Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suami STPM

Rate this book
Hatta tak senang duduk bila sepupunya Ayeera, si janda anak satu itu berpindah balik ke kampung.

Dari kecik. Sepupu yang satu nilah musuh ketat yang tak mungkin buat hati dia sejuk. Walaupun setelah 10 tahun tak jumpa, si janda ni berganda-ganda lawanya dari zaman kecik. Tapi, rasanya meluatnya tak pernah kurang.

Mulut Ayeera masih berbisa. Perangai selenga Ayeera masih sama. Ganas. Garang. Kasang. Langsung tak berubah.

"Perangai macam setan. Sebab tulah menjanda!" - Hatta

"Eyyy... Aku janda. Pernah jugak kahwin. Kau tu? Jantan bodoh tak laku. Bajet muka handsome. Macam cokodok tak cukup tepung je aku tengok." - Ayeera

Dan, kerana sebuah diari yang tersembunyi di bawah seat di dalam kereta Ayeera, telah membuatkan hati Hatta runtun.

Perempuan yang selalu dipandang dengan penuh kebencian itu, rupa-rupanya menyembunyikan 1001 kisah hitam yang teramat perit.

Perlukah lagi dia menjadi seorang lelaki kejam yang terus-menerus membenci Ayeera? Atau dia perlu jadi lelaki yang melindungi perempuan itu sebaiknya?

"Uncle Hatta, kenapa uncle tak nak jadi daddy kita? Daddy kita dah tak ada... Uncle jadi daddy kita, eh?" - Zara

Walaupun umur dia dah Ayeera terlalu jauh besanya. Walaupun dia hanya seorang pelajar tingkatan 6 yang bakal mengambil STPM, bagi Hatta itu semua bukan alasan untuk menyintai.

Namun, berbalaskah cinta seorang Hatta yang terlalu ikhlas dalam cintanya?

397 pages, Paperback

Published October 1, 2020

1 person is currently reading
5 people want to read

About the author

Nur Mayani

24 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
3 (100%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
March 28, 2021
siapa stpm? hatta. ya. dia muda tapi pengalaman hidup buat watak ini matang dari sepatutnya.

hatta ni baik. tinggal dengan haji man dan hajah nur. kedua atuk dan neneknya tak berapa sihat. hattalah yang menjaga keduanya. dia sekolah, dia kerja, dia buat kerja rumah, dia masak. baginya jasa kedua orang tua itu lebih besar dari segalanya.

tapi, tak semua manusia baik begitu. bedah. ada saja fitnah yang dia taburkan. hanya sebab perasaan tidak puas hati. bukan saja fitnah pada orang lain, pada anak sendiri pun dia sanggup. haji man dan hajah nur memang melarang hatta dari terus baik dengan nabilla.

ayeera. sepupu hatta. kembali ke kampung dan tinggal bersama mereka. bawa anaknya, zara sekali. dia kematian suami. makin sedap bedah menjaja cerita. tapi hatta perasan sesuatu. walaupun ayeera kelihatan ceria bersama anaknya itu, tapi dia bagai memusuhi lelaki. dengan dia sendiri, ayeera bagai membenci. entah kenapa.

puan penulis cantik Nur Mayani takkan benarkan pembaca lepaskan buku selagi tak tahu apa yang berlaku. topik yang dibawa memang selalu di selindung baik di awal kisah. bila pembaca tahu, wahhh... sama menggelegak rasa dalam hati bila tahu yang sepatutnya menjadi pelindung dan pelengkap hidup tapi bersikap sebaliknya.

hidup ini warna-warni. ada yang disukai, ada yang tidak.

tapi, itulah yang menyemarak rasa.

terima dan sesuaikan dengan diri.
Profile Image for Eyd1410.
836 reviews22 followers
June 29, 2021
Walau permulaan cerita watak Ayeera dan Hatta bergaduh seperti kebudak2an tetapi lama kelamaan terserlah sisi matang seorang Hatta. Mungkin kerana sejak kecil mereka sering saling mengusik, jadi bila dipertemukan kembali slps beberapa thn, tetap juga mereka saling mengusik dan akhirnya bergaduh mulut mcm bdk2 berebut gula2.

Ayeera yg kembali dgn gelaran balu anak satu seakan trauma dgn lelaki. Garangnya semacam. Namun perwatakan Ayeera sebegitu kerana dia menyimpan seribu duka semasa perkahwinannya dulu. Kerana ingin melindungi dan ingin membahagiakan wanita yg pernah dia cintainya semasa bdk2 dahulu, Hatta tekad utk memperisterikan Ayeera.

Hatta walau baru berumur 19thn dan umurnya lebih muda dr Ayeera, namun sikap dan tanggungjawabnya sgt matang. Dia berusaha belajar dan bekerja utk menampung perbelanjaan keluarga. Walau Ayeera bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, Hatta tidak mahu mengambil jln mudah. Dia tetap berusaha dan bg saya Hatta mmg seorang lelaki yg sangat baik.

Walau Hatta melayani Ayeera dgn baik, bayangan dan trauma kisah silam sering menghantui Ayeera. Dan saya bangga dgn Ayeera kerana berjaya membesarkan Zara dgn penuh kasih sayang walau ank itu datang dari benih org yg membuatnya derita!

1st karya yg saya baca dr Nur Mayani. Dan saya rasa saya dah jatuh cinta dgn tulisan beliau. Ok next🤔
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.