Jump to ratings and reviews
Rate this book

Be Eshme Elohim: Sang Penuntun Hati

Rate this book
Antara basirah (ketajaman hati) dan basar (penglihatan)—mana yang lebih dipercayai?

“Basirahmu telah memandumu sejauh ini, ia selari dengan ketulusan hatimu dan kemurnian jiwamu.”

Be Eshme Elohim merupakan medium penulis berbicara dengan jiwa-jiwa pembaca yang memerlukan sedikit simbahan rasa spiritual. Naskhah ini terlahir daripada inspirasi sebuah hadis, kisah tentang Ghulam yang lahir dalam kehidupan serba kekurangan. Dia berimpian untuk menjadi ahli sihir agar dia dan ibu mampu hidup dalam kemewahan. Namun, pertemuan dengan “seseorang” telah mengubah kepercayaan hidupnya. Kini, dia sebaliknya berhasrat untuk mencari erti hidup sebenar dalam kejahilan raja dan masyarakatnya.

“Tanpa mengembalikan diri kita kepada asal, iaitu kepada Yang Maha Pencipta, kita hanyalah sebujur jasad yang dikagumi kerana sifat-sifatnya, tetapi tidak mempunyai erti lebih daripada itu.”

228 pages, Paperback

First published January 1, 2009

23 people are currently reading
288 people want to read

About the author

Maszlee Malik

43 books277 followers
Prof Dr Maszlee Malik short bio

Prof Dr. Maszlee bin Malik is a Malaysian politician who served as the Minister of Education in the Pakatan Harapan (PH) administration under former Prime Minister Mahathir Mohamad from May 2018 to his resignation in January 2020. He has served as the Member of Parliament (MP) for Simpang Renggam since May 2018 until November 2022. He was a member of Malaysian United Indigenous Party (BERSATU) from March 2018 to his membership termination in May 2020 and became an independent MP until November 2021. In 27 November 2021 he joined Parti Keadilan Rakyat. He was elected with the highest votes to the Parti Keadilan Rakyat Central Leadership Council (Majlis Perwakilan Pusat/ MPP) in August 2022. However, he lost in the Malaysian 15th General election in November 2022, and decided to return to the academia world by joining University of Cyberjaya (UoC) as a Professor at the Faculty of Psychology and Social Sciences in March 2023.

Prior to his political life, Maszlee taught at the International Islamic University Malaysia from 2000 to 2018. He was also actively involved in volunteering works. He was the advisor of few NGOs for children with special needs.

Maszlee believes that education should be inclusive and empowering. As a minister, Maszlee introduced student-oriented system to primary schools to replace a formerly exam-oriented structure. He had also made reforms to mitigate teacher's clerical burden, empowered technical and vocational education on the tertiary level and amended restrictive law which had previously suppressed students’ freedom of speech in universities and colleges.His time in academia did not encase him in the proverbial academic ivory tower, exemplified through his commitment to helping students remain globally competitive in an era of vast technological change and globalization. Recognizing that vocational education is essential in transforming Malaysia from a nation of consumers to a nation of producers, he formed a national steering committee to expand TVET collaborations with industry stakeholders alongside increasing access to polytechnics and community colleges. Maszlee was also known of his promotion of STEM education and in in calculating AI, Big Data and Data analysis in education through the formation of Big data committee at The Ministry of Education during his term. He was also known of his bold decision to use Google Classroom (GC) as the sole Learning Management System for all schools throughout the nation. This decision has saved the learning process of Malaysian students during the MCO (lockdown) amid Covid-19 pandemic.

Maszlee believes that nobody should be left behind, and that every child deserves an equal opportunity in education. To that end, he has pioneered efforts to improve the access and quality of education for marginalized and disadvantaged communities. He has increased access for nearly 5,000 students from low- income communities in fully sponsored state boarding schools, and is working towards providing free meals to disadvantaged students nationwide. He has introduced the Zero Reject Policy, which ensures that stateless children have access to the national schooling system.

In 2018 Maszlee ventured into politics. Aside from his position as a parliamentarian member and a minister, he currently holds various positions, including:
• President of Southeast Asia Minister of Education Organization Council (SEAMEO)
• President of Malaysia National Commission for UNESCO (MNCU)
• Head of the Council of Boy Scouts Malaysia
• Chairman of Tunku Abdul Rahman Board of Trustees
• President of International Islamic University Malaysia

Maszlee was the chair for Malaysian Parliament Select Committee on Education (2021-2022), as well as the head of Pakatan Harapan special committee for education (2021-2023), and was appointed as the Deputy Chairman for Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)/ Selangor Public Library since Dec 2021. Maszlee

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
248 (58%)
4 stars
133 (31%)
3 stars
35 (8%)
2 stars
5 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 114 reviews
Profile Image for Nas.
149 reviews68 followers
July 7, 2021
Tajuk buku ini begitu unik dan membuatkan saya tertarik untuk membacanya.

Tetapi sebelum membaca, saya membuat andaian bahawa sebutannya lebih kurang sama dengan apabila kita menyebut Bismillahirrahmanirrahim.

Apabila selesai pembacaan, barulah saya tahu. Rupanya, Be Eshme Elohim ialah sebutan dalam bahasa Ibrani!

Mengisahkan cabaran si Ghulam yang dipilih menjadi tukang sihir istana berhadapan dengan Shah iaitu pemerintah kerajaan Himyar yang mengaku dirinya Tuhan.

Kisah ini dirakamkan di dalam surah Al-Buruj.

Jujur saya katakan, kisah yang diceritakan di dalam buku ini ialah ilmu baru bagi saya.

Teknik penceritaan membuatkan kisah ini lebih mudah difahami dari lensa fiksyen.

Saya suka dengan gaya penulisan Dr. Maszlee. Santai, namun sarat dengan mesej dan peringatan buat pembaca agar tidak lalai dari mengingati Tuhan.

