan heroinnya semula?

359 pages, Paperback

Published February 1, 2021

20 people want to read

About the author

Cik Bawang

32 books168 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (30%)
4 stars
13 (43%)
3 stars
8 (26%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
December 15, 2024
Sekali lagi saya membaca kisah dari Cik Bawang yg sangat santai. Siapa2 yg suka cerita manis bersarang semut tu mmg sesuai utk baca HUH. Konfliknya hanya sedikit salah faham yg membawa perpisahan Elena dan Sharif selama 5 tahun lamanya. Keseluruhan cerita lebih tertumpu pada kisah cinta mereka berdua.

Dimulai dgn perkenalan semasa berumur 17 tahun, bercinta semasa di Universiti, berpisah sementara dan kemudian misi Sharif utk mendapatkan cinta Elena kembali.

Sharif bagi saya seorang lelaki yg sangat setia dan penuh mencintai Elena. Menatang Elena seperti menatang minyak yg penuh dan sangat menjaga perasaan Elena dr disakiti. Rasanya mmg berangan je lah utk mendapat lelaki spt Sharif ni🤣. Sebabnya watak Sharif digambarkan seakan sempurna. Hanya sedikit cemburu shj yg membuatkan hubungan mereka retak. Namun secara keseluruhan, sukar utk pembaca mencari cacat cela yg ada pada Sharif.

Watak Elena pula digambarkan seorang yg manja. Namun kerana peristiwa hitam itu, Elena lebih senang menyendiri dan banyak memendam perasaan sehingga apa yg berlaku kepadanya dahulu pon ibunya sendiri tidak tahu. Kerana putus cinta dgn Sharif dan melihat kebahagiaan ibunya bersama keluarga baru lagi menjarakkan Elena dari dunia luar. Bagi saya, nasib Elena mmg kasihan. Di saat dirinya terkapai keseorangan, dia hanya ada Jasmin yg setia mendengar keluh kesah dirinya.

Kisah Sharif - Elena ini bukan berakhir begitu shj, malah slps kahwin pon mereka cuba utk mencipta bahagia. Walau isu zuriat menjadi topik utama, namun Sharif tetap berpegang teguh pada pendirian yg dirinya hanya memerlukan Elena dlm hidupnya. Sweet couple. Love sgt tengok mereka berdua ni❤️
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
April 1, 2021
hati ni boleh adakalanya payah nak dikawal. pintu cinta dan juga pintu benci dalam diri. percaya tak?

macam kaisara elena. waktu sekolah dia cukup tak suka dengan ahmad al sharif. sampai kena paksalah. tapi kemudian, sikap prihatin dan sayang sharif mula melembutkan hati sara. cinta membuak-buak keluar.

mereka hampir berkahwin. kalau tak sebab satu perkara, mereka dah bahagia. tapi sebab sikap terburu sharif buat semua cinta terpengap dalam jiwa. sara menanggung banyak derita. cuma, dia selesa untuk menyimpan segalanya sendiri.

suka dengan cara penyampaian penulis Cik Bawang. selang seli masa pada awalan cerita buat pembaca tahu apa yang jadi antara mereka.

manis. itu yang pasti. setiap dialog antara dua watak sangat sedap dan beralun. kita yang membaca pun mampu terbuai. penulis bagi sesedap rasa. tak terlebih, tak terbuak. cukup-cukup untuk membuat jiwa berbunga.

"if Allah making you wait, then be prepared to receive more than what you asked for."

jadi, usah mengeluh. yang perlu akan datang tepat pada waktunya.

percayalah.
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
August 9, 2024
Manisnya alahai! mak lurvee 🥰

Disebabkan sedikit salah faham mereka berpisah almost 5 tahun tapi masing-masing masih dgn perasaan yg sama. Kalau i jadi Elena pun memang susahlah nak move on kalau dapat lelaki macam Sharif ni. And Sharif pulak, terima kasih sebab dah sayang dan hargai Elena sedalam ni (awak buat semua readers rasa dihargai sekali tau!) Oh yaa, i love a friendship between Jasmine & Elena too🫡

Semua watak dalam novel ni hidup, pandai Cik Bawang susun plot ya. Mudah difahami dan manis-manis belaka.
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
March 27, 2021
Full star🌟🌟🌟🌟🌟

SERIOUSLY! Novel ni tak rugi beli. Sangat berbaloi. Saya semakin jatuh hati dengan karya² Cik Bawang. Bagi saya, Cik Bawang lagi hebat kalau guna pov 3 (point of view). Antara Tefal dan HUH, OFKOS saya lagi suka HUH.

1. Setiap plot by plot sangat smooth dan 'berisi'. Maksudnya tak meleret dan tak merepek entah apa².

2. Rasa teruja sampai nak letak pun sayang🤣

3. Saya suka Sharif dan Elena. Watak mereka hidup. Sampaikan sewaktu dia orang dalam emosi patah hati, jujur hati saya ikut patah sama. Feeling memang sampai!

4. Konflik yang matang, asbabnya juga logik.

Saya setuju Elena tolak untuk kahwin dengan Sharif pada permulaannya sebab dia orang muda lagi plus Sharif tu tak matang. Bayangkan kalau dia orang betul² kahwin, saya gerenti Elena dijandakan.

