Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia Lelaki Milik Sarah

Rate this book
Lima tahun berumahtangga, kehidupan Sarah dan Tengku Ishaan bahagia sebagaimana pasangan lain. Segala masalah bermula bila Tengku Ishan tiba-tiba berubah tingkah. Lelaki itu sentiasa pulang pada lewat malam. Malah ada rahsia yang disimpannya daripada pengetahuan si isteri. Sekaligus menimbulkan rasa curiga pada Sarah.

Sakit hati, marah, kesal. Semua itu dirasai Sarah bila dia melihat dengan mata kepala sendiri kegiatan gelap yang dilakukan si suami. Apatah lagi bila Tengku Ishaan masih cuba menegakkan benang basah biarpun semuanya sudah terbongkar di depan mata. Hingga menimbulkan pertengkaran antara mereka.

“Sampai hati abang tipu saya. Abang kata abang dah tinggalkan dunia gengster. Kalaulah saya tak ekori abang tadi, sampai mati pun saya sangka abang dah berubah.”- Sarah

“Sayang jangan nak biadab dengan abang, ya? Jangan fikir abang boleh terima semua tuduhan sayang tu. Jangan sampai angin abang betul-betul berputar. Sayang takkan boleh jangka apa yang abang mampu buat pada sayang nanti.” – Tengku Ishaan

Konflik bertambah bila Tengku Ishaan tidak lagi pulang ke vila mereka. Sakit hati dengan tingkah suaminya, Sarah mengambil keputusan membawa keluar anak-anak dari vila. Hati yang sakit harus diubati.

Menyedari kesilapan sendiri, Tengku Ishaan tidak berdiam diri. Kepercayaan si isteri kembali diraih. Kasih sayang anak-anak kembali dicari. Namun dapatkah Sarah menerima apabila si suami berterus terang tentang hakikat sebenar perubahan dirinya? Dan apa pula yang sedang menanti Sarah bersebelahan dengan vila mereka?

287 pages, Paperback

First published June 1, 2020

7 people want to read

About the author

Qhayra Qhayriesa

18 books48 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (38%)
4 stars
3 (23%)
3 stars
5 (38%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
January 3, 2022
[BOOK 1]

Dia Lelaki Milik Sarah by Qhayra Qhayriesa.
.

yeayyy..buku pertama untuk 2022. Aku sebenarnya tak tahu nak baca buku apa (walaupun ada 179 buku lagi belum dibaca), so ambil la buku ni sebab nipis je.
.

Ceritanya pun santai je.
.

Sebenarnya, buku ni ialah sekuel kepada Suamiku Ketua Gengster. Aku tak baca lagi SKG ni, tapi boleh faham je DLMS, cuma kurang best la.
.

Kali ni, penulis ceritakan apa jadi selepas 5 tahun perkahwinan Tengku Ishaan dan Sarah.
.

Sarah ni pelik dan curiga bila Ishaan selalu balik lambat. Dah tu, kadang-kadang, dia ternampak Ishaan bersembang dengan beberapa laki yang muka gengster gitu. Lagipun, Sarah pernah mengekori Ishaan dan ternampak Ishaan bertumbuk dengan seorang lelaki. So, dia ingatkan Ishaan dah wujudkan semula kumpulan gengsternya yang dia dah bubarkan lepas mereka kahwin dulu.
.

Jadi, apakah benar sangkaan Sarah ni?
.

Otherwise, cerita ni manis. Ada part sweet suami isteri jugak.
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
June 18, 2021
NURUL SARAH, TENGKU ISHAAN DANISH, TENGKU IRIS DANIA, TENGKU ZAF, KAK HUSNA, INSYIRAH, TENGKU RASHIDI, TENGKU MARISSA.

Novel ini kesinambungan untuk 'Suamiku Ketua Gangster'. Lepas Ishaan menyelesaikan musuh keluarganya, dia bertekad untuk membubarkan kumpulan Wira Alam dan merekrut anak2 buahnya ke Akademi Polis. Namun lepas sebulan, dia wujudkan balik kumpulan tersebut kerana ada antara anak² buahnya yang lebih selesa bekerja dengannya tanpa ada biokrasi. Wira Alam masih bekerjasama dengan pihak polis. Tapi Ishaan hanyalah penasihat dan ketua yang baru adalah adik sepupunya yang merupakan anakTengku Marissa, adik bonda Ishaan. Namanya Tengku Zaff.

Ia tidak diketahui oleh Sarah. Maka berlaku konflik antara pasangan suami isteri ini apabila kerap kali Sarah inginkan penjelasan atas perubahan suaminya. Ishaan kerap pulang lewat dan mengabaikan anak² mereka. Sarah pernah mengintip Ishaan sehingga dia nampak Ishaan dan ahlinya membelasah seseorang. Sarah tidak mahu Ishaan terlibat dengan dunia gangster. Sarah hanya mahukan kehidupan normal seperti orang lain.

Cerita kali ini lebih simple, tiada watak jahat. Lebih kepada perihal Sarah terhadap perubahan Ishaan. Perniagaan Sarah dan Tengku Iris. Cuma ada selitan watak baru, Tengku Zaff dan Adania. Namun kisah mereka berdua tidak berkembang. Ia seperti pengenalan sahaja. Mungkin akan ada novel berkisahkan mereka berdua 😅 Tapi yang tak best nya 😔 kenapa tiada dinyatakan nama anak-anak Ishaan dan Sarah yang 3 orang tu, dialog pun kurang. Ermmmm...
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.