Gaya penceritaan juga mengingatkan saya kepada kisah-kisah para nabi dan rasul terdahulu yang berusaha menyebarkan agama tauhid dan mendapat tentangan daripada kaum mereka sendiri.

Pengakhiran para nabi dan rasul terdahulu juga menyayat hati apabila mereka dibunuh dan diseksa oleh kaum mereka yang jahil dan tidak mahu menerima kebenaran.

Saya ingin kongsikan satu petikan yang menarik:

“Tanpa mengembalikan diri kita kepada asal, iaitu kepada yang Maha Pencipta, kita hanyalah sebujur jasad yang dikagumi kerana sifat-sifatnya, tetapi tidak mempunyai erti lebih daripada itu.”

Bacaan yang sangat bagus dan sesuai untuk semua golongan sebagai bahan bacaan santai di samping memberi input mengenai ketuhanan👍
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews332 followers
September 22, 2025
Buku ini dibeli ketika #pbakl2023 kalau tak silap. Lama jugalah ia berada di atas rak buku. Setelah DNF beberapa buku dari pelbagai genre, akhirnya 2 buku terakhir yang berjaya aku habiskan belakangan ini adalah Bumi Malaysia dan buku ni.

(Dan aku tak sangka Be Eshme Elohim: Sang Penuntun Hati adalah historical fiction berunsur Islamic. Selama ini aku ingat ia sebuah buku motivasi atau non fiction berunsur akademik).

Jadi novel ini mengangkat naratif seorang Ghulam - pemuda yang hidup dalam keterbatasan material dan bercita-cita menjadi ahli sihir demi mengubah nasib diri dan ibunya. Pertemuannya dengan seorang tokoh misteri telah mengubah orientasi hidupnya secara radikal. Dari mengejar dunia, sihir dan kekuasaan, dia akhirnya memilih jalan pencarian makna hidup yang lebih hakiki dalam masyarakat yang diperintah oleh seorang raja yang zalim dan jahil.

Naratif ini diinspirasikan daripada sebuah surah dan hadis Ghulam yang jarang diketengahkan, menjadikan karya ini sebuah fiksi dan tafsir kontemporari terhadap teks klasik Islam yang sarat dengan makna kerohanian dan sosial. (Terima kasih kepada Saudara Khairul Hezry di atas cadangan untuk memahami hadis Ghulam dan Surah Al Buruj terlebih dahulu sebelum menikmati novel ini, ternyata ia amat membantu.

Dr MM membina naratif ini sebagai sebuah alegori falsafah yang menggabungkan unsur tasawuf, kritikan sosial, dan falsafah politik Islam. Di tengah - tengah naratifnya, beliau mengangkat pertentangan antara dua bentuk persepsi:

1. Basar – penglihatan zahir yang terbatas kepada bentuk dan rupa.
2. Basirah – ketajaman hati yang mampu menembusi hakikat dan makna.

Pertentangan ini menjadi medan epistemologi utama dalam memahami kebenaran, di mana Dr MM mengajak kita untuk menilai semula sumber ilmu dan kesedaran dalam dunia yang semakin materialistik.

Selain mencari Tuhan dalam ruang peribadi, Ghulam juga menentang kezaliman dan kejahilan yang membelenggu masyarakat. Ini menunjukkan bahawa spiritualiti dalam Islam bukan sahaja berbentuk eskapisme, tetapi juga berbentuk engagement sosial yang aktif dan transformatif.

Raja yang zalim dalam naratif ini pula menjadi simbol kepada struktur kuasa yang menindas melalui kejahilan. Dr MM mengangkat wacana bahawa ilmu dan kesedaran adalah alat pembebasan, selari dengan gagasan ilm sebagai nur dalam tradisi Islam klasik. Secara kebetulan, Bumi Manusia yang aku baca sebelum novel ini, mengetengahkan falsafah yang sama.

Perjalanan Ghulam adalah proses tazkiyah - penyucian jiwa yang membawa kepada ma'rifah, yakni pengenalan hakiki terhadap Tuhan dan diri. Transformasi ini bukan bersifat pasif, tetapi melalui konflik, pengorbanan, dan keberanian moral.

Tokoh misteri yang ditemui Ghulam boleh dibaca sebagai simbol kepada wahyu, hikmah, atau kesedaran yang membebaskan. Sementara itu, masyarakat yang tunduk kepada raja yang zalim adalah cerminan realiti kontemporari yang terperangkap dalam hegemoni kuasa dan ketakutan.

Sebagai seorang akademik dan pemikir Islam kontemporari, Dr MM berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dalam karya ini:

1. Falsafah Islam – melalui gagasan hikmah, tazkiyah, dan ma'rifah.
2. Sosiologi kuasa – dengan kritikan terhadap struktur autoritarian dan kejahilan sistemik.
3. Psikologi jiwa – dalam penggambaran transformasi batin Ghulam.
4. Sastera alegori – sebagai medium penyampaian yang berseni dan reflektif.

Payah nak hadam? Tak, jangan risau.

Gaya penulisannya bersahaja cuma sarat dengan makna, menjadikan buku ini sesuai untuk mereka yang gemar "gali" seperti aku. Ini adalah bacaan reflektif, spiritual, dan intelektual, maka process "menggali" itu perlu atau pembacaan akan menjadi sia sia. Lagi - lagi kalau aku belum ketemu maksud yang hendak disampaikan.