Saya juga tak marahkan Sharif sebab faham umur setahun jagung macam mamat tu memang tak matang.

Dia terlalu sayangkan Elena. Saya dapat rasakan perasaan dia tu. Dia juga cemburu buta dan bertindak melulu. Tapi dia pun manusia ada kelemahan (yg penting kelemahan dia bukan dalam katogeri bodoh, sebab tu saya boleh terima😅)

Lepas bab 24 (tak silap), pembaca dah boleh tarik nafas. Pasal Cik Bawang bagi kita konflik yang ringan dan lebih santai.

Tahniah and kuddos dear writter. Kalau anda kekalkan kualiti begini, insya-Allah anda mampu jadi penulis self pub yang berjaya.
Profile Image for Mslvoe.
2,088 reviews202 followers
February 9, 2025
Awal² agak kelam kabut sebab cam takda punca kenapa Sharif tinggalkan Elena begitu sahaja...

Bila baca punca memang patut Jasmin tampar Sharif. Awat lempang sekali? Patut lempang banyak kali. Sharif ni dia boleh tengok je.. assumed sendiri sampai Elena dalam keadaan trauma dan tekanan

But tak dinafikan watak Sharif ni seindah rumput yang berwana hijau.. sweet sangat kata² Sharif bila dia tackle Sara

Overall F suka la bila Sharif nekad nak betulkan kesalahan dia tinggalkan Elena... sweet habis!💚
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
November 17, 2021
[BOOK 196]

Hero Untuk Heroin by Cik Bawang.
.

Buku ni santai je.
.

Sharif dan Elena.
.

Dorang ni kenal dah lama. Hubungan makin rapat bila dorang melanjutkan pelajaran ke oversea sama-sama. Dorang siap tunang lagi.
.

Tapi kerana satu peristiwa dan salah faham, Sharif putuskan pertunangan mereka. Masa ni, aku benci la Sharif ni. Instead of assuming benda bukan-bukan, patutnya dia pergi selamatkan Elena.
.

Dan beberapa tahun berlalu, mereka berjumpa semula. Mulanya susah juga untuk Sharif pikat semula hati Elena, tapi akhirnya mereka kahwin juga.
.

Dan kisah lepas kahwin lagi menarik la.
.

Cerita tentang susahnya nak mendapatkan zuriat. Masa ni, barulah betul-betul sesuai dengan tajuknya, Hero Untuk Heroin. Walaupun ada isu zuriat, tapi orang sekeliling semua supportive la.
Profile Image for Bay.
266 reviews4 followers
December 13, 2023
A light read for me. The angsty is there but a simple one. Enjoyable la for me. Buku2 cik bawang semua rasa mcm peaceful je bila baca haha
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
February 11, 2024
Aku rasa dalam cerita ni Elena yg bodoh,banyak kali kena ganggu dengan Khalish pun still tak nak bagitahu Sharif.
Sharif pun bodoh sebab buat tuduhan melulu.Pastu Elena ni mulut je kata benci kat Sharif,tapi rela je setiap kali Sharif peluk/sentuh dia 🙄
Ok lah,happy ending.
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
May 9, 2024
Kisah Elena dan Sharif, Sharif ni memang dah suka kan Elena ni dari awal masuk sekolah lagi. Dia try pikat Elena tapi Elena ni betul-betul tak suka si Sharif ni. Tak tahu kenapa dia tak suka si Sharif ni padahal Sharif ni jenis direct person, dia suka dia terus cakap, walaupun mulut manis tapi takdelah pulak sampai tahap mengayat pack-pack buaya hahahaha sampai la ada deal between them.

Pandai taktik Sharif ni nak buat Elena suka dia, dia suruh Elena try anggap yang Sharif ni crush dia hahaha long story short, menjadilah trick tu. Bercinta sampai ke universiti tapi disebabkan beberapa isu, mereka terpisah selama 5 tahun. Elena dah tak macam Elena yang Sharif kenal dulu dan Sharif menyesal tak kesudah.

At this point taktahu kenapa I nak Sharif ni ada alasan yang kukuh dengan apa yang dia dah buat kat Elena sebelum diorg berpisah. Tapi tu la yang menjadikan karater Sharif ni nyata, tak semua manusia sempurna, mesti akan ada yang kurang. Ye apa yang Sharif buat tu I pun akan terasa dan kecewa, but kes macamni kalau diberi second chance pun takpe hehehe Plus lurve sangat side characters, semua membantu terutama Jasmin. Sharif ni manis dia tu manis betul tapi bukan manis palsu la, dia macam love language dia word of affirmation. Elena ni pun walaupun dia ego kekadang tapi akalnya masih boleh berfikir dengan betul supaya tiada penyesalan. Tapi mak Elena and ayah Sharif ni taknak kalah betul HAHAHAHA
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
August 3, 2021
Alololo sweetnyeee 😍
Profile Image for Nita.
75 reviews
March 9, 2024
1st time baca karya Cik Bawang. Menarik ceritanya, sedih dengan kisah heroin nya 😭
Tapi happy ending 🥰
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.