Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kaum Muda di Tanah Melayu 1906 - 1957

Rate this book
Kaum Muda di Tanah Melayu, 1906-1957 mengkaji peranan Kaum Muda di Tanah Melayu sekitar 1906-1957 yang menggerakkan kesedaran orang Melayu dalam pelbagai bidang termasuk gerakan kesedaran menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu. Berdasarkan kajian lampau, kajian tentang Kaum Muda ini lebih terarah kepada polemik perbezaan pandangan antara Kaum Muda dan Kaum Tua yang berkisar kepada persoalan furuk keagamaan.

Namun begitu, berdasarkan kajian semasa, terdapat perjuangan yang lebih besar yang dilalui oleh Kaum Muda iaitu untuk membentuk kemajuan pemikiran masyarakat khususnya orang Melayu. Justeru, buku ini diharap dapat mengisi kelompangan kajian lampau tentang perjuangan Kaum Muda yang tidak dipaparkan kepada khalayak seperti peranan mereka dalam mengangkat persoalan orang Melayu dalam pelbagai bidang termasuk sebagai penggerak kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu. Kajian ini turut menilai faktor luaran dan faktor dalaman yang mempengaruhi perkembangan perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu. Di samping itu buku ini turut menyenaraikan beberapa tokoh pejuang Kaum Muda daripada pelbagai latar belakang aliran pendidikan yang berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat.

Kajian menunjukkan Kaum Muda bukan sahaja menumpukan perhatian kepada soal-soal pembaikan dalam ibadat khusus tetapi turut mewarnai dunia politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu. Hasil kajian Kaum Muda di Tanah Melayu, 1906-1957 juga mendapati Kaum Muda merupakan penyuntik awal kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu walaupun tidak semua tokoh Kaum Muda terlibat secara langsung dalam politik kepartian untuk menuntut kemerdekaan.

Mereka ini bergerak menggunakan beberapa kaedah seperti menerbitkan akhbar, menubuhkan madrasah, persatuan yang akhirnya mewujudkan parti politik. Ekoran daripada kegiatan tersebut, golongan ini turut menerima reaksi masyarakat sama ada berbau positif ataupun negatif. Mereka menghadapi tribulasi dan penentangan baik dalam kalangan aristokrat Melayu, pimpinan politik Melayu, tokoh-tokoh Kaum Tua dan juga pihak British apabila Kaum Muda ini mula terlibat dalam dunia politik.

Kesimpulan kajian ini menunjukkan perjuangan Kaum Muda yang dipelopori oleh agamawan merupakan perintis kepada gerakan kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu walaupun perjuangan mereka tidak sepenuhnya mendapat sokongan rakyat. Kajian juga menunjukkan pengakhiran perjuangan mereka untuk menuntut kemerdekaan berjaya menggerakkan momentum kesedaran dalam kalangan rakyat walaupun golongan ini tidak menjadi penyudah kepada kejayaan mencapai kemerdekaan tersebut. Hal yang demikian ini disebabkan Kaum Muda merupakan golongan berhaluan kiri mendapat tentangan daripada aktivis politik elitis Melayu, Kaum Tua, dan juga British di samping beberapa kelemahan dalaman yang berlaku dalam perjuangan Kaum Muda itu sendiri.

362 pages, Paperback

First published January 1, 2020

1 person is currently reading
4 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (50%)
4 stars
3 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Muhammad Faizuddin.
42 reviews1 follower
December 19, 2025
Minda aku kenyang apabila menghabiskn buku ini. Terlalu byk maklumat yg kita tidak belajar pada silibus sekolah yg sgt2 berharga. Yg membuatkn ko rasa haru dan pada masa yg sama bersemangat utk berjuang demi kemerdekaan tanah watan ini.

1) syed sheikh al Hadi
2) sheikh Tahir jalalludin
3) Dr Burhanuddin Al Helmy
4) Ustaz Abu bakar al Baqir
5 ) Maulana Abdullah Noh
6) Pendeta Za’ba
7) syeikh Abu Bakar Asyari

Nama2 besar yang sering di ulang2 dlm buku ni, buku ni memberikn pengkelasan tokoh berdasarkn aliran samada timur tengah, aliran di india, bahkn aliran pemikiran tempatan juga ada. Di samping membahagikn wadah dan alat yg di gunakn kaum muda seperti majalah, akhbar, penubuhan madrasah, penubuhan parti politik, parti seperti sahabat pena dlm menyampaikn isi dan mesej perjuangan pembebasan akal dan watan terhadap penjajah.

Ada yg berkata tentang pengulangan isi yg sama, tp pada saya adalah perlu kerana kita nk igt semula siapa belajar dkt mana, siapa guru siapa, apa sumbangan tokoh mana, majalah ini siapa yg terbitkn, madrasah ini siapa tubuhkn dan siapakah alumnus nya.

Bacalah buku ini, jikalau bkn kita sebagai anak watan tidak membacanya siapa lagi yg akan membaca karya seperti ini.
Profile Image for Izzat Isa.
415 reviews50 followers
September 11, 2025
Buku ini membahagikan tokoh-tokoh pejuang Kaum Muda mengikut latar belakang pendidikan. Iaitu:

1) tokoh dari aliran pemikiran Timur Tengah seperti Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syeikh Abu Bakar al-Asy'ari
2) tokoh dari aliran pendidikan India seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Maulana Abdullah Awang Noh
3) tokoh dari aliran pendidikan Inggeris seperti Za'ba
4) tokoh pemikiran tempatan seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir

Buku ini secara keseluruhannya adalah baik sama ada daripada aspek pengkajian mahupun pembahagian bab. Namun, kadang-kala agak membosankan kerana sering terdapat pengulangan penceritaan dan pemerihalan maklumat.
Profile Image for Masyhoor Akram.
40 reviews3 followers
January 31, 2025
Memaparkan perjalanan sejarah tersirat kepayahan, kesukaran dan kepiluan kelompok yang benar-benar ingin memberi pencerahan kepada bangsa. Sedih dan pilu memikirkan mungkin ini sebahagian daripada sunnatullah di mana jalan kesedaran dan islah sentiasa perit serta sukar diterima. Seolah-olah tiada sinar di hujung jalan. Namun kerana motivasi kehidupan akhirat dan kesedaran penghidupan yang menjadi azimat mereka untuk terus berjuang dalam ketidakselesaan itu. Saya belajar mengenai dua tokoh iaitu Syeikh Abu Bakar Al Asy'ari dan Maulana Abdullah Noh.
Profile Image for Faid Syariman Bin Yani.
13 reviews
January 11, 2022
Buku ini ditulis daripada persepsi golongan Kaum Muda. Walau bagaimanapun, segala info-info yang dikemukakan sememangnya segar dan wajar dinilai semula untuk dimasukkan ke dalam buku teks sekolah. Buku ini harus dibaca dan dihayati oeh rakyat Malaysia untuk mengenali akan pejuangan generasi terdahulu.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.