Buktinya, kalau setakat baca, prolog buku ini seolah olah tiada kaitan dengan keseluruhan novel ni. Namun setelah direngungi, aku rasa ia disengajakan Dr MM untuk beberapa tujuan tertentu. Untuk mencapai niat yang hendak disampaikan, ia sengaja dikaburkan dan bersifat metafizikal. Ia tak bermula dengan latar atau watak yang jelas, tetapi dengan suasana yang penuh teka - teki dan renungan spiritual. Aku rasa, Dr MM berniat untuk:

1. Menggugah kesedaran kita agar tidak membaca dengan mata (basar) semata-mata, tetapi dengan hati (basirah).
2. Mewujudkan suasana transenden, seolah - olah kita sedang memasuki ruang antara dunia zahir dan batin.
3. Menanam benih persoalan eksistensial - siapa kita, dari mana kita datang, dan ke mana kita menuju.

Prolog ini berfungsi sebagai pintu masuk kepada dunia Ghulam, yang kelak akan menempuh perjalanan spiritual dan sosial yang penuh konflik dan transformasi. Ia juga mencerminkan bahawa pencarian makna tidak bermula dengan jawapan, tetapi dengan kekaburan dan keraguan yang jujur.

Dan yang terakhir, siapa si tua dalam gua di bahagian akhir buku ni - yang masih meratib kitab - kitab suci, sedangkan Samuel telah tiada? Ini mungkin simbol yang kuat dan terbuka kepada 3 tafsiran yang boleh aku fikirkan:

1. Orang tua itu mungkin lambang bahawa ilmu dan kesedaran rohani tidak pernah mati, walaupun para pendakwah seperti Samuel telah tiada. Ia meneruskan legasi spiritual yang tidak bergantung kepada jasad, tetapi kepada jiwa dan wahyu.
2. Dalam tradisi Islam, gua sering menjadi tempat wahyu dan penyucian jiwa (seperti kisah Ashabul Kahfi dan Nabi Muhammad di Gua Hira). Orang tua itu mungkin mewakili hikmah yang terus hidup dalam ruang batin manusia, menunggu untuk ditemui oleh mereka yang mencari.
3. Ada kemungkinan orang tua itu ialah Ghulam sendiri dalam bentuk metafora, yang telah melalui transformasi dan kini menjadi penjaga hikmah, jauh dari dunia yang zalim. Ia menunjukkan bahawa pencarian makna tidak berakhir dengan kematian, tetapi dengan kelahiran semula dalam bentuk kesedaran yang lebih tinggi.

Jadi, prolog ialah pintu kepada pencarian. Penutup ialah bukti bahawa pencarian itu tidak sia-sia, walaupun dunia tidak berubah sepenuhnya.

Kedua - duanya membentuk lingkaran spiritual yang mengajak kita untuk melihat kehidupan sebagai medan ujian, pencarian, dan penemuan batin.

5 / 5 star
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
November 22, 2020
Waktu sekolah menengah, setelah selesai membaca buku Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis, aku pun google karya2 beliau yang lain dan ternampak novel ini. Waktu itu, aku memang teringin sangat nak baca novel ni dan cuba cari di kedai2 buku tapi tak pernah jumpa.

Alhamdulillah, beberapa tahun kemudian, di zaman serba moden ini, dengan wujudnya kedai buku online, aku berjaya memiliki novel ini dan alhamdulillah, satu pembelian yang berbaloi!

Novel ini adalah novel sejarah fiksyen kisah pembakaran hidup2 rakyat Aden yang taatkan Allah, kita selalu dengar kisah hadis sahih Muslim ini melalui ustaz2. Tapi kita tidak pernah dengar kisah yang lebih terperinci. Cuma aku ulangi sekali lagi, novel ini hanyalah fiksyen kerana hadis asal adalah ringkas sahaja. Macam novel Pak Taliblah.

Cuma asbab YB adalah seorang ustaz, jalan cerita novel ini memang sangat2 menyeronokkan dan penuh pengajaran. Boleh buat pembaca rasa syahdu dengan pengorbanan rakyat Aden yang sanggup berkorban demi agama. Novel ini insyaallah boleh meningkatkan semangat agama pembaca dan insyaallah iman pembaca dalam mengharungi detik2 berliku sebagai muslim di zaman moden yang penuh ujian dan fitnah ini...
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
August 1, 2021
Bila mendapat tahu bahawa buku ini berkisar tentang Ghulam Ad Dakwah, saya terus memilih untuk membacanya. Kerana memori membaca buku Iman dan Harakah karya Hisham Soqr beberapa belas tahun yang lalu masih segar dalam kepala saya. Saya sangat mencintai buku Iman dan Harakah ini, membacanya seawal di tingkatan 4 dulu lagi, sampai ke alam kampus buku ini setia menemani, hingga lunyai.

Bagi mereka yang mungkin belum pernah membaca buku tentang kisah Ghulam Dakwah yang ada disebut dalam hadis sahih ini, buku karya Dr Maszlee ini sememangnya untuk anda. Bagi saya yang telah biasa dengan kisah ini pun masih merasakan banyak benda baru yang saya boleh ambil pengajaran daripada penulisan buku ini. Walaupun buku ini bukanlah ulasan kepada kisah Ghulam dalam hadis sahih tersebut dan juga Ashabul Ukhdud yang diceritakan surah Al Buruj, tetapi buku ini sememangnya ada menceritakan kronologi yang hampir sama apa yang disebut dalam hadis tersebut.

Buku ini sangat berlainan daripada buku-buku Dr Maszlee yang lain yang saya pernah baca. Buku yang berbentuk novel ini ternyata ada sentuhan pengalaman spiritual yang berlainan, berpusatkan kepada "basirah" yang dikurniakan Allah SWT. Membaca novel ini bukan lagi tentang kronologi dan jalan cerita kerana saya telah mengetahuinya, tetapi lebih kepada menikmati dan mengutip hikmah segala ulasan dan sisipan yang diletakkan penulis melalui watak Samuel si Rahib agama Hanif dan juga Ghulam sendiri.

Seperti kata Samuel si Rahib, "Apabila Tuhan yang kita letakkan dalam hati, maka basirah akan memandu kehidupan kita. Pada waktu itu, dunia tiada ertinya lagi, hanya sebagai tempat tumpangan dan laluan sementara. Akhirat yang lebih dikejarkan kerana ia kekal abadi."

Kata penulis, novel ini adalah perantara yang digunakan oleh penulis untuk berbicara kepada jiwa para pembaca. Dan ya penulis berjaya membuatnya kepada saya. Betapa dulu sangat berbeza cara dan semangat saya memahami kisah Ghulam ini kerana ketika itu yang saya tekuni adalah buku Iman dan Harakah, dan fokus saya mungkin hanya kepada 'harakah'. Membaca buku ini saya temui cara pandang baru yang lebih introspektif ; tentang iman, tentang hati dan basirah itu sendiri.

Be Eshme Elohim!


Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
April 18, 2021
Novelisasi sebuah kisah yang ada disentuh di dalam surah Al Buruj dan 'hadis Ghulam'. Ghulam, seorang hamba, yang berusaha mencari kebenaran dan enggan meninggalkannya walaupun diugut dengan hukuman bunuh oleh raja zalim. Jika belum kenal kisah ini, carilah hadisnya dan bacalah surah Al Buruj. Selepas itu bacalah novel ini. Pasti terpegun.
Profile Image for Lina Ali.
16 reviews1 follower
February 6, 2023
Buku ni dah lama saya beli tp baru ada kesempatan nak baca. Sebuah kisah yg menarik bagi saya sbb bila baca rasa mcm menonton movie.

Antara kata-kata hikmah yg boleh saya kongsikan drpd buku ini:

1. "Jika kamu tidak mengetahui siapa musuh kamu, jgn bertempur. Ambillah waktu utk mengenali mereka. Kenali kekuatan dan kelemahan mereka. Jangan bertempur di tmpt, pd cuaca dan waktu yg memberikan kekuatan kpd musuh. Tetapi carilah waktu, tempat dan cuaca yg menyebelahi tentera kamu. Kamu akan menang dlm apa jua pertempuran."

2. "Hikmah itu milik sesiapa sahaja. Di mana dia terjumpa, tidak kira daripada siapa, hendaklah dia mengambilnya."

3. "Harta jgn dibiarkan mendiami hati, kelak akan hilang nikmatnya. Kita akan lupa diri dan kepuasan tidak akan dpt dikecapi. Letakkan harta di hujung jari. Nikmatnya akan sentiasa dirasai, kita akan sentiasa berpuas hati."

4. "Ramai pejuang mampu bertahan dalam ujian kesusahan dan kepayahan, tetapi ramai yg kecundang dlm ujian keduniaan, pangkat, kemewahan dan wanita. Takutlah kamu kpd ujian yg hebat ini. Ia tidak menyakitkan, tetapi kesannya amat mendalam".
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
May 27, 2023
Be Eshme Elohim (Dengan Nama Tuhan)

Kisah yang membawa mesej penting tentang peranan dakwah dalam menyebarkan ketauhidan kepada Tuhan dan berpegang teguh pada ajaran yang benar. Sepertimana para nabi diutus untuk menyampaikan risalah kebenaran dan mengajak umat manusia kembali beriman serta meninggalkan kesesatan. Bacaan yang santai tapi penuh dengan ibrah. Pengakhiran cerita yang menimbulkan tanda tanya buat pembaca.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
February 18, 2023
04/23

Be Eshme Elohim - Dr Maszlee Malik

Dari halaman pertama sehingga terakhir, apa yang boleh saya katakan terlalu banyak ayat-ayat indah yang dikarang penulis. Dan setiap darinya memberikan rasa yang tenang dalam jiwa. Apa yang dapat saya simpulkan novel ini merupakan sebuah makanan jiwa yang wajib dimiliki bagi setiap insan yang sedang mencari makna diri dan kehidupan.
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
June 9, 2021
"Dengan nama Tuhan", adalah terjemahan tajuk novel ini yang merupakan perkataan ibrani/hebrew.

Juga inspirasi daripada hadis Ashabul Ukhdud mengenai Ghulam dan Tukang Sihir di dalam Surah al-Buruj.

Ghulam, anak muda yang cerdas bakal pengganti ahli sihir diraja, berulang-alik ke istana buat menambah ilmu sihir dengan Shaylam, yang sudah tua lagi menunggu ajal. Namun ditakdirkan si Ghulam bertemu pula si rahib Samuel, pembawa agama Hanif, lalu jatuh cinta pada keindahan agama itu.

Penulis menyulami jalan cerita dengan mesej yang sungguh dekat dengan hati pembaca, yang boleh menuntun jiwa, yang boleh membangkitkan semangat spiritual. Sangat banyak kata hikmah dan pedoman disusun elok dalam dialog-dialognya. Persoalan akidah, juga "basirah" memberi ruang kepada pembaca untuk menerokai hakikat kehidupan diri dan alam ini. Basirah, penglihatan mata hati yang tak bertepi, dipandu oleh Tuhan, memandu kita menyedari kuasa hakiki yang mengatur segala.

"Kau lihat alam, kau akan nampak betapa kerdilnya dirimu, betapa lemah, dan terhadnya kekuasaanmu."

Bacaan yang sesuai untuk semua golongan, penuh hikmah, menuntun hati, mencabar akal, penulisan juga mudah difahami serta jalan cerita yang pantas, sungguh, penulis berbicara dengan jiwa pembaca melalui novel ini.👍🏻💯
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
December 27, 2022
4.5/5

Buku nipis je boleh habis dlm 1 sitting. Bahasa mudah faham, ada glossary kat belakang.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
October 6, 2023
Setelah sebulan berada dalam reading slump akibat ketidakmenarikkan novel 'Laskar Pelangi', 'Be Eshme Elohim' berjaya mengeluarkan saya daripada zon puaka itu. Kisahnya 'Be Eshme Elohim' linear, lancar dan tak diberatkan dengan penerangan objek dan suasana yang melampau-lampau. Lancar sahaja ceritanya dan tak membosankan. Walaupun kita sudah boleh agak plot seterusnya tetapi ia kepandaian penulis untuk memasukkan wisdom membuatkan kita terus membaca untuk mencari hikmah dan mutiara.

Sebelum menulis ulasan ini, saya membaca ulasan-ulasan yang lain dahulu. Ramai pembaca yang lain sudah maklum tentang kisah Ghulam dalam Surah al-Buruj serta mendapat pengetahuan awal dari pembacaan semasa mereka kecil baik daripada majalah atau buku-buku yang lain. Malang bagi saya kerana ini kali pertama sebenarnya saya kenal Ghulam. Dulu tahu nama sahaja, ceritanya tak tahu pun.
Profile Image for Siti Shakira Suhaimi.
81 reviews16 followers
April 20, 2021

Novel yang menengahkan kisah ashabul ukhdud. Tentang golongan yang menggali parit untuk membakar kaum Bani Israel yang beriman.

Be Eshme Elohim : Dengan Nama Tuhan

Yang memberi panduan kepada hati - hati manusia, kepada mereka yang Dia kehendaki untuk beroleh kebenaran.

Seorang anak muda yang cerdik yang terpilih untuk dididik sebagai tukang sihir istana, tetapi hatinya dipandu untuk bertemu sang Rahib ajaran Hanif yang sebenar, terlepas daripada menjadi mangsa penghapusan Rahib.

Pagi dan malamnya menuntut ilmu Hanif, siangnya ilmu sihir. Dan sedar mana satu yang benar jalannya, akhirnya bertekad untuk syahid di jalanNya. Demi penerusan agama yang lurus.

Terpampang jelas seni penulisan Dr Maszlee sebagai seorang guru. Mudah untuk difahami, dan sedikit pun tidak bosan.

Allah memilih hambaNya yang Dia ingin berikan hidayah, tetapi bukan ‘random’ pilihan Tuhan. Dan Allah membawa kita dekat kepada Dia dengan cara yang berbeza. Dengan cara kesukaran atau kesenangan. Dengan nilai yang sememangnya tertanam dalam diri.
Untuk mereka yang bersedia diberikan basirah dan bukan sekadar basar.
Ketajaman mata hati dan bukan setakat penglihatan tanpa kesedaran jiwa dan hikmah.

Kerana mehnah dalam jalan Allah bukan calang-calang hebat nya, untuk sedia berkorban dalam jalanNya semata mencari ganjaran yang lebih besar.

Kedua, untuk istiqamah dalam mujahadah terutama apabila disogok kemewahan dunia.

Hati kita ini berbolak balik, maka berdoalah kita kepada Sang Penuntun Hati semoga menganugerahkan kita sifat thabat, walaupun dilanda dugaan yang hebat.

Cuma kalau best lagi kalau dari kisah pembunuhan tu boleh dibawa ke tahun junjungan besar Nabi Muhammad dilahirkan.

A solid exceptional read!
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
April 28, 2021
Sebuah karya Dr. Maszlee yang berteraskan novel ketuhanan. Berteraskan kisah seorang ghulam ( anak muda ) yang mendambakan jalan kebenaran. Bahkan, beliau diuji di antara zahir dan batin, di antara kaca dan permata dalam mencari erti agama yang sebenar.

Sebuah buku yang wajar dibaca bagi mencambahkan sinar ketauhidan di dalam diri kita bagi melancarkan dan menjawab apa erti aku menganut agama Islam?
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
May 25, 2016

Tersentuh dengan garapan penulis. Novel ini berjaya membangkitkan emosi pembaca.

Mengisahkan peribadi Ghulam, seorang anak muda yang terpaksa memilih antara menjadi pengganti Shaylam, ahli sihir istana yang semakin gering dan juga penasihat Shah, Maharaja Kerajaan atau mengikuti ajaran Samuel, rahib agama Hanif.

Ghulam akhirnya membulatkan tekad mengikuti agama hanif yang MengEsakan Allah dan menyebarkannya kepada penduduk Himyar meskipun akhirnya kegiatannya itu dapat dihidu oleh Shaylam dan Shah. Usaha Ghulam itu akhirnya membuahkan hasil. Ramai penduduk Himyar kembali MengEsakan Allah dan berhenti menyembah Shah.

Ghulam akhirnya diseksa dengan teruk dan cuba untuk dibunuh. Namun setiap percubaan itu gagal kerana Allah menyelamatkan nya.

Shah akhirnya menukar strategi dengan menawarkan harta, wanita malah takhtanya untuk membuatkan Ghulam meninggalkan agama Hanif. Namun Ghulam tetap thabat.

Shah putus asa. Akhirnya Ghulam sendiri yang mengajarkan kepada Shah bagaimana cara untuk membunuhnya. Shah akur lalu menggiring Ghulam di tempat khalayak ramai.

Shah mencuba memanah Ghulam namun setiap panahannya itu tersasar. Penduduk Himyar makin takjub dan mula mengakui Tuhan yang Esa lah yang menyelamatkan Ghulam. Akhirnya Ghulam mengajarkan kepada Shah jika ingin membunuhnya, perlu diucapkan ' Dengan Nama Allah'. Shah akur dan selepas mengucapkannya dengan kuat, akhirnya panah mengenai Ghulam dan syahidlah Ghulam.

Orang ramai kembali dipaksa menyembah Shah. Mereka enggan dan tetap bersaksi mereka menyembah Tuhan yang Esa. Akhirnya mereka semua dicampakkan ke dalam parit yang berisi api menjulang.

Seorang ibu teragak agak kerana kasih akan nasib bayinya. Namun, keyakinannya bulat selepas bayi itu tiba tiba boleh berkata kata " Wahai ibu, jangan lah engkau takut. Kita di jalan yang benar. Syurga menanti kita."

Maka syahidlah semua orang mengakui KeEsaan Allah pada hari itu.

Saki baki pengikut Ghulam melarikan diri ke Yathrib (Madinah) kerana diberitahu Nabi yang terakhir akan muncul disana.
Profile Image for dausshassan.
51 reviews9 followers
April 20, 2021
“Ehsme Elohim” karangan Dr. Maszlee Malik telah diinspirasikan oleh sebuah hadis nabi lalu dicoretkan menjadi sebuah roh penceritaan yang melibatkan rasa spritual pembaca. Penuh dengan nilai pengajaran yang tersirat disebalik penceritaan duka lara hidup si Ghulam.

Ghulam yang bijaksana telah mengejar cita dunia untuk menjadi seorang ahli sihir masyhur bagi membebaskan diri dari kedhaifan. Takdir tuhan telah menemukan dia di antara dua persimpangan jalan. Sama ada memilih ajaran Shaylam (ahli sihir raja Shah) ataupun Samuel (rahib agama Hanif).

Khususnya bagi manusia yang telah ditipu oleh kenikmatan basirah keduniaan yang membawa kepada kehancuran. Apabila sudah dunia itu terpasak kukuh di dalam jiwa, maka manusia bersungguhlah menetang kebenaran bagi mempertahankan tahkta nikmat kebatilan yang sementara. Dan takut akan kehilangan sesuatu yang dimiliki itulah yang dimaksudkan akan kesempitan hidup.

Kemanisan iman hanya boleh dikecap menerusi hati di dalamnya cuma terdapat Tuhan Esa. Tidak sekalipun ia bergoyah walau bala bencana atau tipu helah dunia yang mendatang. Kerna, bagi orang yang beriman, mereka sentiasa sedar bahawasanya yang bernama makhluk tidak akan pernah kekal, bahkan manusia akan sakit, meningkat umur lalu menua dan akhir sekali tamatlah riwayat mereka. Begitu juga dengan kebendaan yang bersifat sementara.

Hanya Tuhan sahajalah yang kuasa menentukan nasib hamba-Nya. Asbab dan musabab hanyalah perantaraan bagi menunjukkan qudrat dan iradat-Nya yang tiada batasan.
Profile Image for Nurul Tasneem.
177 reviews7 followers
April 27, 2021
Saya petik kata-kata hikmah/dialog yang saya suka :

"Kejahilan adalah musuh utama manusia, tetapi kejahilan juga adalah perangkap utama yang dipasang oleh para penzalim untuk menundukkan mangsa."

"Mata kita melihat melalui basar (penglihatan), hati kita melihat melalui basirah (ketajaman hati/hikmah). Penglihatan mata terhad dan sering menipu, tetapi penglihatan basirah tepat dan tidak bertepi, kerana dipandu dan dipimpin oleh Tuhan."

"Tanpa mengembalikan diri kita kepada asal, iaitu kepada Yang Maha Pencipta, kita hanyalah sebujur jasad yang dikagumi kerana sifat-sifatnya, tetapi tidak mempunyai erti lebih daripada itu."

"Harta jangan dibiarkan mendiami hati, kelak akan hilang nikmatnya. Kita akan lupa diri dan kepuasan tidak akan dapat dikecapi. Letakkan harta di hujung jari. Nikmatnya akan sentiasa dirasai, kita akan sentiasa berpuas hati."

"Mimpi cuma mainan tidur. Tetapi mimpi juga ada kalanya merupakan perkhabaran dari masa hadapan. Mimpi sering menjadi perantara manusia dengan Pencipta, jika si pemilik mimpi itu berhati bersih dan sentiasa memuji-muji Tuhannya. Jika si pemiliknya bersahabat dengan syaitan, maka mimpi tidak lebih daripada permainan tidur yang melekakan."

"Ramai pejuang mampu bertahan dalam ujian kesusahan dan kepayahan, tetapi ramai yang kecundang dalam ujian keduniaan, pangkat, kemewahan dan wanita. Takutlah kamu kepada ujian yang hebat ini. Ia tidak menyakitkan, tetapi kesannya amat mendalam."
Profile Image for Ilynn Virgobiru.
52 reviews
February 1, 2022
Pada mereka yang melazimi tafsir, sudah tentu familiar dengan cerita ini. Kisah The Boy and The King atau lebih dikenali sebagai kisah The People of the Ditch.

Pada permulaan novel, aku hanya baca dengan bersahaja. Agak khuatir jika terlalu berat. Namun lama kelamaan, tak dapat nak berhenti...mahu sambung sehingga habis. Cubaan untuk menovelkan cerita ini cukup baik. Tak terlalu berbunga, ringkas tetapi penuh isi. Simplistic. Tetapi menangkap hati pembaca untuk terus melekat dengan penceritaan.

Kebetulan, topik Basirah itu baru sahaja aku bincangkan bersama seorang rakan, yang pada waktu itu kami hanya berdiskusi tentang panduan dari Tuhan, permintaan petunjuk dari-Nya dan Dia berikan pada kita dalam apa jua bentuk, Salah satunya melalui 'gut feeling'. Jadi apabila berjumpa dengan istilah Basirah, sungguh aku cuba untuk lebih mengenali dan belajar tentang itu.

Mungkin juga, Allah sedang memberikan Basirah-Nya kepadaku melalui pembacaan novel ini.....supaya lebih mendalami erti Basirah & memberi petunjuk untuk lebih mengenal Tuhan Yang Esa.

Be Eshme Elohim!
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
August 4, 2021
Sebuah novel yang tidak rugi untuk dibaca. Ketajaman hati (basirah) itu yang ingin disampaikan dalam kisah Ghulam ini.

Hidup dalam masyarakat yang penuh dengan kejahilan, Ghulam bertemu seseorang yang mengubah apa yang dia percaya selama ini.

"Manusia sering tertipu oleh hal yang mereka tahu. Manusia sering menafikan hal yang mereka tidak tahu..."

"Apabila Tuhan yang kita letakkan dalam hati, maka basirah akan memandu kehidupan kita."

Sebuah novel kerohanian yang memberi pengajaran dan teladan kepada pembaca melalui setiap watak yang wujud dalam kisah ini.
Profile Image for Aizat Affendi.
429 reviews2 followers
April 21, 2021
In the name of God (בשם אלוהים). The book is an adaptation of the story of a Jewish teen that was mentioned in a hadith, i.e a saying of the Prophet Muhammad. How he was thought to be the greatest sorcerer in the Persian empire then, but whom had actually been enjoining people towards worshipping one God in secret. Then, came a time when he was preaching openly which incensed the then ruler who had called himself as an emissary of God on Earth (although he acts as though he is God himself). After a few failed attempts, the boy offered his own death at the hands of the Shah, only to trick the Shah into a submission to a greater power and converted many people in his death. The story ended with a story that was mentioned in Chapter 85 of the Quran entitled The Constellations, about how the believers were burned alive in a trench by the Shah who had quickly denounced his submission to a greater God. The story is a compelling story (no happy endings here) about how even in times of adversity, we should hold on to our faith as the world is but a temporary dwelling, a mere fata morgana (mirage) on our long journey towards the hereafter. Also, the importance of seeing things not only through our eyes, but also through the lens of the heart - basirah. A pleasant spiritual read, authored in a simple Bahasa that also provides a crash course for readers to learn some Hebrew words and prayers.
2 reviews
December 9, 2020
Bertemakan bangsa israel dan agama yahudi. Sebuah novel yg agak rare tp cukup mempersonakan. Mengisahkan tentang seorang budak yahudi yg ingin belajar ilmu sihir dan menjadi kaya namun terjumpa seorang rahib yahudi. Akhirnya dia menemui hikmah mengenai hati dan tentang kehidupan dan hati melalui rahib tersebut. Cerita yg agak familiar masa kecik dulu tapi tak ingat. Bak kata Samuel, percayakan basirah, ia akan memadu anda kepada kebenaran dan jalan tuhan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Lukman.
5 reviews
October 23, 2021
Penceritaan yg menarik, mudah di fahami dan hayati
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
December 30, 2021
Buku ni menarik. Tak tebal sangat. Sekejap je bacanya..
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
December 7, 2021
Satu perspektif menarik apabila kita dibawa ke masyarakat yang berpegang ke agama Hanif. Mereka percaya ada Tuhan namun keimanan mereka belum dituntun oleh Pesuruh-Nya. Ada bahagian yang menyebabkan saya termenung sebentar bila mengenangkan betapa nikmatnya kita hidup sebagai pengikut Nabi Muhammad, yang telah diwahyukan dengan al-Quran dan diajarkan dengan kebenaran. Kita telah diberikan peluang menjadi sebaik-baik umat, maka teruslah hidup dengan berpegang kepada Islam dan iman.
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
June 8, 2021
Pernah dengar tentang hadis ghulam? Buku ini ditulis berdasarkan hadis ghulam yang menceritakan tentang seorang Ghulam yang lahir dalam keadaan yatim. Dia membesar bersama ibunya dan bekerja sebagai pembuat barangan kaca. Kebijaksanaan Ghulam menyebabkan dia dilantik menjadi ahli sihir di istana. Kelebihan yang ada pada dirinya digunakan untuk menyeru orang sekeliling untuk kembali beriman kepada Elohim. Kehidupannya memberi erti pada masyarakat sekeliling, bahkan kematiannya pula menghidupkan keimanan.

Pada saya, buku ini diolah dengan baik. Emosi yang ingin disampaikan boleh dirasai melalui susunan ayatnya.

Selain sarat dengan pengajaran, buku ini juga menyelitkan banyak ayat dalam bahasa Ibrani. Satu nilai tambah yang menarik bagi saya.

“Hikmah itu milik sesiapa sahaja. Di mana dia terjumpa, tidak kira daripada siapa, hendaklah dia mengambilnya.”
Profile Image for Nana Wahid.
61 reviews1 follower
September 6, 2022
Cinta itu memerlukan pengorbanan dan itulah yang terjadi pada umat zaman dahulu yang berkorban, berjuang habis-habisan untuk kita kecapi kenikmatan agama islam sehingga kini. Kezaliman demi kezaliman mereka tempuhi hanya kerana untuk menegakkan agama Allah.

Bahasa yang digunakan oleh penulis enak sekali, tidak terasa penulisan ini berat walaupun didedikasikan

“ buat jiwa-jiwa yang dahagakan simbahan spiritual.”

Tanpa disangka naskhah ini lahir daripada inspirasi sebuah hadith tentang Ghulam yang lahir dalam kehidupan serba kekurangan dan bercita-cita untuk menjadi seorang ahli sihir istana agar dapat hidup mewah bersama ibunya. Pertemuannya dengan ‘seseorang’ telah mengubah kepercayaannya dan dia mencari erti hidup yang sebenar disebalik kejahilan raja dan masyarakat setempat.

Hidup ini adalah tentang pilihan. Pilihan kiri atau kanan, baik atau buruk dan bermacam pilihan lagi. Begitulah yang terjadi dalam kehidupan Ghulam. Pilihan yang dibuat oleh Ghulam menentukan siapa dia pada waktu itu. Pada akhirnya, Ghulam memilih mengikut basirahnya dan dia tahu bahawa janji Allah itu benar.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
June 20, 2021
“Mimpi merupakan perkhabaran tentang masa hadapan. Waktu yang akan kita tempuhi, hidup yang akan kita lalui, dan juga saat yang akan kita rasai.”

Di sebuah perkampungan Al-Ghadir di Kota Aden tinggal seorang budak lelaki bernama Ghulam dan ibunya, Maisarah. Ghulam yang cerdik dan rajin, bekerja apa sahaja di kampung itu untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga dan paling menjadi kegemaran dalam rutin hariannya, mendengar hikayat dari Si Buta, Ma’di.

Sehingga suatu hari ahli sihir istana, Shaylam mencari seorang budak untuk dilatih menjadi ahli sihir hebat sepertinya dan budak yang terpilih itu adalah Ghulam yang berketurunan Israel. Siapa sangka perjalanan ulang aliknya ke istana membawa dia bertemu dengan seseorang yang mengajarkannya tentang Basirah (ketajaman hati) dan perkenalkan kepadanya tentang Tuhan Semesta Alam yang dipanggil Elohim.

Be Eshme Elohim ini sarat dengan nasihat dan pesanan buat diri. Ia bukannya sebuah kisah fiksyen yang kosong tetapi penuh dengan pengajaran dan intipati. Si Ghulam yang bijak dalam menyebarkan ajaran agama Hanif serta keteguhan mereka yang beriman dengan agama yang suci itu walaupun harus dihukum dengan kematian pada akhirnya.

Basirah yang memandu hati mereka untuk meyakini akan kewujudan Tuhan Semesta Alam sehinggakan sanggup menolak tepi nikmat duniawi yang ditawarkan oleh Sang Raja yang mengaku dirinya tuhan atau jelmaan Tuhan sedangkan dia juga seorang manusia ciptaan Tuhan.

“Harta jangan dibiarkan mendiami hati, kelak akan hilang nikmatnya. Kita akan lupa diri dan kepuasan tidak akan dapat dikecapi. Letakkan harta di hujung jari. Nikmatnya akan sentiasa dirasai, kita akan sentiasa berpuas hati.”


Profile Image for Iza B. Aziz.
223 reviews29 followers
August 18, 2022
Ringkas, padat dan kembali membuka hati nurani saya tentang Keesaan Allah yang tunggal, Yang Maha Satu dan tiada tandingan-Nya.

Kisah yang diambil dari hadis Ashabul Ukhdud iaitu perjalanan hidup Ghulam yang dibekalkan basirah. Ya, basirah yang ada pada setiap diri kita tapi sering digelapkan oleh basar. Basirah yang dipandukan oleh Tuhan.

Tiada plot twist, tiada garapan puitis pun dalam buku ini tapi ia tetap beri keseronokan membaca. Lebih lagi orang seperti saya yang cetek ilmu tentang kisah hadis dan sirah nabi.

Tak sampai dua hari saya selesai baca. Saya tutup buku dan pejam mata sambil memikirkan..sungguh selama ini saya lupa tentang nikmat agama, dunia dan nyawa yang Allah hadirkan dalam hidup saya. Saya tak nak menjadi jahil seperti Shah dan Shaylam. Takut!

Nasihat-nasihat dari rahib Samuel dalam buku ini adalah bicara Tuhan kepada saya. Apa yang saya paling suka dan saya ingin praktis ialah:

Kita keluar dari rumah, lihat alam semesta sekeliling kita. Mensyukuri, mengakui kehebatan Allah yang mencipta langit, bumi dan perkara-perkara yang ghaib. Ia juga membawa kita kembali menyedari ada kuasa yang mengatur segalanya. Lidah jangan berhenti memuji-muji nama Allah.

Buku versi keagaaman ini tidak berat pun dan saya yakin anak-anak remaja sekolah pasti jatuh hati dengan stail penulisan begini. Tak lupa juga buku ini ada ilustrasi khas yang menarik!

Terima kasih buat Dr. Maszlee Malik atas 225 mukasurat ini. Alhamdullilah.
13 reviews
August 1, 2016
"Ghulam masih t'paku & t'kejut dgn apa yg menimpanya sebentar tadi. Mukanya b'kerut2 menahan pedih, menahan kesakitan belakang bdnnya yg x t'ucap dgn kata2. Pasti selepas ini dia x akan lambat lagi.

Tetapi bagaimana dgn sang rahib? Ya, rahib lebih menarik daripada si gila ini, bisik hati Ghulam. Mungkin aku t'paksa keluar lbh awal slps ini"

Siapa masih ingat kisah Ghulam, budak kecil yg m'ubah keimanan masyarakat nye kpd m'tauhidkan Allah hanya dgn syahid nya di bawah kuasa raja yg zalim?

بسم الله رب هذا الغلام.. (Dengan nama Allah Tuhan kanak2 ini)

Buku ni kupas cerita lama dgn cara yg baik. Sang rahib (boleh dipanggil ulama' pd zmn sekarang) lebih dicintai Ghulam berbanding ketua ahli sihir kerana sikap rahib tersebut yg menyampaikan ilmu dgn ikhlas, tenang, tidak mudah menghukum & tanpa paksaan menerima ajaran.

Ya, Ghulam sememangnya insan t'pilih. Tiada sesuatu pn di dunia yg t'jadi secara tiba2. Semua aturan Allah.

Buku ni murah je, RM10. Takdir Allah menemukan aku dgnnya. Betul tu, tiada namanya kebetulan. Alhamdulillah.. Terkejut pd awalnye bila dpt tahu Dr. Maszlee Malik ade novel s'diri. Tengok2, 2009 tahun terbitannya. Patutlah aku x tau, aku mentah lagi waktu tu.
Displaying 1 - 30 of 114 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.